Friday 25 November 2011

bab 1

Degupan jantungnya semakin rancak tatkala menunggu keputusan SPM dikeluarkan. Seorang gadis Puteri Damia Qaisara, panjang namanya, bersama kawan baiknya Laila semakin resah menanti keputusan mereka. Damia melonjak kegembiraan kerana keputusannya sangat cemerlang. Dalam kegembiraannya itu, Damia disapa oleh seorang lelaki yang amat dikenalinya, dari suaranya, Damia pasti itulah lelaki yang telah membuat jiwanya menderita, dia jugalah yang telah membuat seorang gadis ditemani oleh air mata. Damia sudah tawar hati untuk menerima lelaki yang bernama Amirul Ashraff. Tetapi entah betul atau tidak kerana dia tidak pasti sama ada betul dia boleh melupakan lelaki yang pertama telah mencuri hatinya. Tersentak lamunannya apabila Amirul Ashraff memberi salam.
"Assalamualaikum....", ucap Amirul Ashraff sambil tersenyum, terserlah lesung  pipitnya di sebelah kiri.
"Waalaikumussalm..", Damia menjawab perlahan.
"Happy nampak sampai saya tercegat dekat sebelah awak pun dah tak perasan", seloroh Amirul Ashraff cuba berlagak tenang.
Tiba-tiba jiwanya bergetar, mendengar suara yang tidak pernah sekali menegurnya. Tanpa dapat dikawal lagi, air jernih membasahi pipinya,
"Eh kenapa ni, saya tersalah cakap ke?!", risau Amirul Ashraff dengan keadaan Damia setahunya dia tidak cakap apa-apa yang mengguris hati gadis itu.
"Tak ada apa la, sampai masanya nanti awak akan tahu juga", balas Damia.
"Maksud awak, saya tak faham, cuba awak terangkan", Amirul Ashraff meminta penjelasan. Sememangnya dia tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Damia tadi.
Damia membalasnya dengan senyuman yang hambar lalu segera beredar dari situ. Amirul Ashraff yang terpinga-pinga masih memikirkan maksud Damia tadi. Damia merasa air matanya tidak mahu berhenti mengalir, sepanjang hari itu aktivitinya hanyalah menangis. Orang lain meraikan keputusan mereka dengan senyuman Damia pula meraikannya dengan linangan air mata.
Puas Fatin memujuk, tetapi tidak dihiraukan oleh Damia. Selama dia berkawan dengan Damia, tidak pernah lagi dia melihat kawannya berkeadaan seperti itu. Dalam hatinya terbit rasa risau kerana takut jika Damia melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
"Mia, sudahlah jangan la menangis lagi", Fatin memujuk. Luaran nampak je lembut tapi dalam hati susah betul nak memujuknya.
Damia sendiri tidak tahu kenapa susah sangat dia nak berhenti menangis.
"Kau tak faham perasaan aku", jawab Damia dengan tangisan yang masih bersisa.
"Kenapa dengan kau ni, kau juga yang cakap kau nak lupakan dia", Fatin masih lagi memujuk. Dia tidak mahu kawannya menangis, sedih disebabkan lelaki yang tak tahu cara nak menghargai orang.
"Tidak semudah itu Tin", balas Damia, dengan suaranya yang sudah serak.
Damia sendiri keliru dengan perasaanya yang bercampur baur. Dia gembira kerana lelaki yang selama ini dia tunggu kini menegurnya, tetapi dia sedih kerana kenapa baru sekarang lelaki itu mencarinya. Fatin yang tadinya memujuk membiarkannya sahaja Damia menangis sepuas-puasnya.

PAGI itu terasa berat sangat hendak membuka mata. Ternyata telahannya benar, matanya bengkak kerana menangis semalam, entah bila dia terlelap pun tidak tahu.
" Harap-harap tak ada lah orang tanya", sempat lagi Damia berkata sendirian.
Emm.. pagi lagi ke ni, bisik hatinya.
"Mak oii, pagi apanya dah pukul 9:30 dah ni, aduh mampus aku dah la subuh terlepas, ya allah ampunkan hambamu ini, aku tidak sengaja ya allah", terjerit Damia pabila tertoleh ke arah jam yang berada di biliknya. Dia punya terkejut tu mengalahkan beruk, rasanya beruk pun tak terkejut macam dia. Damia melompat dari katilnya meluru ke bilik air. Sah! memang macam beruk nak turun katil pun kena melompat, Damia...Damia.
Selepas itu, Damia bergegas menuruni tangga untuk ke bawah bersarapan, lajunya mengalahkan pelumba F1.
" Nasib baik tak terjatuh tersembam, siapa suruh lambat kan dah kelam kabut kih..kih..kih", bisiknya sendirian.
"Assalamualaikum.." , sapa Damia.
Laju saja tangannya menyedok bihun goreng yang sememangnya menjadi kegemarannya sedari kecil lagi. Begitu asyik sekali Damia menikmati bihun goreng hasil air tangan Datin Sofia, mama Damia.
"Hah..!!", tersedak Damia apabila disergah oleh abangnya, Putera Danish Qayyum. Datin Sofia segera menyuakan air dan menjegilkan matanya kepada Danish sebagai amaran. Danish yang menyedari mamanya sudah bermata besar terus mengangkat dua jari kapada Datin Sofia.
"Ish!!.. tak nampak ke orang tengah makan, mata tu letak dekat kepala lutut ke hah, nasib baiklah umur orang panjang lagi kalau tidak rumah kita ni ada kenduri arwah la",bentak Damia.
"Ha doalah macam tu, Mia kena ingat setiap perkataan yang keluar dari mulut kita adalah doa ye", Danish berceramah sambil mengangkat jari telunjuknya.
Entah sejak bila pulaklah abang aku ni jadi penceramah tak bertauliah, Damia bermonolog dalam hati. Dalam pada itu terkumat-kamit mulutnya mengutuk Danish.
"Tu senyum-senyum mengata abang la tu, tak baik dosa tau kutuk abang sendiri", usik Danish, dengan membuat muka sedih.
Hensem sangatlah buat muka macam tu, da macam budak Syndrome Down je , selamba je si Damia ni mengutuk abangnya tapi dalam hati la kalau cakap depan-depan memang tak la.
"Abang ni macam tau-tau je Mia tengah kutuk abang", balas Damia.
"Biasa la abang kan ada deria keenam boleh baca apa yang ada dalam kotak fikiran orang", dengan bangganya Danish memberitahu Damia sambil mencuit hidungnya.
"Sudah-sudah la tu, kamu berdua ni macam anjing dengan kucing, asal jumpa je nak bertekak pening la mama macam ni, ada dua orang anak macam sepuluh orang je", bebel Datin Sofea.
Mereka dua beradik buat tak endah kerana boleh dikatakan setiap hari mereka mendengar 'radio' mama.
"Apahal mata tu dah besar bola pingpong dah abang tengok", soal Danish.
Aduh besar sangat ke bengkaknya, tapi kalau besar bola pingpong memang tak logik la nak tipu je abang ni, bisik hatinya.
"Hem, nothing serius " , jawab Damia selamba macam tak bersalah saja.
Gelisah juga Damia macam cacing kepanasan. Danish diam, dia tahu adiknya berbohong tetapi dibiarkan saja tahulah apa nak dibuat nanti
"Alamak!!!", terjerit Damia melihat jam tangannya.
"Kenapa ni?", tegur Datin Sofia.
"Mia dah lambat nak ke sekolah", jawab Damia, sambil berlari ke dapur untuk meletakkan pinggan dalam sinki.
"Hai, nak jadi budak-budak balik ke", seloroh Danish. Menjeling Damia memandang abangnya, malas nak melayan.
"Kan Mia dah bagi tau mama ada  majlis dekat sekolah", Damia mengingatkan mamanya.
Damia tahu mamanya selalu lupa, abangnya pula kerja nak usik orang je.
Tiba di sekolah Damia bersukur kerana majlis belum bermula. Fatin dan dua orang lagi rakannya melambai-lambai kepadanya, segera Damia mendapatkan mereka.
"Wah! cantiknya mata kau kat mana kau buat bagi tau la aku, peh memang cantik la Mia", usik Fasihah, membeliakkan matanya yang sepet itu tanda teruja.
"Kau ni sudah-sudahlah mengusik Mia ni, kesian dia aku tengok, tu belum datang si Aslam, Wan, dengan Zam lagi kalau tak lagi teruk kau kena", Eiqa membelanya.
"Apa ni Mia kau dah janji dengan kitaorang nak lupakan jantan tu tapi tangok la kau sendiri yang mungkir janji", tanya Fatin .
"Amboi-amboi kemain lagi ye usik orang, yang kau buat mata kau macam tu apahal tak payah la nak besarkan mata kau tu, kau beliakkan la besar mana pun tetap sepet jugak. Aku dah cuba la Eiqa tapi tak boleh, dia terlalu istimewa untuk aku, aku tak boleh tahan diri aku untuk terus menyanyangi dia", Damia membela dirinya, terasa dirinya dipersalahkan.
Dari jauh kelihatan Aslam,Wan, dan Zam berlari-lari mendapatkan kawan mereka.
"Lambat sampai?", tanya Eiqa.
"Jalan jammed ", serentak mereka bertiga jawab. Meraka datang bersama-sama, dah tentulah pemandu si Zam yang hantarkan.
"Hai Mia, apa dah jadi ni, mata kau sampai bengkak-bengkak ni", soal Wan
"Ye la Mia, semalam si Fatin ni dah cerita semuanya dekat kami semua, mana pergi semua semangat kau, ketabahan kau", Aslam pula membuka mulut.
Damia seperti orang yang bersalah yang disoal oleh polis di bilik tahanan hanya membatu.
"Dah la korang, kita kan nak seronok sekarang ni, nanti la kita tanya dia, biarlah Mia ni tenang dulu", Zam bersuara.
Wan pula mengangguk-angguk bersetuju dengan kata-kata Zam, biarlah Damia ni tenang dulu. Dia pasti Damia akan cerita juga, selama ni pun belum pernah Damia berahsia dengan mereka.
Mereka semua dipanggil pergi ke dewan untuk memulakan majlis. Seorang demi seorang nama pelajar dipanggil. Sampai gilirannya ceh! dengan penuh sopannya Damia bangun tanpa disangka-sangka Damia terpijak kainnya lalu, gedebuk!!, alahai malunya. Tebal mukanya dah macam novel 600 muka surat dah. Kawan-kawannya mengerumuninya, Wan yang paling gagah memapah Damia ke luar dari dewan, kawan-kawannya yang lain turut mengikut.
Satu dewan gamat gelakannya cikgu-cikgu segera menenangkan keadaan dan meneruskan acara yang terganggu tadi. Hadiahnya Fatin yang tolong ambilkan.
"Oi, macam kau boleh jatuh ni", soal Aslam.
Berkerut-kerut dahi Damia menahan sakit di kakinya terseliuh kali. Eiqa membelek-belek kaki si Damia ni, bila dipegang sikit mula la nak menjerit.
"Korang pun nak gelakkan aku ke?", Damia menguji keperihatinan kawan-kawannya.
"Eh!, kau tengok muka kitaorang ni tengah gelak ke", balas Fasihah, geram pun ada orang dah tolong bukan nak terima kasih tuduh pulak orang nak gelakkan dia. Melihat muka kawan-kawannya macam ayam berak kapur, Damia langsung meminta maaf. Fatin,Eiqa, Fasihah dan Damia saling berpelukan, begitu erat sekali persahabatan mereka.
"Aik aku yang tolong papah kau tadi, tak nak peluk pulak, diorang yang tolong tengok je kau nak peluk tak adil la kau ni Mia", Wan memuncungkan bibirnya, merajuk, macam perempuan.
"Betul,betul,betul", serentak Zam dan Aslam membalas.
"Eh korang ni, nak peluk pulak, tolong tak ikhlas tak pe la", balas Damia yang sudah menarik muka.
"La merajuk pulak, aku ingatkan dia nak pujuk, tengok-tengok kita yang nak kena pujuk dia balik, hampeh betul minah ni", balas Wan, menunjal kepala Damia.
Akhirnya mereka berlapan berdamai. Bukan gaduh betul pun saja nak bermanja dah lama tak jumpa.
Terhenjut-henjut Damia berjalan, sakitnya hanya tuhan saja yang tahu.
"Hai, sakit lagi ke kaki tu?", Amierul Ashraff menyapanya.
Ni lagi sorang dah tak ada soalan yang mencabar minda ke tengah hari ni, tanya soalan macam tu pak cik kebun sekolah ni pun boleh jawab, tu la nak kata buta nampak lagi, kalau kaki aku tak sakit tak adalah aku berjalan macam zirafah patah kaki, Damia bermonolog dalam hati.
Kawan-kawannya memandang ke arahnya.
"Kau jangan nak cair ek, kitaorang belasah kau nanti, elok kaki kau terseliuh patah terus kitaorang buat nanti", Aslam membisik di telinga Damia. Yang lain sudah menganggukkan kepala mereka.
"Em, awak dah tak ada suara ke takkan dah jatuh terus bisu", Amierul Ashraff bersuara apabila pertanyaanya tidak diendahkan. Sakit juga hatinya bila tidak dipedulikan macam patung pula dia dekat situ.
Mencerlung mata kawan-kawan Damia memandang lelaki yang telah membuat kawan mereka menangis semalam.
"Ni sudah lebih brother, kalau lu nak kutuk wa pun agak-agak la, wa bukan tak mau jawab soalan lu yang mencabar sangat tu,lu ada mata kan so why not lu tengok sendiri kaki wa", brutal jugak Damia ni, kawan-kawannya tersenyum sinis kepada Amierul Ashraff.
Tergamam Amierul Ashraff apabila Damia berkata sebegitu, sangkanya gadis itu lemah lembut rupanya sensitif juga.


SUDAH dua bulan Damia menjadi penganggur yang terhormat. Ada juga Damia memohon untuk masuk universiti tetapi tidak ada satu universiti pun menghantar surat balasan. Kalau ada rezeki dia mahu universiti di luar negara. Sengaja dia memilih universiti di sana hendak beralih angin dan ingin menimba ilmu di tempat orang. Sementara itu dia boleh cuba untuk padamkan nama Amierul Ashraff di hatinya. Terdetik juga di hatinya hendak mencari kerja sementara menunggu surat balasan dari pihak universiti, Damia bercadang mengajak Fatin dan Eiqa menemaninya mencari kerja. Damia mengambil telefon bimbitnya lalu menelefon Fatin.
"Assalamualikum, Tin kau free tak hari Sabtu ni"
"Waalaikumussalam, kenapa, kau nak ajak aku berdating ke?", seloroh Fatin.
"Banyak la kau punya dating, aku nak ajak pergi cari kerja, nanti kau ajak Eiqa sekali tau", Damia menyatakan tujuannya menelefon Fatin.
"Ok, jumpa kau dekat rumah aku", macam bos pulak nak arah-arah.
"Baiklah pukul 9:00 aku sampai rumah kau", Damia turutkan saja kehendak rakannya itu malas nak bertekak malam-malam buta ni. Damia melihat jam rupanya waktu maghrib hampir habis segera Damia menunaikan kewajipannya.
Walaupun Damia seorang yang 'gila-gila' perangainya tetapi tuntukan agama tetap dia penuhi. Selesai solat, terdengar mamanya memanggil untuk bersama-sama makan malam. Beberapa anak tangga dia turuni, terdengar deringan telefon menyanyi lagu 'Hanya Tuhan Yang Tahu' nyanyian UNIC, walaupun lagi itu sudah lama tetapi Damia amat menyukai liriknya . Damia bergegas ke kamarnya untuk mengangkat telefon, Damia melihat tertera nombor orang yang tidak dikenalinya, Damia tidak mempedlikan panggilan tersebut. Beberapa saat kemudian telefonnya berdering lagi, Damia geram lalu dia menjawab.
"Nak apa telefon orang malam-malam buta ni!", marah Damia.
"Eii, garangnya takut la abang macam ni".
"What, abang hello who are you!? ", perasaan marahnya semakin membuak-buaknya, dia tidak mengenali orang yang menelefonnya tiba-tiba membahasakan dirinya 'abang' mahu dia tidak marah.
"Sejak bila pulak adik abang ni jadi minah salleh celup", gurau Danish.
"Err.. abang Danish ke?", balas Damia malu.
"Yela sayang oi, apalah Mia ni, ingat mat bangla yang jual carpet ke yang call", usik Danish.
"Sorry la abang, Mia tak cam suara abang", Damia membela diri.
"Abang pun gedik sangat kenapa, bagi je la tau abang yang telefon, mengada kacau orang", sambung Damia.
"Eleh dia yang gedik, gatal cakap orang, kalau dah tak kenal tu tak payah la angkat,gatal la tu", Danish terus mengusik Damia.
"Yela abang menang", Damai mengalah.
"Abang telefon nak bagitau, besok abang balik, cakap dekat mama dengan papa tau, abang kena pergi dah ni ada kerja sikit, bye sayang"
"Ok, abang balik nanti siap", Damia memberi amaran.
Bergegas Damia turun ke bawah, setelah mendengar suara mamanya memangilnya sekali lagi.
"Maaf ma, abang telefon tadi dia cakap dia balik esok, dia kirim salam jugak", Damia jelaskan kelewatannya.
Datin Sofea menjawab salam anaknya dalam hati
"Dah-dah cepat makan papa dah tunggu di bilik solat, dia dah makan tadi"
Damia mengangguk lalu segera menjamah makanannya.
Danish ke luar negara mewakilkan Datuk Saiful atas urusan kerja, Danish bekerja dengan Datuk Saiful di Syarikat Saiful&Co. Jawatan Danish dalam syarikat itu adalah CEO.
"Masuklah Danish yang kamu duduk dekat luar tu nak buat apa", Datin Sofea pelik melihat perangai anak terunanya.
"Entah abang ni masuklah, rindu ni dekat abang lama tak jumpa", Damia tersengih sambil mencekak pinggangnya.
Damia sudah keluar mahu mendapatkan abangnya, tetapi abangnya lagi pantas meluru masuk dalam rumah, bising rumah banglo dua tingkat itu dengan suara mereka.
"Mengada kacau orang ni la balasannya", Damia menggeletek abangnya.
Mengekek Danish ketawa sampai keluar air matanya, Danish membalas dengan mencubit lengan Damia.
"Aduh sakitlah", Damia mengusap lengannya.
"Saja la tu nak meraih simpati orang, abang cubit sikit je", Danish cuba memujuk adiknya yang sudah muncung mulutnya.
Damia beredar mahu meninggalkan abangnya.
"Mia, abang minta maaf, pandang la abang", Danish mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu disorokkan ke belakang.
"Nak apa", jawab Damia yang masih lagi dengan rajuknya.
"Nah, abang belikan untuk adik abang yang comel ni", Danish menunjukkan patung merah jambu kepada Damia.
"Wah!, comelnye patung ni, terima kasih abang sayang abang", Damia memeluk abangnya.
Tersenyum Danish melihat gelagat adiknya itu, dia sememangnya tahu adiknya amat menyukai patung tengok sajalah dalam biliknya, dari patung yang kecil sampailah yang besar semua ada, kalau tidak diberitahu itu bilik anak dara, dah tentu orang akan ingat itu bilik kanak-kanak.
Damia meletakkan patung pemberian abangnya, di sebelahnya untuk menemaninya tidur malam.


PAGI itu Damia mengenakan sepasang kebaya merah. Damai hanya mengoles pelembab bibir sahaja supaya bibirnya tidak kelihatan pucat itu sudah memadai. Damia melihat jam tangannya sudah menunjukkan pukul 8:30.
"Harap-harap aku tak lambat la", bisiknya.
Hari itu dia tidak bersarapan bersama keluarganya kerana dia tahu Fatin dan Eiqa pasti mengajaknya bersarapan di Restoran Nasi Lemak Antarabangsa entah apa yang sedap sangat pun dia tak tahu.
"Pa, nak pinjam kereta boleh tak?", Damia meminta kebenaran Datuk Saiful.
"Ambil la kunci atas almari tu", Datuk Saiful memberi kebenaran.
Bekerut dahi Damia sangkanya Datuk Saiful tidak membenarkan ni lain pula selalunya dia yang akan jadi pemandu menghantar ke sana sini.
"Kau kenapa ni dik, sengih sorang-sorang macam kerang busuk", Danish mengusik adiknya.
"Suka hati oranglah nak sengih macam kerang busuk ke, ikan busuk abang sibuk buat apa", Damia membalas.
Damia kalau dah bercakap tak boleh berhenti macam keretapi. Suka sangat bercakap kerana itu Damia dan Danish tidak serasi, sepatah Danish cakap berpatah-patah Damia membalasnya.
"Mestilah nak kena sibuk nak jual kerang kau dah la busuk mana orang nak beli bukan kata nak beli nak lalu pun kena pakai topeng muka baru boleh lalu kalau tak alamatnya pengsan la orang yang lalu depan kerang kau, lepas tu nanti keluar dekat berita, seorang penjual kerang di kehendaki kerana telah menjual kerang yang busuk, terpapang gambar kau dekat tv tu ish glamor la kau kan dik", ligat Danish mengusik adiknya.
Suka benar mengusik satu-satunya adik dia, tetapi Danish amat menyanyangi Damia walaupun sering membuat Damia berkecil hati.
Damia mengambil kunci kereta terus keluar mendapatkan kereta Toyota Vios milik papanya. Lagi lama melayan Danish sampai esok pun tak habis-habis.
Tepat pukul 9:00, Damia sampai di rumah Fatin, Eiqa juga sudah sampai. Damia sangka Fatin sudah siap rupanya ibu Fatin memberitahu Fatin masih lagi berasmara dengan katilnya. Eiqa juga sudah membuat muka bosannya. Damia mengamuk ambil baldi, lalu masuk ke bilik air, ha faham-faham la bila dah masuk bilik air tu, Damia simbah Fatin yang sedang asyik lena tidurnya, habis lencun satu badan Fatin. Fatin tersengih memandang Damia yang sudah bercekak pinggang.
"Ok aku dah siap", Fatin bersuara riang, cuba mengembalikan mood Damia dan Eiqa yang hilang gara-gara Fatin yang tidak tepati janji.
"Ingat ke nak tidur terus", balas Damia geram.
"Entah kau ni Tin, cair dah make-up aku tau tak", Eiqa pula melepaskan geram.
"Sorry la korang, bukannya aku sengaja so sorry la", Fatin memujuk kedua sahabatnya.
"Kali ni kitaorang masih terima maaf kau lain kali kalau kau buat lagi aku tak nak jumpa kau dah", Damia memberi amaran keras.
Fatin mengangkat tangannya tanda janji, kemudian mereka bertiga ketawa sama-sama.
Seperti yang sudah dijangka Fatin mengajak bersarapan di restoran kegemarannya. Meraka bertiga memesan nasi lemak dan teh tarik.
"Hai gemuk la aku Tin kalau kau asyik bawak aku datang sini je"
Eiqa mengangguk tanda setuju.
"Bagus la kalau kau gemuk seronok sikit nak peluk kalau sesak-sesak buat bantal pun boleh jugak", Fatin memejamkan matanya. Laju kepalanya menggeleng tak sanggup nak dibayangkan.
"Tak boleh, kau tak boleh gemuk susah nanti", sambung Fatin.
"Eh kau pulak yang lebih Mia tak cakap apa pun kau je yang bayangkan segala", Eiqa membela Damia.
Damia menggeleng kepalanya beberapa kali melihat keletah rakannya yang kadangkala seperti kanak-kanak.
"Cik kak cepatlah makan, tak payah la nak bayangkan aku gemuk macam mana", Damia menegur. Fatin tersengih dan sambung kembali menikmati nasi lemaknya.
Selesai makan, mereka membuat pembayaran dan bergegas  ke kereta. Fatin membuat muka kehairanan, berkerut-kerut dahinya seperti sedang memikirkan sesuatu yang rumit.
"Hoi, termenung lagi!!", jerkah Eiqa.
"Mak hang terjatuh", latah Fatin.Terhambur ketawa Damia melihat Fatin melatah.
Eiqa sengaja berbuat demikian, kerana sudah lama mereka tidak mengenakan kawan meraka yang sorang ni. Tersengih Damia dan Eiqa melihat Fatin yang sudah tercungap-cungap.
"Kau ni dah tak ada kerja lain ke selain usik aku"
"Kalau aku ada kerja tak ada lah aku usik kau", Eiqa berseloroh.
"Ok, sorry la perempuan. kau ni jangan la merajuk sangat", Eiqa memujuk Fatin yang mukanya masam macam cuka.
Tersenyum Damia melihat gelagat rakannya itu. Terdengar telefon Damia berdering tertera nombor Datin Sofea pantas jari Damia menekan punat menjawab.
"Assalamualaikum mama ada apa?", Damia memberi salam langsung bertanya. Pelik juga dia tiba-tiba Datin Sofea menelefon mungkin hendak mengirim barang agaknya.
Fatin yang duduk di sebelahnya pelik melihat Damia sekejap senyum, sekejap sengih sekejap gelak macam orang baru menang loteri. Fatin mencuit bahu Damia.
"Kenapa?", Fatin berbisik.
Damia menunjukkan tapak tangannya tanda tunggu sekejap.
Selepas menamatkan perbualan, Damia menghidupkan enjin kereta dan membuat pusingan U untuk pulang ke rumah.
"Kenapa ni, tak jadi ke nak cari kerja?", Eiqa terpinga-pinga, melihat muka Damia yang ceria itu macam ada sesuatu je.
"Oi, cakap la", giliran Fatin pula bertanya.
"Korang tunggu je lah aku nak bawak korang ke mana", Damia membalas.
Sesampainya di rumah Damia meluru masuk, Eiqa dan Fatin masih lagi terpinga-pinga. Mereka membuntutui Damia kemana saja dia pergi.
"Ma...oh....ma ish mana mama ni", jerit Damia.
"Aduh!, kenapa kau break mengejut", Fatin mengosok-gosok hidungnya yang tampak kemerah-merahan.
"Yang kau ikut aku ni kenapa, kau pun sama Eiqa pergi la duduk dekat hall tu", Damia membalas.
"Ma...oh...", tak sempat nak menyambung jeritannya, Datin Sofea sudah menyahut.
"Kenapa kamu ni Mia, kalau mak mentua dengar ni dia lari balik rumah tak jadi nak meminang kamu", Datin Sofea mengusik anak bongsunya. Eiqa dan Fatin tersengih mendengar mak angkat mereka mengusik Damia.
"Ke situ pulak mama ni, mana surat tu?", Damia tidak sabar-sabar hendak melihat surat yang dikatakan mamanya dalam telefon tadi. Damia membuat muka teruja hendak melihat surat itu. Fatin dan Eiqa juga kelihatan teruja macam dia punya surat pulak.
"Nah baca sendiri", Datin Sofea memberi Damia surat itu. Pantas  tangan Fatin mengambilnya langsung  membaca  surat tersebut. Fatin tersengih, dia pulak yang lebih.
"Hem, patutlah patah balik rupanya ada lagi khabar yang gembira", puas hatinya sudah mengetahui yang sebenarnya. Eiqa juga turut baca surat Damia dan mengucapkan tahniah kepadanya.
"Tau tak pe, mak kau tak bagi tau ke?".
"Tak pun kenapa aku pun dapat jugak ke?",Fatin teruja.
"Yela kita dapat 'U' yang sama, Damia sudah tersengih begitu juga dengan Fatin cuma Eiqa yang kelihatan sedih.
"Ala Eiqa jangan la sedih mungkin kau dapat belajar kat tempat lain, walaupun kitaorang jauh kita tetap boleh berhubung jugak kan, dunia kan dah maju sekarang", Damia memujuk Eiqa.
"Betul la Eiqa jangan la risau, Zam takkan tinggalkan kau punya", Fatin memeluk Eiqa. Sempat lagi dia mengusik Eiqa. Eiqa dan Zam memang bercinta sejak dari tingkatan empat lagi. Tetapi mereka ni tidak seperti pasangan lain asyik berkepit aje sana sini. Eiqa ni buat tak layan aje dengan Zam. Zam la yang terhegeh-hegeh.
"Korang jangan lupa aku dengan kawan-kawan kita yang lain tau, janji", Eiqa membalas pelukan mereka, Fatin dan Damia menganguk mengikat janji.
"Yes!", terjerit Fatin. Suaranya nyaring sekali, sememangnya dia sudah biasa dengan orang di dalam rumah itu, kerana itu dia tidak tahu malu.
"Hoi... mak orang kau ni tak reti diam ke mulut kau, asal datang sini je kau nak jadi mak lampir, menganggu ketenteraman orang je la kau ni", Danish menunjukkan muka tidak puas hati. Fatin, Damia dan Eiqa sudah tergelak-gelak melihat Danish.
"Korang ni kenapa, kelakar sangat ke muka aku", Danish pelik melihat adik dan dua orang kawannya gelak sampai terguling-guling. Tak malu sungguh anak dara tiga orang ni.
"Abang ash cuba tengok bawah", suruh Fatin dengan gelaknya yang masih tersisa. Danish memandang ke bawah rupanya Danish keluar hanya memakai boxer aje dengan baju pun tak pakai.
"Abang saja je nak tunjuk betapa hensemnya abang ni, hensem tak?", Danish menutup malu. Merah mukanya terpaksa menunjuk auratnya kepada orang yang bukan mahramnya.
Damia mengakui abangnya mempunyai paras rupa yang agak kacak, badannya pun boleh tahan sasanya kira cukup la kriteria yang diidamkan perempuan. Damia termenung sendirian sampaikan abangnya yang berdiri di sebelahnya pun boleh buat tak tahu je.
"Adik ku sayang termenung apa", sergah Danish. Danish yang sememangnya suka menyakat Damia begitu, sesiapa yang mengandung dah lama terberanak dekat situ jugak.
"Astagfirullah al azim", Damia mengurut dadanya.
"Abang ni kan jangan la macam ni, letih la Mia pergi la sergah diorang tu pulak", bentak Damia.
Danish berlalu dengan muka tidak bersalah. Fatin malas nak melayan kerenah dua beradik itu duduk di sofa bersebelahan dengan Eiqa sambil membelek-belek majalah kepunyaan Damia. Satu-satu muka surat dibeleknya diteliti semua gambar yang ada, kalau dicucuk tu gerenti meletup punya.
"Eiii, Zul Huzaimy la hensem nye!!", nyaring suara Fatin menjerit nama pelakon lelaki yang sememangya menjadi pujaanya sedari sekolah menengah lagi.
Danish yang sedang baring di sofa terkejut mendengar suara Laila terjatuh ke bawah. Damia pula terus menerpa ke arah Fatin yang sudah pun memeluk majalah itu. Eiqa juga sudah teruja.
"Mana-mana aku nak tengok jugak", Damia turut teruja kerana semua pelakon lelaki yang kawan-kawannya suka semua dia suka, memang menepati cita rasanya. Eiqa juga sudah besar matanya melihat gambar pelakon lelaki itu tetapi tidaklah lebih macam dua orang lagi kawannya itu. Selepas itu Damia dan Fatin menjerit, Danish yang menanah telinga dengar membaling bantal ke arah Damia dan Fatin. Eiqa tergelak melihat bantal yang dibaling Danish tadi tepat mengenai sasaran.
Mereka berdua memandang Danish yang sudah menjegilkan mata dengan bantal di tangan memberi amaran. Lantas Damia mencium pipi abangya dengan penuh kasih-sayang. Itu ajalah ubatnya kalau abangnya sedang merajuk.
"Macam tu lah, sayang jugak adik dekat abang", Danish berkata sambil mengusap-usap kepala adiknya bagai anak kecil.
"Ehem, ehem yang lagi sorang gadis tu tak nak cium ke?", sambung Danish menyuakan pipinya.
Merah muka Fatin mendengar Danish berkata begitu tapi dalam hati nak cium aja nasib baiklah iman kuat.
"Nak boleh tapi kena ada syarat yang sah la masa tu abang minta apa pun Atin bagi", Fatin terlepas cakap. Aduh gatalnya mulut ni tak payah la tunjuk sangat kesukaan tu, bisik hati Fatin. Laju saja Fatin ke dapur kononnya nak buat air la. Fatin menjerit dari dapur menanyakan air kepada Damia dan Eiqa, tetapi tidak pula ditanya kepada Danish, malu barangkali. Damia mengajak Eiqa ke dapur.
"Ha, kau syok kat abang aku ek?",Damia menduga Fatin.
Pipi Fatin yang cerah terus diwarnai dengan warna merah. Eiqa menolak bahu Fatin, menaikkan keningnya sambil tersengih.
"Sejak bila?", tanya Damia ingin mendapatkan kepastian. Eiqa pula sudah menongkat dagu memandang Fatin. Fatin membiarkan saja persoalan itu, terasa tersekat perkataan di kerongkongnya untuk dikeluarkan. Fatin menatang dulang yang berisi air sirap limau ais. Damia dan Eiqa membuntuti Fatin ke ruang tamu.
Damia duduk di sebelah abangnya manakala Eiqa duduk di sebelah Fatin. Diletaknya air di atas meja dan menuangkannya, di saat itu nak mengangkat muka pun terasa berat kerana mukanya masih merona merah. Damia yang berada di sebelah abangya sudah tersenyum-senyum melihat Fatin yang tidak terangkat sedikit pun mukanya. Dari ekor matanya Fatin melihat Damia menbisik sesuatu di telinga Danish.
"Ehem, sedap air yang Atin buat ni, kalau macam ni bolehlah jadi mak orang", Danish bersuara. Eiqa sudah tesengih melihat Fatin yang kelihatan gelisah.
"Buat air je, abang nak rasa Atin masak tak, kalau Atin masak macam ni", Damia mengangkat ibu jarinya.
"Ye ke, malam ni Atin masakkan untuk kitaorang la, makan malam sekali", Danish memberi cadangan.
Tersentak Fatin pabila Danish berkata begitu. Lagi sekali lidahnya kelu untuk berkata tidak, akhirnya Fatin menganguk jugak.
"Alang-alang tidur la sini la sini sekali, kau pun Eiqa, dah lama korang tak tidur sini aku dah bagitau mak korang dah, diorang tak kesah", Damia memberi cadangan yang kurang bijak. Fatin seperti kena pukau mengangukkan saja kepalanya. Kepalanya masih lagi tertunduk ke bawah dengan mukanya yang merah memang tidak sanggup nak menatap mata Danish.
"Aku ada hal la Mia tak boleh tidur sini, Tin je la yang tidur sini", Eiqa sengaja memberi alasan kerana, jika dia ada sekali, dah tentu Fatin asyik berkepit dengan dia ja. Damia menangkat ibu jarinya kapada Eiqa.
Fatin sudah mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Danish pula sudah tersenyum menggoda ke arah Fatin, lagilah dia menggelabah.



SELEPAS selesai sembahyang maghrib berjemaah. Fatin turun ke dapur untuk memulakan tugasnya sebagai tukang masak yang kena paksa oleh Damia. Sebenarnya Damia tak paksa pun dia je yang setuju tangunglah padahnya sekarang.
"Ehem..,", Fatin terdengar orang berdehem.
Siapa pulaklah yang sakit tekak malam-malam ni, getus hatinya. Fatin memusingkan badannya hendak melihat gerangan orang yang berdehem tadi. Berdetap-detup denyutan nadinya terpandangkan wajah Danish yang amat kacak itu. Penampilannya sungguh ringkas t-shirt hitam dengan seluar pendek paras lutut. Melihat Fatin yang tersipu-sipu itu Danish sudah tersenyum-senyum, terdetik juga di hatinya ingin mengenali kawan baik adiknya itu.
"Hai.. tak lama lagi dapat kakak ipar pulak la kan", Damia bersuara. Fatin dan Danish sudah tersipu-sipu malu. Fatin pula sudah menjadi tidak keruan, semua barang yang dipegangnya nak terjatuh.
"Dah-dah aku nak masak ni Mia nanti kebulur pulak orang dalam rumah ni", Fatin bersuara menyembunyikan debaran di hatinya. Pening pula kepalanya memikirkan makanan yang hendak di masaknya. Dibukanya peti sejuk terdapat macam-macam bahan yang ada, bersinar matanya seperti melihat emas pula lagaknya.
Cekap sungguh Fatin membuat kerja tidak sampai dua jam empat jenis hidangan sudah dihidangkan siap dengan air sekali. Fatin mengarahkan Damia memanggil keluarganya makan bersama.
Danish yang beriringan dengan adiknya bulat memandang lauk-lauk yang membuka seleranya nak lagi apabila ternampak ikan bawal tiga rasa.
"Uncle, auntie duduk la", pelawa Fatin. Macam dia pulak tuan rumah.
"Sedapnya lauk-lauk ni, kalau macam ni boleh dah nak jadi menantu", Datin Sofea bersuara. Tersedak Fatin mendengar Datin Sofea berkata.
Danish sudah menyuarakan hajatnya kepada Datin Sofea untuk mengenali Laila dan menamatkan zaman bujangnya. Pelik juga Datin Sofea apabila anak bujangnya menyatakan hasratnya petang tadi.
"Ma.. nak tanya sikit boleh?", Danish memula bicara.
"Kamu ni kenapa ash dah rupa laki miang dah mama tengok", berkerut dahi Datin Sofea melihat perangai anaknya yang dianggap buang tabiat. Sebelum ni tak ada pulak lembut macam ni.
"Em, macam mana ciri-ciri isteri yang sesuai disamping suami ma?", Danish tersengih sebaik sahaja menanyakan soalan itu kepada mamanya.
"Perempuan itu mesti pandai memasak, mengemas rumah, pandai melayan suami, hormat suami, taat kepada suami dan harus meletakkan suaminya tempat yang teratas sekali bermakna jika seorang gadis yang sudah berkahwin, dia harus bersedia untuk lepaskan kedua ibu-bapanya, kerana syurganya bukan lagi di bawah tapak kaki ibu tetapi di bawah tapak kaki suami. Jika isteri itu melawan, keluar tanpa izin, tak tunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri maka berdosa besar la jawabnya, silap-silap tak cium bau syurga la. Kalau mama nak cakap ni sampai esok pun tak habis", padat dan bernas penerangan yang diberikan oleh Datin Sofea kepada Danish.
Danish yang sedari tadi tekun mendengar setiap perkataan yang keluar daripada mulut mamanya sudah tersenyum.
"Thanks ma"
Tersentak Datin Sofea apabila Damia memangilnya. Damia yang dari tadi berada di dapur mengemas, membasuh apa yang patut setelah selesai makan tadi sambil dibantu oleh Fatin. Damia ke ruang tamu sementara Fatin menatang dulang yang berisi air kopi.
"Ma... boleh ke?", Damia bertanya kepada Datin Sofea.
"Apa yang bolehnya?", Datin Sofea bertanya kembali kepada Damia.
"La kan Mia nak pergi sambung belajar dekat UK jauh pulak tu", Damia mengingatkan kembali mamanya. Ye la bukan senang nak berjauhan dengan keluarga bukannya dua tiga kilometer, tapi beribu-ribu kilometer. Walaupun ada kawan tapi tak sama dengan keluarga yang bersama-sama sejak bayi lagi. Fatin hanya membiarkan dua beranak itu berborak.
"Bukannya kamu nak pergi buat benda yang tak elok, nak belajar kan ala lagipun tak lama kamu duduk sana kan, pergilah", balas Datin Sofea.
"Terima kasih mama",Damia membalas kembali.
"Kamu berdua ni tak nak tidur lagi ke, dah lewat dah ni pergi la tidur", suruh Datin Sofea. Damia yang sudahpun menguap untuk kali yang keduanya menarik tangan Fatin masuk tidur selepas menyalami tangan mamanya.  

3 comments:

  1. huarghhh penat meyh komen!!komen panjang tiba2 hilang lak ;(

    ReplyDelete
  2. ada kesalahan ayat contoh nya ~ 1)Damia tahu mamanya selau lupa (selalu la kawan :) )

    2)"Oi,macam kau boleh jatuh ni," (macam mana dengan kna ada tanda soal bkn koma)

    3)"Ingat ke nak tidur terus" ("Ingat kau nak tidur terus")

    4)"Kenapa",Fatin berbisik (actuall "Kenapa?" Fatin berbisik

    5)ada nama laila`siapa laila tu?

    6)"Hoi..mak orang kau ni tak reti diam ke mulut kau, (mak orang or kau orang or mak lampir?)

    7)berbicara tidak~rasanya tidak sesuai ayat ni better kau guna berkata tidak..

    ReplyDelete
  3. owh trima kasih..
    yg laila tu ak tersilap taip actually tu fatin
    yg lain tu ak dah baiki...
    thanks.. :)

    ReplyDelete