Wednesday 7 March 2012

bab 14

Qistina memberi salam langsung masuk ke dalam rumahnya. Apa yang berada di dalam fikirannya tika ini hanyalah katil!. Seharian dia berjalan, terasa penat, lenguh habis satu badan. Nasib baiklah pakai sport shoe, kalau pakai heels tak tau la. Mau terpeleot kaki ni!. Lemah longkai kaki Qistina melangkah tanggan demi tangga.
Nasib baik la tangga rumah. Kalau tangga dekat batu caves tu mampus aku tak nak naik!. Bagi la sejuta pun, memang aku takkan naik. Gila!, baik aku pergi taman bunga aman sikit, ni pergi sana memeningkan kepala otak aku aje!. Sempat lagi dia bayang macam-macam, merapu aje kejenye!.
Qistina membuka pintu biliknya. Lantas dia berlari ke arah katil dan merebahkan tubuhnya. Barang-barang yang dibelinya tadi pun habis berselerak dia main campak aje. Kalau penat sangat pun bukak la tudung dulu. Baru dia nak melelapkan mata, terdengar deringan telefon menandakan ada mesej masuk.
Assalamualaikum, jangan lupa mandi, solat, lepas tu makan ubat,jangan balik-balik terus tido, jgn degil, dengar ckp abg kali ni aje, lps mghrib ti abg nak pergi rumh, ibu nak tgk brg-brg yg Tina beli tadi, okey, abg nk mndi and solt jap, nnti abg call.
Pening kepala Qistina membaca mesej yang dihantar oleh Amierul Ashraff. Macam tau-tau aje dia ni." Ala ibu nak datang la pulak, ni mesti minah jeli dengan Datin vogue tu ada sekali. Rimas la aku, haish!, serabut..serabut!". Qistina mengomel sendirian sambil menggaru-garu kepalanya yang masih dilitupi oleh selendang.
Malas-malas Qistina bangun dari pembaringannya dan membuka selendang. Kemudian dia membersihkan badannya serta menunaikan solat Asar. Lama dia berteleku di atas sejadah itu. Dia berdoa kepadaNya agar, jodohnya bersama Amierul Ashraff panjang. Kemudian dia mendoakan keselamatan mama dan papanya di UK. Barulah dia berdoa untuk dirinya dan rakan-rakan. Tidak lupa juga kepada bakal keluarga mertuanya juga.
Selesai saja, Qistina membuka telekungnya dan menyisir rambutnya yang kusut masai. Dia mahu turun ke bawah untuk masak apa yang patut. Elok sahaja tangannya mahu membuka tombol pintu, telefonnya menjerit!. Siapa lagi kalau bukan big boss Qistina. Pantas Qistina menjawab.
"Helo, dah buat apa yang abang suruh tadi?", tanya Amierul Ashraff.
"Dah!", pendek jawapan Qistina.
"Kenapa pulak ni?".
"Tak ada apa la, orang nak masak ni, nanti call balik tau, ha lagi satu, on the way nanti bagi tau dulu, jangan main terjah aje!", pesan Qistina.
"Okey, patut la abang bau nasi goreng tadi".
"Merapu la tu, baru nak masak belum masak lagi, minah jeli la tu yang masak!" Qistina berjauh hati.
"Ha dah tak payah nak melalut, pergi masak, handphone tu letak dalam poket, jangan tinggal dekat dalam bilik!".
Qistina tersenyum mendengar celoteh Amierul Ashraff. Amierul Ashraff sudah masak dengan perangainya yang memang tidak suka memegang barang, termasuklah handphone!. Qistina terangguk-angguk. Macamlah Amierul Ashraff boleh nampak!. Kalau berjumpa tu susah sangat nak angguk. Macam-macam perangai dia ni.
"Oraite!", selepas memberi salam, pantas kaki Qistina menuruni tangga untuk ke dapur.
Qistina terkejut melihat abangnya berada di dapur. Kuss.. semangat!, aku ingat orang minyak masuk rumah. Maklumlah dekat dada-dada akhbar sekarang hangat tentang orang minyak. Tetapi tidak pasti akan kesahihan berita itu.
Dah macam tikus pun ada tengok abang aku ni. Entah apa la yang dia cari. Bukan nak panggil aku. Haih.., sabar ajelah, lepas dah sepahkan tu bukan reti nak kemas balik, aku jugak la yang kena kemas. Dengan rela hatinya tanpa rungutan!. Tapi kadang-kadang tu merungut la jugak, mau tak, semua aku yang kena buat, dia ni tau tidur lepas tu sepahkan aje. Bilik dia boleh pulak kemas sendiri!.
Qistina merapati abangnya. Terjengket-jengket dia berjalan, nak bagi surprise la tu. Belum sempat dia mahu sergah abangnya, Qhairil terlebih dahulu pusing badannya ke depan dan menyergah Qistina, apa lagi meletup la!.
"Mak...!", Qistina mengurut-urut dadanya.
Ni la balasannya nak terkejutkan orang, alih-alih diri sendiri yang kena. Padan muka!. Qhairil pula ketawa tak ingat dah!. Seronok sangat dapat mengusik adiknya yang seorang ni. Merah muka Qhairil punya ketawa. Qistina menjeling menyampah!. Asyik aku aje yang kena!, al maklumlah malang kan tidak berbau. Tapi kalau mak lang conferm ada bau!. Kih..kih..kih.
"Ni, lepas maghrib nanti aunty Rose and family nak datang", maklum Qistina kepada Qhairil.
"La yeke, family Atin pun nak datang jugak malam ni!", Qhairil menepuk dahinya.
"Biarlah, senang sikit nak discuss, bukan jadi masalah pun", bagi Qistina lagi ramai lagi bagus sebab senang sikit, lagipun mama dan papanya tiada jadi susah jika dia dan Qhairil saja yang ada.
"Hehehe, aku saja nak buat gempak!", Qhairil tersengih.
Terasa sunyi juga rumah banglo itu. Selalunya petang-petang begini Datin Sofea akan membuka 'radio'nya, bebel itu, ini, ada aje yang tidak kena. Bolehlah jadi halwa telinga walaupun agak perit sedikit!.
"Abang tolong ambil mee dekat atas tu!", arah Qistina sambil jarinya menunjukkan kearah kabinet. Bukan dia tidak boleh ambil sendiri, tetapi sengaja dia mahu menyuruh Qhairil, duk goyang kaki aje dari tadi.
"Nah!", Qhairil menghulurkan mee kepada Qistina.
"Celur la kejap, Tina bukannya nak buat mee goreng, Tina nak buat mee hailam ni!", pening Qistina dengan abangnya. Semuanya tak tau. Kahwin tau pulak, bab tu memang expert habis!.
Qhairil menurut apa yang diarahkan oleh Qistina. Yelah, kalau bukan dia siapa lagi yang mahu menolong adiknya itu. Eh!, tiba-tiba pulak berhati mulia ni. Selesai mencelur mee, Qistina menyuruh Qhairil membuat air dua jag besar.
"Nak buat air apa ni?", tanya Qhairil dengan muka seposennya itu.
"Buatlah satu sarsi, lagi satu cincau, cincau ada dalam peti ais tu, abang potong dadu lepastu basuh dulu tau!", satu-satu Qistina memberitahu Qhairil.
Qhairil mengangkat ibu jarinya tanda faham. Tengok ajelah faham ke tak!. Bukan boleh sangat Qhairil ni, dalam kecerdikannya ada jugak blurnya. Cermat saja Qhairil memotong cincau itu, satu-satu. Lucu juga Qistina melihat abangnya itu membuat kerja dapur. Qhairil meletakkan cincau yang didadu itu ke dalam bekas dan dibasuhnya sambil diperhatikan oleh Qistina.
Kemudian barulah dia membancuh air gula dan memasukkan cincau ke dalam jag. Qistina menyuruh Qhairil rasa, tawar atau manis. Qhairil menggerakkan bibirnya, dia menjilat-jilat bibirnya. Wah!, sedap jugak air aku ni!. Pehh!!, dengan bangganya Qhairil menganggat kedua-dua ibu jarinya.
"Jangan letak ais lagi, takut nanti cair pulak, sekarang buat air sarsi pulak, yang ni pandai abang la ek?, lu pikirlah sendiri!". Qistina senyum sinis.
Ha!, tadi bukan main bangga lagi, ni terkebil-kebil bila suruh buat sendiri. Sambil memantau Qhairil, Qistina tidak lupa masakannya, dia membasuh sayur dan dimasukkan ke dalam kuah hailam. Dibiarkan samapai menggelegak, kemudian dia menutup api dan di masukkan ke dalam satu bekas.
Qistina melihat jam yang terpapang di dapur itu. Jarum jam semakin hampir pukul 7.30, lama juga dia berada di dapur ini. Dilihat Qhairil masih lagi dengan tugasannya. Qistina menghidangkan semuanya di atas meja. Cuma air sahaja yang masih belum selesai.
"Dik, nak sukat air ni dengan gula macam mana ni?", Qhairil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Habis fikir sudah dia mahu menyukat, terlebih letak nanti manis sangat pulak, bila terkurang, takut nanti tawaq hebiaq pulak!.
"Abang letak sarsi tu lima sudu, gula pulak abang letak tiga sudu besar, lepas tu bancuh then rasa", ujar Qistina.
Qhairil mengikut panduan Qistina. Dirasanya, sedap!. Pandai adiknya itu, memang lepas la bab-bab kerja dapur ni. Dalam diam Qhairil memuji Qistina. Mesti la kena diam, kalau cakap straight to the point nanti, mau kembang semangkuk!.




QHAIRIL dan Qistina solat berjemaah. Sudah lama mereka tidak solat bersama-sama. Usai solat, Qistina memakai tudung dan turun ke bawah. Qhairil turut mengekori Qistina ke bawah. Qhairil melihat Qistina menuju ke dapur. "Apa lagi yang tak ready!, setahu aku semua dah siap", Qhairil berkata sendirian.
Qhairil turut melangkah ke dapur, mana la tau kot-kot, pertolongannya diperlukan. Dilihat Qistina mengeluarkan ais dari peti ais. Qhairil menawarkan dirinya untuk membantu. Qistina pelik melihat abangnya tiba-tiba jadi baik, selalunya bila disuruh tolong, satu aje perkataan yang keluar daripada mulutnya iaitu MALAS!!. Tiba-tiba hari ini 'ter'rajin pula, semangat tunang nak datang la ni.
Betullah kata orang love can make people change!. Dari meletakkan ais ke dalam jag sampailah menghidang air semuanya Qhairil yang buat. Pinggan dan cawan juga Qhairil yang ambil. Qistina tersenyum saja melihat Qhairil membuat kerja, senang hatinya. Kalau mama tau ni, mesti dia bangga gile!. Semuanya sudah terhidang kemas dan cantik di atas meja, tinggal tunggu tetamu sampai saja.
Qistina dan Qhairil menunggu tetamu mereka di ruang tamu sambil menonton tv. Mata saja melekat dekat tv tu, tapi fikiran, hati entah menerawang ke mana-mana. Terkejut Qhairil mendengar deringan telefon Qistina. Qistina memandang abangnya itu dan membuat peace!.
Abang on the way dah ni, wait for me k, my sweetheart!!, muahhhh!!.
Tersenyum Qistina membaca mesej Amierul Ashraff. Mesti bangga tahap tak ingat ni!. Qhairil masih menunggu mesej daripada buah hati nya. Dari tadi dia asyik melihat handphonenya, tiada tanda-tanda mesej masuk pun.
Beberapa minit kemudian, deringan telefon Qhairil pula kedengaran. Apa lagi, tersenyum lebar la itu mamat!.
Dah nak sampai ni, tunggu orang!.
Qhairil sedikit hampa, untuk Qistina, Amierul Ashraff memberi ciuman bekalan. Tetapi dia bukan kata ciuman, panggilan sayang pun tak ada!. Nasiblah!, dapat awek yang tak ada perasaan persis adiknya juga, kadang-kadang Amierul Ashraff saja yang melebih. Qistina buat don't know aje.
Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi loceng rumah ditekan. Pantas Qistina menekan alat kawalan untuk membuka pagar rumah. Qistina membuka pintu rumah pula, ternyata tepat gerak hatinya, Amierul Ashraff sudah sampai.
Huh!!, ada jugak minah jeli tu, haih, nasiblah aku, sabar..sabar!. Qistina mengurut dadanya.
Qistina memaniskan mukanya. Dia menyalami Datin Rose dan Datuk Azaham, Datin Rose memeluk Qistina dan mencium kedua-dua belah pipinya. Qistina melihat Amierul Ashraff sedang mencebik melihatnya berpelukan dengan Datin Rose. Jeles la tu!. Kemudian Qistina bersalam dengan dua orang makhluk Allah yang paling seksi itu. Nak tak nak aje, mereka berdua menyambut huluran tangan Qistina.
"Apa khabar uncle, aunty?", tanya Qhairil sambil menyalami sopan tangan kedua-dua orang tua Amierul Ashraff.
"Alhamdulillah, sihat cara kami la Qhai", jawab Datuk Azaham sambil ketawa kecil.
Lihat saja Qhairil, Akma tergedik-gedik hendak bersalam dengan Qhairil. Memang sebijik macam jeli!. Qistina yang melihatnya panas saja!, tetapi disabar, depan ibu-bapa Amierul Ashraff takkan dia nak melenting pulak.
Qhairil tidak menyambut huluran tangan Akma, sebaliknya dia hanya tersenyum seadanya. Segan la sorang-sorang minah jeli tu!. Qhairil memandang Qistina, Qistina hanya membuat muka bosan saja.
" Jom kita makan dulu, Tina dah masak dah!", Qistina mempelawa mereka yang berada di situ sambil memeluk lengan Datin Rose. Biarkan!, kasi jeles itu minah!.
Sebaik sahaja mereka duduk di meja makan, loceng rumah berbunyi. Dengan pantasnya Qhairil membuka pintu, dan mengalu-alukan kedatangan Fatin dan ibu-bapanya.
"Ramainya!", Fatin bersuara.
"Family Acap tu", maklum Qhairil.
Fatin mengangguk-angguk, Qhairil bersalam dengan Encik Johar dan Pn. Ina. Kemudian dia turut menjemput mereka ke meja makan. Makan sekali la senang sikit satu jalan aje. Qhairil memperkenalkan Fatin kepada ahli keluarga Amierul Ashraff.
Nasib baiklah meja makan itu besar, kerusi pun cukup aje. Fatin mengambil tempat di sebelah Qistina. Adalah tu, nak menyampaikan berita, maklumlah CNN tu, non-stop berita akan disiarkan. Fatin menaip sesuatu di telefonnya, kemudian diberi kepada Qistina untuk membaca.
Kenapa aku tengok minah tu jeling kau semacam aje, siapa dia tu?. Qistina tersenyum sumbing membacanya. Qistina mengambil telefon Fatin dan membalasnya.
Tu la, cousin Acap, entahlah aku pun tak tau apa masalah dia, first day lagi dia dah cari pasal dengan aku!
Fatin menjeling sekilas Akma, dia sendiri pun tidak suka melihat wajah Akma, penuh dengan api kejahatan dan dendam!. Wah!, ayat sedap aje nak mengutuk orang, kalau diri tu baik sangat tak apa jugak!.
Qistina melayan semua tetamu yang ada, termasuklah si jeli tu!, mak dia pun boleh tahan menjeling!, fuhh..., menusuk qalbu, tajamnya mak ai!!. Qistina buat buta aje lah, nak buat macam mana lagi.
"Makan la semua", jemput Qistina sambil tersenyum manis.
"Sedapnya anak ibu masak!", puji Datin Rose ikhlas.
"Biasa je la bu, tak sedap mana pun", Qistina merendah diri, tetapi pada hakikatnya yang sebenar, melonjak gembira!.
"Kau tau Tin, air ni semua abang Qhai yang buat!", dengan bangganya Qistina memberitahu Fatin.
Qhairil tersenyum bangga. Nasib baiklah adiknya pandai juga menaikkan namanya. Fatin memandang Qhairil. Menjeling-menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang...
Akma yang mendengarnya terus meletakkan sudu dan garfu. Dia menghentikan suapannya. Semua mata terarah kepadanya. Akma mencicip sedikit air cincau. Dengan selamba mat rempit aje dia sembur kembali air yang diminumnya. Tepat mengenai Qistina yang berada betul-betul di hadapannya.
Habis muka Qistina basah. Amierul Ashraff yang melihatnya mencerlung memandang Akma lantas bangun.
"Hei!!, what's wrong with you hah!", jerkah Amierul Ashraff. Dia benar-benar marah.
Datuk Azaham, En.Johar dan Qhairil bersiap-sedia. Qhairil menggosok-gosok belakang Amierul Ashraff.
"Mierul, Akma buka sengaja, dia tersedak la", Datin Rozie membela anaknya.
Muka Amierul Ashraff tika ini tegang, Qistina sendiri takut untuk bertentang mata dengan Amierul Ashraff.
"Tak sengaja mak long cakap!, betul-betul si Akma ni sembur depan muka tunang Mierul!, jangan sebab dia sepupu saya, dia boleh buat sesuka hati dia!", bergaung rumah itu dengan suara Amierul Ashraff.
"Honey sudah la tu, bukannya luka pun, memang betul Akma ni tak sengaja, dah la ye, makan!, tak seronok la macam ni", Qistina memberanikan diri untuk bersuara.
"Betul cakap Tina tu, sudahlah..", Datin Rose pula bersuara sambil memberi isyarat kepada suaminya agar menenangkan Amierul Ashraff.
Datuk Azaham yang faham dengan isyarat itu, mengurut-urut dada Amierul Ashraff. Pernafasannya juga tidak stabil, turun, naik. Qistina bangun untuk ke sinki, membasuh mukanya. Qhairil mengarahkan Fatin supaya mengikut Qistina.
Qistina membuka air lalu membasuh mukanya yang melekit sana-sini. Pada mulanya memang dia berpuas hati melihat Akma dimarahi oleh Amierul Ashraff. Tetapi setelah dia melihat Amierul Ashraff naik gila, timbul rasa simpati kepada Akma. Dia tidak mahu apa-apa berlaku, dia teringat pesan mamanya, kita kahwin bukan dengan lelaki atau perempuan itu sahaja, malah dengan seluruh ahli keluarganya juga. Kerana itu, Qistina tidak mahu mencari pasal dengan ahli keluarga Amierul Ashraff.
"Kau okey tak ni?", tanya Fatin yang risau akan temannay itu.
Qistina mengangguk sambil mengelap mukanya dengan tisu. Dengan melihat riak mukanya saja, Fatin sudah tahu yang Qistina tidak okey. Pasti hatinya merintih di dalam.
"Aku tau kau tak okey, tapi kau sabarlah, biarkan aje perempuan macam tu, nanti dapat la balsannya", Fatin memujuk Qistina sambil menggosok-gosok lembut bahu Qistina.
Tiba-tiba kelihatan Amierul Ashraff berada di situ. Serius saja wajahnya. Dia mendekati Qistina, Fatin tetap berada di situ. Takut juga terjadi apa-apa kepada Qistina.
"Sorry!", sebaik sahaja Amierul Ashraff menuturkan kata maaf, airmata yang ditahan mengalir laju.
Dia bukan sedih kerana perlakuan Akma terhadapnya. Tetapi hati kewanitaannya tersentuh kerana Amierul Ashraff yang datang meminta maaf walaupun bukan salahnya. Qistina mengesat airmatanya.
"Don't say that please!, it's not your fault, i'm okey", ujar Qistina cuba untuk senyum.
"Dah, jom pergi makan, nanti apa pulak kata ibu dengan ayah", sambung Qistina.
Fatin memegang tangan Qistina untuk menyalurkan sedikit semangat. Qistina memandang Fatin dan tersenyum tanda terima kasih. Fatin turut membalas senyuman Qistina. Itulah baru dinamakan kawan dunia akhirat!.
"Laa, semua dah habis makan ke?, pergi duk dekat depan dulu, biar Tina kemas okey", Qistina bermanis muka di hadapan semua yang berada di situ.
Qistina dapat menagkap jelingan tajam Akma terhadapnya. Apa yang dia boleh buat sekarang hanyalah bersabar dan terus bersabar. Api kita tidak boleh lawan dengan api, nanti buruk padahnya.
"Ibu tolong tau", ujar Datin Rose.
Qistina tersenyum kepada Datin Rose. Pn. Ina juga mahu membantunya tetapi dihalang, dia boleh buat seorang semua ni. Qistina menyuruh Fatin membuat kopi untuk dihidangkan kepada semua. Fatin yang sudah biasa dengan selok-belok rumah itu senang saja dia mencari kopi dan teko.
Selesai kemas, Qistina dan Datin Rose menyertai mereka di ruang tamu. Semuanya sedang sibuk berbincang. Cuma Akma dan Datin Rozie saja yang membuat muka bosan. Air yang dibuat oleh Fatin juga langsung tidak disentuh.
"Bu, join la diorang dulu, Tina nak ambil barang-barang tadi", ujar Qistina.
"Bang, abang punya barang nak ambil jugak ke, biar Tina tolong ambilkan sekali", laung Qistina.
"Bolehlah, thanks my little sis!", sedikit kuat suara Qhairil takut Qistina tidak dengar suaranya saja.
Qistina mengambil beg-beg yang berisi barang hantaran mereka, sebaik sahaja dia mahu mengambil beg di dalam bilik Qhairil, Amierul Ashraff terlebih dahulu mengambilnya. Pada mulanya dihalang oleh Qistina, tetapi Amierul Ashraff berkeras juga. Akhirnya Qistina mengalah juga, mereka berdua turun bersama-sama.
"Mummy tengok tu!", bisik Akma kepada Datin Rozie.
"Kau sabar ajelah, nanti balik rumah kita bincang lain", balas Datin Rozie yang turut memandang kepada Qistina dan Amierul Ashraff yang kelihatan mesra.
Mulalah perbincangan mereka terhadap majlis yang bakal berlangsung. Datin Rose dan Datuk Azaham ingin sponsor sebahagian daripada bunga telur, En.Johar dan Pn.Ina pula lebih kepada cenderahati untuk kawan-kawan mereka nanti. Majlis ini melibatkan anak daranya juga, jadi tidak elok jika dia lepas tangan saja.
"Pasal jemputan nanti, aunty dengan uncle bincang dengan mama balik tau, sebab kami tak tahu apa-apa pasal jemputan ni, makanan, khemah semua papa yang nak uruskan", ujar Qhairil.
"Bila mama kamu balik?", tanya Datin Rose.
"Maybe lusa kot, tak apa, nanti bila mama dah balik Tina call ibu".
"Yang, kita punya apa cerita, dah beres ke?", Qhairil tidak lagi segan untuk memanggil Fatin sayang.
"Dah complete dah, tinggal nak gubah aje...",
Qistina mencelah.
"Yang tu jangan risau, membe-membe kita ramai Tin, suruh aje diorang, jimat sikit!", cadang Qistina.
"For the first time aku dengar idea bernas daripada kau yang keluar!", gamat rumah itu dengan tawa mereka. Qistina tersipu-sipu malu. Ewah!, macam nak nikah aje.
Senang hati Amierul Ashraff melihat senyuman terukir di bibir Qistina. Dia amat menyanyangi Qistina. Dia tidak mahu sesiapa menyakiti hati gadis itu. Cukuplah sekali dulu gadis itu pernah terluka dengan perbuatannya dahulu. Amierul Ashraff sudah berjanji kepada dirinya yang dia tidak akan melukai, malah menggores hati Qistina lagi. Itu janjinya!.




"MACAM mana ni mummy!", Akma, duduk di atas katil.
"Sabar la sikit kau ni, kita sama-sama la fikir macam mana nak pisahkan diorang tu", kata-kata Datin Rozie penuh dengan dendam.
"Mummy ni asyik sabar, sabar tu je la yang mummy tau, tapi satu haprak pun tak jadi!", suara Akma sedikit keras, dia geram melihat kemesraan Amierul Ashraff dengan Qistina.
Datin Rozie duduk di sebelah Akma dan memegang tangan anaknya itu.
"Kita buat macam ni...", Datin Rozie berbisik di telinga Akma sambil tersenyum jahat.
Akma yang mendengarnya tersenyum sumbing. Agak briliant rancangan mummynya!. Kepala Qistina terangguk-angguk. Dalam fikirannya sudah terbayang-bayang apa yang akan terjadi. Kalau dah jahat tu, jahat jugak.
Hari ini, Amierul Ashraff sekeluarga akan pergi ke rumah Qistina sekali lagi. Ada lagi perkara yang mereka terlupa untuk bincang. Mulanya Amierul Ashraff menghalang Datin Rose mengajak Datin Rozie dan Akma, tetapi, dibiarkan juga kerana Akma berjanji akan menjaga kelakuannya.
"Jom la bu, nanti lambat pulak, tertunggu-tunggu pulak Tina nanti", ujar Amierul Ashraff.
Kedatangan mereka diberitahu kepada Qistina terlebih dahulu. Kalau tak diberitahu nanti mau mengamuk mak lampir tu nanti!. Pakaian Akma hari ini agak sopan berbanding sebelumnya. Amierul Ashraff sendiri hairan dengan perubahan sepupunya itu. Tetapi dia tidak syak apa-apa pun, mungkin Akma sudah menyedari silapnya, dia hanya mampu berdoa agar Akma kembali ke pangkal jalan.
"Assalamualaikum!", laung Amierul Ashraff dari luar.
"Waalaikumussalam!, mari masuk", jawab Qhairil.
"Tina ada dekat dapur tu tengah masak, nanti siap la tu", sambung Qhairil lagi.
Belakangan ini Qistina semakin rajin ke dapur. Setiap hari dia tidak lupa untuk membuat sarapan dan makan tengah hari. Cuma malam sahaja dia agak malas, selalunya Qhairil akan mengajaknya makan di luar.
"Akma pergi tolong Tina la", Akma bersuara sambil tersenyum manis. Plastik habis!.
"Baguslah macam tu, boleh belajar masak sekali, pergilah", ujar Datin Rose tanpa syakwasangka.
Amierul Ashraff juga membiarkan saja. Mungkin dia nak minta maaf pasal semalam. Mereka berkumpul di ruang tamu. Datuk Azaham mengeluarkan satu kertas kira-kiranya semalam bersama Datin Rose. Qhairil meneliti satu-satu, dia tidak kisah sebenarnya janji majlis ini berjalan lancar.
"Hai!", sapa Akma.
Qistina terkedu, dia kenal dengan empunya suara itu. Qistina yang sedang mengacau asam pedas tumis ikan pari itu pusing ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat Akma yang berada di situ.
"Boleh Akma tolong?", ujar Akma ramah.
Qistina mengucapkan syukur kerana Akma sudah mahu berbaik-baik dengannya. Qistina tersenyum dan mengangguk. Qistina menyuruh Akma mengacau asam pedas itu. Sementara Qistina memotong timun untuk dijadikan ulam. Selepas itu, Qistina berdiri di sebelah Akma untuk melihat asam pedasnya.
Makin laju Akma kacau, habis terpercik keluar kuahnya. Akma membalas senyuman Qistina yang sedang tersenyum melihatnya. Hakikatnya dia benci untuk melihat senyuman itu. Akma sengaja mengangkat senduk lalu percikan kuah asam pedas itu terkena mata Qistina. Menggeletar tangan Qistina menahan sakit dan pedih. Akma tersenyum sinis.
"Arhhhhhh!!", jerit Qistina.
Mulanya Akma buat tidak tahu saja. Tetapi bila dia dengar derap tapak kaki orang barulah dia pura-pura untuk melihat mata Qistina.
"Tina, sorry, Akma tak sengaja", lirih Akma dengan suara yang sengaja dibuat-buat.
Akma memegang bahu Qistina. Qistina sudah tertunduk, matanya benar-benar terasa pedih. Tersangat pedih!. Bayang la kalau air panas yang sedang menggelegak terkena mata mesti perit!. Ini lagi dah la panas, pedas pulak tu, double lagi la sakitnya.
"Kau buat apa lagi dekat dia ni!", Qhairil merapati Qistina dan menepis tangan Akma yang sedang memegang bahu adiknya.
Amierul Ashraff sudah memandang tajam ke arah Akma. Terus Akma tersedu-sedan di bahu Datin Rozie. Beria-ria Akma menangis, menunjukkan yang dia tidak bersalah. Qistina pula tidak dapat berkata apa-apa, cuma airmatanya saja yang mengalir. Datin Rose turut melihat mata Qistina yang melecur dan mula membengkak itu. Datuk Azaham menyuruh Qhairil membawa Qistina ke hospital. Mata ni sensitif sedikit, takut terjadi apa-apa pula.
Dalam hal ini, sesiapa pun tidak boleh disalahkan, nak menyalahkan Akma juga tidak boleh kerana tidak mempunyai bukti. Apa yang penting sekarang adalah Qistina. Qhairil, Amierul Ashraff dan Qistina menaiki satu kereta, Qhairil memimpin Qistina masuk ke dalam kereta kerana dari tadi Qistina tidak membuka matanya langsung.
Manakala Datuk Azaham, Datin Rose, Datin Rozie dan Akma menaiki satu kereta. Akma masih lagi tidak berhenti menangis sehinggakan Datin Rozie sendiri pun rimas mendengarnya. Bukan dia tidak tahu, anaknya itu berpura-pura. Hati dia tu keras macam batu, mana pernah menangis.
Datin Rose berdoa dalam hati, agar tiada apa-apa akan berlaku kepada Qistina. Dia menyanyangi Qistina seperti anaknya sendiri. Datuk Azaham juga risau memikirkan keadaan Qistina. Hati tuanya kuat mengatakan bahawa Akma punca semua ini terjadi, tetapi dia harus siasat dahulu, sebelum menuduh.
Sebaik sahaja sampai di hospital Ampang Puteri, bergegas Qhairil dan Amierul Ashraff membawa Qistina masuk. Datuk Azaham dan keluarganya mengikut dari belakang. Qistina dimasukkan ke dalam wad kecemasan untuk pemeriksaan. Sementara menunggu, Qhairil menelefon Datuk Saiful untuk memaklumkan tentang Qistina.
"Ya Allah!!, macam mana boleh jadi macam tu, tunggu papa, papa punya flight petang ni!", dari suara Datuk Saiful, Qhairil dapat membayangkan wajah papanya yang risau dan cemas.
Dia dapat mendengar tangisan Datin Sofea mungkin berada di sebelah Datuk Saiful. Semakin hampir kepada hari pernikahannya, macam-macam perkara yang berlaku. Nasiblah Qistina seorang yang kuat dan tabah untuk menghadapi semua dugaan ini.
Amierul Ashraff dan Qhairil mundar-mandir di hadapan wad kecemasan itu. Lama juga Qistina berada di dalam itu. Amierul Ashraff memandang tajam ke arah Akma yang masih menangis itu, sakit telinga mendengarnya, nampak sangat menangis yang sengaja dibuat-buat.
"Kalau aku dapat tau kau yang buat tunang aku, aku takkan lepaskan kau, kau jangan ingat aku diam hari tu, kau terlepas, dekat sana kau bolehlah menggedik sana-sini, dekat sini jangan cuba, you better watch out!!", tepat jari telunjuk Amierul Ashraff mengenai muka Akma.
Qhairil menyuruh Amierul Ashraff bersabar. Benda dah jadi nak putar balik pun tak boleh, dia sendiri geram dengan Akma, tetapi dia memang tidak boleh lakukan apa-apa. Meluru Amierul Ashraff dan Qhairil mendapatkan doktor itu sebaik sahaja pintu terkuak.
"Siapa keluarga Qistina?", tanya doktor itu.
"Saya Qhairil, abang dia, ni pula, tunang dia", jawab Qhairil. Qhairil membaca nama doktor itu, Mukriz ,yang tertera di baju putih yang dipakainya.
Doktor Mukriz menyuruh Qhairil dan Amierul Ashraff mengikut ke biliknya. Ada sesuatu yang perlu dibincangkan. Berdebar-debar hati Qhairil. Dia benar-benar berharap tiada apa-apa berlaku ke atas adiknya.
"Cakap dengan mak su, betul ke Akma yang buat semua ni?", lembut saja suara Datin Rose.
"Kau jangan tuduh-tuduh pulak Rose, kau tak ada bukti!", Datin Rozie membela anaknya.
"Saya bukan nak tuduh kak, saya tanya aje kan, kalau tak tak apa la".
"Bukan Akma yang buat mak su, Tina pegang tangan Akma masa nak kacau asam pedas tu, Akma nak tolong tapi dia tak bagi, Akma cakaplah tak apa biar Akma yang buat, dia tak bagi jugak, Tina rampas senduk dekat tangan Akma, tu yang boleh terpercik kuah dekat mata dia tu", cerita Akma bersungguh-sungguh.
Datuk Azaham sikit pun tidak percaya dengan cerita yang disampaikan oleh Akma, dia tahu Qistina bukan gadis seperti itu. Datuk Azaham buat-buat pekak, dia malas untuk ambil tahu. Dia sedang menunngu Amierul Ashraff dan Qhairil. Dia melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan masuk sudah waktu zuhur.
"Rose, jom kita solat dulu", ajak Datuk Azaham.
Datin Rose mengangguk. Dia turut mengajak Datin Rozie dan Akma. Hanya Datin Rozie sahaja yang mengikut mereka berdua ke surau. Akma seperti biasa "period", itu ajelah alasan dia, orang period memang setahun pun!. Datin Rozie ikut pun sebab terpaksa, tiada alasan yang kukuh yang boleh diterima. Nak bagi alasan datang bulan memang tak masuk akal langsung la!.
Akma melihat beberapa orang jururawat menolak strecher, memindahkan Qistina ke wad biasa. Akma tersenyum gembira, tetapi hatinya tidak puas selagi tidak melihat Qistina mati!. Dia akan pastikan itu berlaku, dan Amierul Ashraff akan jatuh ke tanggannya.
Akma bertanya di mana Qistina ditempatkan. Jururawat yang bertugas mencari-cari maklumat tentang Qistina. Jururawat itu tersenyum dan memberitahu Akma di mana Qistina ditempatkan. Akma terus berlalu tanpa mengucapakn terima kasih. Tiada sedikit pun garisan senyuman terukir, yang ada hanyalah wajah yang penuh dengan kesombongan dan bongkak!.
Akma menguak pintu wad Qistina. Terlihat Qistina sedang terbaring dengan matanya yang berbalut. Herot-berot Akma sengih. Buta la kau lepas ni!.
"Sakit?", sinis soalan Akma.
Kemudian Akma ketawa lepas. Sungguh hatinya seperti digeletek setiap kali melihat Qistina. Benci sungguh dia mahu melihat wajah Qistina. Tetapi dia terpaksa juga untuk merebut hak nya. Kalau dia tidak dapat Amierul Ashraff, dia akan pastikan tiada siapapun akan memiliki Amierul Ashraff.
"Padan muka kau, hei, fikir la sikit, kau ingat aku hadap sangat ke, nak berbaik dengan perempuan kampung macam kau ni, eii pleaselah!, jatuh maruah aku berkawan dengan orang macam kau ni, kau dengar sini perempuan, ni baru sikit aku buat dekat kau, aku akan pastikan kau kena lebih teruk dari ni, ni akibatnya rampas Acap dari aku!, kalau aku tau kau mengadu dekat abang kau atau sesiapa, mampus kau aku kerjakan!!", Akma menunjal-nunjal kepala Qistina.
"Apa yang saya dah buat sampai awak buat saya macam ni", bergetar suara Qistina.
"Eiii, kau tak payah nak sopan sangat la dengan aku, kau tanya apa kau dah buat?, Acap tu aku punya kau faham tak, so kau tak berhak pun atas dia, taste dia perempuan yang macam aku, bukan kekampungan macam kau ni, harap je anak orang kaya, tapi cara pakaian kau macam makcik-makcik kau tau tak", penuh kesombongan Akma bercakap.
"Terpulanglah dekat Akma nak cakap saya ni apa, apa yang berlaku ni bukan kehendak saya, semua ni dah takdir, dah tertulis sejak dari loh mahfuz lagi".
"Kau tak payah nak bagi syarahan free dekat aku lah perempuan, nak bajet ustazah pulak kau ni, entah-entah kau ni dah ditebuk tupai apa tu yang kau nak sangat dekat Acap kan, nak suruh dia jadi pak sanggup anak kau ek?", Akma bersuara jahat.
Qistina yang mendengarnya benar-benar berasa pedih dan sakit sangat, kalau mama dan papanya dengar ni pasti mereka berasa sedih. Qistina mahu melawan tetapi dia tidak mempunyai kekuatan, dia benar-benar lemah. Qistina yang sedang duduk, kembali baring. Dia melekapkan bantal ke telinganya, dia tidak sanggup untuk mendengar Akma memfitnah dirinya.
"Hoi, betina, apasal kau tutup telinga kau, aku tak habis lagi dengan kau ni la!", Akma menarik bantal dari Qistina.
Qistina tidak bisa membuat apa-apa, kerana kedua-dua belah matanya tertutup. Dia hanya boleh mendengar. Sekali lagi Akma ketawa lepas, kemudian dia bertepuk tangan. Tidak cukup dengan itu, berkali-kali Akma menunjal kepala Qistina.
"Kau ni bodoh jugak kan, sekolah habis, tapi bodoh, kesian kau kan, dah la bodoh, buta pulak tu, ish..ish..ish, apalah nasib kau lepas ni kan, cuba kau jadi macam aku, bijak, duduk dekat luar negara lagi tu, kau mesti cemburu gila dengan aku kan, aku pun cantik, seksi, tak macam kau ni ha serabut sana, sini!, kesian sayang aku tu dapat kau, opps!, sorry aku terlepas cakap la".
Akma duduk betul-betul dihadapan Qistina. Dia mengambil gunting yang berada di dalam beg tangannya dan dicucuk ke kedua-dua belah mata Qistina. Qistina menjerit kesakitan dan menekup kedua-dua belah matanya yang sudah berdarah.
"Opss!!, ada darah la, bye!, jumpa lagi, semoga cepat sembuh!", Akma mencium dahi Qistina.
Terlenggok-lenggok Akma keluar dari situ. Tak lekang senyuman dibibinya, dia benar-benar puas melihat Qistina seperti itu. Akma menahan teksi dan berlalu pergi.



QHAIRIL mengajak Amierul Ashraff ke surau untuk solat zuhur. Mereka berselisih dengan Datuk Azahan, Datin Rose dan Datin Rozie. Qhairil menyuruh mereka tunggu dahulu, sementara dia dan Amierul Ashraff solat sebentar. Datin Rozie mendapat panggilan daripada Akma, Akma memberitahu bahawa dia sedang berada di kelab. Datin Rozie sudah biasa dengan semua itu, semasa berada di Australia lagi teruk. Setiap malam mabuk, itu saja kerjanya, balik dengan lelaki, kadang-kadang sampai tidak balik rumah.
Selesai solat, mereka semua menjenguk Qistina. Tebeliak mata Qhairil melihat Qistina sedemikian rupa, kain putih yang membaluti mata Qistina dipenuhi dengan darah. Qhairil menyuruh Amierul Ashraff memanggil doktor. Pantas Amierul Ashraff berlari.
Datin Rose teresak-esak melihat keadaan Qistina seperti itu. Untuk kali keduanya Qhairil mengalirkan airmata kerana adiknya, pertama dahulu semasa adiknya pengsan gara-gara dirinya yang sergah adiknya yang lemah semangat, kali kedua ketika ini. Qhairil tidak tega melihat adiknya sedemikian rupa. Datin Rozie sedikitpun tidak jatuh simpatinya kepada Qistina.
Doktor Mukriz dan beberapa orang pembantunya masuk. Doktor Mukriz menyuruh mereka keluar sebentar kerana dia mahu memeriksa Qistina. Datuk Azaham menggosok-gosok belakang Qhairil. Qhairil menggosok rambutnya kasar. Amierul Ashraff pula kembang-kempis hidungnya menahan marah. Dia pasti semua ini rancangan Akma.
"Siapa yang tinggal masa ibu dengan ayah solat?", tanya Amierul Ashraff, mendatar sahaja suaranya.
"Akma ajelah, mak long pun solat jugak tadi", jawab Datuk Azaham.
Datin Rose sudah tidak terkata apa-apa. Hidungnya juga sudah merah akibat menangis.
"Dah agak dah, ni mesti perempuan tu yang punya kerja!", Amierul Ashraff menahan amarahnya.
"Kau ni dari semalam lagi salahkan Akma, mana kau tau dia yang buat semua ni!", Datin Rozie bersuara.
"Kalau bukan dia siapa lagi, takkan doktor pulak yang nak buat macam tu, fikir la sikit, lagipun mana dia, mesti lari kan takut kejahatan dia terbongkar".
"Dia balik la, sakit perut!", jawab Datin Rozie.
Amierul Ashraff malas mahu membalas balik, lagi dia balas rasa marahnya semakin membuak-buak. Qhairil sudah menundukkan wajahnya, menitik airmatanya. Qhairil menelefon Fatin untuk memberitahu tentang Qistina.
"Sayang...", panggil Qhairil dengan suaranya yang sudah serak.
"Kenapa ni!?", Fatin mulai risau.
"Tina masuk hospital, datang sini ye sayang, bagi tau kawan-kawan yang lain sekali", beritahu Qhairil menahan sebak.
"Abang sabar ye, hospital mana?".
"Ampang Puteri"
"Okey, orang pergi sekarang, abang sabar, doa banyak-banyak, nanti orang bawak sekali kawan-kawan tau, abang jangan menangis", sempat lagi Fatin menenangkan Qhairil sebelum dia mematikan talian.
Qhairil menyuruh Amierul Ashraff menunggu Fatin di lobi. Biar dia menunggu Qistina di sini. Setengah jam kemudian Fatin dan kawan-kawannya berlari-lari mendapatkan Amierul Ashraff. Jalan pun lancar aje, nasib baik tak jammed, alhamdulillah urusan mereka dipermudahkan. Mereka melihat mata Amierul Ashraff berair dan merah.
"Kenapa Tina boleh masuk hospital ni?", tanya Fatin kepada Amierul Ashraff.
"Jom naik dulu, nanti aku cerita".
Mereka mengikut Amierul Ashraff untuk melihat keadaan Qistina. Baru sahaja dia keluar hospital dah kena masuk balik. Amierul Ashraff melihat tiada siapa pun di luar, pasti mereka semua berada di dalam.
Mereka semua masuk di dalam untuk melihat Qistina. Laju langkah Fasihah, Eiqa dan Fatin mendapatkan Qistina. Mereka memeluk Qistina untuk memberikan semangat. Zam, Wan dan Aslam turut terasa kesedihannya. Mereka hanya menangis di dalam sahaja tidak ditunjukkan. Mereka bertanya kepada Qhairil macam mana boleh jadi macam ni. Qhairil cerita kesemuanya.
"Doktor cakap apa tadi?", tanya Amierul Ashraff.
"Mata dia lagi teruk, kemungkinan boleh buta, doktor cakap mata Tina dicucuk menggunakan objek yang tajam", lirih suara Qhairil.
Dia tidak dapat membayangkan jika adiknya buta. Jika itu berlaku dia akan berusaha untuk mencari penderma mata, kalau tiada dia rela menyerahkan matanya kepada Qistina, dia hanya mahukan adiknya bahagia.
Amierul Ashraff meraup mukanya kasar, memang dia tidak akan melepaskan perempuan yang bernama Akma itu, walaupun Akma itu sepupunya, tetapi dia tidak boleh terima apa yang dia buat ke atas Qistina, benar-benar melampau!.
Doktor Mukriz hanya memberitahu Qhairil, Datuk Azaham dan Datin Rose sahaja tentang perkara itu. Qistina tidak tahu-menahu, sengaja Qhairil merahsiakannya daripada pengetahuan Qistina kerana dia tidak mahu adiknya itu terus-terusan bersedih. Semua itu akan memberi kesan kepada matanya.
Kawan-kawan Qistina duduk mengelilinginya. Mereka semua menahan sebak melihat keadaan Qistina. Mereka cuba sedaya-upaya menggembirakan Qistina. Fasihah, Eiqa dan Fatin mengenggam erat tangan Qistina.
"Korang menangis ke?, janganlah nangis, chill je, bukan teruk mana pun mata aku ni", ceria saja suara Qistina.
"Mana ada kitaorang menangis, kau dah makan belum ni?", tanya Wan.
"Belum la, kau nak suap aku ke Wan?", rengek Qistina. Walaupun matanya tertutup tetapi dia sudah mengenali suara kawan-kawannya.
"Yelah, aku suap kau", Wan terus bersetuju, dia tidak sanggup lagi untuk melihat Qistina sedih.
"Sayang jugak kau dekat aku kan". Dalam ramai-ramai kawannya, dia lebih rapat dengan Wan, rahsianya semua diceritakan kepada Wan dahulu barulah kepada kawan-kawannya yang lain.
"Mestilah, semua sayang dekat kau!", Wan menahan sebak.
Wan mengambil tempat di sebelah Qistina. Menggeletar tangannya semasa hendak menyuap Qistina. Hatinya sebak tatkala matanya singgah di mata Qistina yang berbalut, terngiang-ngiang kata-kata Qhairil kemungkinan Qistina akan buta. Aslam yang berada di belakang Wan mengambil alih tempat Wan, dia akan menyuap Qistina. Dia tahu Wan sedang menahan kesedihannya.
"Sikitnya kau suap Wan, aku ni bukan sakit mulut pun!".
"Kau ni, makan aje la", balas Wan. Tetapi bukan dia yang menyuap Qistina sebaliknya Aslam yang menyuap Qistina. Fatin pula sudah keluar dia tidak sanggup berlama di situ. Fatin mendapatkan Qhairil.
"Doktor tak check habis-habis ke bang?", Fatin meletakkan kepalanya di bahu Qhairil.
"Doktor nak tengok respond dia dulu dua tiga hari ni", terang Qhairil sambil mengusap-usap kepala Fatin.
Datuk Azaham membawa Datin Rose dan Datin Rozie pulang ke rumah. Mungkin malam nanti mereka akan datang lagi. Amierul Ashraff pula duduk dan menyandarkan kepalanya di dinding dan memejamkan matanya. Mengalir lesu airmatanya di celah tubir mata.
"Kau rehat tau, tidurlah, ada apa-apa jerit aje, kitaorang ada dekat luar", Fasihah berbisik di telinga Qistina.
Fasihah membaringkan Qistina dan menarik selimut sehingga ke paras dada. Kemudian mereka meninggalkan Qistina berehat. Mereka keluar menyertai Fatin, Qhairil dan Amierul Ashraff.
"Qhai!!", Qhairil terdengar Datin Sofea memanggil namanya. Dia membuka matanya dan melihat mamanya sedang berlari mendapatkannya. Diikuti dengan Datuk Saiful.
Sebaik sahaja tiba di KLIA mereka terus bergegas ke sini. Hatinya benar-benar risau akan Qistina. Dia tidak senang duduk semasa berada di dalam kapal terbang. Tidak henti-henti doa yang keluar daripada mulutnya. Datuk Saiful juga begitu.
Mereka semua bersalam dengan Datuk Saiful dan Datin Sofea. Qhairil memeluk Datin Sofea erat. Mereka yang berada di situ tersentuh melihat Qhairil dan Datin Sofea. Qhairil membawa Datuk Saiful dan Datin Sofea melihat Qistina. Mereka baru sahaja meninggalkan anak-anak beberapa hari dah macam-macam benda jadi.
Qhairil menyuruh ibu-bapanya diam kerana Qistina baru sahaja tidur. Datin Sofea menekup mulutnya sebaik sahaja melihat keadaan anaknya. Datuk Saiful memeluk bahu Datin Sofea. Datuk Saiful berjumpa dengan Doktor Mukriz untuk mengetahui tentang keadaan Qistina dengan lebih lanjut lagi. Dia tidak kisah jika keluar duit banyak pun asalkan mata anaknya boleh pulih seperti sediakala.
Qhairil menyuruh Datuk Saiful dan Datin Sofea pulang dahulu. Dia pasti ibu-bapanya pasti letih setelah berjam-jam berada di dalam kapal terbang. Malam ini dia dan Amierul Ashraff akan menemani Qistina. Fatin dan kawan-kawannya baru sahaja pulang. Sebelum pulang Fatin berpesan inform jika ada apa-apa perkembangan Qistina kepadanya.



TERJENGKET-JENGKET Amierul Ashraff berjalan. Takut Qistina terjaga pulak nanti. Dalam duk jaga langkahnya, terlanggar juga meja, habis cawan jatuh, nasib baiklah plastik, kalau kaca dah satu hal pulak kena bersihkan. Qistina terkejut mendengar barang jatuh.
"Siapa tu?", Qistina terjaga dari lenanya.
"Abang ni", jawab Amierul Ashraff.
Qistina tersenyum dia sudah tahu siapa gerangannya. Tangannya teraba-raba mencari Amierul Ashraff. Pantas Amierul Ashraff mencapai tangan Qistina. Dia duduk di kerusi yang telah disediakan. Sunyi sepi bilik itu. Mulut Amierul Ashraff seakan terkunci untuk berbicara. Setiap kali dia nak cakap, pasti dia terasa mahu menangis. Lagi-lagi jika berhadapan dengan Qistina begini.
"Kenapa honey tak balik lagi, dari tadi lagi, honey dekat sini kan, ni dah makan belum ni?", Qistina tersenyum.
Amierul Ashraff kagum dengan semangat Qistina. Dalam keadaan dia seperti ini dia masih mampu tersenyum sedangkan dia, menangis saja.
"Jangan risau la, abang dah makan dah dengan abang Qhai tadi", bohong Amierul Ashraff.
Sebenarnya dia tidak menyentuh sebarang makanan lagi. Seleranya tertutup, begitu juga dengan Qhairil. Tekaknya terasa perit untuk menelan makanan.
"Honey baliklah, orang okey", suruh Qistina.
"Sayang ingat hati abang boleh tenang ke, abang pernah cakap kan susah senang kita bersama, you hear this song, dah lama abang tak nyanyi dekat sayang kan".
"Luka mu luka ku jua, terhiris tak nampak mata, sedih mu sedih ku jua menusuk dalam jiwa, luka mu luka ku jua, tak sanggup ke melihatnya, sedihmu sedihku juga biarlah ku bersama", penuh penghayatan Amierul Ashraff menyampaikan lagu itu.
Qistina menekup mulutnya menahan sebak. Jika dahulu dia berniat mahu melupakan Amierul Ashraff, tetapi sekarang dia tidak akan pernah berhenti mencintai dan menyanyangi lelaki ini dia tidak akan sesekali melupakan Amierul Ashraff.
"Jangan la macam ni, don't cry please, it's bad for your eyes remember?", lembut suara Amierul Ashraff menyapa telinganya.
"Siapa suruh nyanyi lagu macam tu, dah tau orang ni minah jiwang kan!", Qistina menampar lembut lengan Amierul Ashraff.
"Sakit la yang oii!", Amierul Ashraff mencubit lembut pipi Qistina.
"Tolong ambilkan air, orang haus la", Qistina mengurut-urut tekaknya.
Amierul Ashraff menurut. Qistina mahu minum sendiri, tetapi Amierul Ashraff berkeras mahu menyuapnya. Habis segelas air putih, Qistina benar-benar haus.
Amierul Ashraff meletakkan kepalanya di atas tangan Qistina. Dia mendengar segala celoteh Qistina.
"Honey tau tak, orang sayang sangat dekat Honey, you are my first love!"
Qistina hairan kenapa Amierul Ashraff diam sahaja. Dia memanggil berkali-kali nama Amierul Ashraff, tetapi tiada sahutan. Dia menggerakkan tangannya pula juga tiada tindak balas. Qistina tersenyum sendirian pasti Amierul Ashraff sudah terlena. Pasti tunangnya itu kepenatan setelah seharian setia menemaninya di sini. Dia bersyukur sangat kerana diberi kesempatan untuk mengenali dan merasai kasih-sayang Amierul Ashraff.

bab 13

Terasa segar tatkala kembali semula ke rumahnya. Amierul Ashraff masuk ke dalam biliknya dan menghempaskan tubuhnya. Amierul Ashraff meletakkan tangannya di atas dahi dan mencapai gambar Qistina yang berada di sebelahnya. Dia tersenyum sendirian melihat gambar itu. Qistina membuat mimik muka, gambar itu diambil oleh Amierul Ashraff secara tidak sengaja. Kalau Qistina tahu ni, mampus la, kena maki la jawabnya. Matanya terasa mengantuk pula, Amierul Ashraff melekapkan gambar itu di dadanya dan terus terlelap. Bibirnya mengukir senyuman yang indah.
Amierul Ashraff terjaga dari lenanya. Dia terdengar bunyi riuh-rendah di tingkat bawah. Amierul Ashraff melihat jam tangannya yang sudahpun menunjukkan pukul 6.30 petang. Lemah longlai Amierul Ashraff melangkah ke bilik air untuk membersihkan badannya serta solat asar.
"Abang mana mak su?", tanya Akma, anak saudara Datin Rose.
"Ada dekat atas , tengah solat la tu", jawab Datin Rose.
Akma adalah sepupu Amierul Ashraff. Mummy Akma adalah mak long Amierul Ashraff iaitu kakak sulung Datin Rose yang baru sahaja pulang daripada Australia. Akma dan Amierul Ashraff sangat rapat ketika mereka kecil dahulu, tetapi selepas Akma berangkat ke Australia, hubungan mereka berdua makin renggang.
"Akma nak solat ke?, mak su nak sediakan telekung", tanya Datin Rose kepada Akma.
Pertanyaan Datin Rose ikhlas, tetapi Akma berasa tersindir dengan pertanyaan itu. Mana taknya, rambut pun 'karat', kalau ambil wudhuk pun tak sah. Pakaian pula, habis semua lorong nampak. Kuku jangan cakap la lebih dari Cik Pon tu lagi. Pontianak la. Sama aje la spesies dia ni. Elok-elok kuku warna putih suci aje, dah di warnakan pula warna hitam, buruk benor ropenye. Ha kan keluar dah peraknya.
"Tak apelah mak su, Akma period la", jawab Akma tergedik-gedik. Liuk tubuhnya macam jeli dah.
"Abang!!", jerit Akma, langsung menerpa ke arah Amierul Ashraff yang baru turun itu.
Lantas Akma memeluk Amierul Ashraff. Amierul Ashraff terkedu dengan kelakuan perempuan yang tidak dikenalinya itu. Amierul Ashraff menarik tangan perempuan itu supaya melepaskannya. Amierul Ashraff memandang kiri dan kanan takut-takut Qistina muncul di sini. Mahu panjang aje muncungnya nanti.
"You ni siapa!", tanya Amierul Ashraff keras.
"Abang tak kenal Akma ke?", tanya Akma yang sudah teduh mukanya.
Amierul Ashraff tidak menjawab pertanyaan Akma, dia terus berlalu pergi ke Datin Rose. Amierul Ashraff mengambil tempat di sebelah ibunya. Amierul Ashraff pelik melihat seorang wanita yang tua sedikit daripada ibunya. Dari tadi lagi asyik tersenyum-senyum. Amierul Ashraff pula tak larat nak membalas senyuman wanita itu.
"Mierul, kenapa tak salam mak long tu, salam nak", suruh Datin Rose.
Baru dia teringat, mak longnya yang menetap di Australia itu sudah pulang. Patut la pakaian memang 'hot' sangat. Amierul Ashraff memandang perempuan yang memeluknya tadi, pasti anak mak long sepupunya la.
"Ni Akma, Mierul ingat tak lagi?", Datin Rose memperkenalkan Akma kepada Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff mengangguk dan menyambut huluran tangan Akma. Amierul Ashraff menggeleng-geleng melihat pakaian Akma tak ubah seperti perempuan jalanan yang berkeliaran di Lorong Haji Taib tu. Bukan niatnya nak mengutuk sepupu sendiri, tetapi apabila dilihatnya memang tak boleh nak puji langsung.
"Makin handsome, mak long tengok kamu ni, dah ada yang punya ke?", mendalam maksud Datin Rozie itu. Pasti dia pulang ke Malaysia membawa hajat yang besar.
"Tak..." Akma memotong percakapan Amierul Ashraff.
"Apa mummy tanya macam tu, mesti la abang rul ni tak ada siapa-siapa lagi, dia tunggu Akma la mummy", ujar Akma dengan bangganya.
Selamba badak aje Akma merangkul lengan Amierul Ashraff. Amierul Ashraff pula sudah mengerutkan dahinya mendengar keterangan Akma yang tidak masuk akal langsung, mustahil la dia nak tunggu sepupu sendiri.
"Rose jom kita ke dapur, akak ada hal sikit ni nak cakap dengan kau ni", ajak Datin Rozie.
"Mierul dengan Akma berbual la dulu ye", sambung Datin Rozie lagi.
Akma yang mendengar kata-kata mummynya terus tersengih sampai ke telinga. Amierul Ashraff pula malas-malas saja mahu melayan minah jeli itu. Memang jauh beza, macam langit dengan kerak bumi tu punya jauhnya antara Akma dan Qistina. Amierul Ahsraff bangun hendak ke luar mengambil angin petang sebelum maghrib menjelma. Akma turut sama mengikut Amierul Ashraff, sekali lagi dia merangkul lengan Amierul Ashraff. Tajam Amierul Ashraff memandang Akma, tetapi Akma buat bodoh aje, langsung tidak mempedulikan pandangan Amierul Ashraff itu, malah dia menganggap itu adalah pandangan yang menggoda buatnya.
"Abang macam mana sekarang?", tanya Akma ramah.
"Macam yang Akma tengok ni la, ada mata, mulut, hidung, kira complete la", jawab Amierul Ashraff cuba untuk beramah. Takut nanti dikata sombong pula dengan sepupu sendiri.
Beria-ria Akma ketawa mendengar jawapan Amierul Ashraff. Entah apa yang lawaknya, Amierul Ashraff memandang Akma pelik, terkejut pun ada. Muka boleh tahan dah, sekali dengar dia gelak, mak ai.., spoil habis, habis bersembur-sembur, tak reti nak tutup mulut langsung, macam bunyi encin motor dah bunyinya. Sakit dada Amierul Ashraff kerana menahan gelak. Bukan apa, dia tak tahan melihat Akma ketawa. Kalau Qistina ada ni, dah lama dah meletus.
"Abang ni tak habis-habis dengan lawak dia, dari kecik sampai la besar ni, suka buat Akma gelak", alahai terserlah kegedikannya.
Amierul Ashraff cuma tersenyum seadanya. Akma sahaja yang teruja lebih bertanya itu-ini, kerja Amierul Ashraff menjawab sajalah, dah macam artis pula kena interview segala. Sesekali mata nakal Amierul Ashraff melirik ke paha Akma yang putih gebu itu, dia leka sekejap.
"Abang dengar tak Akma cakap ni", Akma menampar bahu Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff tersentak, lantas dia beristighfar, jika berdua pasti ada orang yang ketiga. Berkali-kali Amierul Ashraff meraup wajahnya. Dia berasa bersalah kepada Qistina, kerana dia sudah berjanji tidak akan memandang sesiapa kecuali dia, mamanya dan Datin Rose sahaja. Tetapi hari ini dia tewas dengan nafsunya sendiri. Amierul Ashraff meninggalkan Akma sendirian di luar rumah, dia terus masuk ke dalam untuk menunaikan solat maghrib. Akma yang terjerit-jerit memanggilnya dibiarkan.




USAI solat, Qistina merenung telefon bimbitnya, Amierul Ashraff ada berjanji untuk menelefonnya selepas isyak. Amierul Ashraff memberitahunya sepupunya yang baru pulang dari Australia ada di rumahnya. Dalam hati Qistina terbit rasa cemburu kerana sepupu Amierul Ashraff pasti lebih cantik daripadanya, dia takut Amierul Ashraff akan berpaling daripadanya. Qistina menekan-nekan keypad telefonnya, kemudian di padam balik. Takut nanti Amierul Ashraff cakap dia tidak sabar pula. Qistina mencampakkan handphonenya ke atas katil. Qistina membuka telekung dan kainnya lalu di sangkutnya di tempat yang telah tersedia di biliknya. Elok sahaja lipatannya.
Qistina duduk dan melihat cermin makeup nya. Qistina mengambil sikat dan menyikat rambutnya yang sedikit kusut itu. Qistina membawa rambutnya ke hadapan kerana rambutnya terlalu panjang susah untuk dia sikat, kadang-kadang dia menyuruh Qhairil menyikat rambutnya. Selesai sikat Qistina mengambil getah rambut dan diikatnya satu, seperti ekor kuda aje. Qistina melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Tiada satu pun panggilan daripada Amierul Ashraff. Terbit kerisauan di hati Qistina lalu dia mencari-cari nombor Amierul Ashraff dan ditelefonnya.
"Helo, assalamualaikum, honey kenapa tak call orang, orang tunggu honey tau".
"Waalaikumussalam, sorry sayang, ibu suruh abang layan mak long dengan Akma tadi, sorry ye, sayang dah sampai rumah belum ni?', tanya Amierul Ashraff lembut.
Qistina yang mendengarnya terus hilang gusaran di hatinya. Itulah satu-satunya kelemahan Qistina, cepat sangat percaya dengan orang. Qistina memintal-mintal hujung rambutnya. Untunglah orang ada buah hati. Muka tu senyum aje memanjang.
"Dah sampai dah, honey bila sampai?", tanya Qistina. Dia sudah terbiasa memanggil Amierul Ashraff honey, dia berasa selesa dengan panggilan itu.
"Petang tadi, penuh tak satu baldi sayang tadah?", ujar Amierul Ashraff sengaja mahu mengusik Qistina.
Kedengaran tawa kecil Amierul Ashraff. Qistina yang mendengarnya malu pula, nak buat macam mana, bukannya ada suis nak tutup nak buka, tau-tau mengalir aje, dah alang-alang mengalir tu, meraung je la terus senang puas pun puas.
"Sengaja la tu kan, dah orang rasa sedih nangis la takkan nak gelak pulak, mana sepupu kesayangan dia tu", Qistina ubah topik lain. Ada nada cemburu dalam percakapannya. Entah kenapa dia berasa cemburu bila Amierul Ashraff menyebut nama sepupunya itu.
"Ada je, sayang abang ni cemburu ek?", Amierul Ashraff suka pulak, Qistina cemburu. Yelah cemburu itu kan tandanya sayang, tapi kalau dah terlebih tu susah la, salah satu hubungan sekerat jalan sebab cemburu la, cemburu buta, tak kena tempat.
"Mana ada la, orang tanya aje".
"Siapa orang tu, eleh, tak nak mengaku, sejak bila pulak bahasakan diri orang ni, panggil abang pun dia kan tadi, ni mesti cemburu dengan Akma ni kan, sayang jangan risau la, abang dengan dia sepupu aje tak lebih pun dari tu, kalau Tina suruh abang pilih, dah tentu abang pilih comel abang ni, dia tu harap je cantik tapi, apa pun tak boleh buat, macam mana nak buat bini, lainlah macam Tina, semua ada kira lengkap la. Tapi kan sayang....", Amierul Ashraff berhenti sekejap.
Kembang kempis hidung Qistina mendengar Amierul Ashraff memujinya tadi. Memang pantang dipuji, mulalah semuanya nak kembang. Dia lega mendengar jaminan Amierul Ashraff, tetapi hatinya kembali berdebar apabila Amierul Ashraff berhenti sekejap. Macam ada sesuatu aje yang Amierul Ashraff nak sampaikan. Takkan ibu dia paksa dia nikah dengan minah tu kot!!, habis aku ni macam mana, merana la aku ni, silap-silap jadi penghuni tetap Tanjung Rambutan tu nanti. Mintak simpang laa..
"Tapi, tadi abang 'ter', bukan sengaja tau ni tapi 'ter'tengok paha dia, dia pakai skirt pendek sangat, bila dia duduk tu terserlah la kepahaan dia tu, abang tak nak tengok pun tapi nak buat macam mana, kata orang, sekali pandang kan rezeki namanya kan", sesedap rasa oreo cicah susu aje Amierul Ashraff bercakap. Dia tak tau orang yang sedang mendengar ni dah macam oreo cicah bara api aje, elok cicah lebur habis.
"Hmm, tengoklah puas-puas, sampai terjojol biji mata tu, dah nama pun rezeki kan mana boleh tolak, len kali tengok la lagi tau, tau la orang tak macam dia tu, putih, pakai pendek-pendek, cun pulak tu, orang ni apa yang ada kan", mulalah tu buat ayat tangkap cintan dia. Lepas tu nanti kerja part-time Amierul Ashraff la tukang pujuk.
"Listen here babe, abang tak suka dengar Tina cakap macam tu, siapa yang cakap sayang tak cantik, jangan banding-bandingkan Tina dengan dia, for me you are perfect, you look beautiful in my eyes, paling penting Tina pakai tudung, ayu aje, sejuk bila abang pandang, abang dah cukup bersyukur dapat Tina, you are my life, sayang, from now, abang tak nak dengar lagi Tina cakap macam ni tau."
Lagi sekali la kembang si Qistina ni, bukan apa dia sengaja nak bermanja dengan Amierul Ashraff. Dia percaya dengan kejujuran Amierul Ashraff. Kalau Amierul Ashraff nak main kayu dua dengan dia, dah tentu-tentu Amierul Ashraff takkan cerita yang dia 'ter'tengok paha minah tu. Lelaki biasalah, gatal tu tetap ada tak boleh nak buang. Cakap lelaki, Qistina pun apa kurangnya, tengah date pun boleh lagi puji lelaki lain. Biasalah perempuan saja nak bagi lelaki cemburu, nak uji la konon laki tu sayang ke tak.
"Honey sayang orang ke?", tanya Qistina.
"Mestilah, sayang sangat, Tina tak nak la bahasakan diri orang".
"He..he..he, dah terbiasa pulak, best jugak", Qistina ketawa kecil mendengar keluhan Amierul Ashraff.
"Suka hati Tina la, abang okey je, dah mandi ke belum ni, dah solat, dah makan?", macam peluru soalan dia, punyalah banyak.
"Dah semua dah la..", elok Qistina mahu menanya Amierul Ashraff kembali, tiba-tiba terdengar suara Akma memanggil Amierul Ashraff.
"Sayang nanti abang call balik tau, Akma panggil abang tu nanti tak dilayan nanti dia report kat ibu pulak, okey, bye sayang, love u, miss u.". Tak sempat Qistina mahu membalas Amierul Ashraff sudah letak handphonenya.
Qistina geram dengan sepupu Amierul Ashraff itu. Dia baru nak mesra alam kejap, dah mengada-ngada memanggil-manggil. Busy body betul la. Qistina mencampak telefonnya dan turun ke bawah. Malas dia nak pegang phone tu. Susah la dia nak keluar dengan Amierul Ashraff kalau minah tu tak balik-balik lagi. Qistina berharap sangat minah tu pulang ke Australia secepat yang mungkin. Bukan apa, dia takut aje Amierul Ashraff semakin jauh dengannya. Sekarang ni pun dah terbukti, Amierul Ashraff lebihkan sepupunya daripada Qistina sendiri.
Qistina cuba untuk membuang perasaan itu jauh-jauh. Dia tidak mahu ada perasaan curiga pada Ameirul Ashraff. Dia berharap Amierul Ashraff tidak mengkhianati kepercayaannya. Qistina membuka tudung saji, tiada apa-apa yang menarik pun nak makan. Perutnya sudah berkeroncong, dari tengah hari tadi tak makan lagi, pagi tadi aje bersarapan. Qistina mencari-cari biskut di dalam kabinet di dapurnya.
"Tina cari apa tu?", tanya Qhairil yang baru sahaja menunaikan solat isyak.
"Laparlah bang", jawab Qistina sambil memegang perutnya.
"Jom keluar makan nak, abang pun lapar ni, lagipun abang nak jumpa kakak kau ni ha", cadang Qhairil.
"Belum sain lagi, tak boleh panggil kakak!". Herot mulut Qistina mendengar perkataan kakak tu. Dah biasa ber'kau' dengan Fatin, mana boleh tukar nak panggil akak Atin. Eii, geli-geleman je.
Qhairil tersenyum mendengarnya. Dah agak dah, budak ni mana boleh lembut-lembut, Amierul Ashraff aje yang boleh buat hati dia ni selembut sutera. Kadang-kadang perangai tu mengalahkan lelaki.
"Cup!, Tina ajak Acap sekali la bang tau". Qhairil cuma mengangguk.
Pantas Qistina berlari ke atas untuk mengajak Amierul Ashraff keluar. Lama juga dia tidak keluar berdua dengan Amierul Ashraff, seingatnya kali terakhir masa malam sebelum kemalangan tu ajelah. Lepas tu masing-masing dah terlantar dekat katil hospital tu, nak keluar amende nye. Lega Qistina sebaik sahaja Amierul Ashraff menyatakan persetujuannya. Ingatkan sibuk lagi melayan Akma tu. Qistina mencari-cari baju yang hendak dipakainya. Tergaru-garu memilih baju pun. Kejap lagi panggil la tu pembantu dia..
"Abang, naik kejap!", jerit Qistina dari dalam bilik. Kan dah cakap, dia ni memang tak reti bab-bab nak pilih baju, semua harap Qhairil, macam Qhairil pulak yang perempuan.
"Kenapa la kau ni, malam-malam buta menjerit, kang orang ingat ada mak lampir pulak kat kawasan ni". Qhairil masuk dan duduk di birai katil Qistina.
"Nak pakai baju apa ni", tanya Qistina.
"Semuanya kena aku, pakai yang simple dah la, bukan nak pergi mana pun". Qhairil membelek-belek baju dalam almari Qistina itu.
"Nah, pakai baju ni, pakai selendang warna hitam, senang kena dengan semua baju, lagi satu jangan lupa pakai lip gloss", terang Qhairil.
Qistina mengangkat ibu jarinya kepada Qhairil. Qhairil menunggunya di dalam kereta. Pandai Qhairil memilih baju, baju blouse berwarna pink dan ada renda sedikit di bawah baju. Selesai melilit selendangnya, Qistina mengoles lip gloss, juga berwarna pink. Qistina tersenyum di hadapan cermin, dah puas membelek wajahnya, Qistina mencapai beg dan turun ke bawah. Datuk Saiful dan Datin Sofea tiada di rumah. Datin Sofea ikut Datuk Saiful yang outstation di UK, ada masalah syarikat yang harus diselesaikan.
Qistina mengunci pintu rumahnya. Dia memakai kasut sarung tanpa tumit. Selesai periksa semuanya barulah Qistina masuk ke dalam kereta. Qistina menyuruh Qhairil menghantarnya di rumah Amierul Ashraff dan menyuruh Qhairil menunggunya di rumah Fatin. Qhairil mengikut sahaja kehendak Qistina.
Qhairil menurunkan Qistina di hadapan rumah Amierul Ashraff. Selepas itu, Qhairil terus pergi ke rumah buah hati kesayangannya pula. Qistina menekan loceng. Ting...tong!!. Berkali-kali Qistina tekan, barulah terbuka pagar rumah. Muncul Akma di hadapan pagar itu. Qistina tersenyum seadanya kepada Akma kemudian terus menuju ke rumah Amierul Ashraff. Sebaik sahaja kaki Qistina mahu melangkah masuk, Akma menarik kasar tangan Qistina.
Qistina merentap tangannya. Apasal pulak minah ni, gila ke apa, main tarik-tarik tangan aku, ni yang buat aku berangin ni, tak pasal-pasal cium lantai pulak nanti. Qistina tidak mempedulikan Akma yang sedang memandangnya tajam. Elok Qistina nak melangkah masuk, sekali lagi Akma menarik tangannya.
"Kau nak apa ni!", tanya Qistina kasar. Dia sudah tidak sabar. Yelah, ribut tak ada, hujan tak ada, tiba-tiba cari pasal dengan orang.
"Hey, patutnya I yang tanya you, you buat apa dekat sini hah!, you ni nak apply jadi orang gaji dekat rumah ni ke, I rasa tak payah la kot sebab aunty I tak suka hire orang gaji lagi-lagi orang yang macam you ni" dengan sombongnya Akma membalas pertanyaan Qistina.
Qistina mengecilkan matanya memandang Akma. Kecik besar je aku tengok minah jeli ni, sabar Tina, sabar, kau kena jaga kesopanan kau, lantak aje la minah jeli ni, dah la gedik, pakaian pulak adoii, budak darjah enam punya apa dia ni pakai. Qistina bermonolog sendirian.
"Suka hati akulah, dah la aku nak masuk, tepilah kau", Qistina menolak sedikit tubuh Akma yang menghalangnya.
Baru tolak sikit, jatuhnya macam hulk yang tolak dia. Akma menggosok-gosok lengannya, macamlah sakit sangat, entah apa yang sakit agaknya. Akma menangis mengada, Qistina tidak mempedulikan Akma yang terduduk di situ. Qistina mencebik menyampah. Qistina memberi salam dan terus masuk. Lagipun kedatangan dia ni sudah diberitahu terlebih dahulu kepada Datin Rose.
"Tina, dah sampai dah, jom duduk. Mierul, ni Tina dah sampai dah!!", laung Datin Rose.
Qistina duduk di sebelah Datin Rose. Datin Rozie yang berada di hadapan Qistina menjeling kepada Qistina. Datin Rose memperkenalkan Qistina kepada Datin Rozie. Datin Rozie menyambut huluran Qistina, tak sempat Qistina nak mencium tangan Datin Rozie, dia menarik kembali tangannya.
Kisah apa aku, ingat aku nak sangat la cium tangan kau tu, sama aje la dengan yang dekat luar tu, nasiblah ni bukan rumah aku, kalau tak dah lama dah kena halau, macam mana la nak suruh orang hormat, kalau yang tua tu pun tak reti-reti nak tunjuk contoh yang baik dekat yang muda macam aku ni ha.
Akma terjenguk-jenguk. Panjang aje kepalanya tu. Nampak aje Amierul Ashraff turun, Akma sengaja menguatkan suaranya. Macam nak mati dah tu. Qistina yang mendengarnya buat tak tahu aje. Sampailah Datin 'Vogue' tu tegur.
"Kenapa dengan Akma tu".
"Mierul pergi tengok kejap kenapa dengan dia tu", suruh Datin Rozie. Datin Rose dan Qistina turut mengekori Amierul Ashraff dan Datin 'vogue' tu.
Qistina bersandar di pintu rumah, dia hanya menjeling Akma yang menggosok-gosok kakinya. Tadi gosok tangan ni kaki pulak, aku tak paham betul la minah jeli ni. Datin Rozie pula beria-ria menyuruh Amierul Ashraff mencempung Akma masuk ke dalam rumah. Amierul Ashraff memandang Qistina, Qistina memebesarkan matanya dan menjeling.
"Tak apalah, mak cik, biar saya aje yang papah dia masuk, lagipun Mierul tu bukan muhrim dia, haram la makcik, ibu, tolong Tina bu", lembut aje Qistina bercakap. Sengaja nak menyakitkan hati Datin 'vogue' dan minah jeli ni.
Datin Rose tersenyum mendengar bakal menantunya berkata begitu. Dengan senang hati dia membantu Qistina memapah Akma masuk ke dalam rumah. Tau pulak nak berenti nangis, menggelabah betul la minah ni. Selesai membantu Akma duduk, Qistina meminta diri untuk pulang. Habis segala moodnya nak makan.
"Ibu, Tina balik dulu la", ujar Qistina sambil menyalami tangan Datin Rose penuh sopan. Kemudian dia salam dengan Datin Rozie dan minah jeli tu. Kalau nak diikutkan dia malas nak salam dengan orang yang macam tu, tapi nanti apa pulak kata bakal mak mentuanya. Terpaksa la dia bermanis muka juga.
Amierul Ashraff hairan mendengar Qistina mahu pulang. Tadi cakap nak keluar. Ni mesti pasal kes tadi ni. Amierul Ashraff menggelengkan kepalanya. Terpaksala dia memujuk kembali Qistina. Qistina ada memberitahunya tadi, dari tengah hari tadi lagi dia tidak menjamah sebarang makanan. Pasti tunangnya itu lapar sekarang, dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada Qistina.
"Yang, kenapa ni", Amierul Ashraff mengejar Qistina yang laju ke depan. Amierul Ashraff mencapai lengan Qistina.
"Tunggu sini, abang pergi ambil kunci kereta", ujar Amierul Ashraff.
"Tak payah la, orang nak balik, lagipun dah tak lapar", balas Qistina. Mendatar saja nada suaranya. Dia benar-benar sudah tiada mood.
"Sekali je, dengar cakap abang boleh tak, tunggu sini!", sedikit keras suara Amierul Ashraff. Geram dia dengan kedegilan Qistina.
Amierul Ashraff berlari masuk ke dalam rumah pantas dia keluar dan menghidupkan enjin kereta. Dia menyuruh Qistina masuk ke dalam kereta. Qistina cuma mendiamkan diri.
"Masuk!", suruh Amierul Ashraff tegas. Barulah Qistina masuk ke dalam kereta. Masam aje raut wajahnya.
Terdengar deringan telefon Qistina, tertera nama abangnya di situ. Pantas Qistina menjawab panggilan tersebut. Sebaik sahaja mendengar suara Qhairil, Qistina berasa sebak, tetapi ditahan air matanya dari mengalir.
"Lambat lagi ke, cepat la abang dah lapar sangat ni".
"Kejap la on the way ni", balas Qistina.
Selepas dia selesai bercakap dengan Qhairil, terus airmatanya mengalir. Dia benar-benar terasa hati dengan Amierul Ashraff. Untuk pertama kalinya Amierul Ashraff bercakap kasar dengannya. Selama ni, kalau dia buat perangai pun Amierul Ashraff pujuk dengan lembut aje.
"I'm sorry", ujar Amierul Ashraff.
"Forgive me please, sayang, abang tak ada niat nak marah-marah Tina macam tu, abang buat macam tu sebab Tina ni degil sangat, Tina lapar kan, abang tak nak jadi apa-apa dekat sayang tu aje, abang tau dalam fikiran Tina mesti Tina fikir abang marah-marah sebab abang bela Akam tu kan, abang harap Tina percaya la cakap abang ni, only you in my heart sampai la ke nafas abang yang terakhir, just you!", tegas Amierul Ashraff di akhir percakapannya.
Amierul Ashraff memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia tidak boleh focus jika masalahnya ini tidak diselesaikan. Hatinya tidak akan senang selagi dia tidak mendengar kata kemaafan daripada mulut Qistina.
"Just forget it, orang je yang ikut hati sangat, tak tau la kenapa emo sangat hari ni, nak period la ni, dah la", ujar Qistina sambil mengesat airmatanya.
"Jom la, bising abang nanti".
"Nak pergi mana ni, sayang tak cakap apa pun dekat abang", tanya Amierul Ashraff.
"Rumah Atin".
Amierul Ashraff tersenyum dan kembali meneruskan pemanduannya. Barulah senang dan tenteram hatinya apabila melihat senyuman Qistina. Dia mengikut arah yang diberikan Qistina. Dia tidak pernah lagi pergi ke rumah kawan-kawan Qistina. Sampai sahaja di rumah Fatin, kelihatan Qhairil sedang bercekak pinggang. Qistina keluar dari perut kereta dan tersengih.
"Sorry tin, bang, lambat, dah jom!", Qistina mengerdipkan matanya.
Fatin tidak boleh berkata apa-apa kerana dia sendiri sudah beberapa kali lambat jika keluar dengan Qistina. Sebab tu dia hanya mendiamkan diri sahaja. Qhairil malas mahu bertekak dengan Qistina lagipun depan buah hati mesti la kena control macho, konon!!. Amierul Ashraff hanya mengikut Qhairil dari belakang. Dia sendiri tidak tahu ke mana mereka mahu makan. Qhairil memberhentikan keretanya di sebuah kedai makan seafood dan western.
Mereka berempat mengambil tempat yang sama. Kata Qhairil senang, tak payah nak banyak-banyak ordernya. Qistina dan Amierul Ashraff menurut saja, janji boleh makan dah okey dah. Qistina memesan chicken chop dan apple laici. Biasalah tu menu dia, tadi lapar sangat pesannya tu aje. Amierul Ashraff memesan Nasi Goreng Kampung dan milo ais, sama seperti Qhairil. Fatin pula, bihun tomyam dan teh'o ais.
"Hujan la pulak!", Qhairil bersuara.
"Biar la, sejuk sikit, bestnye tidur malam ni", Qistina pula bersuara sambil menggosok-gosok telapak tangannya.
"Bukan hari-hari ke kau tidur sejuk, aircond dalam bilik tu tak reti nak slowkan, lepastu bising la sejuk la, nak demam la, aku suruh papa tukar kipas tau la kau". Mulalah tu nak bergaduh, tak habis-habis, pantang berjumpa ada aje nak digaduhkan. Bendanya kecik aje, tetapi saja nak besar-besarkan.
"Suka hati la", balas Qistina.
"Susah la nak cakap dengan kau ni", jawab Qhairil pula. Dua-dua tidak mahu mengalah. Memang berperang la ni nanti.
"Dah la tu sayang, tak baikkan melawan cakap abang tu, he's your brother right", Amierul Ashraff mencelah. Kalau tiada sesiapa yang menghentikan perbalahan mereka ni, entah sampai bila la nak perang mulut.
"Semua nak bela abang tu, orang ni tak ada siapa pun nak bela", Qistina menjauh hati.
Perbualan mereka terhenti sekejap sebaik sahaja pelayan menghantar minuman mereka. Seperti biasa Qistina dahulu yang mencapai airnya dah disedut sedikit bagi membasahkan tekaknya. Amierul Ashraff juga mencicip sedikit minumannya. Terasa air turun melalui tekaknya, sejuk aje, walaupun hujan ais tetap menjadi pilihan. Selang beberapa minit kemudian, makanan pula dihantar, mereka berempat mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu.
Qhairil yang sememangnya sudah kelaparan, pantas mencapai nasi gorengnya. Dia membaca bismillah lalu terus menyuapakan ke dalam mulutnya. Sampai tertutup matanya menikmati nasi goreng itu. Fatin pula membiarkan dahulu kerana panas, berasap-asap lagi, macam mana nak makan, mau melecur mulut nanti.
"Sayang nak rasa tak, sedap ni?", tawar Amierul Ashraff.
Qistina yang sedang megunyah chicken chopnya menggelengkan kepala. Dia memang tidak akan menyentuh nasi pada waktu malam. Melainkan waktu tengah hari sahaja dia akan menyentuh nasi, kalau pagi dia sudah makan nasi, malam dan tengah hari, dia akan makan yang ringan sahaja.
Qhairil sendawa perlahan sebaik sahaja menghabiskan suapan terakhir nasi gorengnya. Amierul Ashraff pula tersandar kekenyangan. Qistina dan Fatin saja yang santai kerana makanan mereka tidak berat, sekadar mengalas perut sahaja.
"Esok, jom kita beli barang-barang kita, majlis pun tinggal dua minggu aje lagi, barang pun banyak lagi yang tak beli, esok kita settle semuanya amacam?"usul Qhairil sambil memandang Qistina dan Amierul Ashraff yang berada di hadapannya.
Amierul Ashraff mengangkat keningnya kepada Qistina. Kalau Qistina okey, dia tiada masalah. Lagipun betul juga kata Qhairil, majlis mereka tidak lama lagi, takut nanti kelam-kabut aje, lagi-lagi si Qistina ni, serabut aje.
"Kenapa pandang orang ni?", Qistina memandang Amierul Ashraff.
"Setuju tak abang Qhai ajak pergi beli barang kahwin tu?".
"Okey je!", balas Qistina pendek.
"Sayang free tak esok?", Qhairil bertanya kepada Fatin pula, takut nanti pengarang jantungnya itu ada apa-apa aktiviti bersama keluarga, dia tidak kisah jika keluar sendirian tetapi lebih baik bila Fatin ada bersama kerana senang mendapat persetujuan. Ni kalau Qhairil suka, Fatin pulak tak suka, dah susah pulak. Baik pergi bersama-sama senang nak memilih. Perkahwinan ni sekali aje dalam seumur hidup jadi, biarlah ia berlangsung dengan lancar dan sempurna. Tapi tu untuk perempuan la, lelaki kan bujang tiga lagi. He..he..he.
"Okey aje, betul jugak cakap abang tu, tak terasa pun masa berjalan, pejam celik dah tinggal dua minggu aje lagi", balas Fatin.
"Kalau macam tu, pukul sebelas siap la tau nanti abang ambil dekat rumah, Acap macam mana, nak ambil Tina dekat rumah ke, nak aku hantar dia dekat rumah kau?", tanya Qhairil kepada Amierul Ashraff.
"Nanti saya ambil dia la dekat rumah, nanti saya follow aje abang dari belakang". Amierul Ashraff tersenyum manis.
Qhairil melihat jam tangannya. Sudah lewat malam, dia mengajak mereka pulang kerana takut juga Fatin dimarahi oleh ibu-bapanya. Walaupun dia sudah meminta kebenaran terlebih dahulu tetapi tidak manis juga bawak anak dara orang malam-malam buta macam ni. Dia bukan mat-mat motor semua tu, yang ke hulu, ke hilir dengan anak dara orang tidak kira waktu.
Begitulah hakikat dunia sekarang. Mereka hanya tahu untuk berseronok sahaja. Sampai bila-bila la mereka tidak akan rasa bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan. Bila mengandung dan beranak anak luar nikah, mereka langsung tidak rasa berdosa dan kasihan terhadap bayi yang dibuangnya itu. Malah mereka seolah-olah seronok melakukan perkara itu.
Dunia...dunia.
Qhairil menghantar Fatin betul-betul di hadapan rumah dan dia meminta maaf di atas kelewatannya menghantar Fatin pulang. Amierul Ashraff juga menghantar Qistina di hadapan rumah, setelah memastikan Qistina benar-benar selamat masuk ke dalam rumah, barulah dia bergerak pulang ke rumahnya.
Qistina menyuruh Qhairil memeriksa kesemua tingkap dan pintu agar berkunci. Jika tidak di pesan, abangnya itu akan lupa. Qistina merebahkan badannya di atas katil. Leganya rasa. Qistina mencapai seekor Mr.Tednya yang terletak di atas kepalanya. Dipeluk erat, entah sampai bilalah dia nak bersama patung beruang itu. Tersusun elok sahaja di kepala katilnya. Dengan kakinya yang tidak berbasuh, baju tidak bertukar, Qistina terus tidur dengan ditemani oleh patung-patung beruangnya.




AMIERUL ASHRAFF menunggu Qistina di luar rumah, Qhairil pula sudah berangkat ke rumah Fatin. Qistina biasalah memang terkenal dengan lambat jika bersiap, ada aje yang tidak kena, selendang senget la, bedak tak cukup la, macam-macam. Kalau ada Datin Rose ni, mau bernanah telinga kena maki!. Selepas setengah jam Amierul Ashraff menunggu, barulah kelihatan batang hidung Qistina. Punya la lama, nasib baiklah Amierul Ashraff ni penyabar orangnya. Amierul Ashraff masih lagi boleh tersenyum manis kepada Qistina. Qistina membalas seadanya.
Seperti biasa, sebelum berangkat tu, Qistina memeriksa semuanya dahulu, barulah dia masuk ke dalam kereta. Hari ini dia memakai kasut sport, senang sikit nak berjalan.
"Jalan la cepat!", tegur Qistina apabila Amierul Ashraff tidak menggerakkan kereta.
"Abang rasa kan, Tina lain la hari ni?", ujar Amierul Ashraff.
Qistina menilik dirinya, punya lama dia berdiri dihadapan cermin tadi, rasanya tak ada pun baju, seluarnya yang koyak, selendang pun tak ada yang koyak elok aje. Apa yang lainnya, biasa aje. Qistina memandang Amierul Ashraff dengan dahi yang berkerut.
"Your eyes!". Amierul Ashraff merenung mata Qistina.
Qistina tersengih, baru dia teringat dia memakai contact lens hari ini berwarna ungu. Sejak sekolah menengah lagi dia teringin nak pakai benda tu, tetapi Datuk Saiful membantah, terbantut la keinginannya. Hari ini, Datuk Saiful tiada di rumah, apa salahnya pakai. Saja aje nak bajet mat salleh!. Bukan selalu, nak bergaya. Qistina memandang Amierul Ashraff yang sedang memandu, tenang saja pemanduannya. Tetapi di sebalik ketengangannya itu, kelihatan wajah Amierul Ashraff muram. Tetapi Qistina membiarkan saja, biarlah nanti elok la tu.
Mereka berhenti di butik pakaian pengantin. Mereka berempat masuk ke dalam kedai itu. Qistina dan Fatin sudah mula teruja melihat baju-baju pengantin di situ. Macam-macam design ada, rambang mata nak memilihanya. Qhairil dan Amierul Ashraff pening kepala melihat bakal-bakal isteri mereka itu. Qhairil mengikut pilihan warna Qistina yang mahukan tema merah hitam untuk majlis mereka nanti. Fatin juga setuju dengan warna itu.
"Selamat datang ke Seri Melayu, cik berdua nak baju untuk bersanding atau nikah?', sapa gadis itu mesra.
"Dua-dua sekali la, dia sekali dengan pelamin ke?", tanya Qistina.
"Mari ikut saya, saya tunjukkan package yang ada", ujar gadis itu sambil tersenyum mesra.
Mereka berempat mengikut gadis itu untuk mengetahui lebih lanjut tentang package perkahwinan di Seri Melayu ini. Gadis itu mengambil beberapa katalog dan diberikan kepada mereka berempat.
"Okey, siapa yang nak kahwin?", tanya gadis itu sopan.
"Kami la, nak buat majlis sekali, saya dengan abang saya", terang Qistina.
"Okey, macam ni, cik nak warna apa sebagai tema nanti?", tanya gadis itu lagi sambil memegang buku nota sebagai catatan.
"Saya kalau boleh nak warna merah hitam, tapi kalau cik Nia ada cadangan bolehlah bagi, sebab saya pun tak tahu sangat bab-bab ni".Qistina membaca tanda nama yang terletak di baju gadis itu
Qhairil, Fatin dan Amierul Ashraff diam sahaja, mereka membiarkan Qistina yang memilih dan membuat keputusan, mereka ikut aje. Mereka terangguk-angguk mendengar keterangan yang disampaikan oleh Nia. Selepas selesai memilih baju dan bentuk pelamin, mereka berbincang tentang harganya pula.
"Harganya macam mana?", tanya Amierul Ashraff.
"Semua sekali RM 15000, macam mana boleh ke?", tanya Nia kepada Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff berbincang dengan Qhairil dahulu, dia okey aje, memang dia sudah menyimpan untuk semua ini, tetapi dia harus mendapat persetujuan Qhairil dahulu kerana majlis ini, majlis mereka berdua bukan dia seorang.
"Aku okey aje, lagipun dah okey la ni, setuju je la". Senang, nanti kalau pergi kedai lain, pening pula jadinya nanti. Lagi-lagi Qistina dengan Fatin, bukan boleh harap sangat, macam-macam la nanti yang tak kena.
Amierul Ashraff membayar separuh dahulu sebagai pendahuluan, selebihnya nanti Qhairil akan membayarnya semasa mereka menghantar baju dan memasang pelamin. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka keluar dari kedai itu dan pergi pula ke kedai bunga telur dan cenderahati untuk diberikan kepada tetamu yang hadir nanti. Cenderahati pun kena berbeza-beza, untuk kawan-kawan dan sanak saudara.
Sekali lagi, Qhairil dan Amierul Ashraff duduk sahaja cuma Qistina dan Fatin sahaja yang memilih bunga telur. Banyak juga yang cantik sampai tak tahu nak pilih yang mana. Qistina menyuruh Qhairil menelefon Datin Sofia untuk bertanya tentang anggaran tetamu nanti.
"Assalamualaikum mama, mama sibuk tak ni?".
"Waalaikumussalam, tak pun kenapa ni?". tanya Datin Sofia risau.
"Qhai nak tanya, mama jemput berapa orang nanti, Qhai dengan Tina nak beli bunga telur dengan cenderahati ni", Qhairil menyatakan tujuannya menelefon Datin Sofia.
"Ada la dalam 3, 4 ribu orang, sebab mama nak panggil kawan-kawan mama dengan papa lagi, macam ni la, Qhai dengan Tina beli untuk family dengan kawan-kawan dulu, bunga telur biar mama yang beli nanti".
"Okey mama, take care, nanti apa-apa Qhai call lagi". Selepas mengucapkan salam, Qhairil menutup telefonnya.
"Macam mana?", tanya Qistina.
"Mama suruh kita beli cenderahati untuk family dengan kawan-kawan dulu, bungan telur dan selebihnya nanti mama belikan", jawab Qhairil.
Qhairil dan Amierul Ashraff memilih cenderahati untuk keluarga, Qistina dan Fatin pula memilih untuk kawan-kawan mereka. Satu-satu dibelek, akhirnya Qistina dan Fatin memilih sapu tangan juga berwarna merah hitam yang diletak dalam bekas kaca dan digubah berbentuk bunga ros. Untuk keluarga pula Qhairil dan Amierul Ashraff memilih cawan kecil berbunga merah hitam. Mereka menganggarkan 100 untuk kawan-kawan dan 500 untuk family, sebab campur dengan family belah Amierul Ashraff dan Fatin sekali.
Seperti biasa bab-bab duit, Amierul Ashraff dan Qhairil yang akan settlekan. Cenderahati settle. Cuma yang tinggal, katering, khemah, dan photographar sahaja lagi. Datuk Saiful mempunyai kenalan yang menguruskan bahagian katering dan khemah, kira settle sudah.
"Dik, siapa yang nak ambil gambar nanti?", tanya Qhairil.
"Wan la bang siapa lagi, Tina dah cakap dah dengan dia, murah sikit, ala kalau Wan tak boleh, kita suruh Atin la bang dia pun pro jugak", Qistina tersengih.
"Bernasnya idea kau tu, habis nanti aku nak nikah dengan siapa, gila la kau ni", Qhairil mengetuk kepala Qistina.
"Okey kalau macam tu kira semuanya dah settle la kan?", Fatin mencelah.
"Yup!", serentak Qistina dan Qhairil menjawab.
"Abang Qhai dengan honey pergi la mana-mana dulu tau, Tina dengan Atin ada kerja, apa-apa call aje tau, bye!". Qistina dan Fatin melambai-lambai Qhairil dan Amierul Ashraff.
Qhairil dan Amierul Ashraff berpandangan sesama sendiri dan menjongketkan bahu mereka. Pening dengan kerenah dua orang gadis itu. Qhairil mengajak Ameirul Ashraff ke Mid Valley untuk membeli hantaran yang masih berbaki lagi. Amierul Ashraff juga berhajat untuk menambah hantarannya. Dia juga ingin membelikan hadiah untuk Qistina pada malam pertama mereka nanti.
Qistina dan Fatin pula pergi ke Jusco, untuk membeli, baju, kasut, wallet dan perfume sebagai pelengkap hantaran mereka.Tugas untuk mengubah hantaran-hantaran mereka ialah Datin Sofia dan kawan-kawan mereka la.
Qistina membeli baju, wallet dan kasut berjenama Polo. Perfume pula berjenama Dunhill. Sama juga dengan Fatin cuma bentuk dan perfume sahaja yang lain. Kalau dah jejak Jusco tu memang menggila la diorang ni, sambil menyelam minum air la apa lagi. Memang tak sah la kalau tiada barang yang dibeli untuk mereka sendiri. Botak la Amierul Ashraff dengan Qhairil nanti.
Setelah puas mereka menjelajah satu Jusco itu. Barulah Qistina menelefon Qhairil. Qhairil menyatakan bahawa mereka berada di Mid Valley. Qhairil menyuruh Qistina dan Fatin tunggu di situ sekejap lagi mereka sampai. Qistina dan Fatin menunggu Amierul Ashraff dan Qhairil di pintu hadapan Jusco.




LIMA belas minit berlalu, kelihatan kereta Amierul Ashraff dan Qhairil berhenti betul-betul depan pintu masuk Jusco. Bergegas Qistina dan Fatin masuk ke dalam perut kereta, kerana mereka sudah kepanasan menunggu di situ. Kereta Qhairil sudah memecut kehadapan. Amierul Ashraff masih lagi tidak bergerak-gerak, ada la tu apa-apa Qistina tu. Kalau sehari tidak berbalah tak sah!.
"Ni beli untuk kita ke, untuk tuan punya badan sekali?", tegur Amierul Ashraff sambil memandang tepat ke dalam mata Qistina.
Qistina cuma tersengih kepada Amierul Ashraff. Sengihannya itu sudah memadai sebagai jawapannya. Tangan tu memang terasa gatal sangat nak mencapai.
"Jimat la sikit sayang oii, after married, you must change this attitude, understand that?!", Amierul Ashraff mencuit sedikit hidung Qistina.
"Baik bos, faham!", balas Qistina sambil tersenyum.
Qistina meletakkan barang-barangnya di belakang. Kemudian dia bersandar, dan mengeluh, terasa kepenatannya. Mana tak penat, kalau dah satu Jusco tu pusing!. Lepas tu tanggung la sendiri. Qistina menguatkan sedikit aircond, barulah terasa sikit, dia juga sudah berpeluh-peluh. Nasib baiklah aku sembur minyak wangi tadi, kalau tak mau bau kambing dalam kereta ni. Qistina mengomel sendirian dalam hati. Qistina menepuk lengan Amierul Ashraff perlahan.
Amierul Ashraff memandang Qistina sebentar, kemudia beralih ke hadapan kembali. Mana boleh lama-lama, isyarat saja. Kang tak pasal-pasal aku tak sempat nikah nanti, dah la kereta banyak ni.
"Singgah mana-mana kedai nanti, orang dahaga la", ujar Qistina. Dia bahasakan dirinya orang. Terasa selesa pula.
"Siapa orang?", tanya Amierul Ashraff kurang senang.
"Orang la, hari tu dia juga yang cakap suka hati, ni nak tacing-tacing pulak", balas Qistina.
Sangka Amierul Ashraff Qistina sengaja bahasakan dirinya seperti itu. Memang Qistina ada tanya pendapatnya, dia menjawab suka hati la kerana fikirnya Qistian main-main. Sekali memang betul-betul. Memang hampeh betul Qistina ni.
"Yelah, up to you la my dear!", Amierul Ashraff malas mahu berbalah kerana perkara kecil.
Qistina bersandar dengan selesanya. Sunyi sepi, antara mereka, hanya kedengaran lagu sahaja dari corong radio. Amierul Ashraff memandang Qistina yang berada di sebelahnya. Sangkanya Qistina sudah diulit mimpi. Rupanya mata tunangnya itu masih terbuka luas, tetapi dia hairan kenapa mulut Qistina tiba-tiba terkunci. Selalunya 24 jam kalau boleh nak bercakap aje.
"Sayang...", panggil Amierul Ashraff sambil menepuk pipi Qistina.
"Hmm...", Qistina memandang Amierul Ashraff sayu.
"Kenapa ni, macam tak ada mood je", lembut saja suara Amierul Ashraff kedengaran.
"Penat la, memang terasa penat sangat, tekak pun kering", adu Qistina.
Amierul Ashraff meningkatkan kelajuannya. Dia mencari-cari kedai-kedai tepi jalan, yang ada menjual air. Meliar mata Amierul Ashraff, akhirnya ada juga satu kedai makan. Dia memberhentikan keretanya.
"Nak minum ke, nak bungkus?", tanya Amierul Ashraff.
"Minum la, boleh rehat kejap".
Amierul Ashraff menghentikan enjin keretanya dan keluar daripada perut kereta. Qistina meninggalkan beg tangannya di dalam kereta, terasa malas pula dia mahu memegang beg tangannya itu.
Elok sahaja mereka duduk, seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan. Qistina memesan teh ais sama juga seperti Amierul Ashraff.
"Makan?", tanya pelayan itu lagi.
"Tak apa la dik, terima kasih", jawab Amierul Ashraff sopan.
Qistina memicit-micit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Ubat pula dia terlupa bawa. Amierul Ashraff risau melihat Qistina. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit, matanya juga dipejamkan. Migrain dia menyerang la tu!.
"Tina okey ke tak ni, kita pergi klinik jom!", jelas kerisauan di wajah Amierul Ashraff.
Qistina cuma menggeleng.
"Sikit aje ni, ubat tertinggal pulak, jangan risau la", Qistina berpura-pura tidak sakit, dia tidak mahu Amierul Ashraff risau.
"Tu la, semuanya lupa, next time, bawak spare dalam beg tu".
Mulalah tu nak bagi motivasi petang dekat aku. Tak habis-habis, aku tertinggal ubat aje, kemain lagi bersyarah. Aku suruh jadi pensyarah tak nak, nak jadi bussinessman la konon. Qistina membuat muka bosan di hadapan Amierul Ashraff. Bukan dia dengar sangat pun, biasalah masuk telinga kanan nanti keluar balik telinga kiri. Bukannya bagi elok, lagi bertambah sakit kepala aku ni!.