Monday 9 January 2012

bab 11

Amierul Ashraff membuka bajunya. Dia sudah tidak sabar untuk terjun ke dalam air itu. Qistina tergamam seketika, matanya tidak lepas daripada memandang Amierul Ashraff. Farisha dan Fanisha sudah pun bermandi-manda, terjerit-jerit. Abang Mat memerhatikan anak-anaknya dari jauh. Amira juga turut sama menyertai kembar itu. Qistina masih lagi memandang Amierul Ashraff. Dengan badannya yang sasa itu sudah cukup untuk membuat jantung Qistina berdegup pantas.
Qistina tidak senang duduk. Amierul Ashraff membuka seluarnya pula, hanya tinggal seluar pendek sahaja. Menampakkan lagi keputihan kulitnya, Amierul Ashraff juga mempunyai six-pac. Kalau sekali pandang saling tidak tumpah seperti pemain tengah kelab Real Madrid Cristiano Ronaldo. Dengan muka yang ala-ala arab sikit pasti senang membuat ramai perempuan jatuh hati. Qistina semakin tidak keruan, melihat Amierul Ashraff separuh bogel. Tangan dan kakinya dingin membeku. Amierul Ashraff memandang Qistina sambil terssenyum menggoda.
Hai dia senyum macam tu pulak. Aku dah la tak boleh tengok dia senyum macam tu, aku peluk jugak mamat ni nanti, bisik hati Qistina.
"Sayang, abang mandi dulu tau", bisik Amierul Ashraff di telinga Qistina.
Meremang bulu tengkok Qistina mendengar bisikan Amierul Ashraff itu. Qistina hanya diam kaku tidak membalas kata-kata Amierul Ashraff itu. Angguk pun tidak, dia hanya melihat lenggok tubuh Amierul Ashraff sahaja.
"Bi, look at me!", jerit Amierul Ashraff, menghentikan lamunan Qistina.
Qistina melihat Amierul Ashraff berdiri di sebuah batu besar. Amierul Ashraff tersenyum. Dia menyuruh Qistina melihatnya membuat aksi terjun. Qistina mencebikkan bibirnya, sengaja la tu nak menunjuk. Amierul Ashraff melompat terjun ke dalam air itu. Fanisha dan Farisha bertepuk tangan. Amierul Ashraff menyuruh kembar itu hi-five dengannya. Amierul Ashraff mengenyit mata kepada Qistina. Qistina membalasnya dengan menjelirkan lidah.
"Tina jom la turun, rugi hang!", jerit Amira.
"Tak nak la, aku tak bawak baju lebih", Qistina terpaksa menjerit juga kerana bising dengan bunyi curahan air.
Entah kenapa dia jadi tertarik untuk melihat Amierul Ashraff. Dia senang melihat Amierul Ashraff ketawa riang. Terserlah giginya yang tersusun cantik. Bibirnya pula berwarna merah jambu itu tanda dia tidak merokok. Rambutnya pula lembut, senang mahu dibentuk. Sedang dia ralit memandang gelagat Amierul Ashraff tiba-tiba seorang lelaki duduk di sebelahnya.
"Assalamualaikum", lelaki itu memberi salam.
Qistina cuma tersenyum hambar dan menjawab salam lelaki itu dalam hati. Qistina memandang wajah lelaki itu sekali lagi. Macam pernah dia lihat wajah ini, dengan kumisnya yang nipis. Dia mengamati wajah lelaki itu yang sedang tersenyum manis.
"Doktor Umar kan?", Qistina bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Doktor Umar mengangguk.
"Ingat pun".
"Doktor buat apa dekat sini, date dengan awek ye?", usik Qistina.
"Janganlah panggil abang doktor, panggil abang Umar dah la", ujar Doktor Umar.
"Erm, Tina kita pernah jumpa ke sebelum ni, maksud abang sebelum kita jumpa di klinik tu, kita pernah terserempak di mana-mana ke?", soal Doktor Umar, sudah lama sebenarnya dia mahu bertanyakan hal ini cuma tidak berkesempatan aje.
Berkerut-kerut Qistina ingat. Dia juga seperti pernah melihat Doktor Umar sebelum ini. Tiba-tiba dia teringat zaman persekolahannya. Kalau tidak silap, Doktor Umar juga pembimbing rakan sebaya sepertinya.
"Err, dok... err abang Umar ni bekas pembimbing rakan sebaya kan dekat sekolah?", tanya Qistina.
"Tina ni yang suka tengok-tengok abang dulu kan?", Doktor Umar tersengih.
Pipi Qistina sudah merona merah. Dia akui dia memang suka Doktor Umar dulu. Doktor Umar adalah orang kedua yang dia suka selepas Amierul Ashraff, tetapi sekejap aje, selepas itu dia hanya menganggap Doktor Umar seperti abangnya sendiri. Wajah Doktor Umar ni ada iras-iras pelakon Zul Huzaimy. Tetapi Doktor Umar tidak pernah melayannya.
"Blushing la", makin ligat Doktor Umar mengusik.
Dari dahulu lagi perangai Doktor Umar tidak berubah suka mengusik dan suka melawak. Itu yang membuat Qistina tertarik. Terimbau kembali ketika dia menyertai kem pembimbing rakan sebaya semasa di sekolah dahulu. Dia dan Eiqa satu kumpulan dengan Doktor Umar. Dia cukup gembira ketika itu, waktu malam pula setiap kumpulan harus membentangkan satu masalah dan cara penyelesaiannya. Doktor Umar menwarkan diri untuk tolong pegangkan microfon. Sampai gilirannya untuk bercakap, menggigil-gigil, apatah lagi Doktor Umar berada betul-betul di hadapan Qistina. Tergagap-gagap Qistina bercakap.
"Ehem..", Doktor Umar berdehem menyentakkan lamunannya.
"Makin cantik dia sekarang, kenapa lama tak contact abang, Tina ada nombor abang kan?", tanya Doktor Umar.
"Hmmm, abang yang tak layan, Tina malas la nak kacau, abang yang jual mahal dulu, Tina yang syok sorang-sorang",Qistina semakin ramah melayan Doktor Umar. Doktor Umar tergelak kecil mendengar komen Qistina mengenai dirinya. Memang benar dia tidak mudah melayan perempuan sewenang-wenangnya. Dia tidak pernah bercinta sebelum ini, kawan perempuan saja ramai tetapi tiada seorang pun yang dapat memikat hatinya. Tetapi pertama kali dia melihat Qistina di kliniknya, hatinya terasa lain. Perasaannya terlalu indah sehinggakan tidak dapat ditafsirkan melalui kata-kata.
Hatinya tertarik kepada seraut wajah Qistina yang sejuk sahaja bila dipandang. Bibirnya pula tidak lekang dek senyuman. Sentiasa tersenyum, itulah yang menampakkan wajahnya berseri-seri. Dia berhajat mahu mengenali gadis manis ini dengan lebih rapat lagi.
Amierul Ashraff perasan yang seorang lelaki sedang bersembang dengan Qistina. Kelihatan mesra sekali. Sesekali Qistina ketawa lepas. Amierul Ashraff tertanya-tanya siapakah lelaki itu. Setahunya Qistina tidak akan melayan jika lelaki itu tidak dikenalinya. Amierul Ashraff terus naik ke tebing dan menghampiri Qistina. Selamba dia duduk di sebelah Qistina tanpa menghiraukan Doktor Umar yang pelik memandangnya.
"Yang, tolong ambilkan tuala abang dalam bonet kereta", Amierul Ashraff menghulurkan kunci keretanya kepada Qistina.
Qistina menurut tanpa sebarang bantahan. Amierul Ashraff menghantar Qistina dengan pandangan matanya. Setelah memastikan Qistina jauh sedikit daripada mereka, Amierul Ashraff menghulurkan tangannya kepada Doktor Umar.
"Amierul Ashraff just call me Acap".
Doktor Umar menyambut baik huluran tangan Amierul Ashraff. Doktor Umar turut memperkenalkan dirinya kepada Amierul Ashraff.
"Apa hubungan abang dengan Tina?", serius intonasi suaranya.
"Dia pesakit abang dan senior dia masa sekolah dulu", jawab Doktor Umar tenang.
Sekolah?, bermakna aku pun kenal la dia ni, ahh aku tidak peduli semua itu, apa yang penting sekarang adalah perasaan lelaki ini terhadap Tina. Amierul Ashraff pasti Doktor Umar menyimpan perasaan terhadap Qistina, tak banyak pun sikit mesti ada.
"Acap pula apa hubungan dengan Tina?", tanya Doktor Umar pula. Dia sebenarnya takut untuk bertanyakan soalan itu. Tetapi terpaksa kerana dia memerlukan jawapannya kerana jika Qistina sudah berpunya, dia akan cuba untuk melupakan Qistina sebelum perasaan ini semakin bercambah.
"Saya tunang dia, tidak lama lagi kami akan mendirikan rumah tangga", sengaja  Amierul Ashraff menekankan perkataan tunang itu. Dia amat berharap Doktor Umar akan faham dan menjauhkan diri dari Qistina.
Doktor Umar terkedu mendengar status Qistina sekarang. Seperti janjinya, dia akan cuba untuk menganggap Qistina sebagai adiknya, sekurang-kurangnya dia boleh jadi pelindung kepada Qistina.
Amierul Ashraff mendengar derap tapak kaki orang, dia memusingkan kepalanya ke belakang. Dia mendongak sedikit, lalu tersenyum. Qistina menghulurkan tuala kepada Amierul Ashraff. Amierul Ashraff tidak mengambilnya, sebaliknya dia menyuruh Qistina duduk di sebelahnya. Jangan harap dia membenarkan Qistina duduk di antaranya dan Doktor Umar.
"Tolong la lapkan", sengaja Amierul Ashraff merengek.
Doktor Umar hanya melihat saja kemesraan pasangan itu. Dia ingin berlalu dari situ, tidak sanggup rasanya.
"Eh!, abang nak pergi mana?", tanya Qistina setelah melihat Doktor Umar bangun.
"Abang ada kerja sikit la, apa-apa nanti Tina call je abang okey?, Doktor Umar mengangkat tangannya dan terus berlalu dari situ.
"Mesra nampak, siapa tu?", mencerlung Amierul Ashraff memandang Qistina. Tiba-tiba dia jadi geram apabila melihat Qistina melayan mesra lelaki itu tadi.
"Tak ada apa la, dia tu anak kawan papa, honey jangan risau la, Tina dah tak ada hati dah nak bagi kat siapa-siapa, sebab honey dah ambil semuanya", ujar Qistina sambil menunjukkan lesung pipitnya.
Amierul Ashraff menghembuskan nafas lega setelah mendengar penjelasan Qistina. Amierul Ashraff mengesot rapat kepada Qistina. Sengaja dia buat begitu, dia suka melihat Qistina menggelabah bila dia mendekati gadis itu. Itulah kelemahan Qistina, dan itu juga cara terbaru untuk melembutkan hati Qistina. Amierul Ashraff menyentuh tangan Qistina yang berada di atas pehanya. Diramas lembut. Qistina mengawal perasaannya ketika itu. Nafasnya sudah turun naik, tidak teratur. Qistina memandang muka Amierul Ashraff. Matanya sengaja dikecilkan, manja saja.
"Sayang....", panggil Amierul Ashraff lembut.
"Honey lapar ek?, nanti Tina ambilkan makanan", terus Qistina menjawab. Tujuannya adalah untuk melarikan diri daripada Amierul Ashraff.
"Tak abang tak lapar pun", jawab Amierul Ashraff.
Qistina memikirkan lagi idea untuk melarikan diri. Dia tidak sanggup menghadapi situasi seperti ini. Jantungnya juga sudah berdegup laju. Sebelah lagi tangannya menggaru-garu kepalanya yang dilitupi oleh selendang.
"Sayang.....", panggil Amierul Ashraff lagi kali ini mesra.
Qistina tidak menjawab sebaliknya dia tersenyum.
"Abang nak baring atas peha sayang boleh?", Amierul Ashraff tersenyum menggoda.
Tidak sempat Qistina mahu berkata apa-apa, terus Amierul Ashraff meletakkan kepalanya di atas riba Qistina. Amierul Ashraff mengambil tuala lalu ditutup badannya yang terdedah. Amierul Ashraff memejamkan matanya, sambil tangannya tidak lepas memegang tangan Qistina. Qistina membiarkan saja, kalau dihalang pun tak guna, Amierul Ashraff tetap dengan katanya, sudahnya biarkan ajelah. Bukan selalu pun sekali sekala aje.
Qistina menggosok-gosok rambut Amierul Ashraff. Tangannya turun pula di pipi  Amierul Ashraff, dimain dengan jari-jemarinya. Dia tergelak kecil. Qistina menyentuh bibir seksi  Amierul Ashraff pula, anggota badan Amierul Ashraff yang paling dia suka adalah bibirnya yang kelihatan seksi. Lama dia menyentuh bibir itu.
"Auwww", terjerit Qistina apabila Amierul Ashraff menggigit jarinya.
Sangkanya Amierul Ashraff tidur, rupanya sengaja mahu mengenakannya. Qistina malu sendirian. Amierul Ashraff tidak menghiraukan jeritan Qistina, sebaliknya dia mengenggam tangan Qistina yang lagi satu. Kini kedua-dua tangan Qistina berada dalam genggaman Amierul Ashraff. Amierul Ashraff meletakkan tangan Qistina di dadanya. Qistina menjeling geram. Amierul Ashraff membalasnya dengan ciuman.
Dari jauh Qhairil memerhati gelagat pasangan itu. Dia juga tumpang gembira, kali ini dia memberi peluang kepada Amierul Ashraff dan Qistina bermesra. Kalau ada Fatin ni kan seronok mesti aku pun macam tu, bisik hatinya nakal. Sabar Qhai tak lama lagi dah. Qhairil mengurut dadanya. Qhairil melirik jam tangannya yang sudah pun menunjukkan pukul 2.00 petang. Cepat sungguh masa berlalu. Tidak sedar yang hari sudah semakin menginjak ke petang. Dia berkira-kira mahu bergerak pulang.
Dia ingin mengajak mereka ke Taiping pula, mahu membeli seditkit barang hantaran. Senang bila tiba harinya nanti tidaklah menggelabah sangat. Qhairil memberitahu abang Mat, abang Mat cuma mengangguk. Qhairil berjalan ke arah Qistina dan Amierul Ashraff.
"Tidur ke?", tanya Qhairil kepada Qistina setelah dia melihat mata Amierul Ashraff terpejam rapat.
Qistina mengangguk-angguk, memang Amierul Ashraff tidur. Penat barangkali bermandi-manda sebentar tadi. Qhairil mengarahkan Qistina supaya kejutkan Amierul Ashraff. Qistina akur, walaupun dia tidak sampai hati sebab Amierul Ashraff tidur lena sangat.
"Honey, bangun, kita nak balik dah, cepat pakai baju, tukar seluar", Qistina menepuk pipi Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff pusing ke kanan, tetapi tidak juga dibuka matanya. Memang lena sungguh tidurnya. Qistina mengeluh.
"Bangun la", Qistina menggerak-gerakkan tangannya yang berada dalam genggaman Amierul Ashraff.
Perlahan-lahan Amierul Ashraff membuka matanya. Dia menguap luas, pantas Amierul Ashraff menutup mulutnya. Amierul Ashraff masih lagi mamai, berkali-kali dia mengerdipkan matanya, tetapi tangan Qistina tidak juga dilepaskan. Sudah naik kebas tangan Qistina kerana terlampau lama berada dalam genggamannya.
"Pergi pakai baju dengan tukar seluar cepat", arah Qistina apabila melihat Amierul Ashraff tidak bergerak lagi.
Amierul Ashraff menurut. Jalan pun terhoyong-hayang lagi. Selesa sungguh dia tidur di atas riba Qistina. Niatnya hanya mahu memejamkan mata, menikmati suasana air terjun, tidak tahu macam mana dia boleh terlena. Abang Mat sedang menguruskan anak-anaknya, bibir mereka sudah kebiruan kerana terlalu lama berendam dalam air itu. Kata Amira air itu boleh tahan juga sejuknya.
Amierul Ashraff kembali dengan pakaian yang lengkap. Dia hanya memakai t-shirt dan seluar jeans pendek sudah cukup untuk menampakkan kekacakkannya. Qistina memuji Amierul Ashraff dalam diam. Memang dia akui Amierul Ashraff cukup tampan di matanya. Amierul Ashraff memandang Qistina sambil tersenyum.
Qistina membuka tupperware yang berisi sandwich, nugget dan sosej untuk menjamu Fanisha dan Farisha yang kelaparan. Qistina mengambil satu sandwich dan dihulurkan kepada Amierul Ashraff yang sedang bersandar ditepinya. Amierul Ashraff tidak menyambut dia cuma membuka mulutnya saja.
Qistina yang faham terus menyuap sandwich itu ke dalam mulut Amierul Ashraff. Amierul Ashraff mengangkat ibu jarinya. Habis kunyah, Amierul Ashraff membuka lagi mulutnya. Begitulah sampai habis satu sandwich itu.
"Nak lagi ke?", tanya Qistina.
"Tak nak la, abang nak sosej pulak", jawab Amierul Ashraff.
Qistina menyuruh Amierul Ashraff suap sendiri. Tetapi Amierul Ashraff degil, dia tetap mahu Qistina juga yang menyuapnya. Qistina mengalah, entah kenapa dia terasa yang Amierul Ashraff terlebih manja hari ini.
"Untunglah orang tu, makan ada orang suap", sindir Amira yang tak tahu dari mana munculnya.
"Jealous cakap la", balas Amierul Ashraff.
"Aku tak mentioned pun nama hang, so jangan terasa ye!", jawab Amira pula.
"Dah la, pasal ni pun nak bertekak ke!", Qistina mencelah.
Fanisha dan Farisha sudah tidak berkata apa-apa, kerana mulut mereka penuh dengan makanan. Lagaknya seperti orang kebulur tidak pernah jumpa makanan saja. Qhairil dan abang Mat juga turut menjamah makanan yang ada. Habis juga la semuanya, tidaklah membazir. Qhairil memberitahu yang dia mahu ke Taiping.
"Jom la, Tina nak ikut", bersinar-sinar matanya.
Kalau dah kaki shopping tu, memang tiada ubatnya. Amierul Ashraff memandang Qisitina yang bersemangat itu.
"Bolehlah honey, barang kita pun banyak yang tak beli lagi kan, kelmarin pun beli cincin aje kan", pujuk Qistina.
"Abang Mat dengan Mira nak ikut tak?", tanya Qhairil.
"Abang Mat malas la, budak-budak pun dah mengantuk ni, hampa pi ajelah", ujar abang Mat.
"Budak ni tak payah tanya, nak ikut la tu", serkap Qistina.
Amira tersengih. Pantang jugak kalau diajak tu. Mereka segera berkemas, Amierul Ashraff meletakkan barang-barang ke dalam bonet keretanya. Qistina dan Amira pula menggulung tikar dan diletakkan di dalam bonet kereta Qhairil. Abang Mat pula sudah berada di dalam kereta Qhairil, kerana anak-anaknya sudah mengantuk. Mereka akan pulang dahulu sebelum ke Taiping.
"Tina, come with me", suruh Amierul Ashraff.
Amira menaiki kereta Qistina. Ada saja rancangannya mahu berdua-duaan dengan Qistina. Kereta Qhairil bergerak dulu, selepas itu barulah Amierul Ashraff mengikut dari belakang. Qhairil membuka radio, dia kebosanan sebenarnya, nak berborak, Amierul Ashraff juga tidak bersuara pun. Lebih baik dengar lagu, sekurang-kurangnya boleh juga dia test suaranya di petang yang indah ni.
DJ memutarkan lagu kegemarannya. Setiap malam pasti lagu ini akan diputarkan melalui Suria Cinta. Qistina menghayati bait-bait lirik lagu itu. Dia mula bernyanyi kecil, Amierul Ashraff yang memandang cuma tersenyum.


aku inginkan dirimu datang dan temui aku
kan ku katakan padamu
aku sangat mencinta


Dengan penuh perasaan Qistina mengalunkan lagu Disaat aku mencintaimu yang dinyanyikan oleh Dadali band. Qistina menguatkan sedikit volume radio, Amierul Ashraff membiarkan saja. Dia juga turut sama menghayati lagu itu.


menyendiri lagi menyendiri lagi
disaat kau tinggalkan diriku pergi
tak pernah ada yang menghiasi hariku
disaat aku terbangun dari tidurku


Wah!, over la pulak nyanyianya mengalahkan volume radio lagi. Punya la kuat, nak buat konsert ke apa. Amierul Ashraff terus menutup radio, terdiam Qistina. Qistina memandang geram, suka hati aje nak tutup, dah la lagu tak habis lagi. Qistina mahu membukanya semula, pantas tangannya dipegang Amierul Ashraff. Qistina cuba meleraikan pegangan itu tetapi sia-sia saja. Amierul Ashraff tersenyum kemenangan. Bukan dia tidak suka tetapi sengaja mahu mengusik Qistina.
"Sayang sambung la, abang rasa Tina nyanyi lagi best", beria-ria saja Amierul Ashraff berkata.
"Menghina ke apa ni?", Qistina mengecilkan matanya.
"Abang ikhlas ni", jawab Amierul Ashraff tegas.
Memang tidak dinafikan. Qistina mempunyai suara yang boleh dikategorikan sedap la. Sedap untuk dijadikan halwa telinga. Amierul Ashraff melepaskan tangan Qistina kerana dia ingin menukar gear. Qistina tersengih, lega rasanya. Mana taknya dari tadi lagi tangannya menjadi mangsa pegangan Amierul Ashraff. Qistina memeluk tubuh, mahu menyembunyikan tangannya. Bukan boleh percaya sangat, cepat aje tangan tu mencapai kalau nak pegang tangan orang. Qistina yang kebosanan, langsung melelapkan matanya. Daripada tak buat apa-apa baik tidur lagi bagus.





AMIERUL  ASHRAFF memandang Qistina yang sedang diulit mimpi di sebelahnya. Dia mengelus lembut pipi Qistina. Dicuit sedikit hidung Qistina. Amierul Ashraff tergelak kecil melihat reaksi Qistina, yang tidak ubah seperti kanak-kanak. Amierul Ashraff membelok ke kanan masuk ke perkarangan rumah tok. Amierul Ashraff tidak mematikan enjin kereta, sebaliknya dia saja yang keluar dari perut kereta untuk mengeluarkan barang-barang yang berada di dalam bonet keretanya. Dia mencadangkan Amira dan Qhairil manakala dia dan Qistina pula satu kereta. Amierul Ashraff beralasan bahawa malas mahu kejutkan Qistina. Qhairil bersetuju aje begitu juga Amira.
Selepas itu, mereka terus bergerak ke Taiping. Seperti biasa Amierul Ashraff hanya mengikut dari belakang, dia bukan tahu sangat selok-beloknya. Kalau di Kuala Kangsar tu dia tahulah. Tenang Amierul Ashraff memandu, dia membayangkan perkahwinannya dengan Qistina. Kira-kira lagi tiga minggu saja lagi untuk sesi akad nikah. Kursus kahwin juga telah lama selesai. Hanya tunggu untuk diijabkabulkan saja lagi. Qistina masih tidak menunjukkan tanda-tandanya mahu terjaga. Amierul Ashraff pula kebosanan, memang tak boleh buat teman langsung!, kereta berjalan mata dia pun tertutup la.
Akhirnya sampai juga di tempat yang hendak dituju. Qhairil sudah mendapatkan parkir, Amierul Ashraff pula masih mencari. Dapat juga parkir, tetapi sedikit jauh daripada Qhairil. Amierul Ashraff mematikan enjin keretanya.
"Sayang, bangun", lembut saja suaranya.
Terkebil-kebil Qistina memandang Amierul Ashraff. Selendang yang terletak di kepalanya juga sudah senget-benget. Muka, jangan cakap la, ketara sangat muka orang baru bangun tidur. Qistina menilik wajahnya di cermin sisi kereta. Fuhh!!, lega, nasib baik tak keluar air liur basi, kalau tak jatuh maruah, desis hati Qistina. Kemudian, dia membetulkan selendangnya pula, diletakkan sedikit bedak ke mukanya. Tidak lupa perkara wajib sebelumnya keluar, mengoles sedikit pelembab bibir. Bibirnya akan kering jika tidak memakai pelembab bibir.
"Okey tak?", tanya Qistina kepada Amierul Ashraff yang masih tidak bergerak keluar.
"Dah comel dah, jom, lama abang Qhai tunggu, tadi beria-ria sangat alih-alih dia yang tidur", sindir Amierul Ashraff.
"Suka hati la orang punya mata bukan honey, sibuk je!", balas Qistina. Kalau tak balas cakap orang memang tak sah!.
Bila ada yang sentap nanti mulalah sorang ke timur sorang lagi ke selatan. Masing-masing tidak mahu mengalah. Kali ini biarlah Amierul Asharaff yang mengalah. Amira melambai-lambai kearah mereka. Qistina dan Amierul Ashraff berjalan seiringan. Qhairil sudah membuat muka kebosnan, Qistina sudah faham benar dengan perangai Qhairil yang memang tidak suka menunngu.
"Sorry abang, Tina betulkan apa-apa yang patut tadi". Qistina memaut lengan Danish.
"Dah la jom", dingin aje jawapannya.
Qistina  tidak lepas daripasa memeluk lengan abangnya. Sengaja la tu nak menyejukkan balik hati abangnya. Satu-satu kedai mereka masuk. Kali ni, Amierul Ashraff membeli semua hantaran untuk diberikan nanti. Qistina pula seperti biasa bukan keperluan perkahwinan yang dibeli sebaliknya keperluan untuk dirinya sendiri. Apa lagi kalau bukan novel, kalau boleh satu kedai dia nak borong. Habis RM 100 novel saja yang dibelinya. Mana taknya sampai lima dia beli.
Lepas ni pasti tiada perkataan 'bosan' yang akan keluar dari mulutnya. Mengadap novel sampai pukul 3.00, 4.00 pagi pun tak apa. Kalau novel itu menarik lagi la, sanggup nak habiskan satu malam, tak tidur pun sanggup. Asalkan ada novel sudah cukup tak makan sehari pun tak apa dah.
"Aku tak lalu kedai buku ni pun tak apa tadi", ujar Qhairil sambil memandang Qistina yang sudah tersengih.
"Then, siapa suruh abang lalu" , jawab Qistina.
"Dah, jom beli cincin pulak, abang ukur jari kau je la, kau dengan dia pun lebih kurang aje.", Qhairil menarik tangan Qistina.
Amira dan Amierul Ashraff cuma memerhati gelagat dua beradik itu. Qistina membantu Qhairil memilih cincin. Satu-satu disarungnya, semuanya tak berkenan. Sampai pekerja kedai itu pun naik pening. Kalau boleh habis semua mahu dicubanya. Ketat la, besar la, padahal saiz yang sama. Amierul Ashraff menongkat dagunya, dia juga pening melihat kerenah Qistina yang kalut tidak bertempat.
Amira jangan cakap la, dia turut sama dalam sesi pemilihan itu. Sama aje mereka berdua ni. Qhairil menilik satu-satu cincin di situ, akhirnya dia tetarik dengan sebentuk cincin ini. Bentuknya simple tapi cantik dan menarik. Qhairil menyuruh pekerja itu mengambil cincin yang dipilihnya. Qhairil menyuruh Qistina sarung di jari manisnya. Muat-muat saja, akhirnya dapat jugak yang sesuai. Kalau nak di harap Qistina, hampeh!. Esok pun belum tentu lagi dipilihnya.
Qhairil menjengah ke kedai bunga pula. Sengaja dia mahu melihat bunga-bunga telur. Tema perkahwinannya nanti berwarna ungu dan putih, tetapi tidak mendapat kata sepakat lagi dari Fatin. Dia cuma mencadangkan aje. Qhairil rambang mata, semuanya cantik-cantik belaka, sampaikan dia tidak tahu mahu pilih yang mana.
"Abang, bunga telur ni dekat sana pun boleh beli la, abang pergi dengan Atin sekali senang, ni nanti abang beli dia pula tak suka kan susah", cadang Qistina.
"Hmmm, betul jugak, berguna jugak kepala otak kau ni", selamba aje mulut Qhairil.
"Memang berguna pun, abang je yang tak perasan".
Qhairil baru mahu membuka mulut, tetapi pantas dicelah oleh Amira.
"Bang, jom la makan, Mira lapar ni", Amira menggosok-gosok perutnya yang sudah berkeroncong.
"Kau ni makan je kerja, jaga la badan tu, nanti runtuh pulak pelamin", ujar Qhairil. Abang dengan adik serupa aje, dua-dua tak ada insurans.
Amira menjeling geram. Amierul Ashraff pula sudah tergelak mendengar kata-kata Qhairil. Qistina pula hanya memerhati, dia tidak terasa mahu gelak, pelik juga dia melihat Amierul Ashraff gelak, macam la lawak sangat.
"Jom la bang, Tina pun haus ni, kering dah tekak", ajak Qistina pula.
"Yelah... yelah", Qhairil mengalah.
Amierul Ashraff menurut saja. Dia juga kehausan, berjalan dari tadi. Tangannya juga penuh dengan barang-barang yang dibelinya. Nak harap Qistina tolong memang jauh sekali la, novelnya tadi pun disuruh Qhairil yang bawa. Tapi kena maki sekali, baru la nak diam. Sendiri punya barang suruh orang lain bawakan, apa la. Mereka berempat pergi ke restoran yang tidak jauh dari kedai bunga itu.
Qistina memesan limau ais, begitu juga Amierul Ashraff, tetapi Amierul Ashraff turut memesan Nasi Goreng Kampung. Qhairil pula memesan teh ais dan mee goreng. Manakala Amira memesan teh'o ais limau dan Nasi Goreng Ayam. Cuma Qistina saja yang tidak memesan makanan jaga badan katanya. Tidak sampai beberapa minit pesanan air sudah sampai. Pantas tangan Qistina mengambil airnya. Disedut sampai separuh, lega rasanya. Tekaknya benar-benar kering. Terasa segar saja apabila air yang sejuk itu turun ke tekaknya.
Amierul Ashraff turut mencicip sedikit airnya. Tidaklah seperti Qistina habis separuh dalam beberapa saat saja. Amira dan Qhairil membiarkan dahulu kerana jika sudah minum air perut akan kenyang nanti tidak habis pula makanan yang dipesan. Satu demi satu makanan dihantar. Qhairil mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut. Berbudi-bahasa juga Qhairil ni!.
Masing-masing sedang menikmati makanan mereka. Qistina sorang sajalah yang ternganga melihat mereka mengunyah makanan. Siapa suruh tak mahu pesan, jaga badan la kononnya, diri sendiri yang melepas. Nasiblah!. Qistina memandang Amierul Ashraff yang sedang menyuap nasi gorengnya. Qistina membuat muka di hadapan Amierul Ashraff. Faham benar Amierul Ashraff dengan pandangan itu. Minta simpati la apa lagi, nasib la dapat tunang yang memahami. Kalau tak kebulur la Qistina ni.
Amierul Ashraff menyuakan nasi goreng kepada mulut Qistina. Ceh.., jual mahal!. Qistina menggeleng-geleng. Dingangakan jugak setelah Amierul Ashraff berura-ura mahu menyuapkan ke dalam mulutnya.
"Kenyang kan", sindir Amira.
Qhairil hanya diam membisu, sedikit pun tidak terangkat kepalanya. Habis licin dia makan mee goreng yang depesannya itu. Air pulak habis disedutnya. Memang tidak membazir, bagus sangat. Amierul Ashraff juga tersandar kekenyangan. Sesekali kedengaran sendawa dari mulutnya. Amira juga sudah kekenyangn, habis licin dengan ayam-ayam sekali, kalaulah tulang ayam tu pun boleh di makan memang dia sapu habis, nasib baiklah tulang tu keras. Qistina menghabiskan airnya yang masih tinggal lagi sedikit.
Masing-masing menggosok perut yang sudah pun diisi. Bila kenyang mata juga automatik akan terasa mengantuk. Selepas Amierul Ashraff melalukan pembayaran, mereka bergerak untuk pulang.
"Terima kasih Acap", ucap Qhairil dan Amira serentak.
Amierul Ashraff cuma mengangguk. Ala apalah sangat setakat makan di restoran biasa saja. Tak mahal mana pun, lainlah kalau makan di hotel lima bintang, memang koyak la poket nak membayarnya.
"Tengok baik tak honey aku ni, pemurah kan", Qistina pula yang lebih pujinya.
Amira mencebik menyampah. Kalau tak perasan sekali memang tak sah!. Hari sudah semakin menginjak ke senja. Langit juga sudah menampakkan warna jingga menandakan matahari mulai terbenam.  Jika di laut pasti suasananya akan lebih menyerlah. Bagi sesiapa yang sedang bersedih, pasti suasana yang sebeginilah yang akan ditunggu. Kerana angin yang hangat membahang akan bertukar menjadi bayu lembut, hening malam juga akan membuat hati menjadi tenang.
Amierul Ashraff mengajak Qistina pergi ke pantai selepas maghrib nanti. Qistina terus menyatakan persetujuannya. Dia juga sudah lama tidak ke pantai, terasa rindu pula dengan ketenangan suasananya. Apa yang penting adalah, laut juga menjadi saksi pertemuan antara Qistina dan Amierul Ashraff. Dia tidak akan sesekali melupakan detik terindah itu.
Selepas selesai sembahyang, Qistina terus bersiap-siap untuk keluar bersama Amierul Ashraff. Sebelum itu, dia ke rumah tok untuk meminta kebenaran Datuk Saiful terlebih dahulu. Walau apapun dia masih di bawah tanggungjawab Datuk Saiful, melainkan dia sudah bernikah. Barulah tangungjawab itu akan dipikul oleh si suami pula.
"Pa, nak keluar dengan Acap boleh?", ujar Qistina sambil merangkul leher Datuk Saiful dari belakang.
"Dah malam ni nak pergi mana?", Qhairil mencelah.
"Saya ajak Tina pergi pantai bang", Amierul Ashraff pula muncul.
Datuk Saiful yang sedang membaca surat khabar diam sahaja. Biarlah kali ini Qhairil yang membuat keputusan. Lagipun Qhairil sebagai anak lelaki juga berhak ke atas Qistina.
"Boleh, tapi aku nak ikut", ujar Qhairil.
Walaupun berat hati untuk membenarkannya, tetapi Amierul Ashraff mengangguk juga, daripada dia melepas nak keluar, baik angguk aje senang. Qistina juga tiada sebarang rungutan atau bantahan. Baginya, lagi selamat kalau Qhairil ikut sekali, tak adalah Amierul Ashraff ni berani nak buat yang bukan-bukan. Bukan dia tidak mempercayai Amierul Ashraff tetapi bila sudah berdua tu, pasti ada lagi satu makhluk Allah menjadi orang tengah yang menambah perasa. Sedangkan pak lebai pun boleh buang serban, inikan pula orang biasa.
Seperti biasa kewajipannya sebelum keluar rumah, Qistina menyalami tangan kedua orang tuanya, Datuk Saiful dan Datin Sofea.
"Anak mama nak pergi mana ni malam-malam macam ni?", tanya Datin Sofea semasa Qistina menghulurkan tangannya untuk bersalam.
"Nak keluar dengan Acap, mama jangan risau abang Qhai pun ada teman sekali", jelas Qistina. Dia faham benar, pasti Datin Sofea risau akan keselamatannya. Lagi-lagi dia seorang perempuan. Banyak risikonya jika keluar malam nak lagi bila dengan seorang lelaki. Qhairil mencadangkan pergi ke Pantai Tanjung Piandang, atau lebih dikenali lagi dengan 'Ban Pecah'. Ban Pecah ini sebenarnya mempunyai sejarahnya tersendiri. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa Ban Pecah itu sebenarnya adalah hamparan sawah padi yang subur menghijau. Bermulanya daripada sifat tamak manusia yang sanggup makan harta anak yatim piatu yang mempunyai pertalian darah dengannya. Selepas itu, tempat itu seperti terkena sumpahan yang menyebabkan air laut melimpah di serata kawasan sawah padi itu.  Sehingga sekarang, tempat itu terus menjadi kunjungan para pelancong



QISTINA duduk di atas batu besar di situ di bawah pohon yang rendang berhadapan dengan laut . Fikirannya jadi tenang apabila melihat laut yang luas terbentang di hadapannya ini. Sesekali kedengaran ombak menghempas pantai. Dingin malam membaluti tubuhnya, sesekali Qistina menggosok-gosok telapak tangannya untuk untuk mendapatkan sedikit haba panas. Amierul Ashraff yang datang dari belakang lantas membuka jaketnya dah dibalutkan ke tubuh Qistina.
Qistina cuma memberikan senyuman manis saja kepada Amierul Ashraff. Saat ini dia hanya mahu melayani perasaannya saja. Amierul Ashraff melabuhkan punggungnya di sebelah Qistina. Qhairil pula sedang menelefon Fatin sambil matanya memerhati Qistina dan Amierul Ashraff.
"Tenang kan dekat sini", tiba-tiba Qistina bersuara.
"Memang tenang setenang hati abang sekarang ini", ujar Amierul Ashraff sambil tersenyum memandang Qistina di sisinya.
"Tapi, pernah tak honey terfikir yang laut juga akan bergelora bila tibanya musim tengkujuh?", Qistina pula tersenyum memandang Amierul Ashraff.
Sama juga seperti manusia, hati mereka pasti akan bergelora jika dilanda kesedihan. Hujan itu seperti air mata yang mengalir jika hati keresahan. Pasti air mata akan jadi peneman setia.
"Hari-hari abang fikir benda tu, sayang kenapa ni, ada masalah ke?", serkap Amierul Ashraff.
"Tak lah, asalkan honey sentiasa ada disisi orang, orang akan berasa bahagia dan selamat saja". Qistina melentokkan kepalanya di bahu Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff menggosok-gosok kepala Qistina. Amierul Ashraff meramas lembut jari-jemari Qistina. Entah kenapa Qistina berasa sayu sekali, sebak rasa di dadanya. Matanya mula berkaca-kaca. Esakan halus mula kedengaran, mengalir perlahan air matanya membasahi pipi.
"Are you crying?", tanya Amierul Ashraff. Dia tidak nampak jelas wajah Qistina kerana kesamaran gelap.
Qistina hanya diam, tidak berkata apa-apa. Hatinya berasa sebak, seolah-olah ini adalah malam yang terakhir dia bersama Amierul Ashraff. Mungkin aku terlalu letih sehinggakan aku fikir yang tidak-tidak, desis hati Qistina cuba untuk menyedapkan hatinya sendiri. Dia pernah mendengar orang berkata, semakin dekat hari pernikahan, memang kita akan berasa tidak keruan.
"Hey, kenapa ni?, tell me please, don't be like this, abang  susah hati la", ujar Amierul Ashraff sambil jarinya mengesat air mata Qistina yang mengalir lesu.
"Tina pun tak tahu kenapa Tina menangis, yang pasti Tina rasa sedih sangat, honey janji jangan tinggalkan Tina tau, Tina sayang honey sangat-sangat", ujar Qistina yang kembali teresak-esak.
"Abang janji sayang, trust me, abang pun sayang sangat dekat Tina, you are my life, abang tak boleh hidup tanpa Tina". Amierul Ashraff memeluk bahu Qistina dan mencium ubun-ubun kepala Qistina.
Qhairil melirik jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 10 malam. Cepat saja masa berlalu. Dia mengajak Qistina dan Amierul Ashraff pulang. Pantas Qistina mengesat air matanya, dia tidak mahu Qhairil mengesyaki sesuatu.
Semasa di dalam kereta, Qhairil perasan akan perubahan Qistina, selalunya mulut Qistina la yang paling bising sekali, tangan pun tak reti nak duduk diam ada saja yang mahu di usiknya. Tetapi yang dilihatnya ini Qistina yang  lain, diam saja dari tadi, sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya.



LAMPU jalan yang mereka lalui ini rosak. Satu pun tidak ada yang menyala, berhati-hati Amierul Ashraff membawa kereta. Hanya bergantung kepada lampu depan kereta saja. Gelap gelita kawasan itu. Keliling pula dipenuhi dengan pokok-pokok, rumah-rumah pula jarang-jarang sekali kelihatan.
Kali ini Qistina tidak melelapkan matanya. Entah kenapa, perasaannya benar-benar tidak sedap. Degup jantungnya juga tidak teratur. Dia melihat Amierul Ashraff, tenang saja pemanduannya. Dia berasa sayu saja tatkala memandang wajah Amierul Ashraff. Qhairil pula yang lena di tempat duduk belakang.
Amierul Ashraff merasakan Qistina sedang memerhatikannya. Dia jadi heran dengan sikap Qistina, yang berlainan sekali. Wajahnya juga kelihatan sugul, tidak ceria seperti selalu. Amierul Ashraff pula tidak senang melihat perubahan sikap Qistina ini.
Sedang ralit dia memikirkan perubahan Qistina. Tiba-tiba sebuah lori balak masuk ke lorong Amierul Ashraff. Amierul Ashraff terkejut lantas tidak dapat mengawal sterengnya lalu merempuh penghadang jalan. Kepala Amierul Ashaff terhantuk ke hadapan manakala Qistina pula dapat mengawal badannya. Qhairil pula hanya terpelosok ke bawah. Saat ini tiada satu pun kereta yang melalui jalan itu.
Qistina menoleh ke tepi, memandang Amierul Ashraff yang berlumuran dengan darah. Kepala Qhairil pula sudah terkulai mungkin lehernya patah. Qistina buntu saat ini, dia tidak tahu apa yang hendak dibuat. Air matanya sudah mengalir laju. Dia tidak sangggup melihat Amierul Ashraff yang berlumuran darah, abangnya pula sudah tidak bergerak lagi.
Qistina mencari-cari telefonnya. Alangkah leganya kerana mempunyai signal di sini. Lantas Qistina membuat panggilan. Dia menelefon Datuk Saiful.
"Assalamualaikum papa", ucap Qistina sambil tersedu-sedan menahan tangis.
"Waalaikumussalam, kenapa ni sayang tell me?", jawab Datuk Saiful risau.
"Acap dengan abang pa...", Qistina tidak dapat meneruskan kata-katanya.
"Kenapa ni, cakap dengan papa", desak Datuk Saiful.
"Kami kemalangan pa..", Qistina tidak dapat mengawal tangisannya.
Qistina menangis teresak-esak, dia sememangnya tidak kuat untuk melihat dua orang yang dia sayang dengan keadaan seperti itu. Dadanya seakan mahu pecah tatkala melihat darah berlumuran di kepala Amierul Ashraff.
"What!, dekat mana tunggu dekat situ nanti papa dengan mama sampai".
"Dekat Tanjung Piandang ni, papa cepat tau, Tina takut".
"Okey, wait for me, dalam 30 minit lagi papa sampai tau, sementara tu, Tina call la ambulance tak pun, tahan kereta minta bantuan, kalau ambulance datang bagi tau papa okey", ujar Datuk Saiful.
Qistina cuma mengangguk tanda faham. Dia menamatkan talian, sejurus itu Qistina menelefon ambulance. Tidak sampai beberapa minit, talian disambungkan, dia memberitahu maklumat yang diminta oleh pihak hospital. Selepas itu, Qistina cuba untuk membawa Qhairil keluar, tetapi kudratnya menghalang dia melakukan sedemikian. Pada Amierul Ashraff pula Qistina cuma membetulkan saja keadaannya. Qisitna memeriksa denyutan nadi Amierul Ashraff. Alangkah lega rasa hatinya, apabila denyutan itu masih ada walaupun perlahan.
Sekali lagi air matanya mengalir. Sungguh dia benar-benar tidak sanggup untuk melihat Amierul Ashraff. Baru sekejap tadi Amierul Ashraff bersama-samanya. Qistina tidak bisa untuk berbuat apa-apa, dia hanya duduk di tepi jalan menunggu ketibaan ambulance dan Datuk Saiful.  Beberapa minit kemudian Qistina terdengar bunyi ambulance, kemudian Datuk Saiful pula sampai.
Qistina menerpa ke arah Datin Sofea. Dihamburkan segala tangisannya di pelukan Datin Sofea. Datin Sofea mengusap-usap belakang badan Qistina untuk menenangkannya. Datuk Saiful pula membantu mengangkat Qhairil dan Amierul Ashraff ke dalam ambulance. Datin Sofea yang melihat keadaan anak dan bakal menantunya menjadi sebak. Tidak semena-mena air matanya turut mengalir membasahi bumi. Selang beberapa minit kemudian, selepas ambulance membawa Qhairil dan Amierul Ashraff ke hospital, Qistina pula terjelopok di jalan tidak sedarkan diri.
"Abang, Tina bang!", jerit Datin Sofea.
"Ya Allah!!". Pantas Datuk Saiful menerpa ke arah Qistina,
Datuk Saiful mencempung Qistina ke dalam kereta lantas dibawanya ke hospital yang sama dengan Qhairil dan Amierul Ashraff.




MUNDAR-MANDIR Datuk Saiful berjalan di hadapan bilik pembedahan. Datin Sofea pula cuma menunduk dan menunggu keputusannya. Tidak putus-putus doa Datin Sofea dan Datuk Saiful. Datuk Saiful baru sahaja memberitahu berita ini kepada ibu mertuanya. Mereka mahu turut sama ke hospital untuk melihat keadaan Qistina, Qhairil dan Amierul Ashraff, tetapi dihalang oleh Datuk Saiful kerana memikirkan mereka tiada kenderaan untuk ke hospital. Datuk Saiful berjanji akan memberitahu keadaan anak-anak mereka setiap masa.
Pintu bilik pembedahan terkuak. Menerpa Datuk Saiful dan Datin Sofea ke arah doktor itu. Doktor itu cuma tersenyum manis, setiap doktor pasti akan lakukan benda yang sama kerana tidak mahu merisaukan hati ahli keluarga pesakit.
"Macam mana dengan keadaan anak-anak saya?", tanya Datuk Saiful. Datin Sofea tetap setia memaut lengan Datuk Saiful untuk mendapatkan sedikit kekuatan.
"Hmmm, anak perempuan encik menngalami sedikit hentakan di dalam kepalanya dan mempunyai darah beku tetapi kami telah berjaya membuang darah itu.", jawab doktor itu dengan tenang.
"Anak-anak lelaki saya?", pantas Datuk Saiful bertanya sebelum sempat doktor itu mahu menyambung percakapannya.
"Anak encik yang sorang itu, cederanya agak parah, dia bernasib baik kerana memakai tali pinggang keledar yang menyelamatkannya daripada tercampak ke hadapan. Cederanya di kepala agak serius mungkin dia akan koma, kita tunggu dia sedar aje la, yang lagi sorang hanya mengalami patah leher sahaja, alhamdulillah dia tidak mengalami sebarang cedera dalaman, saya harap encik dan puan banyak-banyak bersabar dan berdoa kepadaNya, kami di sini akan cuba sehabis mampu kami untuk membantu, selebihnya kita berserah kepada yang maha berkuasa". Doktor menepuk bahu Datuk Saiful sebelum berlalu pergi.
Kelihatan seorang demi seorang keluar daripada bilik pembedahan itu. Sayu hati Datuk Saiful dan Datin Sofea melihat keadaan anak-anaknya, lebih-lebih lagi melihat keadaan Amierul Ashraff. Mereka juga risau keadaan Qistina akan menjadi lebih teruk gara-gara dapat tahu tentang Amierul Ashraff. Lebih-lebih lagi hari bahagia mereka juga sudah semakin hampir.
Datuk Saiful menggosok-gosok belakang Datin Sofea yang sudah pun teresak-esak di bahu Datuk Saiful. Luluh hatinya apabila melihat anak-anaknya dalam keadaan sebegitu. Lebih-lebih lagi dia sebagai ibu yang mengandung dan , melahirkan mereka.
Datuk Saiful menelefon keluarga Amierul Ashraff dan Fatin. Tenang sahaja suara Datuk Saiful ketika memaklumkan berita sedih itu. Hari juga sudah larut malam, Datuk Saiful mencadangkan Datuk Azaham bertolak selepas subuh keesokkannya. Datuk Saiful mewakilkan Fatin untuk memberitahu kepada teman-teman Qistina yang lain. Sebenarnya Datuk Saiful juga tersentuh ketika melihat anak-anaknya tetapi ditahan kerana dia harus kuat demi isterinya.
Datuk Saiful mengajak Datin Sofea untuk pulang ke rumah, tetapi Datin Sofea berdegil, dia mahu menunggu sehingga anak-anak dan bakal menantunya sedar. Datuk Saiful tidak membantah dia cuma menurut kehendak isterinya. Dia juga resah jika tidak melihat keadaan anaknya stabil. Datuk Saiful baru teringat yang dia belum menunaikan solat isyak lagi.
"Sofi, jom kita solat dulu?", lembut ajakan Datuk Saiful.
"Abang pergi la dulu, Sofi nak tunggu anak kita sedar", lemah suara Datin Sofea.
"Sayang, jangan macam tu, kita solat dulu berdoa dengan Allah, Sofi jangan macam ni, kalau anak-anak kita sedar mesti budak-budak tu sedih tengok mama macam ni kan, abang percaya anak-anak kita akan sedar, jom kita solat  ye", ujar Datuk Saiful sambil mengesat airmata Datin Sofea yang masih tersisa.
Datin Sofea menurut sahaja suruhan Datuk Saiful. Lemah longlai Datin Sofea berjalan. Berat rasanya mahu meninggalkan anak-anaknya. Bila difirkan semula, memang benar kata-kata suaminya, dia harus kuat demi anak-anaknya. Datin Sofea mengambil wuduk dan menyarung telekung kemudian, menunaikan tanggungjawabnya kepada yang maha-Esa. Walau apapun yang terjadi, kita seharusnya menyerahkan segala-galanya selain daripada berusaha.