Monday 5 December 2011

bab 10

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Damia tidur lena. Amira juga mungkin terlalu penat barangkali. Yang bestnya, baik punya Damia landingkan kepalanya di bahu Amierul Ashraff. Lena saja tidurnya, dengkuran halus terbit dari mulut Damia. Amierul Ashraff memandang Damia di bahunya, comel saja wajahnya. Amierul Ashraff tersenyum sendirian.
Dia terikir seketika, kenapalah dari dulu dia tidak pernah pandang semua tu. Dia akui dulu dia memilih perempuan dari segi kecantikan. Dia tidak pernah fikir tentang kebaikan, kesopanan seseorang perempuan itu, asal dia cantik dan menepati citarasanya itu sudah cukup buatnya. Amierul Ashraff membelok ke kiri untuk menghantar abang Wira pulang.
"Terima kasih Acap..", ucap abang Wira dan menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Amierul Ashraff menyambut huluran itu dari dalam kereta kerana Damia masih tidur di bahunya. Amira pula menyalami tangan tunangnya sebelum mereka bergerak pulang ke rumah. Amira berkira-kira mahu kejutkan Damia yang sedang lena dibuai mimpi indah itu, tetapi ditahan oleh Amierul Ashraff.
"Hang ni, biaq la aku gerak budak ni, dah lama sangat dia tidoq, sayang sangat, dulu tak nak pulak lagu ni, la ni aku tengok hang pulak yang terlebih-lebih sayang kat Mia ni, ni aku nak habaq kat hang, hang memang beruntung dapat Mia ni. Dia ni memang sayang sangat-sangat kat hang, hang tau dia kurus ni pun sebab hang la, hang kata dia macam-macam, sampai la dia betul-betul nekad nak kurus. Setaun jugak la dia tak makan nasi, sampai satu hari tu..", Amira berhenti seketika, dia mahu melihat reaksi Amierul Ashraff macam mana.
"Lepas tu kenapa..", tanya Amierul Ashraff tidak sabar mahu mendengarnya.
"Mia ni pengsan, lama jugak la dia ni masuk hospital. Hang tau sebab apa, sebab dalam badan dia tak dak khasiat air pun kurang. Memang nampak ketara sangat la perubahan fizikal dia, muka dia pun cenkung macam mayat hidup dah aku tengok dia masa dia balik raya. Bila aku tanya dia kenapa, dia jawab aku tension belajar. Dia tak sebut pun nama hang. Dah banyak sangat pengorbanan Mia, air mata dia pun dah banyak dia bazirkan untuk hang, lepas ni aku harap hang jaga la sepupu aku ni elok-elok. Aku sayang sangat dekat dia, aku dah tak nak tengok air mata dia lagi, okey." Amira menepuk bahu Amierul Ashraff yang tidak segan-silu untuk mengalirkan air matanya.
Amierul Ashraff mengangguk-angguk. Dia berjanji akan membahagiakan Damia. Dia akan menjaga hati yang Damia sudah berikan kepadanya. Amierul Ashraff memandang wajah mulus Damia di sebelahnya. Bersih saja wajah itu, tiada satu pun kesan jerawat. Amierul Ashraff memandu dengan tenang. Sunyi sepi ruangan di dalam kereta itu, cuma sesekali kedengaran celoteh DJ radio. Selebihnya hanyalah kedengaran lagu-lagu yang diputarkan oleh DJ.
Sampai saja di rumah, Amira terus keluar dari kereta. Dia membiarkan Damia yang masih lena di bahu Amirul Ashraff. Setelah mematikan enjin kereta, Amierul Ashraff memandang Damia, dia mengelus lembut pipi gadis itu, dan dia mencubit lembut. Tak sangka pula yang Damia akan terjaga. Damia memandang Amierul Ashraff dengan muka yang tidak berperasaan. Dia merasa ada orang mencubit pipinya tu yang boleh terjaga.
"Bangun pun", Amierul Ashraff tersenyum melihat Damia yang masih lagi mamai.
"Honey ke yang cubit pipi orang tadi?", tanya Damia blur.
"Mana ada, kenapa?,jangan-jangan, ada something yang kita tak nampak kot yang cubit pipi sayang ni", Amierul Ashraff mahu mengusik Damia.
"Jangan la", Damia merengek, tubir matanya sudah bergenang.
Amierul Ashraff berasa lucu melihat wajah Damia yang ketakutan. Dia hanya mahu mengusik, tak tahu pula yang Damia menganggapnya betul. Tetapi setelah melihat airmata Damia bergenang dia jadi belas. Takut benar Damia dengan benda ghaib tu. Amierul Ashraff mengesat airmata Damia.
"Don't cry please, abang nak mengusik je, bukan ada pun benda tu, abang yang cubit pipi sayang tadi, abang nak gerak tak sampai hati tengok sayang lena sangat, tu yang abang cubit tu.". Amierul Ashraff menarik Damia ke dalam pelukannya.
Damia menggosok-gosok matanya, dilihatnya langit sudahpun gelap, dia melihat pula jam tangannya. Terbeliak matanya bila jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Dia memandang Amierul Ashraff yang berada di sebelahnya yang sedang tersengih.
"Kenapa pandang abang macam tu?" ,tanya Amierul Ashraff hairan.
"Honey tau tak sekarang pukul berapa?, dan kenapa tak turun dari tadi?", balas Damia sambil merenung dalam mata Ameirul Ashraff.
"Pukul 7 la, mana la abang tau, abang ingat Mia nak tidur terus dalam kereta ni dengan abang tu yang abang tak turun tu", bersahaja jawapan yang keluar dari mulut Amierul Ashraff.
Mendengar jawapan Amierul Ashraff terus Damia menampar bahu Amierul Ashraff dan terus keluar. Kalau dilayan lagi Amierul Ashraff ni alamatnya dia pun boleh jadi gila. Baru dia perasan akan perubahan perangai Amierul Ashraff. Dahulu dia tidak pandai bergurau, suaranya pun susah nak dengar tetapi sekarang macam bertih jagung nak berhenti pun susah. Damia tersenyum sendirian.
Damia memberi salam langsung menuju ke bilik Amira. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas tilam yang empuk. Selesanya. Damia mahu melelapkan kembali matanya. Tiba-tiba mukanya menjadi sasaran tuala yang baru digunakan Amira.
"Pergi mandi la anak dara oi!, dah malam dah ni, aku ingat hang tak mau masuk rumah dah, kan tilam dekat dalam kereta tu lagi empuk kan", sindir Amira.
Damia cuma membuat iklan gigi tatkala mendengar bebelan Amira. Sebelum dia kena bebel lagi baik dia cepat-cepat mandi dan menunaikan tangungjawabnya kepada yang mahaEsa.
Lama dia berteleku di atas sejadah. Selepas selesai berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dia berdoa kepada Allah SWT. Dia meminta agar keluarganya dijauhkan dari segala keburukan dan dilimpahi dengan rahmatNya. Dia juga berdoa agar Allah memberkati hubungannya dengan Amierul Ashraff dan mengharap akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Damia mengakhiri doanya dengan selawat sebelum mengaminkannya.
Damia membuka telekung yang tersarung di tubuhnya. Dia keluar dari bilik setelah melihat Amira tiada. Damia mahu mengajak Amira pergi ke rumah tok. Dia mencari-cari Amira tetapi tidak juga ditemui.
"Mak ngah, Mira mana?", Damia bertanya kepada mak Amira yang berada di ruang tamu.
"Lepas pi rumah tok dah hai", jawab mak ngah dalam loghat utaranya.
"Dia ni bukan reti nak tunggu aku, macam la dia tak tau aku ni lemah semangat nak meredah malam ni isk, apa la yang dia kalut sangat nak buat dekat rumah tok tu". Damia membebel sendirian.
Dalam takut-takut berani pun sampai juga dia rumah tok. Sampai saja dia mengesat peluh yang membasahi mukanya. Apa lagi berlari la tu, penakut betul. Amierul Ashraff hairan melihat tunangnya bermandi peluh. Nak kata penat bukan jauh mana pun jarak rumah tok dengan Amira.
"Sayang buat apa sampai berpeluh-peluh macam ni", tanya Amierul Ashraff.
"Tak ada apa la", jawab Damia acuh tidak acuh aje. Dia tidak mahu memberitahu Amierul Ashraff yang dia berlari mahu ke sini. Nanti tak pasal-pasal dia jadi bahan ketawa lelaki itu. Dia terus berlalu ke dapur untuk minum air kerana tekaknya sudah kehausan letih sangat.
"Hang mesti berlari ni kan?", serkap Amira.
Damia menekup mulut Amira. Volume suara dah la sampai rumah sebelah pun boleh dengar. Damia terjenguk-jenguk mana la tahu Amierul Ashraff dengar. Amira mengangkat keningnya.
"Diam la sikit nanti kalau Acap tau mampus dia gelak kau tau", bisik Damia perlahan.
"Yang kau pergi tinggal aku tu apasal, kau bukan tak tau aku ni, lemah semangat kan, ha yang kau kalut datang rumah tok ni kenapa, ada penunggu ke apa", sambung Damia lagi.
"Padan la dengan muka hang, jadi la berani sikit, dah nak jadi bini orang dah, nanti anak-anak lagi berani dari hang, apa la, ni Acap ada kat depan tu, pi la buat air, bagi dia.", suruh  Amira.
"La dia kan ada kaki, tangan tak reti nak ambil sendiri ke", balas Damia selamba.
Damia melihat Amira mahu membuka mulut, apalagi nak membebel la tu, Damia meletakkan jari telunjuknya di mulut, segera dia bangun membuat air untuk Amierul Ashraff. Dia membuat milo panas, air kegemaran Amierul Ashraff. Dia membawa air itu ke depan. Damia menghulurkan air itu kepada Amierul Ashraff. Amierul Ashraff menyambut air itu dan tersenyum.
Amierul Ashraff menepuk kerusi menyuruh Damia duduk di sebelahnya. Damia memilih untuk duduk di bawah sahaja. Lagi senang nak bersembang, kalau duduk sebelah menyebelah tak dapat nak tengok muka. Damia meletakkan tangannya di atas lutut Ameirul Ashraff. Matanya leka menonton tv yang menyiarkan cerita Mision Imposibble 2  yang menampilkan Tom Cruise sebagai hero dalam filem itu.
Sebenarnya dia bukan nak tengok sangat cerita itu tapi nak tengok hero filem itu yang sememangnya menjadi kegilaannya. Amierul Ashraff geram melihat mata Damia tidak lepas daripada memandang tv, dia yang ada di situ macam tunggul aje. Dia mengambil remote dan menukar siaran lain. Dia tidak menghiraukan Damia yang memandangnya.
"Bukak la balik cerita tadi", Damia cuba merampas remote daripada tangan Amierul Ashraff.
"Tak seronok la, cerita ni lagi seronok", Amierul Ashraff meletakkan remote di celah kelangkangnya.
Damia tidak jadi mengambilnya. Amierul Ashraff tersenyum kemenangan. Dia melihat muncung panjang Damia yang dah boleh buat sangkut baju. Damia bangun dan berlalu ke dapur, malas dia mahu melayan kerenah Amierul Ashraff. Amierul Ashraff turut mengekori Damia berlalu ke dapur.
"Apasal ikut orang, pergi la tengok cerita seronok tu", Damia bersuara tanpa melihat wajah Amierul Ashraff.
"Ala, sayang jangan la macam ni, abang bukan sengaja nak tukar cerita lain, abang cemburu la tengok Mia tak lepas pandang si Tom Cruise tu", Amierul Ashraff memegang bahu Damia.
Pantas Damia menolak tangan Amierul Ashraff. Ada ke sebab tu pun nak cemburu, bukannya aku boleh dapat betul-betul pun si Tom Cruise tu, kalau aku boleh dapat wajar la dia nak cemburu. Damia bermonolog sendirian. Cepat Damia berhenti dan menghadap Amierul Ashraff. Nasib baik Amierul Ashraff sempat berhenti kalau tak, dah lama terpeluk si Damia ni.
"Orang suka dia aje, tu pun nak cemburu ke, apa lah isk, lainlah kalau dia tu betul-betul ada dekat Malaysia ni, ni jauh berbatu-batu nak cemburu buat apa, menyampah la dia ni", balas Damia geram.
"Okey, jom pergi depan balik sambung tengok cerita tadi tau, dah abang janji abang tak cemburu dah", Amierul Ashraff mencuit hidung Damia.
Damia berlalu ke depan meninggalkan Amierul Ashraff sendirian di dapur. Amira sudahpun menghilang entah ke mana. Amierul Ashraff menggeleng-geleng melihat Damia. 'Comel bakal bini aku ni'. Amierul Ashraff berkata sendirian. Damia kembali menukar siaran tv. Dia tidak mempedulikan Amierul Ashraff yang berada di sebelahnya. Amierul Ashraff meletakkan tangan di belakang bahu Damia. Damia menolak bahunya.
"Jangan la kacau orang nak tengok tv ni, sekali lagi dia kacau orang nak balik".
Pantas Amierul Ashraff mengangkat kedua-dua tangannya. Dia juga turut melayan cerita itu, nak mengusik Damia kang tak pasal-pasal perang dunia meletus, Bukan boleh sangat Damia ni angin satu badan, tapi kalau dah manja tu manja sangat.




PAGI itu Damia bangun, dia memandang sekeliling. Ruangan bilik tak sama pun dengan bilik Amira. Dia memandang sebelah, Amira tiada di sebelahnya, yang ada Mr.Ted dia ajalah. Dengan keadaanya yang tak berapa nak siap tu, dia keluar dari bilik sambil menguap. Bukan reti nak tutup mulut. Apa punya anak dara la. Dia berjalan sampai ke dapur, Damia kehairanan.
"Ni bukan rumah tok ke?", dia berbicara sendirian. Damia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dengan rambut yang tidak bersikat, dah macam penghuni sejati Tanjung Rambutan aje.
"Tapi macam mana pulak aku boleh ada dekat sini, bukan sepatutnya aku tidur dekat rumah Mira ke?", sambungnya lagi.
Damia berjalan-jalan mencari abangnya. Kedengaran bunyi air di dalam bilik mandi. Ha mesti abang Ash ni, fikirnya. Dia mengetuk pintu bilik mandi itu. Selagi orang di dalam tidak menyahut selagi itulah die ketuk. Memang tak reti sabar langsung perempuan ni.
"Abang oh abang Ash!", laungnya. Ketuk tu macam biasalah, bukan reti  slow-slow , dah la pintunya dari plastik, abis lekang nanti. Nama je perempuan, perangai tak tau la nak cakap.
"Sayang dah bangun ke?", sahut suara di dalam.
Macam pernah aku dengar suara ni, tapi di mana. Lagi sekali dia menggaru kepalanya. Lagaknya seperti kepala orang yang penuh dengan kutu, tergaru-garu. Dah macam orang utan dekat Zoo Taiping tu pun ada. Cuma yang membezakan Damia ni comel sikit aje. He..He..He..
"Honey ke?", tanya Damia. Dia sudah pun berhenti mengetuk pintu. Aman sikit rumah kalau tak bisingnya lebih dari orang tengah menukang.
"Ye la, ni mesti kes pening kepala ni kan, sayang pergi mandi dulu nanti datang sini balik abang cerita", suruh Amierul Ashraff.
Bergegas Damia pergi ke rumah Damia. Macam ribut dia lari, bukan apa, dia takut Amierul Ashraff ternampaknya begini. Nanti tak pasal-pasal saham jatuh. Sampai saja di rumah Amira, Damia menepuk dahinya. Apa lagi tertinggal Mr.Ted kesayangannya tu la. Mana tak tinggalnya, kalau lebih dari orang nak beranak aje. Orang nak beranak pun boleh relax lagi. Dia ni kalau dah menggelabah tu, semuanya tinggal. Dah ada anak nanti dengan anak dia tinggal.
Nak patah balik takut Amierul Ashraff ada pulak. Sudahnya dia membiarkan aje, dia terus pergi mandi wajib. Bukan untuk 'tut' tu tapi kan bila bangun pagi kena mandi dan hukumnya mesti la kena wajib kalau tidak memang adik beradik dengan kambing la. Ha..Ha..Ha.
Selepas selesai mandi, Damia mengikat rambutnya dan membuat tocang. Dia menyembur sedikit minyak wangi kegemarannya Enchanteur, dia menarik nafas. Hmmm wangi. Damia tersengih sendirian.
"Hoi!!", sergah Amira dari belakang.
Damia yang terkejut pantas menyembur perfumenya ke arah Amira. Abis badan Amira berbau, nasib baik la wangi. Damia membuka matanya lantas tersengih kepada Amira. Salah Amira juga siapa suruh sergah masa Damia ni tengah mengelamun, memang dapat la habuannya. Amira menjegilkan matanya kepada Damia. Damia cuma tersenyum, pantas dia berlari ke luar.
Amira yang baru sahaja balik dari pasaraya terus menukar bajunya yang berbau wangi tu. Bukan dia tidak suka tetapi terlampau banyak semburannya tadi. Nasib tak kena mata kalau tidak buta la jawabnya. Amira memakai Blouse labuh dan seluar jeans berwarna putih, dia mahu keluar dengan 'atok' kesayangannya sebab itulah pakai cantik-cantik. Dia memilih selendang berwarna hitam, sesuai dengan semua warna baju.
Dia mencari-cari Damia, Amira mahu menyuruh Damia memakaikannya selendang. Sudah berkali-kali Damia mengajar Amira cara memakai selendang tetapi tidak juga mendapat lesen bukan kata lesen P, L pun belum tentu. Hmmm, dia ni mesti merayap rumah tok ni, fikir Amira.
Lantas Amira keluar dan mencari Damia di rumah tok. Ternyata telahannya benar memang Damia di sini, tengah rajin sangat bagi ayam-ayam tok makan. Sebenarnya Damia menunggu Amierul Ashraff pulang dari Kamunting, Danish yang mengajak Amierul Ashraff ke sana, entah apa yang dia nak buat Damia pun tak tahu.
"Apasal kau ni, dengan selendang segala bagai, dah macam orang mati laki dah", tanya Damia.
"Mulut, aku cabai sat gi niaya ja, dah la hang sembur aku dengan perfume tadi, ni aku nak minta tolong hang pakaikan selendang, aku tak reti la", ujar Amira. Dia menghulurkan selendangnya kepada Damia. Kalau Damia tak balik ni, memang tak sentuh la selendang-selendang yang bersangkut di dalam almari itu.
"Apa la kau ni, nak melawa tapi tak reti, bak sini, jom masuk dalam, takkan aku nak bagi pakai dekat sini kot, nanti tak pasal-pasal mat-mat bangla tergoda nanti", selamba aje mulut si Damia ni.
Amira menekup mulut Damia dengan tangannya. Asyik bercakap aje kerjanya, tak reti nak diam. Amira mengekori Damia masuk ke dalam rumah, takut juga dia apa yang dikatakan Damia itu betul. Damia membasuh tangannya yang berbau dedak. Kalau tak dibasuh nanti berbau pulak selendang tu, nanti 'atok' nak dekat pun tak ada selera. Nanti terpaksa 'atok' tu pakai topeng sebab busuk. Damia tersengih sendirian bila membayangkannya.
"Lekas la, aku dah lambat ni sat lagi dia mai aku tak siap lagi", siaran Radio Amira sudah bermula. Bersedia untuk menadah telinga.
"Ye la, aku basuh tangan tadi kau nak ke selendang kau ni berbau dedak?", Damia bersuara geram.
Tangannya lincah melilit selendang di kepala Amira, berhati-hati dia melilit supaya nampak kemas. Salah lilit nanti mati pulak anak dara orang. Ha..Ha..Ha.. Akhir sekali Damia meletakkan kerongsang yang berjuntai panjang berbentuk seperti duit. Kasi ada lagu sikit, baru la tak bosan. Damia melihat hasilnya, memang sempurna, terserlahlah pipi Amira yang macam kuih pau tu.
"Meh aku nak conteng sikit muka kau ni, macam tempeyek basi aje". Mulut dia ni memang tak ada insurans.
Mulalah kerjanya make-up kan Amira, macam-macam dia letak, boleh dikatakan penuh la muka Amira ni dengan warna. Sedang tangannya meletakkan blusher di pipi Amira, mereka terdengar orang memberi salam. Macam pernah kenal suara tu, Damia memandang Amira.
"Mesti atok tu, hang pi suruh dia masuk sat", suruh  Amira.
Damia yang malas mahu membalas kata-kata Amira, menurut sajalah. Sebenarnya dia menyampah mahu melihat muka atok tu.
"Hoi, masuk dulu, dia tak siap lagi". Cantik bahasa dia, padahal Abang Wira tu lagi tua dari dia.
Selesai cakap dia masuk kembali untuk menyiapkan Amira sikit saja lagi. Damia mengakhiri sentuhannya pada bibir Amira. Dia mengoles sedikit pelembab bibir berwarna pink yang akan menampakkan bibir Amira seksi gitu!. Damia melihat wajah Amira, okey, perfect!!. Damia tersenyum puas.
Dengan semangatnya Amira keluar. Damia mencebikkan bibirnya. Tak sabar-sabar dah nak jumpa , katfi Damia dalam hati. Damia menjeling menyampah melihat 'atok' tersenyum, tersengih macam kerang busuk, rasanya kerang yang busuk tu pun wangi, sekurang-kurangnya sedap di makan. Ni nak pandang pun tak ada selera.
Damia duduk di pintu menongkat dagunya. Dia menghantar Amira dengan pandangan mata. Yang sebenarnya dia kebosanan, menunggu Amierul Ashraff. Jam juga sudah menunjukkan pukul 10:30 pagi. Damia memuncungkan bibirnya, dia menguis pasir dengan kayu, menulis namanya dan Amierul Ashraff. Ni memang dah tak ada kerja la ni. Selepas itu, dia membuat bentuk hati di tengah-tengahnya.
"Wah!, ada seni jugak aku ni rupanya, kih..kih..kih", Damia ketawa sendirian.
Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi deruman kereta Danish. Damia memandang dengan pandangan yang menyeramkan. Dia berdiri di muka pintu sambil bercekak pinggang. Macam orang gaji pun ada dah. Ha..Ha..Ha..
Belum sempat Amierul Ashraff keluar dari kereta, Damia terlebih dahulu membukakan pintu untuk Amierul Ashraff. Amierul Ashraff tersengih bangga, terasa dirinya seperti putera raja. Damia turut tersenyum, tetapi dengan senyuman yang geram, tak ikhlas langsung. Danish yang melihat Damia kehairanan.
Entah sejak bila pulak la adik aku ni terlebih rajin, selalunya harapan la nak tolong bukakkan orang punya pintu, silap-silap dia yang menyuruh orang yang bukakkan. Ni mesti ada udang di sebalik mee goreng ni.
"Terima kasih daun keladi, lain kali tolong la lagi", berpantun pula Amierul Ashraff ni.
Dia tidak tahu gunung berapi yang aktif di hadapannya ini menunggu masa nak mengeluarkan lahar. Damia masih lagi tersenyum.
"Manusia memang senang berjanji, tetapi jarang sangat ditepati", Damia membalas kembali.
"Bukan sengaja mahu memungkiri, tetapi ada hal yang hamba perlu dahului", keluar sudah bahasa ibunda dia.
Damia mengetuk dagunya, memikirkan apa yang hendak dibalas. Ada aje idea nak balas cakap orang.
"Jika begitu, siapakah aku dihatimu?", kan keluar dah ayat jiwang dia.
Amierul Ashraff pula kebuntuan. Bukan senang nak menyejukkan hati tuan puteri ni. Ayat mesti kena manis, barulah hati yang panas boleh jadi sejuk. Amierul Ashraff memandang muka Damia yang masih kelihatan tidak puas hati. Danish pula sudah menghilang masuk ke dalam rumah, malas mahu masuk campur masalah mereka berdua ni.
"Jalan-jalan pergi Mid Valley, sayang i'm sorry?", berpantun pulak.
"Online facebook guna Blackberry, pergi la naik lorry ", Damia pula membalas.
"Naik lori sampai ke Jawa, abang bukannya sengaja", Amierul Ashraff menjawab. Tak nak kalah juga. Entah sampai bila nak main balas-balas pantun.
"Janji melayu memang begitu, suka buat orang menunggu". Damia menjelirkan lidahnya.
"Ambil barang di jeti, jangan la buat abang susah hati", Amierul Ashraff membuat muka seposen.
"Pagi-pagi pergi ke pasar borong, lain kali jangan berbohong", Damia mencubit lengan Amierul Ashraff.
"Auwww!, sakitlah baby", ujar Amierul Ashraff dengan suara yang manja. Dia mengusap-usap lengannya yang kelihatan merah.
Lama-lama lebam la lengan aku yang sasa ni. Tapi nak buat macam mana, nak pujuk tunang punya pasal berserah ajela. Amierul Ashraff bermonolog.
"Berjalan-jalan di hari-hari, apa jaminan yang boleh honey bagi?". Damia memandang Amierul Ashraff.
"Bertunang dengan Puteri Qaisara Damia, jaminan apa?", Amierul Ashraff tersengih. Entah macam mana dia dapat idea mereka pantun menggunakan nama Damia.
Damia menjeling. Ada guna nama aku pulak, tak apa, siap dia nanti.
"Muka macam mat bangla, buat-buat tanya pula". Ha! ambil nak sangat, kan dah terkeluar bangla tu.
"Minta kerja sebagai pembantu, sampai hati cakap abang macam tu", sedih suaranya. Dah sorang lagi merajuk, siapala yang nak mengalah.
"Hari-hari makan jeruk, honey merajuk?", Damia tersengih.
"Jalan-jalan pergi Kamunting, tau abang ni tak penting".
Mula dah ayat merajuk dia. Tu la mulut aku ni memang tak ada insurans, main lepas aje, tadi aku yang merajuk sekarang ni dia pulak. Aku bukan sengaja, niat nak bergurau aje, yang dia ni take it serious apasal. Macam la tak pernah bergurau kasar dengan aku. Damia berkata dalam hati. Dia menepuk mulutnya sendiri.
"Kita berdua memang sebulu, jangan la cakap macam tu".
Amierul Ashraff terasa mahu galak aje dengar pantun Damia. Terapi ditahan, dia nak tengok cara Damia memujuknya. Selalunya dia yang duk pujuk Damia, kali ini biar Damia pula pening memujuknya. Ha..Ha..Ha, kejamnya gelak.
Amierul Ashraff diam, tidak membalas. Dia meninggalkan Damia keseorangan di situ, sengaja dia berbuat begitu. Tanpa menoleh ke belakang, Amierul Ashraff masuk ke dalam rumah. Damia sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mencari-cari idea mahu memujuk Amierul Ashraff. Inilah kali pertama Amierul Ashraff merajuk lama dengannya, selalunya dia pujuk sikit aje dah elok. Ini guna ayat bombastik pun tak jadi jugak.
Damia melihat skrin telefonnya, selalunya Amierul Ashraff akan menelefonnya, kalau tak pun dia akan menghantar mesej. Ni senyap aje, satu deringan pun tidak kedengaran. Saat ini dia hanya terfikir Danish sahaja. Amira pula tidak pulang-pulang lagi, sakan punya dating. Damia mengambil keputusan, menelefon Danish nak mintak pendapat.
"Helo, abang". Terjah Damia.
"Sakit la telinga aku, cakap slow-slow tak boleh ke?, ha kenapa ni?", ujar Danish di talian.
Rumah dekat aje, tu pun masih nak pakai telefon. Kalau jumpa kan lagi senang face to face lagi. Macam-macam perangai Damia ni, sendiri yang cari pasal, bukan nak selesaikan sendiri, Danish jugak yang dicarinya. Damia menceritakan masalahnya kepada Danish. Bukan nya dia dapat nasihat, dapat makian lagi ada la.
"Tu la kau, mulut tu main lepas aje, kau tunggu sana, abang datang", suruh Danish.
Damia akur, dia menunggu Danish di buaian. Seronok juga dengan cuaca yang mendung begini menghayun buaian, terasa bayu lembut menampar pipi. Dingin rasanya. Damia memejamkan matanya menikmati bayu lembut yang tidak jemu menyapanya. Sedang asyik Damia menghayun buaian, dia terasa bahunya ditepuk. Damia membuka mata untuk melihat siapa gerangannya. Danish rupanya, dia mengambil tempat di sebelah Damia.
"Apasal ni, kau termenung dekat sini, Acap tu pulak, termenung dekat reban ayam, sampai aku pun pening fikir mana satu ayam mana satu dia", seloroh Danish di akhir ayatnya.
"Hmmm, entahlah bang, macam mana Mia nak pujuk dia ni", Damia mengongoi.
Benar la kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata memang buruk padahnya. Sama la seperti keadaan Damia ni, bila dah terlajak tu, bukan senang nak undur balik. Perasaan orang bukan kita boleh teka, apa yang ada dalam hati setiap manusia semuanya lain-lain. Walaupun kita dah kenal orang tu lama, tidak semestinya kina mengenali dirinya luar dan dalam, mesti ada rahsia yang mereka simpan walaupun sebesar zarah.
"Abang pun tak tau la dik macam mana, abang pun pening juga fikir pasal korang berdua ni, ha birthday dia bila?", tanya Danish.
"Dah lepas 15 Februari", Damia mengeluh.
Danish juga turut mengeluh. Dia baru bercadang mahu menyuruh Damia membuat surprise party untuk Amierul Ashraff. Muka Damia sudah macam orang makan jeruk, masam aje. Menyesal pula dia tidak berfikir dulu sebelum bercakap. Ikut hati sangat macam ni la, mati terus. Danish menggosok kasar rambutnya, dia pula yang pening dengan masalah Damia ni. Tiba-tiba dia dapat satu idea.
"Dik", panggil Danish.
Damia berpaling memandang Danish yang kelihatan ceria tidak seperti tadi serabut. Danish memberitahu ideanya kepada Damia. Terangguk-anggguk Damia mendengar strategi Danish. Perlahan-lahan terbit senyuman di bibirnya, Damia bersetuju dengan idea Danish, boleh dianggap bernas la jugak. Sekarang ni, Danish menyuruh Damia buat seperti biasa, yang paling penting jangan bercakap dengan Amierul Ashraff.
"Terima kasih abang, sayang abang", Damia tersenyum sambil merangkul lengan Danish.
Danish menggosok-gosok kepala Damia. Damia tersenyum senang, akhirnya dia dapat juga jalan penyelesaiannya.




DAMIA sedang mereka ayat puitis untuk diberikan kepada Amierul Ashraff. Sudah tiga hari Amierul Ashraff tidak menegurnya, mesej pun tidak. Marah benar dia kepada Damia. Damia pula sudah tidak tahan untuk menanggung rindu, walaupun baru tiga hari tetapi dia sudah mula merindui suara Amierul Ashraff memujuknya. Tetapi ditahannya demi melaksanakan rancangan Danish untuk memujuk Amierul Ashraff.

hidup tanpamu bagaikan jasad tanpa nyawa
tidurku tidak lena tanpa mendengar ungkapan 'I love you' dari bibirmu
pagiku tidak indah jika tidak memandang wajahmu, senyumanmu
sesungguhnya aku amat merindui dan mencintai dirimu
wahai Amierul Ashraff yang amat aku sayang.

Damia membaca kembali ayat yang ditulisnya di atas kertas berbentuk hati yang direka khas untuk Amierul Ashraff. Dia tersenyum, kalau bab nak mereka ayat jiwang, memang dia ratu. Sejak di bangku sekolah lagi, rakan-rakannya sering meminta bantuan jika ada masalah. Damia ni la yang buat kerja sambilan bagi ayat nak memujuk atau memikat. Damia melekatkan kertas berbentuk hati itu di atas cardboard.
Dihadapan cardboard itu, Damia menulis 'I'm so sorry'. Selepas itu dia menghiasi kad itu dengan manik-manik. Damia cukup tidak suka jika disuruh dia buat benda yang berkaitan dengan seni, tetapi kali ini dia mengalah demi Amierul Ashraff. Lagipun memang dah nyata salahnya jadi terpaksalah tanggung sendiri. Setelah selesai semuanya, Damia tersenyum puas.
"Beb..oh beb!", jerit Damia dari dalam bilik memanggil Amira.
"Isk, apa lagi la budak ni, aku nak feel tengok cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham pun tak boleh, kacau betul la", bebel Amira sendirian.
Ini satu lagi kesukaan mereka berdua, tengok cerita hindustan, dekat rumah semua cerita ada, lama, baru semua layan. Bila lagu aje, diaorang pun turut menyanyi sekali. Semua hero mereka kenal, tengok je hero dah tau cerita apa.
"Beb!, mai la sini sat", jerit Damia lagi.
Amira akur. Dia menekan punat pause sebelum menuju ke bilik. Amira berdiri di muka pintu bilik dengan muka yang macam nak minta kaki. Damia menggamit Amira menyuruhnya masuk, dia tidak mempedulikan muka Amira. Itu semua tidak penting, apa yang penting buat masa ini adalah misinya untuk 'memujuk Amierul Ashraff'. Damia menayangkan kad yang dibuatnya tadi kepada Amira.
"Amacam, okey tak?", tanya Damia.
Walaupun Amira tidak puas hati, tetapi dia masih memberikan pendapatnya kepada Damia. Dia tidak mahu melihat Damia bersedih, kerana itu dia turut mengambil bahagian dalam misi ini. Amira membelek-belek kad itu. Cantik juga, betullah cakap orang kalau kita buat sesuatu itu dengan hati yang ikhlas pasti hasilnya memuaskan hati. Sama juga seperti masakan, kalau kita masak dengan terpaksa, mesti masakan itu tidak sedap. Cuba kalau masak dengan seikhlas hati mesti masakan itu akan jadi sedap walaupun masakannya sederhana saja.
"Dah lawa dah ni, cuma aku rasa lagi lawa kalau hang letak gambaq hang dengan dia dekat bawah ni, letak gambaq yang mengingatkan dia kenangan manis hampa berdua. Yang lagi cantik kalau latar belakangnya laut, conferm sejuk punya hati dia".
"Okey, terima kasih banyak-banyak", kata Damia lalu tersenyum.
"Dah pergi la sambung balik tengok cerita kau yang tergendala tu", sambung Damia lagi bila melihat Amira masih berada dalam bilik lagi.
"Amboi, menghalau nampak", balas Amira.
"Bukan menghalau, tapi mengusir je", Damia tersengih.
Amira membaling bantai kecil kepada Damia. Kemudian terus dia berlari keluar sebelum Damia sempat membalas perbuatannya. Damia menyambung kembali kerjanya, dia mencari-cari gambarnya bersama Amierul Ashraff.  Gambar yang berlatarkan laut tiada, tetapi semasa di pusat karaoke ada la.
'Bantai ajelah', desis hatinya.
Berhati-hati Damia menggunting gambar itu, kemudian menampalkannya di tempat yang Amira tunjukkan tadi. Sekali lagi dia melihat hasil tangannya sendiri. Setelah puas dia membelek, Damia membawa kad itu ke rumah tok untuk ditunjukkan kepada Danish. Sebelum itu dia meletakkan itu ke dalam sampul, takut nanti terkantoi pulak. Damia mencari-cari Danish, rupanya abangnya itu berada di rumah tok su. Terpaksalah Damia menapak ke sana pulak.
"Assalamualaikum". Damia terus masuk usai memberi salam.
Damia melihat abangnya sedang duduk bersembang dengan abang Mat. Damia mengambil tempat di sebelah Danish. Baru saja dia melabuhkan punggungnya, kedengaran suara si kembar itu, siapa lagi anak-anak abang Mat la. Masing-masing berlari mendapatkannya.
"Mak Lang!!", jerit Fanisha dan Farisha serantak.
"Anak-anak mak lang ni, suka sangat menjerit, mak lang dekat sini aje bukan lari pun, mai sini duk atas riba mak lang", Damia menarik tangan Farisha dan Fanisha.
"Ala, Risha duk la belah sini, Nisha nak duk dekat sini", ujar Fanisha dengan pelatnya.
Berebut tempat pula. Damia tersenyum senang melihat anak-anak buahnya, sejuk saja hatinya bila memandang wajah mereka berdua. Walaupun nakal tetapi senang dikawal dan mudah mendengar cakap orang.
"Macam ni, Nisha duk dekat sebelah kiri, Risha duk dekat sebelah kanan okey?", tanya Damia meleraikan perbalahan kembar itu.
Farisha dan Fanisha mengangguk-angguk. Abang Mat dan Danish cuma tersenyum, faham benar denga perangai kembar itu, kalau nampak aje kelibat Damia mulalah nak manja-manja. Damia pula suka sangat melayan, sebab tu kembar suka. Damia memandang Danish dan abang Mat silih berganti. Serba salah pula, niatnya datang ke sini mahu menunjukkan kad, tetapi Fanisha dan Farisha pula ada. Mulut mereka ni pun boleh tahan bocor jugak, nanti tak pasal-pasal Amierul Ashraff dapat tahu.
"Abang Mat, suruh la budak dua orang ni, pergi main dekat luar, Mia ada something ni, kalau cakap depan-depan budak berdua ni nanti mulalah nak bukak rancangan CNN".
Abang Mat yang faham dengan CNN itu, menyuruh anak-anaknya pergi bermain di luar. Mulanya mereka tidak mahu, tetapi selepas Damia berjanji akan membawa mereka ke kedai barulah mereka mahu.
"Ha, apa dia yang kau nak cakap?", tanya Danish.
"Ni ha".
Damia menayangkan kad kepada Danish dan abang Mat. Danish mengambilnya daripada tangan Damia. Dia membuka sampul dan membaca coretan di dalamnya. Kemudian abang Mat pula membacanya. Sebenarnya abang Mat la sifu, dia belajar jiwang pun daripada abang Mat la. Abang Mat tergelak membaca coretan Damia.
"Kenapa abang Mat gelak, lawak ke Mia tulis?", tanya Damia.
"Tak adalah, ayat hang ni macam budak-budak la, tapi tak apalah, biarlah macam ni, geli juga hati Ameirul Ashraff bila baca nanti, dah okey dah ni, so what's next?" , tanya abang Mat.
"Entah, tanya la dalang ni", jawab Damia sambil menepuk bahu Danish.
"Okey, sekarang ni tugas aku, aku akan ajak dia keluar berkelah, nanti kau dengan Mira siap-siapkan lah apa yang patut, abang Mat pun kena tolong Ash nanti, budak-budak tu naik dengan Mia, kita berdua naik kereta Acap, kad tu kau jangan lupa bawak pulak. Sampai aje dekat sana korang menyorok la dulu, jangan bagi Acap nampak, nanti kau rakam apa yang kau nk cakap dekat dia dalam handphone aku , lepas tu barulah kau keluar, nanti aku, abang Mat dengan Amira tinggalkan kau dengan dia berdua aje. Kau pandai-pandai la nak pujuk dia, kad tu jangan lupa bagi, faham!", ulas Danish.
"Sekarang ni kau pergi balik, buat apa-apa yang patut, uruskan budak berdua tu sekali, aku dah gerak nanti aku mesej kau", suruh Danish.
Damia mengangguk-angguk, elok dia meyarung selipar, abang Mat memanggilnya. Damia mengangkat keningnya.
"Jangan lupa bawak baju Nisha dengan Risha sekali".
Damia mengangkat ibu jarinya. Damia mengajak Farisha dengan Fanisha mengikutnya pergi ke rumah Amira. Seperti biasa kalau Damia yang mengajak, senang aje kembar itu menurut.
"Nanti tolong mak lang buat sandwich tau", ujar Damia sambil mencubit pipi Farisha.
Dia lebih senang dengan Farisha kerana, Farisha sedikit rajin berbanding Fanisha yang agak pemalas, kalau disuruh barulah nak bergerak. Cakap orang dia pun lebih kurang jugak pemalasnya. Bak kata pepatah mana nak tumpah kuah kalau tidak ke lantai juga. He..He..He, mulalah nak buat pepatah sendiri.
Damia membuka peti ais, dia mencari-cari tuna. Dia menutup kembali, tuna tiada, kalau nak buat pakai sardin biasa nanti lambat pulak. Dia menyuruh Farisha dan Fanisha duduk di rumah diam-diam sementara dia dengan Amira pergi membeli tuna menaiki motor. Siapa lagi yang bawa, kalau bukan Amira, dia cuma jadi pembonceng aje. Serik rasanya mahu membawa motor.
Teringat kembali kisahnya sewaktu dia masih bersekolah menengah, kalau tidak silap masa itu dia baru di tingkatan dua. Konon-kononyalah, dia mahu belajar membawa motor, dia menyuruh Amira yang mengajarnya. Pada mulanya lancar saja, selamat la sampai ke kedai. Tapi bila nak balik kembali ke rumah, Damia terpulas minyak, apalagi kedepan la motor tu, dengan dia turut kedepan lepas tu apa lagi jatuh la, nasib la motor tak timpa kaki, kalau tak patah la kakinya. Sejak hari itu, dia sudah serik nak naik motor lagi. Bila diingat kembali, Damia tersengih sendirian.
Kelihatan ramai pula lelaki yang sedang melepak dihadapan kedai itu. Kebanyakkannya semua bujang-bujang lagi. Rupa mereka juga boleh tahan. Mula dah penyakit gatal dia tu. Damia turun dari motor, apa lagi mulalah aksi usik-mengusik. Isk ingat aku ni tikus ke apa nak panggil macam tu. Damia buat muka selamba aje, dia cepat-cepat beli dan terus keluar, malas dia mahu berlama-lama. Serabut kepala aje. Dia menyuruh Amira cepat-cepat bergerak pulang. Rimas sudah rasanya.
Damia membeli dua tin tuna, cukup rasanya. Sampai saja di rumah dia melihat Fanisha dan Farisha sudah tidur. Lega sikit rasanya senang sikit nak buat kerja. Amira turut membantunya menyiapkan sandwich dan menggoreng sedikit nugget dan sosej. Mereka  akan singgah di stesen minyak untuk membeli air. Damia meletakkan sandwich, nugget dan hotdog di dalam tupperware. Kemudian,  dia memasukkan baju Fanisha dan Farisha ke dalam beg. Budak berdua tu pantang nampak waterfall melompat-lompat nak mandi.
Damia dan Amira bersiap-siap nak bergerak, Damia mendapat mesej daripada abangnya yang mereka sudah bertolak.Mereka akan pergi ke waterfall yang paling famous di Kamunting iaitu di Bukit Jana. Damia mengejutkan Fanisha, Amira pula mengejutkan Farisha.
"Nisha nak ikut mak lang pi Bukit Jana tak, bangun sayang", Damia menggoyangkan badan Fanisha.
Fanisha bangun sambil menggosok-gosok matanya. Damia menyuruh Fanisha masuk ke dalam kereta. Damia membawa kereta Danish sementara Danish dengan abang Mat menaiki kereta Amierul Ashraff. Farisha pula sekali kejut sudah bangun, Damia memasukkan tikar dan barang-barang yang lain ke dalam bonet kereta. Setakat ni semuanya berjalan dengan lancar.
Tenang Damia memandu. Bising ruangan di dalam kereta itu dengan celoteh dan telatah Farisha dan Fanisha. Damia dan Amira cuma tersenyum mendengar celoteh anak-anak buah mereka. Amira melihat Damia di sebelahnya, wajahnya keresahan. Amira menggengam tangan Damia memberikan semangat. Damia turut membalas, benarla yang dia sedang keresahan. Dia takut jika tidak dapat memujuk Amierul Ashraff.
Sampai saja di sana, Damia mencari-cari parking yang agak jauh daripada pandangan Amierul Ashraff. Damia menghantar mesej kepada Danish mengatakan yang dia sudah sampai.

okey, sekarang ni, kau pergi dekat belakang Acap, duk diam-diam, kau suruh Mira bawak anak-anak abang Mat pergi dekat abang Mat kat wakaf hujung tu.
Danish membalas mesej.

Oraite.
Damia membalas kembali, dan menyimpan handphonenya ke dalam poket seluar. Dia menyuruh Amira membawa Fanisha dan Farisha kepada abang Mat seperti yang di suruh Danish. Kemudian Damia pergi ke belakang Amierul Ashraff. Danish pula pura-pura menekan punat hijau konon-kononnya ada orang call. Sebenarnya dia membuka rakanman suara Damia untuk diberi kepada Amierul Ashraff dengar.
"Okey", kata Danish sepatah. Dia menyerahkan telefon kepada Amierul Ashraff. Damia menahan gelak aje, pandai Danish berlakon.
"Siapa?", tanya Amierul Ashraff kepada Danish.
"Mia", jawab Danish sepatah.
"Sampai hati honey biarkan orang kerinduan, orang bukannya sengaja, tapi kalau honey dah anggap orang ni tak penting lagi dalam hidup honey, lepaskan la orang, orang rela asalkan dapat tengok honey bahagia".
Tidak sempat Amierul Ashraff berkata apa-apa, rakaman itu sudah habis, kedengaran seperti orang letek telefon. Amierul Ashraff menyerahkan kembali telefon kepada Danish. Damia yang berada di belakang Amierul Ashraff menekup mukanya dengan kad yang dibuatnya khas untuk  Amierul Ashraff.
"Kau nak pergi mana ni?", tanya Danish setelah melihat Amierul Ashraff bangun.
"Nak pergi ambil angin kejap", jawab Amierul Ashraff dengan nada suara yang sedih.
Amierul Ashraff pusing ke belakang, dia pelik ada orang mencangkung di belakangnya. Dia duduk bertinggung untuk melihat orangnya. Terlihat kad yang tertulis 'I'm so sorry' di hadapannya. Amierul Ashraff tersenyum, dia sudah tahu siapa orangnya. Dia mengambil kad daripada tangan orang itu. Terserlah muka comel Damia yang sedang tersenyum.
Amierul Ashraff membaca tulisan yang berada dalam kad itu, dia juga perasan akan gambar itu yang diambil ketika mereka berdua di pusat karaoke. Amierul Ashraff tersenyum tatkala membaca coretan Damia. Tahu lah dia yang Damia mahu memujuknya sampaikan sanggup menyuruh Danish membawanya ke sini.
Amierul Ashraff menongkat dagu memandang Damia yang masih tersenyum. Seperti yang dirancang, Danish membiarkan Amierul Ashraff dan bincang dari hati ke hati. Amierul Ashraff terpujuk sebaik sahaja memandang wajah bersih Damia. Dia mencuit hidung Damia, kemudian dia mencubit lembut pipi Damia. Sesungguhnya dia juga amat merindui mahu mendengar celoteh Damia. Amierul Ashraff memegang tangan Damia dan dibawa ke bibirnya. Damia pula membiarkannya aje, dia juga senang bila dibuat begitu.
"Honey orang minta maaf?", Damia bersuara memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
"Abang rindukan Mia sangat", ucap Amierul Ashraff sambil memandang tepat ke mata Damia.
"Mia pun rindu sangat-sangat kat abang, sebenarnya terlampau rindu", balas Damia sebak. Air matanya bergenang. Sungguh dia amat merindui untuk menatap wajah Amierul Ashraff.
Air mata Damia menitis setitik demi setitik. Kemudian bertukar teresak-esak. Amierul Ashraff menyeka air mata Damia dengan jemarinya. Amierul Ashraff duduk di sebelah Damia dan memegang kejap bahu Damia. Damia pula melentokkan kepalanya di dada Amierul Ashraff. Dia menghamburkan tangisannya sepuas-puasnya.
"Shhhuuu, sayang jangan macam ni please, abang dah maafkan Mia dah, give me a smile please, i really miss your smile, dah abang tak suka tengok sayang menangis macam ni, dan jawapan untuk soalan Mia tadi, abang takkan sesekali lepaskan sayang sebab abang terlampau mencintai dan sayang dekat sayang, Mia la nyawa abang, tak ada perempuan lain selain Mia di hati abang, setiap nafas yang abang hembus, setiap degupan jantung hanya ada namamu sayang", ujar Amierul Ashraff sambil mengusap-usap pipi Damia.
Damia terharu mendengar kata-kata Amierul Ashraff. Damia sudah tidak dapat berkata apa-apa lagi. Buat pertama kalinya, Damia mencium pipi Amierul Ashraff, lama. Dia benar-benar sayang Amierul Ashraff. Amierul Ashraff cuma tersenyum, dia juga bahagia jika mereka selalu begini. Ini juga salah satu sebab kenapa dia mahu mencepatkan tarikh pernikahan mereka. Dia mahu mengelak daripada melakukan lebih bnayak dosa.
Damia meraup mukanya yang sudah lenjun dek air mata. Amierul Ashraff turut menyeka air mata Damia yang masih tersisa. Amierul Ashraff menggengam erat tangan Damia. Damia juga membalas genggaman Amierul Ashraff. Mereka sama-sama menikmati keindahan permandangan waterfall itu.

4 comments:

  1. miahaha.., so sweet.., next.. hehe

    ReplyDelete
  2. next otw.... dlm 2 ari lg laa... :)

    ReplyDelete
  3. next bab ad prtukaran nama watak..
    Damia kepada Qistina
    Danish kepada Qhairil... :)

    ReplyDelete
  4. nice blog, sweet story. keep it up :)
    done follow :)
    come and visit me at http://karyakunukilanku.blogspot.com/
    and
    http://najwanighazali.blogspot.com/

    ReplyDelete