Wednesday 7 March 2012

bab 12

Bergegas Datuk Azaham dan Datin Rose, mendapatkan Datuk Azaham dan Datin Sofea di lobi hospital. Pantas Datin Rose memeluk Datin Sofea dan menghamburkan tangisannya di bahu Datin Sofea. Datin Sofea menggosok-gosok belakang Datin Rose. Dia juga seperti itu sewaktu mula-mula dapat tahu tentang berita ini. Tetapi lama-kelamaan, dia sudah mampu untuk ,menerimanya kerana semua yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.
Datin Sofea melawat Qistina dan Qhairil yang ditempatkan di dalam bilik yang sama. Hiba rasanya bila melihat bakal menantunya terlantar lemah di katil hospital. Datin Rose mengucup ubun-ubun Qistina dan mengusap kasih kepala Qistina. Sama juga perlakuan Datin Rose kepada Qhairil. Datuk Azaham pula tidak bersuara, dia menahan sebak di dadanya. Dia tidak akan sesekali mengalirkan airmatanya. Dia tidak mahu menjadi seorang lelaki yang lemah di hadapan isterinya.
"Mana Ashraff?", tanya Datin Rose.
"Ada, bersebelahan saja biliknya". Datin Sofea membawa Datin Rose pergi ke bilik Amierul Ashraff.
Sebaik sahaja Datin Rose melihat Amierul Ashraff. Airmatanya mengalir laju melihat keadaan anaknya yang berselirat dengan wayar-wayar. Sebagai ibu, dia tidak kuat untuk melihat anak yang selama ini ceria kini terlantar di hospital akibat kemalangan yang tidak disengajakan.
"Rose, sabar ye, Sofi pun sedih bila tengok Ashraff macam ni, tapi semua ni kan ujian daripadaNya, kita sebagai hamba kena terus berdoa dan berusaha. Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambannya. Sama-sama kita berdoa ye, insyaallah Ashraff akan sihat dan pulih seperti biasa", Datin Sofea menggosok-gosok bahu Datin Rose untuk menyalurkan sedikit semangat. Dia faham bagaimana perasaan sebagai seorang ibu apabila melihat anaknya dalam keadaan yang sebegitu.
Datuk Azaham dan Datuk Saiful sudah pun bergerak ke kafeteria hospital untuk membeli makanan dan minuman kepada isteri-isteri mereka. Kerana sejak semalam, Datin Sofea dan Datin Rose tidak menjamah apa-apa, walaupun sekeping roti. Sedang Datuk Saiful memilih makanan, terdengar deringan telefonnya.
"Assalamualaikum", ujar Datuk Saiful.
"Waalaikumussalam, uncle, Atin ni, sekejap lagi Atin dengan kawan-kawan sampai, uncle tunggu dekat lobi tau", kedengaran suara sendu Fatin.
"Baiklah, bawak kereta tu elok-elok, jangan laju sangat", pesan Datuk Saiful, usai memberi salam,Datuk Saiful menamatkan panggilan.
Setelah membayar, Datuk Saiful menyuruh Datuk Azaham naik dahulu, kerana dia mahu menunggu Fatin di lobi. Beberapa minit kemudian, kelihatan Fatin dan rakan-rakan Qistina yang lain berlari-lari mendapatkan Datuk Saiful yang sedang menanti kedatangan mereka. Seorang demi seorang menyalami tangan Datuk Saiful.
"Uncle, abang Qhai macam mana?", sebaik sahaja bertanyakan itu, airmata Fatin tumpah sekali lagi.
"Alhamdulillah keadaannya stabil, kecederaannya juga tidak teruk, cuma mengalami patah leher sahaja."Datuk Saiful memeluk Fatin untuk menenangkan gadis itu.
"Jom, tengok, Tina, Qhai dengan Ashraff", ajak Datuk Saiful.
Mereka semua mengangguk. Panjang saja langkah mereka, tidak sabar mahu melihat keadaan Qistina, Qhairil dan Amierul Ashraff. Qistina tersenyum melihat rakan-rakannya bersusah-payah datang ke sini untuk melawatnya. Dia baru sahaja sedar, begitu juga dengan Qhairil. Cuma, dia tidak tahu lagi keadaan Amierul Ashraff, sengaja Datin Sofea dan Datin Rose merahsiakannya dahulu, kerana takut keadaan Qistina jadi lebih teruk. Dia pun baru sahaja sedar, perlu banyakkan berehat.
"Macam mana boleh kemalangan ni?", tanya Wan sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas sebelah Damia.
"Terkejut kitaorang tau!", sambung Aslam pula.
Yang perempuan mendengar sahaja, tidak berniat mahu bersuara. Qistina cuma tersenyum mendengar pertanyaan Wan dan Aslam.
"Dah benda nak jadi, elak macam mana pun kalau nak jadi tu, jadi jugak", tenang Qistina memberikan jawapan.
Ibu-bapanya keluar, mereka membiarkan Qistina mahu bersama-sama kawan-kawannya. Mungkin boleh hilangkan sekejap ingatan kepada Amierul Ashraff. Qhairil yang berada di sebelah Qistina, cuma tersenyum, dia masih tidak bermaya untuk bersuara. Fatin saja yang setia menemaninya, melayaninya.
"Tadi ada orang tu menangis, banjir la dalam kereta tadi!", ujar Aslam sengaja mahu mencari pasal.
"Tau tak apa, beria-ria pulak tu, jenuh jugak aku nak pujuk", tambah Fasihah.
Fatin buat-buat tidak dengar sahaja apa yang dikatakan oleh Aslam dan Fasihah.
"Wan, suap la aku, aku tak larat ni", ujar Qistina manja. Dia sudah biasa begitu, sejak dari zaman sekolah lagi. Dia juga pernah menyuap Wan, tetapi hubungan mereka hanyalah sekadar kawan.
"Mak ai!, manja sungguh, bukan tangan kau patah pun kan, suap la sendiri", balas Wan. Mulalah tu nak berperang mulut. Pantang berjumpa ada saja yang nak dibalahkan.
"Kalau Wan tak nak suap biar aku yang suap nak?", ujar Aslam tersengih.
"Aku pun boleh", Zam pula bersuara.
Eiqa yang berdiri di sebelah Zam menjegilkan mata, selepas itu, mak ketam menyerang la. Zam menyeringai kesakitan, mereka semua tergelak melihat pasangan itu. Eiqa tu nampak saja macam tiada perasaan tapi sebenarnya, kuat cemburu.
Qistina memuncungkan bibirnya. Wan mencubit pipi Qistina, elok la sekejap lagi tu. Akhirnya Wan menyuap juga nasi ke dalam mulut Qistina. Qistina tersengih, berjaya juga dia. Aslam dengan Fasihah saling berpandangan. Semua sudah ada pasangan, mereka berdua saja yang masih solo. Belum diisi lagi kekosongan di hati. Mereka semua memandang Aslam dan Fasihah. Aslam tersenyum simpul memandang Fasihah.
Berkerut-kerut dahi Fasihah memandang Aslam. Perangai Aslam di anggap agak berlainan, tidak seperti selalu. Wan menyiku lengan Aslam. Pelik benar perangai kawannya yang seorang ni.
"Kau ni apesal?, angau ke apa?, sekarang ni dekat hospital, aku bawak kau jumpa doktor sakit jiwa nanti", ujar Wan.
"Tak ada apa la, sibuk je la korang ni, suka hati aku la nak senyum ke, nak menangis ke", balas Aslam, yang masih lagi memandang Fasihah.
  "Haih, dah tangkap cintan dengan 'rock' ke?", Qistina bersuara. Rock itu adalah gelaran kepada Fasihah semasa sekolah dahulu. Perangai Fasihah agak kasar sedikit, baru-baru ni sahaja dia ubah penampilannya menjadi seorang yang lebih lembut.
"Mulut kau Tina, elok-elok tak berbalut nanti, aku bagi kaki nanti berbalut sungguh", ujar Fasihah.
"Betul la tu, tak tau la macam mana aku boleh sangkut dekat Seha ni, tiba-tiba aje, tengok korang semua ada pasangan kan, aku dengan Seha aje yang solo lagi. Tak salah kan". Aslam membuat pengakuan, 12 mata menjadi saksi pengakuan cinta Aslam terhadap Fasihah.
Ternganga mulut Zam dan Wan. Mereka tidak sangka Aslam boleh tangkap leleh dengan Fasihah. Qistina, Fatin dengan Eiqa tersengih-sengih, ligat mereka mengusik Fasihah, sampai naik merah pipinya.
"Sebenarnya aku ada reka puisi ni, nak bagi dekat Seha, kira nak declair la ni", Aslam tersengih.
Zam dan Wan menahan gelak. Kalau nak diikutkan mahu sahaja mereka gelak terbahak-bahak tetapi memandangkan berada di hospital, mereka membatalkan niat murni mereka itu.
"Seha dengar tau", Aslam bawa keluar kertas dari poket seluarnya.
"Sayang, sejak dari hari pertama kita bertemu, hati ku sudah terpaut melihat senyumanmu, tetapi aku pendamkan saja perasaan ini, kerana aku menganggap semua ini hanyalah main-main sahaja, tetapi lama kelamaan, aku yakin perasaan ini, percayalah sayang bahawa perasaan ini hadir tanpa dipaksa-paksa, walaupun sikapmu tidak selembut gadis yang lain, tetapi aku amat menyenangi sikapmu itu, semua itu membuatkan aku gila bayang, aku tidak bisa tidur lena tanpa melihat gambarmu.", Aslam berhenti seketika.
Semua sudah pun terbeliak melihat Aslam, mereka tidak percaya Aslam yang mereka puisi itu, siap melutut lagi. Mana la Aslam belajar romantik ni mereka pun tidak tahu.
"Sebenarnya, aku mengambil gambarmu secara senyap tanpa pengetahuanmu, aku mengakui aku sayang dan cinta padamu, aku tahu aku tidaklah sebaik lelaki-lelaki yang kau pernah jumpa, tetapi percayalah sayang, perasaan aku benar-benar ikhlas, kalau boleh aku juga mahu menyuntingmu menjadi suri hidupku buat selama-lamanya", sambung Aslam.
Riuh bilik itu dengan sorakan dan tepukan dari Wan, Qistina, Zam, Eiqa, Fatin dan Qhairil. Mereka sungguh gembira, dan tersentuh dengan perlakuan Aslam, cara lamaran Aslam, sungguh romantik sekali walaupun di dalam hospital. Fasihah pula sudah mengalirkan airmata. Sungguh, Aslam adalah lelaki yang pertama yang membuat seperti itu, dia benar-benar tersentuh, malah, dia dapat merasakan keihklasan Aslam terhadapnya.
"Kau ingat kau sorang aje ke yang boleh buat puisi, aku pun boleh la, tapi pantun la, dengar tau, kecil-kecil kulit kerang, Seha jumpa tepi kolam, Seha cakap terus-terang, Seha sayang dekat Aslam". Selepas meluahkan rasa hati, Fasihah terus menekup mukanya.
Aslam, tersenyum lega, perasaannya berbalas. Kesemua rakan-rakannya lagi mengusik, apalagi, malu la si Fasihah ni, Aslam juga sudah menukar panggilannya, dia memanggil Fasihah sayang cuma Fasihah saja yang masih malu-malu. Kini, semuanya sudah mempunyai pasangan yang sejati.
Dalam sibuk meraikan pasangan baru itu. Tiba-tiba Qistina teringat tentang sesuatu. Baru dia teringat, dia tidak lagi menjenguk keadaan Amierul Ashraff. Entah macam mana la keadaan tunangnya itu.




QISTINA menangis semahu-mahunya sewaktu melihat Amierul Ashraff. Dia tidak menyangka keadaan Amierul Ashraff seserius itu. Kata mamanya, sudah tiga hari Amierul Ashraff tidak sedarkan diri. Qistina menggoyang-goyangkan bahu Amierul Ashraff, dia mahu mencabut wayar-wayar di badan Amierul Ashraff. Pantas Wan memeluk Qistina dan membawanya keluar. Qistina yang dalam keadaan separuh sedar itu membalas pelukan Wan, dia menghamburkan segala tangisannya di dada Wan.
"Kenapa dia tak sedar Wan, suruhlah dia bangun", Qistina teresak-esak. Qistina sudah tidak sedar apa yang diucapakan. Dia benar-benar terasa kehilangan. Qistina memukul dada bidang Wan. Fasihah, Fatin dan Eiqa juga mengalirkan airmata. Mereka tidak tega melihat Qistina seperti itu. Seperti orang kehilangan arah, tidak waras saja.
"Tina, jangan macam ni, kalau Acap tau kau menangis sebab dia, mesti dia tak suka kan, kau kena redha, semua ni ketentuannya, apa yang perlu kau buat berdoa dan terus berdoa, selain tu, kau kena la selalu bagi semangat dekat Acap, mana la tau, bila dia dengar suara kau, dia ada semangat nak sedar kan". Wan menggosok-gosok kepala Qistina.
Mereka sentiasa bersama Qistina, sama ada ketika senang mahupun ketika berduka. Kawan macam ni susah nak cari. Selalunya kawan ketika berduka seorang pun susah nak cari, tetapi kawan ketika sedang berseronok ramai saja. Qistina masih tidak dapat mengawal tangisannya.
"Hey, pandang muka aku!!", sedikit keras suara Wan. Wan memegang pipi Qistina supaya memandangnya.
"Kami semua sayang dekat kau tau, kami semua ada untuk bagi semangat dekat kau, jangan macam ni boleh tak, kalau kau terus macam ni, Acap lagi sedih, kau tak nak tengok dia sedih, please be cool, sekarang ni pun dah masuk waktu zuhur, pergi la solat dulu, tenangkan hati dengan minda kau, istighfar banyak-banyak, ingat, Allah selalu ada untuk hambanya", selesai bercakap Wan mengesat airmata Qistina, dan dia tersenyum.
Wan mengajak semua kawan-kawannya solat berjemaah. Datin Sofea dan Datuk Saiful sudah pun pulang, mereka mahu berehat sekejap menjelang malam mereka akan datang pula. Datuk Azaham dan Datin Rose juga sama, mereka ingin merehatkan diri di rumah mak Datin Sofea. Datuk Saiful mengamanahkan kawan-kawan Qistina untuk menjaga Qistina dan memantau Amierul Ashraff.
Usai menunaikan solat zuhur, hati Qistina sedikit tenang, tidak seperti tadi lagi. Kini, dia berada di bilik Amierul Ashraff. Sesekali mengalir juga airmatanya, tetapi pantas disekanya. Termakan juga dia dengan kata-kata Wan. Dia berjanji akan kuatkan semangatnya demi Amierul Ashaff.
"Tina, sudah-sudahlah tu, kau pun perlukan rehat kan, pergi la rehat, Wan, Aslam dengan Zam pun ada kan, diaorang pun boleh jaga Acap ni, kau pergi rehat dulu ye", Fatin memujuk Qistina.
"Aku okey la Atin, aku nak jaga Acap, nanti dia sedar macam mana, tak apa", Qistina tetap berdegil.
"Tina, tolong la dengar cakap kami ni sekali aje", ujar Fasihah pula separuh merayu.
Akhirnya Qistina akur, dia merebahkan badannya lantas memejamkan mata. Badannya terasa letih sangat. Fatin mengusap-usap kepala Qistina lembut. Setelah memastikan Qistina benar-benar lena, mereka bertiga keluar mendapatkan Wan, Zam dan Aslam.
"Macam mana?", tanya Wan kepada Fatin.
"Tina dah tidur, jom kita pergi kafe dulu isi perut, nanti kita naik balik", balas Fatin.
Fatin menyuruh Wan menjenguk Amierul Ashraff terlebih dahulu sebelum mereka turun ke kafe. Selepas itu, mereka berenam turun ke kafe untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong. Dari pagi mereka tidak menjamah makanan.
"Aku harap, Acap tu cepat sembuh, aku tak sampai hati nak tengok Qistina menangis sepanjang hari, aku juga harap jodoh diaorang panjang", ujar Wan selepas mengambil tempat.
"Ingat kau seorang ke, aku ni pun tak sanggup nak tengok, dah macam orang tak waras saja tadi", ujar Aslam pula.
Mereka semua mengeluh berat. Banyak benar dugaan yang terpaksa ditanggung oleh Qistina. Tetapi Qistina seorang yang kuat dan tabah. Walau seberat mana pun dugaan itu, dia boleh menanggungnya. Tetapi, bila hal yang melibatkan Amierul Ashraff, hatinya benar-benar luluh. Dia amat menyayangi lelaki itu, kerana itu, Qistina sanggup mengabaikan kesihatannya demi untuk menjaga Amierul Ashraff.
"Kenapa la dengan budak dua orang ni, menjeling-jeling pulak, angau terlebih, sabar la Aslam, tak lari ke mana si Seha ni, paling jauh pun rumah Qistina aje", Zam menyiku lengan Aslam.
Muka Fasihah sudah merah padam. Malu dengan usikan teman-temannya. Lebih-lebih lagi kalau dihadapan Aslam. Dia sendiri juga tidak tahu, bila perasaan sayang ini hadir. Walaupun Aslam tidak sekacak Amierul Ashraff tetapi, dia kelihatan manis dan sejuk bila dipandang.
"Makan cepat, nak naik atas balik ni!", arah Fatin tegas.
Mereka semua menyambung kembali, menjamah makanan. Risau juga takut terjadi apa-apa kepada Qistina. Selepas itu, mereka berenam bergegas untuk ke tingkat atas di mana Qistina, Qhairil dan Amierul Ashraff ditempatkan.
Dari jauh, mereka terdengar suara Qistina terjerit-jerit. Kelam-kabut mereka berlari, ada beberapa orang nurse sedang memegang tangan Qistina dan seorang doktor sedang menyuntik ubat penenang di tangan Qistina. Barulah Qistina kembali tidur dan tenang. Mereka mengagak pasti Qistina teringat tentang Amierul Ashraff.
Fasihah, Fatin dan Eiqa menunggu Qistina dan Qhairil, manakala, Zam, Wan dan Aslam pula menunggu Amierul Ashraff. Terdengar alunan bacaan yassin yang dibaca oleh Zam, Wan dan Aslam. Mereka benar-benar mahu Amierul Ashraff sembuh seperti sediakala, kerana hanya dengan itu sahaja boleh memancarkan kembali sinar cahaya di wajah Qistina. Sedang mereka bertiga membaca yassin, Aslam menyedari jari Amierul Ashraff bergerak. Pantas dia keluar memanggil doktor yang merawat Amierul Ashraff.
Doktor itu menyuruh Aslam, Zam dan Wan keluar sementara beliau mahu membuat pemeriksaan ke atas Amierul Ashraff. Tidak putus-putus doa yang keluar daripada mulut mereka bertiga. Tiba-tiba pintu terkuak dari dalam, terlihat doktor itu keluar dengan senyuman yang manis. Mereka semua mengharap akan ada berita yang baik.
"Alhamdulillah, dia sudah sedar cuma masih lemah, semua ini berkat doa encik-encik semua, encik semua bolehlah berjumpa dengannya, oh ya! lagi satu, dia juga tidak mengalami hilang ingatan." Doktor itu tersenyum sebelum berlalu pergi.
Zam, Aslam dan Wan panjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana telah mengabulkan doa-doa mereka dan Qistina. Amierul Ashraff memandang ke arah pintu yang terkuak. Terlihat wajah kesemua rakan-rakannya, dan juga wajah yang paling dirinduinya iaitu Qistina. Dia amat merindui Qistina, lama benar dia tidak menatap wajah comel itu, dia terasa amat rindu untuk mendengar celoteh Qistina.
Qistina cuba untuk menahan airmatanya daripada gugur . Amierul Ashraff baru sahaja sedar, dia tidak mahu tunangnya itu melihatnya sedih selama Amierul Ashraff tidak sedarkan diri. Sedaya upaya Qistina memaniskan mukanya di hadapan Amierul Ashraff. Tetapi, airmata yang ditahan-tahan, tumpah juga akhirnya, dia tersedu-sedan di dada Amierul Ashraff.
Qistina menyembamkan mukanya di dada Amierul Ashraff. Dia juga benar-benar merindui Amierul Ashraff. Teramat rindu sehingga tidak dapat ditafsirkan oleh kata-kata. Amierul Ashraff juga turut mengalirkan airmatanya, Ameirul Ashraff mengusap kepala Qistina. Teman-temannya yang lain turut tersentuh melihat pasangan itu. Benarlah mereka berdua memang tidak boleh dipisahkan. Amierul Ashraff juga tidak segan-segan mengeluarkan airmatanya demi Qistina. Dia menangis kerana merindui gadis itu.
Dirinya hilang arah ibarat layang-layang yang terputus talinya. Tanpa tali, pasti layang-layang akan jatuh dan tidak boleh diterbangkan lagi. Sama juga sepertinya, tanpa Qistina dia tidak berdaya untuk hidup sendirian.
"Sayang, please don't cry, jangan macam ni, abang dah sihat ni, jangan menangis ye", pujuk Amierul Ashraff. Kawan-kawannya semua keluar, mereka mahu memberikan ruang kepada Qistina dan Amierul Ashraff. Pasti banyak benda mahu dibicarakan berdua.
"Tina rindu sangat-sangat dekat honey, Tina ingat honey tak nak jumpa Tina lagi", ujar Qistina teresak-esak.
"Abang pun terlalu rindu dekat sayang, selepas malam kemalangan tu, abang betul-betul ingat abang akan pergi, tetapi Allah masih memberikan abang peluang untuk menjaga dan melindungi Tina, abang juga nak minta maaf sebab abang Tina dengan abang Qhai turut sama cedera". Amierul Ashraff menggengam erat tangan Qistina.
Qistina meletakkan jarinya di bibir Amierul Ashraff. Qistina menggeleng, lalu tersenyum sambil mengusap-usap kepala Amierul Ashraff. Kemudian dia menyentuh bibir Amierul Ashraff yang kelihatan kering dengan jarinya. Qistina menuang air dan disuapkan ke mulut Amierul Ashraff. Amierul Ashraff meneguk habis segelas air putih itu. Amierul Ashraff menggeleng-gelengkan kepalanya menandakan dia tidak mahu air lagi.
"Honey nak makan tak?", tanya Qistina.
"Nak, tapi abang nak Tina yang suapkan boleh?, dah lama dah Tina tak suap abang kan", Amierul Ashraff tersenyum nakal sambil mengenyitkan matanya kepada Qistina.
"Yelah, yelah, Tina suapkan, nasib baik honey sakit, kalau tak jangan harap Tina nak suapkan", ujar Damia.
Sebelum Qistina menyuakan sudu, Amierul Ashraff terlebih dahulu membuka mulutnya. Qistina cuma tersenyum melihat telatah Amierul Ashraff. Dia amat bersyukur kerana Amierul Ashraff masih bernafas. Ralit dia memandang Amierul Ashraff yang sedang mengunyah makanan. Berselera sungguh.
"Laparnya abang, lagi-lagi sayang yang suap memang tak kenyang-kenyang", Amierul Ashraff tersenyum manis.
"Yela tu, honey rehat dulu okey, Tina nak rehat la, badan rasa lemah sangat-sangat, Tina minta maaf tau, nanti Tina dah rasa okey sikit, Tina datang balik tau", ujar Qistina sambil menarik selimut sehingga menutup separuh dada Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff memegang tangan Qistina dan membawa ke bibirnya, dia mengucup lembut tangan dingin itu. Qistina tersenyum kemudian berlalu keluar dari wad itu. Badannya benar-benar terasa lemah selemahnya. Sebaik sahaja Qistina baring matanya terus terpejam.




AMIERUL ASHRAFF kebosanan berada di dalam wad itu. Bahan bacaan juga tiada untuk dibaca bagi menghilangkan kebosanan. Perlahan-lahan Amierul Ashraff turun dari katil untuk keluar mengambil angin petang. Badannya juga lenguh-lenguh kerana terlalu lama terbaring. Sebaik sahaja kakinya mencecah lantai, dia terduduk kembali, dia gagal mengimbangi badannya. Amierul Ashraff cuba untuk bangun sekali lagi, perlahan-lahan dia berjalan menuju ke pintu wadnya.
Qistina tersedar setelah terdengar bunyi seperti barang jatuh dari wad Amierul Ashraff. Kelam kabut dia bangun menuju ke wad Amierul Ashraff untuk melihat apa yang terjadi. Masuk sahaja, terlihat Amierul Ashraff terbaring di atas lantai, dengan cawan habis semua bersepah. Dengan kudrat yang ada, Qistina membantu Amierul Ashraff bangun. Qistina memapah Amierul Ashraff ke katilnya.
"Honey nak pergi mana ni?", tercungap-cungap Qistina.
"Abang bosan, abang ingat nak keluar kejap nak ambil angin, tak tau pulak nak jadi macam ni", ujar Amierul Ashraff.
"Panggil la nurse kalau honey nak apa-apa, jangan la buat Tina risau, terkejut Tina tadi tau tak".
"Bolehlah ni abang panggil nurse?", Amierul Ashraff tersengih nakal.
"Mulalah tu, sakit-sakit pun gatal lagi, menyampah betul la", Qistina mencubit lengan Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff menggosok-gosok lengannya yang kelihatan merah.
"Sakitlah sayang", ujar Amierul Ashraff.
"Padan muka", Qistina menjelirkan lidahnya.
"Honey nak keluar ke?", tanya Qistina.
Amierul Ashraff mengangguk. Qistina menyuruh Amierul Ashraff tunggu sekejap sementara dia mahu mengambil kerusi roda untuk membawa Amierul Ashraff keluar. Dia juga sudah sihat kerana cederanya tidak parah.
"Duduk cepat!", arah Qistina.
Amierul Ashraff menurut dengan arahan Qistina. Selepas itu, Qistina menolak perlahan-lahan kerusi itu. Elok sahaja keluar, terlihat kawan-kawannya menuju ke wadnya.
"Nak pergi mana ni?", tanya Fatin.
"Nak pergi date la, sibuk pulak korang ni kan", belum sempat Qistina menjawab, Amierul Ashraff sudah mencelah.
"Pergi la, tak nak kacau", Wan pula bersuara.
"Eh!, mana Seha dengan Aslam?", tanya Qistina.
"Entahlah, kami pun tak tau, pusing-pusing belakang dah hilang budak dua orang tu, maklumlah tengah hangat lagi", jawab Zam.
"Abang aku mana?", tanya Qistina lagi.
"Mana la aku tau, aku pun baru nak pergi tengok dia ni ada dekat dalam tandas la tu", jawab Fatin.
"Dah la pergi cepat nanti dah nak senja tak elok pulak keluar, kau tu sakit ingat sikit", Eiqa bersuara.
Qistina membawa Amierul Ashraff ke taman yang berada di bumbung hospital itu. Qistina membiarkan Amierul Ashraff menikmati permandangan itu, Qistina duduk di kerusi yang disediakan. Dia juga turut terbuai apabila angin petang itu menyapa lembut pipinya. Amierul Ashraff terasa segar, setelah tiga hari dia tidak menghirup udara segar seperti ini. Qistina memeluk leher Amierul Ashraff dari belakang. Amierul Ashraff tersenyum senang dengan perlakuan Qistina. Amierul Ashraff memegang tangan Qistina. Amierul Ashraff mendongak sedikit melihat wajah Qistina. Sungguh dia amat merindui wajah itu.
"Ehem!!", terdengar suara orang berdehem di belakang mereka.
Qistina melepaskan rangkulannya dan menoleh ke belakang. Fatin bersama dengan Qhairil juga rupanya. Qhairil juga duduk di atas kerusi roda, badannya masih lemah. Fatin menolak kerusi roda menuju kepada Amierul Ashraff dan Qistina.
"Abang kan baru sedar, rehat ajelah, nak keluar kenapa, tak elok la", ujar Qistina.
"Abang bosan la dik, cakap orang dia tu pun baru sedar, rehat ajelah".
"Ya Allah dua beradik ni, sakit-sakit pun nak bergaduh jugak, abang ni pun, mengalah la sikit, tu leher tu pun tak elok lagi kan, eiii geram betul la.", Fatin bersuara geram.
Amierul Ashraff cuma tersenyum melihat mereka bergaduh. Dia juga sudah biasa dengan keadaan seperti itu. Pantang saja berjumpa ada sahaja yang nak dibalahkan. Amierul Ashraff menarik lengan Qistina. Qistina yang hilang imbangan terus terduduk di ribaan Amierul Ashraff. Amierul Ashraff tersengih nakal. Qistina segera bangun dari ribaan Amierul Ashraff.
"Dah, jom masuk, nak senja dah ni", ujar Qistina dan menolak kerusi roda untuk masuk ke dalam hospital kembali. Fatin turut mengekori Qistina.
Qistina membantu Ameirul Ashraff merebahkan badannya di atas katil. Amierul Ashraff tersenyum memandang Qistina yang sedang menyelimutkannya. Qistina melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah katil Amierul Ashraff. Dia mahu menemani Amierul Ashraff sekejap sebelum dia mengemas pakaiannya. Baru sebentar tadi doktor memberitahunya bahawa dia sudah boleh pulang ke rumah. Qhairil juga sudah dibenarkan pulang. Amierul Ashraff saja yang masih dalam pemantauan doktor.
Sedang Qistina berborak dengan Amierul Ashraff, pintu wad terkuak, terjegul wajah kedua ibu-bapa Qistina dan Amieul Ashraff. Meluru Datin Rose memeluk Amierul Ashraff, dalam hatinya dia panjatkan kesyukuran kepadaNya. Datuk Azaham juga sebak melihat isteri dan anak tunggalnya itu. Datin Sofea memeluk Qistina, Datuk Saiful menjenguk anak terunanya di sebelah.
Mereka bersyukur sangat kerana anak-anak mereka sudah sedar walaupun belum pulih sepenuhnya lagi. Datuk Saiful berurusan dengan pihak hospital untuk membawa pulang Qistina yang sudah pun dibenarkan keluar hari ini. Datuk Saiful juga meminta kebenaran untuk membawa pulang Qhairil juga. Cuma Amierul Ashraff saja yang masih dalam pantauan doktor. Sebelum pulang Qhairil dan Qistina menjenguk Amierul Ashraff terlebih dahulu.
"Honey, Tina balik dulu ye?, nanti Tina datang balik temankan Honey", ujar Qistina sambil tersenyum manis kepada Amierul Ashraff.
"Aku pun nak balik jugak, kau jaga makan semua, apa yang nurse tu bagi makan aje, jangan nak banyak bunyi", Qhairil pula bersuara.
Amierul Ashraff cuma tersengih mendengar kata-kata bakal abang iparnya. Qistina sempat lagi menyediakan minuman dan mengemas meja kecil di sebelah katil Amierul Ashraff. Qistina menyuruh Qhairil keluar dahulu, dia mahu bersembang dengan Amierul Ashraff sekejap.
"Tina tak ada ni, jangan nak menggatal usha nurse yang cun-cun tu!", Qistina memberi pesan kepada Amierul Ashraff.
Amierul Asharaff cuma tersenyum seraya mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Yang tu first!, second, jangan nak mengada bangun, berjalan sorang-sorang, must call a nurse, understood!", Qistina mencuit hidung Amierul Ashraff.
"Banyaknye yang, nakal sangat ke abang ni?", sungut Amierul Ashraff.
"Memang nakal pun, ingat apa yang Tina pesan ni, nanti bila Tina datang, Tina tengok honey duk beramas mesra dengan jururawat dekat sini, siap honey, Tina tak nak cakap dengan honey dah", Qistina pura-pura marah.
"Ye sayang, abang dengar, dah la tu, abang Qhai tunggu lama dah tu dekat luar, malam ni Tina datang tau", ujar Amierul Ashraff lembut sambil menggengam tangan Qistina.
"Halau la ni!!, tak pe la, Tina tak nak datang dah, okey, Tina pergi sekarang, lepaskan tangan Tina".
"Jangan la macam ni, abang cakap aje kan, kesian la dekat abang Qhai tu, dia pun bukan sihat sangat lagi, please give me your cute smile?", Amierul Ashraff memujuk lembut.
Qistina tidak bersuara, sengaja dia mahu mendera perasaan Amierul Ashraff.
"Tina..", panggil Amierul Ashraff.
Qistina berpaling, masih tidak bersuara. Qistina memandang wajah Amierul Ashraff. Amierul Ashraff mencapai tangan Qistina. Dia menarik Qistina supaya duduk di sebelahnya. Amierul Ashraff memegang dagu Qistina untuk memandangnya. Qistina cuma menurut, tidak membantah.
"Jangan macam ni please, malam nanti Tina datang lagi tau, please sayang", habis lembut sudah Amierul Ashraff memujuk.
Qistina tersenyum dan mengusap lembut pipi Amierul Ashraff.
"Okey, honey tunggu Tina datang malam nanti, Tina bawa makanan untuk honey sekali tau, wait for me, jangan naughty-naughty".
Selepas mengucapkan salam, Qistina keluar. Amierul Ashraff menghantar Qistina dengan pandangan matanya. Tinggallah dia keseorangan, ibu-bapanya juga sudah pulang. Dia kebosanan berada di situ. Bahan bacaan juga tiada untuk dibaca, handphonenya juga sudah kehabisan bateri. Amierul Ashraff mencapai remote untuk membuka tv. Sekurang-kurangnya ada juga suara kalau tidak sunyi aje. Sudahlah dia seorang saja yang berada di bilik itu.
Tangannya ligat menekan alat kawalan itu, dari satu siaran kepada satu, tetapi tiada satu pun yang dapat menarik perhatiannya. Semua cerita yang disiarkan membosankan. Akhirnya dia menutup sahaja. Lebih baik dia tidur, dapat jugak rehatkan badan. Dia tersenyum sendirian mengingatkan pesanan Qistina kepadanya.




SELEPAS selesai solat, Qistina terus ke dapur untuk memasak. Qistina mengeluarkan lobak merah, ayam dan cendawan dari peti ais. Qisitna memakai apron terlebih dahulu dan membasuh tangannya. Berhati-hati Qistina memotong lobak itu,takut nanti terpotong jarinya pula. Qistina bernyanyi-nyanyi kecil menghiburkan hatinya.
"Ho gaya hai tujhko to pyar sajena". Sekali lagu hindi daa.
Selepas itu, Qistina masukkan bubur itu ke dalam bekas untuk dibawa kepada Amierul Ashraff, pujaan hatiku! Qistina berselisih dengan Datuk Saiful semasa dia mahu naik ke atas untuk bersiap-siap.
"Nak ke mana ni, kelam-kabut sangat", tegur Datuk Saiful.
"Nak pergi hospital la pa, Tina nak teman Acap malam ni, bolehkan pa?", Qistina memeluk lengan Datuk Saiful.
"Tina nak pergi dengan siapa ni, takkan Tina sorang je kot?", Datuk Saiful mengerutkan dahinya.
"Nanti Tina ajak abang Qhai la boleh tak pa?".
"Suka hati Tina la, tapi jangan buli sangat abang kamu tu, dia bukan sihat lagi, faham, if i got any compalint from your brother, siap Tina!", pesan Datuk Saiful.
"Beres bos!!", ujar Qistina sambil tersenyum.
Qistina memakai t-shirt lengan panjang dengan seluar track suit. Qistina pergi menjenguk Qhairil di dalam bilik. Qistina mengetuk dahulu sebelum masuk ke dalam bilik Qhairil. Selepas mendapat kebenaran barulah dia masuk. Qistina menayangkan muka manis dihadapan abangnya.
"Nak apa adik abang ni?", Qhairil menepuk-nepuk ruang di sebelahnya menyuruh Qistina duduk.
"Abang, jom pergi hospital, Tina nak teman Acap la malam ni, Tina dah janji dengan dia dah", habis manja suaranya.
"Nak tidur sana ke?", tanya Qhairil.
Qistina mengangguk-anggukkan kepalanya dan mengerdipkan matanya. Qhairil bersetuju untuk mengikut Qisitina. Qhairil menyuruh Qistina menunggunya di kereta sementara dia hendak bersiap. Qistina memasukkan bubur yang dimasaknya tadi ke dalam mangkuk tingkat untuk diberikan kepada Amierul Ashraff.  Selang beberapa minit kemudian, kelihatan Qhairil di muka pintu memakai kasut. Qistina meminta kunci kereta, dia meminta kebenaran Qhairil untuk membawa kereta kerana Qhairil masih belum sihat sepenuhnya lagi. Risau juga dia takut terjadi apa-apa lagi.
Sederhana saja kelajuan kereta yang dipandu Qistina. Qistina menoleh abangnya yang berada di sebelah. Qhairil sedang bersms dengan kekasih hatinya. Qistina mencebikkan bibirnya, menyampah pun ada melihat abangnya yang seperti orang sasau sengih sorang-sorang. Qistina membiarkan sahaja abangnya itu. Qistina memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pemanduannya.
Qistina mencari tempat untuk dia memarkir keretanya. Kelihatan semuanya penuh. Alahmdulillah sudah dua kali pusing, akhirnya ada juga tempat kosong walaupun jauh. Terpaksa la dia berjalan jauh sedikit. Selepas mematikan enjin kereta, Qistina dan Qhairil keluar. Qhairil mengingatkan Qistina untuk mengunci semua pintu kereta. Takut nanti tak pasal-pasal balik jalan kaki. Ternyata di Malaysia ini ramai yang sakit, sudah terang lagi bersuluh, lihat saja sampai tempat parkir kereta pun penuh dengan kereta-kereta pelawat. Qistina menggeleng-gelengkan kepalanya setiap kali teringat hal itu.
Qistina dan Qhairil menaiki lif untuk ke wad Amierul Ashraff yang berada di tingkat lima. Qistina menguak pintu wad Amierul Ashraff ditempatkan. Qhairil dan Qistina masuk, mereka melihat Amierul Ashraff sedang lena tidur. Tidak sampai hati pula Qistina nak kejut. Qhairil membuka tv untuk menghilangkan kebosanan. Qistina turut sama menyertai abangnya menonton cerita daripada saluran astro HBO yang menyiarkan cerita twilight saga. Qistina menjadi tertarik menonton cerita itu kerana pelakon pujaannya, Robert Pattinson.
Matanya tidak lepas dari memandang Robert Pattinson itu, sehinggakan Amierul Ashraff sudah terjaga dari lenanya juga Qistina tidak sedar. Berkali-kali Amierul Ashraff berdehem. Qistina tetap tidak berkalih memandangnya. Qhairil yang menyedarinya, menolak siku Qisitna. Qistina mengangkat kening kepada abangnya. Qhairil memuncungkan bibirnya ke arah Amierul Ashraff. Qistina memandang Amierul Ashraff dan tersengih.
"Eh!, bila honey jaga ni, kenapa tak panggil Tina?, tanya Qistina menutup malunya.
"Dia boleh tanya bila, banyak kali abang panggil Tina, Tina tu aje, yang syok sangat tengok tv tu, entah-entah bukannya tengok tv, tapi tengok Edward Cullen tu apa", jawab Amierul Ashraff dengan nada yang sengaja dibuat.
"Mana ada la, dah la tu, honey nak makan tak, Tina ada masak bubur ni, honey makan tau", Qistina mengambil mangkuk tingkat yang dibawanya tadi dan dibukanya.
"Ala, kenapa sayang masak bubur, abang tak lalu la nak makan", Amierul Ashraff memuncungkan bibirnya. Macam anak kecil saja lagaknya.
"Honey kan sakit, kena la makan bubur kan, nanti honey dah sihat, Tina masak lagi ye", pujuk Qistina.
Amierul Ashraff tersenyum dan membuka mulutnya. Qistina yang sudah maklum dengan kelakuan tunangnya itu, terus menyuap ke mulut Amierul Ashraff. Habis juga bubur yang dimasaknya. Qistina baru teringat, abangnya tidak menjamah sebarang makanan lagi.
"Abang, nak makan nasi tak, Tina nak pergi beli dekat bawah?", tanya Qistina lembut.
"Tak nak la, abang tak lapar la dik", jawab Qhairil. Matanya pun kelihatan mengantuk.
Qistina mengambil selimut di dalam begnya. Dihulurkan kepada Qhairil, kesian abangnya itu tidur tanpa bantal. Qisitna melipat selimut itu dan menyuruh Qhairil tidur beralaskan selimut itu. Manakala Qistina pula akan tidur di atas kerusi. Amierul Ashraff menyuruh Qistina memegang tanggannya.
"Tak apa la, Tina tidur macam ni je", ujar Qistina sambil tersenyum.
"Jangan degil boleh tak", sedikit keras suara Amierul Ashraff.
Qistina yang malas mahu bertekak turutkan saja kemahuan Amierul Ashraff. Qistina memegang tangan Amierul Ashraff dan meletakkan pipinya di atas tangan Amierul Ashraff. Matanya terus terlelap, membiarkan Amierul Ashraff bercakap sorang-sorang. Tak boleh jadi teman langsung, pantang letak aje kepala tu, mata pun tutup sekali. Amierul Ashraff yang berasa dia bercakap sorang, memandang Qistina yang tidur di atas tangannya. Amierul Ashraff tersenyum melihat Qistina sedang asyik diulit mimpi. Amierul Ashraff mengusap lembut pipi Qistina dan dia juga melelapkan mata.
Qhairil terjaga setelah mendengar azan berkumandang tandanya subuh sudah masuk. Dia bangun untuk mengambil wudhuk. Selesai mengambil wudhuk, Qhairil mengejutkan Qistina untuk jemaah bersama-sama. Sekali gerak, Qistina tidak membuka mata, sebaliknya Amierul Ashraff yang terjaga. Qhairil menggoyangkan bahu Qistina, barulah dia bangun. Qistina menggosok-gosok matanya, terkebil-kebil dia memandang Qhairil yang sedang bercekak pinggang memandangnya.
"Pergi ambil wudhuk cepat, kita jemaah sama", arah Qhairil sambil jarinya lurus ke arah pintu bilik air.
"Sejuk la bang.". Qistina menggosok-gosok telapak tangannya.
"Cepat la, nanti subuh gajah pulak, tak sejuk mana pun, dah sarung telekung nanti panas la", Qhairil menarik tangan Qistina yang masih tidak bergerak itu.
"Cepat la sayang, tak baikkan melengahkan waktu solat ni", Amierul Ashraff pula bersuara.
Dengar sahaja Amierul Ashraff bersuara, pantas Qistina bangun menuju ke bilik air untuk berwudhuk. Qhairil menggelengkan kepalanya melihat adiknya. Qhairil mengambil sejadah di dalam beg Qistina, nasib baik Qistina membawa dua sejadah.
"Abang, saya nak jemaah sekali boleh?", tanya Amierul Ashraff kepada Qhairil.
"Mestilah boleh, tapi kau boleh berdiri tak ni, ke nak solat duduk je?", tanya Qhairil pula.
"Saya nak berdiri la, boleh dah ni", ujar Amierul Ashraff sambil tersenyum.
Qistina menyarung telekungnya, dan bersiap sedia berdiri di belakang abangnya. Qistina pelik melihat abangnya tidak mula lagi. Tadi dia yang sibuk sangat, aku dah siap ni, tak nak mula pulak. Qistina menoleh kebelakang, dia melihat Amierul Ashraff tiada ditempatnya. Ni mesti dia tunggu Acap ni.
Memang benar sangkaannya, Qistina melihat Amierul Ashraff keluar daripada bilik air. Qistina kebelakang sedikit memeberi ruang kepada Amierul Ashraff. Amierul Ashraff menggunakan sejadah yang digunakan Datin Rose semalam. Lancar saja pergerakan Amierul Ashraff. Selesai solat, Amierul Ashraff menyertai Qhairil yang sedang menonton tv.
"Abang dengan honey nak minum tak?", tanya Qistina.
Mereka berdua mengangguk. Qistina mengambil pursenya untuk membeli minuman dan sarapan untuk Qhairil dan Amierul Ashraff. Amierul Ashraff yang melihat Qistina mahu keluar langsung bertanya.
"Tina nak pergi mana tu?".
"Nak turun bawah la, pergi kafe, nak beli air dengan sarapan", jawab Qistina sambil tangannya memulas tombol pintu.
"Tunggu jap, abang nak ikut", ujar Amierul Ashraff.
"Tak payah la, tunggu je la dengan abang Qhai dekat atas ni, biarlah Tina pergi sorang".
Amierul Ashraff tidak mempedulikan bebelan Qistina, dia membuka pintu dan menyuruh Qistina keluar. Qistina menghentakkan kakinya tanda geram dengan kedegilan Amierul Ashraff. Qhairil membiarkan saja pasangan itu. Sesekali tengok comel pulak mereka berdua begitu.
"Ni kenapa dia ni", Amierul Ashraff bersuara.
Qistina masih begitu, diam aje, jalan pun laju saja. Marah benar nampaknya. Tapi dia ni bukan boleh percaya sangat, lama mana aje dia nak marah.
"Marah abang ek?", tanya Amierul Ashraff lagi. Amierul Ashraff terpaksa berjalan laju sedikit untuk menyaingi Qistina.
Qistina berhenti, dan memandang Amierul Ashraff sekejap, kemudian dia berjalan balik. Amierul Ashraff memegang tangan Qistina.
"Apa ni main pegang-pegang, lepaslah".
"Makin comel tunang abang ni bila marah, sorry la sayang, abang saja aje, dah lama abang tak jalan berdua dengan Tina kan", Amierul Ashraff mula memujuk.
Qistina mengeraskan dirinya. Dia memeluk tubuh, bagi mengelakkan Amierul Ashraff memegang tangannya.
"Tina nak abang merajuk macam hari tu lagi ke?".
"Ala janganla, okey Tina mintak maaf tau", pantas Qistina meminta maaf, dia tidak sanggup jika Amierul Ashraff merajuk seperti itu lagi.
Kan dah cakap, minah ni takkan merajuk lama punya. Hati dia tu lembut sangat, cepat cair bila dipujuk lagi-lagi bila buah hati pengarang jantung dia yang pujuk lagi la. Lebur terus!.
Qistina membeli nescafe panas dua dan susu coklat untuknya. Dia membeli nasi lemak untuk abangnya kerana dari semalam Qhairil tidak menjamah nasi. Takut nanti perut masuk angin perut, bukan tahan sangat perut abangnya tu. Qistina mencapai roti untuknya, pagi lagi dia tidak mahu makan makanan yang berat.
"Honey nak makan apa?", tanya Qistina kepada Amierul Ashraff yang berada di sebelahnya.
"Entahlah, abang pun tak tau", Amierul Ashraff menjongketkan bahunya. Matanya melilau mencari makanan untuk sarapan. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.
"Honey makan nasi lemak la, sama dengan abang Qhai", cadang Qistina.
"Bolehlah", Amierul Ashraff sudah pening, selalunya bangun-bangun makanan sudah tersedia. Ini, apapun tak ada, memang pening la jawabnya. \




QHAIRIL memegang perutnya, memang terasa kekeyangannya. Dia sudah sendawa beberapa kali, Qistina tersenyum melihat abangnya, semalam bila ditanya tak laparlah konon. Nasib baik Qistina beli nasi, kalau tak kebulur lagi la Qhairil ni. Amierul Ashraff apa kurangnya, sama aje, habis sebungkus nasi lemak. Airnya pun masih lagi berbaki separuh, dia sudah tidak larat nak habiskan. Qistina menghabiskan air susunya yang tinggal sedikit. Selepas itu, dia mengemas semuanya, bungkusan-bunskusan dibuangnya ke dalam tong sampah.
"Abang nak balik ke?", tanya Qistina kepada Qhairil.
"Kenapa, Tina nak balik ke?". Aku tanya dia, dia tanya aku balik, apalah.
"Nanti kejap, Tina nak tanya Acap dah boleh keluar ke belum", ujar Qistina.
"Tak apalah, biar abang yang pergi tanya, kau duduk pulak, dari semalam kau berjalan tak reti nak duduk diam langsung". Qistina tersengih.
Best nye, dapat abang yang sangat memahami. Macam tau-tau aje apa yang ada dalam fikiran aku ni. Bagus betul abang aku yang aku sayang tu. Skema pulak ayat dia. He..He..He. Doktor masuk sekali lagi untuk memeriksa Amierul Ashraff. Menurut Qhairil, doktor sudah membenarkan Amierul Ashraff pulang, tetapi doktor mahu membuat pemeriksaan terakhir untuk memastikan yang Amierul Ashraff benar-benar sudah pulih.
"Saya dah check semuanya, encik boleh balik, tetapi ubat kena teruskan makan, jangan nak mengelat pulak, lagi satu, saya bagi mc lagi sebulan, selepas itu, barulah encik boleh teruskan bekerja, selama sebulan itu, encik rehat saja, jangan angkat benda-benda berat", selesai saja bercakap, doktor itu menepuk bahu Amierul Ashraff dan Qhairil kemudia barulah dia berlalu keluar.
"Dengar tu, doktor cakap, jangan nak mengelat makan ubat", 'Dr. Qistina' pula yang bersyarah.
"Yela, abang dengar tadi".
Qhairil menelefon, ibu-bapanya dan ibu-bapa Amierul Ashraff untuk memberitahu bahawa Amierul Ashraff sudah dibenarkan pulang. Qhairil tersenyum mendengar lafaz kesyukuran yang terbit daripada mulut Datin Rose. Qistina membantu Amierul Ashraff mengemas baju-bajunya.
"Kejap lagi, ibu dengan ayah kau sampai", Qhairil memberitahu Amierul Ashraff.
"Nanti, honey rehat aje tau dekat rumah, kalau Tina free nanti Tina pergi rumah honey, jangan nak mengada-ngada drive ke, jogging ke, duduk je rumah diam-diam faham!", pesan Qistina.
Amierul Ashraff yang geram mendengar celoteh Qistina mencubit sedikit pipi tembam Qistina. Qistina terjerit dan menggosok-gosok pipinya yang kelihatan sedikit merah. Qistina menampar lengan Amierul Ashraff dan menjelirkan lidahnya.
"Dah siap ke semuanya?", tanya Datin Rose.
"Dah aunty, Tina dengan abang balik dulu tau, nanti Tina pergi rumah aunty ye", ujar Qistina sopan sambil menyalami tangan Datin Rose.
Qisitna melambai-lambai Amierul Ashraff sebelum hilang di pandangan Amierul Ashraff. Amierul Ashraff turut membalas lambaian Qistina.




QISTINA bersalaman dengan toknya, Amira, kak ija, abang mat dan kedua-dua anak buahnya. Sebaik sahaja Farisha dan Fanisha memeluknya, berderai airmatanya. Lembut sungguh hati Qistina ni, dia mengusap-usap lembut kepala Fanisha dan Farisha. Qistina mengeluarkan not sepuluh ringgit dari pursenya dan diberikan kepada anak-anak buahnya.
"Apa ni Tina, segan la abang macam ni", Abang mat menghalang Qistina memberi wang kepada anak-anaknya.
"Tak apalah abang mat, bukan selalu pun Tina nak jumpa budak-budak ni, ni pun tak tau lagi bila Tina nak balik sini lagi", sengau suaranya. Hidungnya pun sudah merah.
Datuk Saiful dan Datin Sofea pulang semalam, kerana Datuk Saiful mendapat panggilan daripada setiausahanya menyuruhnya pulang. Hal syarikat katanya. Giliran Qhairil pula bersalam dengan semua.
"Bila nak mai lagi sini, cuti-cuti mai la, tok rindu hang pa nanti", ujar tok yang sudah pun mengalirkan airmatanya.
Qistina yang tidak tahan pantas memeluk toknya. Qistina mengesat airmata tok yang mengalir lesu itu.
"Tok jangan cakap macam tu, bila-bila cuti nanti Tina mai dengan abang Qhai na", ujar Qistina.
Qhairil melayan kerenah Farisha dan Fanisha yang bertanya itu-ini. Lenguh tangan Qhairil mendukung kedua-dua anak buahnya. Qhairil memberi isyarat kepada Qistina bahawa dia mahu bertolak sekarang takut sampai lambat pulak nanti di KL. Sekali lagi Qistina mencium kedua-dua pipi tok dan berpelukan dengan Amira. Kemudian terus dia masuk ke dalam kereta. Beberapa minit kemuadian Qhairil pula masuk. Kereta berjalan, Qistina melambai-lambai ahli keluarganya, terasa sebak menguasai dirinya.
"Tina dah la, nanti kita balik la lagi, dah jangan nangis la, tak comel la adik abang macam ni, Tina janji apa dengan papa semalam lupa", pujuk Qhairil.
"Ti..Ti..na tak ta...han...la a..a..a..bang", Qistina tersedu-sedan.
"Tina tidur okey, bila Tina bangun nanti mesti dah okey".
Qistina menurut arahan Qhairil, dia memejamkan matanya tetapi badannya masih lagi terhinggut-hinggut. Qhairil menggeleng melihat adiknya yang tidak berubah perangai dari kecik sampai la dah bangka macam ni, cenggengnya tu tak hilang-hilang. Tenang Qhairil memandu, dia ingat pesan Datuk Saiful kepadanya bawak kereta jangan laju. Sederhana sahaja.

No comments:

Post a Comment