Wednesday 7 March 2012

bab 13

Terasa segar tatkala kembali semula ke rumahnya. Amierul Ashraff masuk ke dalam biliknya dan menghempaskan tubuhnya. Amierul Ashraff meletakkan tangannya di atas dahi dan mencapai gambar Qistina yang berada di sebelahnya. Dia tersenyum sendirian melihat gambar itu. Qistina membuat mimik muka, gambar itu diambil oleh Amierul Ashraff secara tidak sengaja. Kalau Qistina tahu ni, mampus la, kena maki la jawabnya. Matanya terasa mengantuk pula, Amierul Ashraff melekapkan gambar itu di dadanya dan terus terlelap. Bibirnya mengukir senyuman yang indah.
Amierul Ashraff terjaga dari lenanya. Dia terdengar bunyi riuh-rendah di tingkat bawah. Amierul Ashraff melihat jam tangannya yang sudahpun menunjukkan pukul 6.30 petang. Lemah longlai Amierul Ashraff melangkah ke bilik air untuk membersihkan badannya serta solat asar.
"Abang mana mak su?", tanya Akma, anak saudara Datin Rose.
"Ada dekat atas , tengah solat la tu", jawab Datin Rose.
Akma adalah sepupu Amierul Ashraff. Mummy Akma adalah mak long Amierul Ashraff iaitu kakak sulung Datin Rose yang baru sahaja pulang daripada Australia. Akma dan Amierul Ashraff sangat rapat ketika mereka kecil dahulu, tetapi selepas Akma berangkat ke Australia, hubungan mereka berdua makin renggang.
"Akma nak solat ke?, mak su nak sediakan telekung", tanya Datin Rose kepada Akma.
Pertanyaan Datin Rose ikhlas, tetapi Akma berasa tersindir dengan pertanyaan itu. Mana taknya, rambut pun 'karat', kalau ambil wudhuk pun tak sah. Pakaian pula, habis semua lorong nampak. Kuku jangan cakap la lebih dari Cik Pon tu lagi. Pontianak la. Sama aje la spesies dia ni. Elok-elok kuku warna putih suci aje, dah di warnakan pula warna hitam, buruk benor ropenye. Ha kan keluar dah peraknya.
"Tak apelah mak su, Akma period la", jawab Akma tergedik-gedik. Liuk tubuhnya macam jeli dah.
"Abang!!", jerit Akma, langsung menerpa ke arah Amierul Ashraff yang baru turun itu.
Lantas Akma memeluk Amierul Ashraff. Amierul Ashraff terkedu dengan kelakuan perempuan yang tidak dikenalinya itu. Amierul Ashraff menarik tangan perempuan itu supaya melepaskannya. Amierul Ashraff memandang kiri dan kanan takut-takut Qistina muncul di sini. Mahu panjang aje muncungnya nanti.
"You ni siapa!", tanya Amierul Ashraff keras.
"Abang tak kenal Akma ke?", tanya Akma yang sudah teduh mukanya.
Amierul Ashraff tidak menjawab pertanyaan Akma, dia terus berlalu pergi ke Datin Rose. Amierul Ashraff mengambil tempat di sebelah ibunya. Amierul Ashraff pelik melihat seorang wanita yang tua sedikit daripada ibunya. Dari tadi lagi asyik tersenyum-senyum. Amierul Ashraff pula tak larat nak membalas senyuman wanita itu.
"Mierul, kenapa tak salam mak long tu, salam nak", suruh Datin Rose.
Baru dia teringat, mak longnya yang menetap di Australia itu sudah pulang. Patut la pakaian memang 'hot' sangat. Amierul Ashraff memandang perempuan yang memeluknya tadi, pasti anak mak long sepupunya la.
"Ni Akma, Mierul ingat tak lagi?", Datin Rose memperkenalkan Akma kepada Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff mengangguk dan menyambut huluran tangan Akma. Amierul Ashraff menggeleng-geleng melihat pakaian Akma tak ubah seperti perempuan jalanan yang berkeliaran di Lorong Haji Taib tu. Bukan niatnya nak mengutuk sepupu sendiri, tetapi apabila dilihatnya memang tak boleh nak puji langsung.
"Makin handsome, mak long tengok kamu ni, dah ada yang punya ke?", mendalam maksud Datin Rozie itu. Pasti dia pulang ke Malaysia membawa hajat yang besar.
"Tak..." Akma memotong percakapan Amierul Ashraff.
"Apa mummy tanya macam tu, mesti la abang rul ni tak ada siapa-siapa lagi, dia tunggu Akma la mummy", ujar Akma dengan bangganya.
Selamba badak aje Akma merangkul lengan Amierul Ashraff. Amierul Ashraff pula sudah mengerutkan dahinya mendengar keterangan Akma yang tidak masuk akal langsung, mustahil la dia nak tunggu sepupu sendiri.
"Rose jom kita ke dapur, akak ada hal sikit ni nak cakap dengan kau ni", ajak Datin Rozie.
"Mierul dengan Akma berbual la dulu ye", sambung Datin Rozie lagi.
Akma yang mendengar kata-kata mummynya terus tersengih sampai ke telinga. Amierul Ashraff pula malas-malas saja mahu melayan minah jeli itu. Memang jauh beza, macam langit dengan kerak bumi tu punya jauhnya antara Akma dan Qistina. Amierul Ahsraff bangun hendak ke luar mengambil angin petang sebelum maghrib menjelma. Akma turut sama mengikut Amierul Ashraff, sekali lagi dia merangkul lengan Amierul Ashraff. Tajam Amierul Ashraff memandang Akma, tetapi Akma buat bodoh aje, langsung tidak mempedulikan pandangan Amierul Ashraff itu, malah dia menganggap itu adalah pandangan yang menggoda buatnya.
"Abang macam mana sekarang?", tanya Akma ramah.
"Macam yang Akma tengok ni la, ada mata, mulut, hidung, kira complete la", jawab Amierul Ashraff cuba untuk beramah. Takut nanti dikata sombong pula dengan sepupu sendiri.
Beria-ria Akma ketawa mendengar jawapan Amierul Ashraff. Entah apa yang lawaknya, Amierul Ashraff memandang Akma pelik, terkejut pun ada. Muka boleh tahan dah, sekali dengar dia gelak, mak ai.., spoil habis, habis bersembur-sembur, tak reti nak tutup mulut langsung, macam bunyi encin motor dah bunyinya. Sakit dada Amierul Ashraff kerana menahan gelak. Bukan apa, dia tak tahan melihat Akma ketawa. Kalau Qistina ada ni, dah lama dah meletus.
"Abang ni tak habis-habis dengan lawak dia, dari kecik sampai la besar ni, suka buat Akma gelak", alahai terserlah kegedikannya.
Amierul Ashraff cuma tersenyum seadanya. Akma sahaja yang teruja lebih bertanya itu-ini, kerja Amierul Ashraff menjawab sajalah, dah macam artis pula kena interview segala. Sesekali mata nakal Amierul Ashraff melirik ke paha Akma yang putih gebu itu, dia leka sekejap.
"Abang dengar tak Akma cakap ni", Akma menampar bahu Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff tersentak, lantas dia beristighfar, jika berdua pasti ada orang yang ketiga. Berkali-kali Amierul Ashraff meraup wajahnya. Dia berasa bersalah kepada Qistina, kerana dia sudah berjanji tidak akan memandang sesiapa kecuali dia, mamanya dan Datin Rose sahaja. Tetapi hari ini dia tewas dengan nafsunya sendiri. Amierul Ashraff meninggalkan Akma sendirian di luar rumah, dia terus masuk ke dalam untuk menunaikan solat maghrib. Akma yang terjerit-jerit memanggilnya dibiarkan.




USAI solat, Qistina merenung telefon bimbitnya, Amierul Ashraff ada berjanji untuk menelefonnya selepas isyak. Amierul Ashraff memberitahunya sepupunya yang baru pulang dari Australia ada di rumahnya. Dalam hati Qistina terbit rasa cemburu kerana sepupu Amierul Ashraff pasti lebih cantik daripadanya, dia takut Amierul Ashraff akan berpaling daripadanya. Qistina menekan-nekan keypad telefonnya, kemudian di padam balik. Takut nanti Amierul Ashraff cakap dia tidak sabar pula. Qistina mencampakkan handphonenya ke atas katil. Qistina membuka telekung dan kainnya lalu di sangkutnya di tempat yang telah tersedia di biliknya. Elok sahaja lipatannya.
Qistina duduk dan melihat cermin makeup nya. Qistina mengambil sikat dan menyikat rambutnya yang sedikit kusut itu. Qistina membawa rambutnya ke hadapan kerana rambutnya terlalu panjang susah untuk dia sikat, kadang-kadang dia menyuruh Qhairil menyikat rambutnya. Selesai sikat Qistina mengambil getah rambut dan diikatnya satu, seperti ekor kuda aje. Qistina melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Tiada satu pun panggilan daripada Amierul Ashraff. Terbit kerisauan di hati Qistina lalu dia mencari-cari nombor Amierul Ashraff dan ditelefonnya.
"Helo, assalamualaikum, honey kenapa tak call orang, orang tunggu honey tau".
"Waalaikumussalam, sorry sayang, ibu suruh abang layan mak long dengan Akma tadi, sorry ye, sayang dah sampai rumah belum ni?', tanya Amierul Ashraff lembut.
Qistina yang mendengarnya terus hilang gusaran di hatinya. Itulah satu-satunya kelemahan Qistina, cepat sangat percaya dengan orang. Qistina memintal-mintal hujung rambutnya. Untunglah orang ada buah hati. Muka tu senyum aje memanjang.
"Dah sampai dah, honey bila sampai?", tanya Qistina. Dia sudah terbiasa memanggil Amierul Ashraff honey, dia berasa selesa dengan panggilan itu.
"Petang tadi, penuh tak satu baldi sayang tadah?", ujar Amierul Ashraff sengaja mahu mengusik Qistina.
Kedengaran tawa kecil Amierul Ashraff. Qistina yang mendengarnya malu pula, nak buat macam mana, bukannya ada suis nak tutup nak buka, tau-tau mengalir aje, dah alang-alang mengalir tu, meraung je la terus senang puas pun puas.
"Sengaja la tu kan, dah orang rasa sedih nangis la takkan nak gelak pulak, mana sepupu kesayangan dia tu", Qistina ubah topik lain. Ada nada cemburu dalam percakapannya. Entah kenapa dia berasa cemburu bila Amierul Ashraff menyebut nama sepupunya itu.
"Ada je, sayang abang ni cemburu ek?", Amierul Ashraff suka pulak, Qistina cemburu. Yelah cemburu itu kan tandanya sayang, tapi kalau dah terlebih tu susah la, salah satu hubungan sekerat jalan sebab cemburu la, cemburu buta, tak kena tempat.
"Mana ada la, orang tanya aje".
"Siapa orang tu, eleh, tak nak mengaku, sejak bila pulak bahasakan diri orang ni, panggil abang pun dia kan tadi, ni mesti cemburu dengan Akma ni kan, sayang jangan risau la, abang dengan dia sepupu aje tak lebih pun dari tu, kalau Tina suruh abang pilih, dah tentu abang pilih comel abang ni, dia tu harap je cantik tapi, apa pun tak boleh buat, macam mana nak buat bini, lainlah macam Tina, semua ada kira lengkap la. Tapi kan sayang....", Amierul Ashraff berhenti sekejap.
Kembang kempis hidung Qistina mendengar Amierul Ashraff memujinya tadi. Memang pantang dipuji, mulalah semuanya nak kembang. Dia lega mendengar jaminan Amierul Ashraff, tetapi hatinya kembali berdebar apabila Amierul Ashraff berhenti sekejap. Macam ada sesuatu aje yang Amierul Ashraff nak sampaikan. Takkan ibu dia paksa dia nikah dengan minah tu kot!!, habis aku ni macam mana, merana la aku ni, silap-silap jadi penghuni tetap Tanjung Rambutan tu nanti. Mintak simpang laa..
"Tapi, tadi abang 'ter', bukan sengaja tau ni tapi 'ter'tengok paha dia, dia pakai skirt pendek sangat, bila dia duduk tu terserlah la kepahaan dia tu, abang tak nak tengok pun tapi nak buat macam mana, kata orang, sekali pandang kan rezeki namanya kan", sesedap rasa oreo cicah susu aje Amierul Ashraff bercakap. Dia tak tau orang yang sedang mendengar ni dah macam oreo cicah bara api aje, elok cicah lebur habis.
"Hmm, tengoklah puas-puas, sampai terjojol biji mata tu, dah nama pun rezeki kan mana boleh tolak, len kali tengok la lagi tau, tau la orang tak macam dia tu, putih, pakai pendek-pendek, cun pulak tu, orang ni apa yang ada kan", mulalah tu buat ayat tangkap cintan dia. Lepas tu nanti kerja part-time Amierul Ashraff la tukang pujuk.
"Listen here babe, abang tak suka dengar Tina cakap macam tu, siapa yang cakap sayang tak cantik, jangan banding-bandingkan Tina dengan dia, for me you are perfect, you look beautiful in my eyes, paling penting Tina pakai tudung, ayu aje, sejuk bila abang pandang, abang dah cukup bersyukur dapat Tina, you are my life, sayang, from now, abang tak nak dengar lagi Tina cakap macam ni tau."
Lagi sekali la kembang si Qistina ni, bukan apa dia sengaja nak bermanja dengan Amierul Ashraff. Dia percaya dengan kejujuran Amierul Ashraff. Kalau Amierul Ashraff nak main kayu dua dengan dia, dah tentu-tentu Amierul Ashraff takkan cerita yang dia 'ter'tengok paha minah tu. Lelaki biasalah, gatal tu tetap ada tak boleh nak buang. Cakap lelaki, Qistina pun apa kurangnya, tengah date pun boleh lagi puji lelaki lain. Biasalah perempuan saja nak bagi lelaki cemburu, nak uji la konon laki tu sayang ke tak.
"Honey sayang orang ke?", tanya Qistina.
"Mestilah, sayang sangat, Tina tak nak la bahasakan diri orang".
"He..he..he, dah terbiasa pulak, best jugak", Qistina ketawa kecil mendengar keluhan Amierul Ashraff.
"Suka hati Tina la, abang okey je, dah mandi ke belum ni, dah solat, dah makan?", macam peluru soalan dia, punyalah banyak.
"Dah semua dah la..", elok Qistina mahu menanya Amierul Ashraff kembali, tiba-tiba terdengar suara Akma memanggil Amierul Ashraff.
"Sayang nanti abang call balik tau, Akma panggil abang tu nanti tak dilayan nanti dia report kat ibu pulak, okey, bye sayang, love u, miss u.". Tak sempat Qistina mahu membalas Amierul Ashraff sudah letak handphonenya.
Qistina geram dengan sepupu Amierul Ashraff itu. Dia baru nak mesra alam kejap, dah mengada-ngada memanggil-manggil. Busy body betul la. Qistina mencampak telefonnya dan turun ke bawah. Malas dia nak pegang phone tu. Susah la dia nak keluar dengan Amierul Ashraff kalau minah tu tak balik-balik lagi. Qistina berharap sangat minah tu pulang ke Australia secepat yang mungkin. Bukan apa, dia takut aje Amierul Ashraff semakin jauh dengannya. Sekarang ni pun dah terbukti, Amierul Ashraff lebihkan sepupunya daripada Qistina sendiri.
Qistina cuba untuk membuang perasaan itu jauh-jauh. Dia tidak mahu ada perasaan curiga pada Ameirul Ashraff. Dia berharap Amierul Ashraff tidak mengkhianati kepercayaannya. Qistina membuka tudung saji, tiada apa-apa yang menarik pun nak makan. Perutnya sudah berkeroncong, dari tengah hari tadi tak makan lagi, pagi tadi aje bersarapan. Qistina mencari-cari biskut di dalam kabinet di dapurnya.
"Tina cari apa tu?", tanya Qhairil yang baru sahaja menunaikan solat isyak.
"Laparlah bang", jawab Qistina sambil memegang perutnya.
"Jom keluar makan nak, abang pun lapar ni, lagipun abang nak jumpa kakak kau ni ha", cadang Qhairil.
"Belum sain lagi, tak boleh panggil kakak!". Herot mulut Qistina mendengar perkataan kakak tu. Dah biasa ber'kau' dengan Fatin, mana boleh tukar nak panggil akak Atin. Eii, geli-geleman je.
Qhairil tersenyum mendengarnya. Dah agak dah, budak ni mana boleh lembut-lembut, Amierul Ashraff aje yang boleh buat hati dia ni selembut sutera. Kadang-kadang perangai tu mengalahkan lelaki.
"Cup!, Tina ajak Acap sekali la bang tau". Qhairil cuma mengangguk.
Pantas Qistina berlari ke atas untuk mengajak Amierul Ashraff keluar. Lama juga dia tidak keluar berdua dengan Amierul Ashraff, seingatnya kali terakhir masa malam sebelum kemalangan tu ajelah. Lepas tu masing-masing dah terlantar dekat katil hospital tu, nak keluar amende nye. Lega Qistina sebaik sahaja Amierul Ashraff menyatakan persetujuannya. Ingatkan sibuk lagi melayan Akma tu. Qistina mencari-cari baju yang hendak dipakainya. Tergaru-garu memilih baju pun. Kejap lagi panggil la tu pembantu dia..
"Abang, naik kejap!", jerit Qistina dari dalam bilik. Kan dah cakap, dia ni memang tak reti bab-bab nak pilih baju, semua harap Qhairil, macam Qhairil pulak yang perempuan.
"Kenapa la kau ni, malam-malam buta menjerit, kang orang ingat ada mak lampir pulak kat kawasan ni". Qhairil masuk dan duduk di birai katil Qistina.
"Nak pakai baju apa ni", tanya Qistina.
"Semuanya kena aku, pakai yang simple dah la, bukan nak pergi mana pun". Qhairil membelek-belek baju dalam almari Qistina itu.
"Nah, pakai baju ni, pakai selendang warna hitam, senang kena dengan semua baju, lagi satu jangan lupa pakai lip gloss", terang Qhairil.
Qistina mengangkat ibu jarinya kepada Qhairil. Qhairil menunggunya di dalam kereta. Pandai Qhairil memilih baju, baju blouse berwarna pink dan ada renda sedikit di bawah baju. Selesai melilit selendangnya, Qistina mengoles lip gloss, juga berwarna pink. Qistina tersenyum di hadapan cermin, dah puas membelek wajahnya, Qistina mencapai beg dan turun ke bawah. Datuk Saiful dan Datin Sofea tiada di rumah. Datin Sofea ikut Datuk Saiful yang outstation di UK, ada masalah syarikat yang harus diselesaikan.
Qistina mengunci pintu rumahnya. Dia memakai kasut sarung tanpa tumit. Selesai periksa semuanya barulah Qistina masuk ke dalam kereta. Qistina menyuruh Qhairil menghantarnya di rumah Amierul Ashraff dan menyuruh Qhairil menunggunya di rumah Fatin. Qhairil mengikut sahaja kehendak Qistina.
Qhairil menurunkan Qistina di hadapan rumah Amierul Ashraff. Selepas itu, Qhairil terus pergi ke rumah buah hati kesayangannya pula. Qistina menekan loceng. Ting...tong!!. Berkali-kali Qistina tekan, barulah terbuka pagar rumah. Muncul Akma di hadapan pagar itu. Qistina tersenyum seadanya kepada Akma kemudian terus menuju ke rumah Amierul Ashraff. Sebaik sahaja kaki Qistina mahu melangkah masuk, Akma menarik kasar tangan Qistina.
Qistina merentap tangannya. Apasal pulak minah ni, gila ke apa, main tarik-tarik tangan aku, ni yang buat aku berangin ni, tak pasal-pasal cium lantai pulak nanti. Qistina tidak mempedulikan Akma yang sedang memandangnya tajam. Elok Qistina nak melangkah masuk, sekali lagi Akma menarik tangannya.
"Kau nak apa ni!", tanya Qistina kasar. Dia sudah tidak sabar. Yelah, ribut tak ada, hujan tak ada, tiba-tiba cari pasal dengan orang.
"Hey, patutnya I yang tanya you, you buat apa dekat sini hah!, you ni nak apply jadi orang gaji dekat rumah ni ke, I rasa tak payah la kot sebab aunty I tak suka hire orang gaji lagi-lagi orang yang macam you ni" dengan sombongnya Akma membalas pertanyaan Qistina.
Qistina mengecilkan matanya memandang Akma. Kecik besar je aku tengok minah jeli ni, sabar Tina, sabar, kau kena jaga kesopanan kau, lantak aje la minah jeli ni, dah la gedik, pakaian pulak adoii, budak darjah enam punya apa dia ni pakai. Qistina bermonolog sendirian.
"Suka hati akulah, dah la aku nak masuk, tepilah kau", Qistina menolak sedikit tubuh Akma yang menghalangnya.
Baru tolak sikit, jatuhnya macam hulk yang tolak dia. Akma menggosok-gosok lengannya, macamlah sakit sangat, entah apa yang sakit agaknya. Akma menangis mengada, Qistina tidak mempedulikan Akma yang terduduk di situ. Qistina mencebik menyampah. Qistina memberi salam dan terus masuk. Lagipun kedatangan dia ni sudah diberitahu terlebih dahulu kepada Datin Rose.
"Tina, dah sampai dah, jom duduk. Mierul, ni Tina dah sampai dah!!", laung Datin Rose.
Qistina duduk di sebelah Datin Rose. Datin Rozie yang berada di hadapan Qistina menjeling kepada Qistina. Datin Rose memperkenalkan Qistina kepada Datin Rozie. Datin Rozie menyambut huluran Qistina, tak sempat Qistina nak mencium tangan Datin Rozie, dia menarik kembali tangannya.
Kisah apa aku, ingat aku nak sangat la cium tangan kau tu, sama aje la dengan yang dekat luar tu, nasiblah ni bukan rumah aku, kalau tak dah lama dah kena halau, macam mana la nak suruh orang hormat, kalau yang tua tu pun tak reti-reti nak tunjuk contoh yang baik dekat yang muda macam aku ni ha.
Akma terjenguk-jenguk. Panjang aje kepalanya tu. Nampak aje Amierul Ashraff turun, Akma sengaja menguatkan suaranya. Macam nak mati dah tu. Qistina yang mendengarnya buat tak tahu aje. Sampailah Datin 'Vogue' tu tegur.
"Kenapa dengan Akma tu".
"Mierul pergi tengok kejap kenapa dengan dia tu", suruh Datin Rozie. Datin Rose dan Qistina turut mengekori Amierul Ashraff dan Datin 'vogue' tu.
Qistina bersandar di pintu rumah, dia hanya menjeling Akma yang menggosok-gosok kakinya. Tadi gosok tangan ni kaki pulak, aku tak paham betul la minah jeli ni. Datin Rozie pula beria-ria menyuruh Amierul Ashraff mencempung Akma masuk ke dalam rumah. Amierul Ashraff memandang Qistina, Qistina memebesarkan matanya dan menjeling.
"Tak apalah, mak cik, biar saya aje yang papah dia masuk, lagipun Mierul tu bukan muhrim dia, haram la makcik, ibu, tolong Tina bu", lembut aje Qistina bercakap. Sengaja nak menyakitkan hati Datin 'vogue' dan minah jeli ni.
Datin Rose tersenyum mendengar bakal menantunya berkata begitu. Dengan senang hati dia membantu Qistina memapah Akma masuk ke dalam rumah. Tau pulak nak berenti nangis, menggelabah betul la minah ni. Selesai membantu Akma duduk, Qistina meminta diri untuk pulang. Habis segala moodnya nak makan.
"Ibu, Tina balik dulu la", ujar Qistina sambil menyalami tangan Datin Rose penuh sopan. Kemudian dia salam dengan Datin Rozie dan minah jeli tu. Kalau nak diikutkan dia malas nak salam dengan orang yang macam tu, tapi nanti apa pulak kata bakal mak mentuanya. Terpaksa la dia bermanis muka juga.
Amierul Ashraff hairan mendengar Qistina mahu pulang. Tadi cakap nak keluar. Ni mesti pasal kes tadi ni. Amierul Ashraff menggelengkan kepalanya. Terpaksala dia memujuk kembali Qistina. Qistina ada memberitahunya tadi, dari tengah hari tadi lagi dia tidak menjamah sebarang makanan. Pasti tunangnya itu lapar sekarang, dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada Qistina.
"Yang, kenapa ni", Amierul Ashraff mengejar Qistina yang laju ke depan. Amierul Ashraff mencapai lengan Qistina.
"Tunggu sini, abang pergi ambil kunci kereta", ujar Amierul Ashraff.
"Tak payah la, orang nak balik, lagipun dah tak lapar", balas Qistina. Mendatar saja nada suaranya. Dia benar-benar sudah tiada mood.
"Sekali je, dengar cakap abang boleh tak, tunggu sini!", sedikit keras suara Amierul Ashraff. Geram dia dengan kedegilan Qistina.
Amierul Ashraff berlari masuk ke dalam rumah pantas dia keluar dan menghidupkan enjin kereta. Dia menyuruh Qistina masuk ke dalam kereta. Qistina cuma mendiamkan diri.
"Masuk!", suruh Amierul Ashraff tegas. Barulah Qistina masuk ke dalam kereta. Masam aje raut wajahnya.
Terdengar deringan telefon Qistina, tertera nama abangnya di situ. Pantas Qistina menjawab panggilan tersebut. Sebaik sahaja mendengar suara Qhairil, Qistina berasa sebak, tetapi ditahan air matanya dari mengalir.
"Lambat lagi ke, cepat la abang dah lapar sangat ni".
"Kejap la on the way ni", balas Qistina.
Selepas dia selesai bercakap dengan Qhairil, terus airmatanya mengalir. Dia benar-benar terasa hati dengan Amierul Ashraff. Untuk pertama kalinya Amierul Ashraff bercakap kasar dengannya. Selama ni, kalau dia buat perangai pun Amierul Ashraff pujuk dengan lembut aje.
"I'm sorry", ujar Amierul Ashraff.
"Forgive me please, sayang, abang tak ada niat nak marah-marah Tina macam tu, abang buat macam tu sebab Tina ni degil sangat, Tina lapar kan, abang tak nak jadi apa-apa dekat sayang tu aje, abang tau dalam fikiran Tina mesti Tina fikir abang marah-marah sebab abang bela Akam tu kan, abang harap Tina percaya la cakap abang ni, only you in my heart sampai la ke nafas abang yang terakhir, just you!", tegas Amierul Ashraff di akhir percakapannya.
Amierul Ashraff memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia tidak boleh focus jika masalahnya ini tidak diselesaikan. Hatinya tidak akan senang selagi dia tidak mendengar kata kemaafan daripada mulut Qistina.
"Just forget it, orang je yang ikut hati sangat, tak tau la kenapa emo sangat hari ni, nak period la ni, dah la", ujar Qistina sambil mengesat airmatanya.
"Jom la, bising abang nanti".
"Nak pergi mana ni, sayang tak cakap apa pun dekat abang", tanya Amierul Ashraff.
"Rumah Atin".
Amierul Ashraff tersenyum dan kembali meneruskan pemanduannya. Barulah senang dan tenteram hatinya apabila melihat senyuman Qistina. Dia mengikut arah yang diberikan Qistina. Dia tidak pernah lagi pergi ke rumah kawan-kawan Qistina. Sampai sahaja di rumah Fatin, kelihatan Qhairil sedang bercekak pinggang. Qistina keluar dari perut kereta dan tersengih.
"Sorry tin, bang, lambat, dah jom!", Qistina mengerdipkan matanya.
Fatin tidak boleh berkata apa-apa kerana dia sendiri sudah beberapa kali lambat jika keluar dengan Qistina. Sebab tu dia hanya mendiamkan diri sahaja. Qhairil malas mahu bertekak dengan Qistina lagipun depan buah hati mesti la kena control macho, konon!!. Amierul Ashraff hanya mengikut Qhairil dari belakang. Dia sendiri tidak tahu ke mana mereka mahu makan. Qhairil memberhentikan keretanya di sebuah kedai makan seafood dan western.
Mereka berempat mengambil tempat yang sama. Kata Qhairil senang, tak payah nak banyak-banyak ordernya. Qistina dan Amierul Ashraff menurut saja, janji boleh makan dah okey dah. Qistina memesan chicken chop dan apple laici. Biasalah tu menu dia, tadi lapar sangat pesannya tu aje. Amierul Ashraff memesan Nasi Goreng Kampung dan milo ais, sama seperti Qhairil. Fatin pula, bihun tomyam dan teh'o ais.
"Hujan la pulak!", Qhairil bersuara.
"Biar la, sejuk sikit, bestnye tidur malam ni", Qistina pula bersuara sambil menggosok-gosok telapak tangannya.
"Bukan hari-hari ke kau tidur sejuk, aircond dalam bilik tu tak reti nak slowkan, lepastu bising la sejuk la, nak demam la, aku suruh papa tukar kipas tau la kau". Mulalah tu nak bergaduh, tak habis-habis, pantang berjumpa ada aje nak digaduhkan. Bendanya kecik aje, tetapi saja nak besar-besarkan.
"Suka hati la", balas Qistina.
"Susah la nak cakap dengan kau ni", jawab Qhairil pula. Dua-dua tidak mahu mengalah. Memang berperang la ni nanti.
"Dah la tu sayang, tak baikkan melawan cakap abang tu, he's your brother right", Amierul Ashraff mencelah. Kalau tiada sesiapa yang menghentikan perbalahan mereka ni, entah sampai bila la nak perang mulut.
"Semua nak bela abang tu, orang ni tak ada siapa pun nak bela", Qistina menjauh hati.
Perbualan mereka terhenti sekejap sebaik sahaja pelayan menghantar minuman mereka. Seperti biasa Qistina dahulu yang mencapai airnya dah disedut sedikit bagi membasahkan tekaknya. Amierul Ashraff juga mencicip sedikit minumannya. Terasa air turun melalui tekaknya, sejuk aje, walaupun hujan ais tetap menjadi pilihan. Selang beberapa minit kemudian, makanan pula dihantar, mereka berempat mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu.
Qhairil yang sememangnya sudah kelaparan, pantas mencapai nasi gorengnya. Dia membaca bismillah lalu terus menyuapakan ke dalam mulutnya. Sampai tertutup matanya menikmati nasi goreng itu. Fatin pula membiarkan dahulu kerana panas, berasap-asap lagi, macam mana nak makan, mau melecur mulut nanti.
"Sayang nak rasa tak, sedap ni?", tawar Amierul Ashraff.
Qistina yang sedang megunyah chicken chopnya menggelengkan kepala. Dia memang tidak akan menyentuh nasi pada waktu malam. Melainkan waktu tengah hari sahaja dia akan menyentuh nasi, kalau pagi dia sudah makan nasi, malam dan tengah hari, dia akan makan yang ringan sahaja.
Qhairil sendawa perlahan sebaik sahaja menghabiskan suapan terakhir nasi gorengnya. Amierul Ashraff pula tersandar kekenyangan. Qistina dan Fatin saja yang santai kerana makanan mereka tidak berat, sekadar mengalas perut sahaja.
"Esok, jom kita beli barang-barang kita, majlis pun tinggal dua minggu aje lagi, barang pun banyak lagi yang tak beli, esok kita settle semuanya amacam?"usul Qhairil sambil memandang Qistina dan Amierul Ashraff yang berada di hadapannya.
Amierul Ashraff mengangkat keningnya kepada Qistina. Kalau Qistina okey, dia tiada masalah. Lagipun betul juga kata Qhairil, majlis mereka tidak lama lagi, takut nanti kelam-kabut aje, lagi-lagi si Qistina ni, serabut aje.
"Kenapa pandang orang ni?", Qistina memandang Amierul Ashraff.
"Setuju tak abang Qhai ajak pergi beli barang kahwin tu?".
"Okey je!", balas Qistina pendek.
"Sayang free tak esok?", Qhairil bertanya kepada Fatin pula, takut nanti pengarang jantungnya itu ada apa-apa aktiviti bersama keluarga, dia tidak kisah jika keluar sendirian tetapi lebih baik bila Fatin ada bersama kerana senang mendapat persetujuan. Ni kalau Qhairil suka, Fatin pulak tak suka, dah susah pulak. Baik pergi bersama-sama senang nak memilih. Perkahwinan ni sekali aje dalam seumur hidup jadi, biarlah ia berlangsung dengan lancar dan sempurna. Tapi tu untuk perempuan la, lelaki kan bujang tiga lagi. He..he..he.
"Okey aje, betul jugak cakap abang tu, tak terasa pun masa berjalan, pejam celik dah tinggal dua minggu aje lagi", balas Fatin.
"Kalau macam tu, pukul sebelas siap la tau nanti abang ambil dekat rumah, Acap macam mana, nak ambil Tina dekat rumah ke, nak aku hantar dia dekat rumah kau?", tanya Qhairil kepada Amierul Ashraff.
"Nanti saya ambil dia la dekat rumah, nanti saya follow aje abang dari belakang". Amierul Ashraff tersenyum manis.
Qhairil melihat jam tangannya. Sudah lewat malam, dia mengajak mereka pulang kerana takut juga Fatin dimarahi oleh ibu-bapanya. Walaupun dia sudah meminta kebenaran terlebih dahulu tetapi tidak manis juga bawak anak dara orang malam-malam buta macam ni. Dia bukan mat-mat motor semua tu, yang ke hulu, ke hilir dengan anak dara orang tidak kira waktu.
Begitulah hakikat dunia sekarang. Mereka hanya tahu untuk berseronok sahaja. Sampai bila-bila la mereka tidak akan rasa bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan. Bila mengandung dan beranak anak luar nikah, mereka langsung tidak rasa berdosa dan kasihan terhadap bayi yang dibuangnya itu. Malah mereka seolah-olah seronok melakukan perkara itu.
Dunia...dunia.
Qhairil menghantar Fatin betul-betul di hadapan rumah dan dia meminta maaf di atas kelewatannya menghantar Fatin pulang. Amierul Ashraff juga menghantar Qistina di hadapan rumah, setelah memastikan Qistina benar-benar selamat masuk ke dalam rumah, barulah dia bergerak pulang ke rumahnya.
Qistina menyuruh Qhairil memeriksa kesemua tingkap dan pintu agar berkunci. Jika tidak di pesan, abangnya itu akan lupa. Qistina merebahkan badannya di atas katil. Leganya rasa. Qistina mencapai seekor Mr.Tednya yang terletak di atas kepalanya. Dipeluk erat, entah sampai bilalah dia nak bersama patung beruang itu. Tersusun elok sahaja di kepala katilnya. Dengan kakinya yang tidak berbasuh, baju tidak bertukar, Qistina terus tidur dengan ditemani oleh patung-patung beruangnya.




AMIERUL ASHRAFF menunggu Qistina di luar rumah, Qhairil pula sudah berangkat ke rumah Fatin. Qistina biasalah memang terkenal dengan lambat jika bersiap, ada aje yang tidak kena, selendang senget la, bedak tak cukup la, macam-macam. Kalau ada Datin Rose ni, mau bernanah telinga kena maki!. Selepas setengah jam Amierul Ashraff menunggu, barulah kelihatan batang hidung Qistina. Punya la lama, nasib baiklah Amierul Ashraff ni penyabar orangnya. Amierul Ashraff masih lagi boleh tersenyum manis kepada Qistina. Qistina membalas seadanya.
Seperti biasa, sebelum berangkat tu, Qistina memeriksa semuanya dahulu, barulah dia masuk ke dalam kereta. Hari ini dia memakai kasut sport, senang sikit nak berjalan.
"Jalan la cepat!", tegur Qistina apabila Amierul Ashraff tidak menggerakkan kereta.
"Abang rasa kan, Tina lain la hari ni?", ujar Amierul Ashraff.
Qistina menilik dirinya, punya lama dia berdiri dihadapan cermin tadi, rasanya tak ada pun baju, seluarnya yang koyak, selendang pun tak ada yang koyak elok aje. Apa yang lainnya, biasa aje. Qistina memandang Amierul Ashraff dengan dahi yang berkerut.
"Your eyes!". Amierul Ashraff merenung mata Qistina.
Qistina tersengih, baru dia teringat dia memakai contact lens hari ini berwarna ungu. Sejak sekolah menengah lagi dia teringin nak pakai benda tu, tetapi Datuk Saiful membantah, terbantut la keinginannya. Hari ini, Datuk Saiful tiada di rumah, apa salahnya pakai. Saja aje nak bajet mat salleh!. Bukan selalu, nak bergaya. Qistina memandang Amierul Ashraff yang sedang memandu, tenang saja pemanduannya. Tetapi di sebalik ketengangannya itu, kelihatan wajah Amierul Ashraff muram. Tetapi Qistina membiarkan saja, biarlah nanti elok la tu.
Mereka berhenti di butik pakaian pengantin. Mereka berempat masuk ke dalam kedai itu. Qistina dan Fatin sudah mula teruja melihat baju-baju pengantin di situ. Macam-macam design ada, rambang mata nak memilihanya. Qhairil dan Amierul Ashraff pening kepala melihat bakal-bakal isteri mereka itu. Qhairil mengikut pilihan warna Qistina yang mahukan tema merah hitam untuk majlis mereka nanti. Fatin juga setuju dengan warna itu.
"Selamat datang ke Seri Melayu, cik berdua nak baju untuk bersanding atau nikah?', sapa gadis itu mesra.
"Dua-dua sekali la, dia sekali dengan pelamin ke?", tanya Qistina.
"Mari ikut saya, saya tunjukkan package yang ada", ujar gadis itu sambil tersenyum mesra.
Mereka berempat mengikut gadis itu untuk mengetahui lebih lanjut tentang package perkahwinan di Seri Melayu ini. Gadis itu mengambil beberapa katalog dan diberikan kepada mereka berempat.
"Okey, siapa yang nak kahwin?", tanya gadis itu sopan.
"Kami la, nak buat majlis sekali, saya dengan abang saya", terang Qistina.
"Okey, macam ni, cik nak warna apa sebagai tema nanti?", tanya gadis itu lagi sambil memegang buku nota sebagai catatan.
"Saya kalau boleh nak warna merah hitam, tapi kalau cik Nia ada cadangan bolehlah bagi, sebab saya pun tak tahu sangat bab-bab ni".Qistina membaca tanda nama yang terletak di baju gadis itu
Qhairil, Fatin dan Amierul Ashraff diam sahaja, mereka membiarkan Qistina yang memilih dan membuat keputusan, mereka ikut aje. Mereka terangguk-angguk mendengar keterangan yang disampaikan oleh Nia. Selepas selesai memilih baju dan bentuk pelamin, mereka berbincang tentang harganya pula.
"Harganya macam mana?", tanya Amierul Ashraff.
"Semua sekali RM 15000, macam mana boleh ke?", tanya Nia kepada Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff berbincang dengan Qhairil dahulu, dia okey aje, memang dia sudah menyimpan untuk semua ini, tetapi dia harus mendapat persetujuan Qhairil dahulu kerana majlis ini, majlis mereka berdua bukan dia seorang.
"Aku okey aje, lagipun dah okey la ni, setuju je la". Senang, nanti kalau pergi kedai lain, pening pula jadinya nanti. Lagi-lagi Qistina dengan Fatin, bukan boleh harap sangat, macam-macam la nanti yang tak kena.
Amierul Ashraff membayar separuh dahulu sebagai pendahuluan, selebihnya nanti Qhairil akan membayarnya semasa mereka menghantar baju dan memasang pelamin. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka keluar dari kedai itu dan pergi pula ke kedai bunga telur dan cenderahati untuk diberikan kepada tetamu yang hadir nanti. Cenderahati pun kena berbeza-beza, untuk kawan-kawan dan sanak saudara.
Sekali lagi, Qhairil dan Amierul Ashraff duduk sahaja cuma Qistina dan Fatin sahaja yang memilih bunga telur. Banyak juga yang cantik sampai tak tahu nak pilih yang mana. Qistina menyuruh Qhairil menelefon Datin Sofia untuk bertanya tentang anggaran tetamu nanti.
"Assalamualaikum mama, mama sibuk tak ni?".
"Waalaikumussalam, tak pun kenapa ni?". tanya Datin Sofia risau.
"Qhai nak tanya, mama jemput berapa orang nanti, Qhai dengan Tina nak beli bunga telur dengan cenderahati ni", Qhairil menyatakan tujuannya menelefon Datin Sofia.
"Ada la dalam 3, 4 ribu orang, sebab mama nak panggil kawan-kawan mama dengan papa lagi, macam ni la, Qhai dengan Tina beli untuk family dengan kawan-kawan dulu, bunga telur biar mama yang beli nanti".
"Okey mama, take care, nanti apa-apa Qhai call lagi". Selepas mengucapkan salam, Qhairil menutup telefonnya.
"Macam mana?", tanya Qistina.
"Mama suruh kita beli cenderahati untuk family dengan kawan-kawan dulu, bungan telur dan selebihnya nanti mama belikan", jawab Qhairil.
Qhairil dan Amierul Ashraff memilih cenderahati untuk keluarga, Qistina dan Fatin pula memilih untuk kawan-kawan mereka. Satu-satu dibelek, akhirnya Qistina dan Fatin memilih sapu tangan juga berwarna merah hitam yang diletak dalam bekas kaca dan digubah berbentuk bunga ros. Untuk keluarga pula Qhairil dan Amierul Ashraff memilih cawan kecil berbunga merah hitam. Mereka menganggarkan 100 untuk kawan-kawan dan 500 untuk family, sebab campur dengan family belah Amierul Ashraff dan Fatin sekali.
Seperti biasa bab-bab duit, Amierul Ashraff dan Qhairil yang akan settlekan. Cenderahati settle. Cuma yang tinggal, katering, khemah, dan photographar sahaja lagi. Datuk Saiful mempunyai kenalan yang menguruskan bahagian katering dan khemah, kira settle sudah.
"Dik, siapa yang nak ambil gambar nanti?", tanya Qhairil.
"Wan la bang siapa lagi, Tina dah cakap dah dengan dia, murah sikit, ala kalau Wan tak boleh, kita suruh Atin la bang dia pun pro jugak", Qistina tersengih.
"Bernasnya idea kau tu, habis nanti aku nak nikah dengan siapa, gila la kau ni", Qhairil mengetuk kepala Qistina.
"Okey kalau macam tu kira semuanya dah settle la kan?", Fatin mencelah.
"Yup!", serentak Qistina dan Qhairil menjawab.
"Abang Qhai dengan honey pergi la mana-mana dulu tau, Tina dengan Atin ada kerja, apa-apa call aje tau, bye!". Qistina dan Fatin melambai-lambai Qhairil dan Amierul Ashraff.
Qhairil dan Amierul Ashraff berpandangan sesama sendiri dan menjongketkan bahu mereka. Pening dengan kerenah dua orang gadis itu. Qhairil mengajak Ameirul Ashraff ke Mid Valley untuk membeli hantaran yang masih berbaki lagi. Amierul Ashraff juga berhajat untuk menambah hantarannya. Dia juga ingin membelikan hadiah untuk Qistina pada malam pertama mereka nanti.
Qistina dan Fatin pula pergi ke Jusco, untuk membeli, baju, kasut, wallet dan perfume sebagai pelengkap hantaran mereka.Tugas untuk mengubah hantaran-hantaran mereka ialah Datin Sofia dan kawan-kawan mereka la.
Qistina membeli baju, wallet dan kasut berjenama Polo. Perfume pula berjenama Dunhill. Sama juga dengan Fatin cuma bentuk dan perfume sahaja yang lain. Kalau dah jejak Jusco tu memang menggila la diorang ni, sambil menyelam minum air la apa lagi. Memang tak sah la kalau tiada barang yang dibeli untuk mereka sendiri. Botak la Amierul Ashraff dengan Qhairil nanti.
Setelah puas mereka menjelajah satu Jusco itu. Barulah Qistina menelefon Qhairil. Qhairil menyatakan bahawa mereka berada di Mid Valley. Qhairil menyuruh Qistina dan Fatin tunggu di situ sekejap lagi mereka sampai. Qistina dan Fatin menunggu Amierul Ashraff dan Qhairil di pintu hadapan Jusco.




LIMA belas minit berlalu, kelihatan kereta Amierul Ashraff dan Qhairil berhenti betul-betul depan pintu masuk Jusco. Bergegas Qistina dan Fatin masuk ke dalam perut kereta, kerana mereka sudah kepanasan menunggu di situ. Kereta Qhairil sudah memecut kehadapan. Amierul Ashraff masih lagi tidak bergerak-gerak, ada la tu apa-apa Qistina tu. Kalau sehari tidak berbalah tak sah!.
"Ni beli untuk kita ke, untuk tuan punya badan sekali?", tegur Amierul Ashraff sambil memandang tepat ke dalam mata Qistina.
Qistina cuma tersengih kepada Amierul Ashraff. Sengihannya itu sudah memadai sebagai jawapannya. Tangan tu memang terasa gatal sangat nak mencapai.
"Jimat la sikit sayang oii, after married, you must change this attitude, understand that?!", Amierul Ashraff mencuit sedikit hidung Qistina.
"Baik bos, faham!", balas Qistina sambil tersenyum.
Qistina meletakkan barang-barangnya di belakang. Kemudian dia bersandar, dan mengeluh, terasa kepenatannya. Mana tak penat, kalau dah satu Jusco tu pusing!. Lepas tu tanggung la sendiri. Qistina menguatkan sedikit aircond, barulah terasa sikit, dia juga sudah berpeluh-peluh. Nasib baiklah aku sembur minyak wangi tadi, kalau tak mau bau kambing dalam kereta ni. Qistina mengomel sendirian dalam hati. Qistina menepuk lengan Amierul Ashraff perlahan.
Amierul Ashraff memandang Qistina sebentar, kemudia beralih ke hadapan kembali. Mana boleh lama-lama, isyarat saja. Kang tak pasal-pasal aku tak sempat nikah nanti, dah la kereta banyak ni.
"Singgah mana-mana kedai nanti, orang dahaga la", ujar Qistina. Dia bahasakan dirinya orang. Terasa selesa pula.
"Siapa orang?", tanya Amierul Ashraff kurang senang.
"Orang la, hari tu dia juga yang cakap suka hati, ni nak tacing-tacing pulak", balas Qistina.
Sangka Amierul Ashraff Qistina sengaja bahasakan dirinya seperti itu. Memang Qistina ada tanya pendapatnya, dia menjawab suka hati la kerana fikirnya Qistian main-main. Sekali memang betul-betul. Memang hampeh betul Qistina ni.
"Yelah, up to you la my dear!", Amierul Ashraff malas mahu berbalah kerana perkara kecil.
Qistina bersandar dengan selesanya. Sunyi sepi, antara mereka, hanya kedengaran lagu sahaja dari corong radio. Amierul Ashraff memandang Qistina yang berada di sebelahnya. Sangkanya Qistina sudah diulit mimpi. Rupanya mata tunangnya itu masih terbuka luas, tetapi dia hairan kenapa mulut Qistina tiba-tiba terkunci. Selalunya 24 jam kalau boleh nak bercakap aje.
"Sayang...", panggil Amierul Ashraff sambil menepuk pipi Qistina.
"Hmm...", Qistina memandang Amierul Ashraff sayu.
"Kenapa ni, macam tak ada mood je", lembut saja suara Amierul Ashraff kedengaran.
"Penat la, memang terasa penat sangat, tekak pun kering", adu Qistina.
Amierul Ashraff meningkatkan kelajuannya. Dia mencari-cari kedai-kedai tepi jalan, yang ada menjual air. Meliar mata Amierul Ashraff, akhirnya ada juga satu kedai makan. Dia memberhentikan keretanya.
"Nak minum ke, nak bungkus?", tanya Amierul Ashraff.
"Minum la, boleh rehat kejap".
Amierul Ashraff menghentikan enjin keretanya dan keluar daripada perut kereta. Qistina meninggalkan beg tangannya di dalam kereta, terasa malas pula dia mahu memegang beg tangannya itu.
Elok sahaja mereka duduk, seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan. Qistina memesan teh ais sama juga seperti Amierul Ashraff.
"Makan?", tanya pelayan itu lagi.
"Tak apa la dik, terima kasih", jawab Amierul Ashraff sopan.
Qistina memicit-micit kepalanya yang terasa berdenyut-denyut. Ubat pula dia terlupa bawa. Amierul Ashraff risau melihat Qistina. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit, matanya juga dipejamkan. Migrain dia menyerang la tu!.
"Tina okey ke tak ni, kita pergi klinik jom!", jelas kerisauan di wajah Amierul Ashraff.
Qistina cuma menggeleng.
"Sikit aje ni, ubat tertinggal pulak, jangan risau la", Qistina berpura-pura tidak sakit, dia tidak mahu Amierul Ashraff risau.
"Tu la, semuanya lupa, next time, bawak spare dalam beg tu".
Mulalah tu nak bagi motivasi petang dekat aku. Tak habis-habis, aku tertinggal ubat aje, kemain lagi bersyarah. Aku suruh jadi pensyarah tak nak, nak jadi bussinessman la konon. Qistina membuat muka bosan di hadapan Amierul Ashraff. Bukan dia dengar sangat pun, biasalah masuk telinga kanan nanti keluar balik telinga kiri. Bukannya bagi elok, lagi bertambah sakit kepala aku ni!.

No comments:

Post a Comment