Follow by Email

Monday, 28 November 2011

bab 9

Amierul Ashraff tersenyum masuk ke dalam wad Damia. Damia membalas senyuman tunangnya dengan senang hati. Amierul Ashraff membawa sedikit buah tangan, dan beberapa helai pakaian Damia yang dipesan oleh Datin Sofea untuknya supaya diberi kepada Damia.
"Sayang ni kenapa, abang baru tinggal kejap dah merajuk, apalah sayang ni, abang ikat dengan reben mulut tu baru tau", ujar Amierul Ashraff sambil mencuit hidung Damia.
Menanah telinga kalau dah dengar dia ni ceramah, menyampah betul, nak ikat dengan reben konon, sebelum dia ikat aku, aku ikat dia dulu, kacau mood orang betul aku ingat dia nak pujuk la, ni datang-datang nak kena tadah telinga dengar dia membebel, baik tak payah kalau macam tu.
"Ha kutuk abang la tu".
Damia mencebik. Amierul Ashraff mencubit pipi Damia, taulah dia Damia tidak suka dengarnya membebel, geram sungguh dia melihat pipi tembam Damia, rasa nak cubit saja. Sabar la Acap lepas nikah nanti kau nak buat apa pun buat la, kata akalnya.
"Kalau datang nak membebel, balik je tak payah habiskan duit minyak nak datang sini. Nak rindu pun tak boleh dah sekarang kan, okey fine!", ujar Damia sinis.
Damia baring dan menarik selimut sehingga menutup mukanya. Dia tidak mempedulikan Amierul Ashraff yang berada di sebelahnya. Amierul Ashraff terseyum melihat gelagat Damia yang keanak-anakkan tetapi dia senang Damia begitu. Amierul Ashraff menarik selimut Damia. Dia mencuit dagu Damia, tiba-tiba datang satu idea jahatnya mahu mengusik Damia. Amierul Ashraff memuncugkan bibirnya dan merapatkan ke bibir Damia, tinggal beberapa inci saja lagi bibir mereka bercantum, Damia menolak kuat muka Amierul Ashraff dan menekup mukanya malu!!. Itu sajalah cara Amierul Ashraff memujuknya.
"Ish, tak payah la nak main cium-cium!!", Damia bersuara kuat.
"Siapa suruh merajuk, abang nak cium la", Amierul Ashraff tersengih.
"Eh sesedap rasa hang nak cium sepupu aku, amboi-amboi, aku baru tinggal sekejap hang dah menggatai dekat sini", Amira bersuara. Ni lagi seorang ustazah yang tak lama lagi nak pencen. Damia yang mendengarnya boleh tahan telinga aje la. Nanti tak pasal-pasal pulak dapat kanser telinga dengar Amira dengan Amierul Ashraff membebel. Nasib kaulah Damia oi...Amira menjeling ke arah kepala Damia nak memastikan sama ada dia sudah menutup kepalanya ke belum.
Malam ini Amierul Ashraff yang akan menemani Damia di hospital. Wah!..seronok la Damia malam ni. Tetapi telah diberi amaran oleh Datuk Saiful bahawa tidak boleh melakukan sebarang perkara yang haram disisi agama. He..He..He, melepas la Amierul Ashraff. Damia sedang berehat kala ini, sementara itu, Amierul Ashraff pulang sebentar untuk menyiapkan diri sebelum kembali semula ke hospital.
Lena sungguh tidurnya setelah diberi ubat tidur oleh doktor yang merawatnya. Ketahanan badan Damia sangat lemah kerana itulah dia senang pengsan dan lemah semangat. Faktor lahir tidak cukup bulan juga menyebabkannya jadi begitu. Damia lahir semasa lapan bulan, sesetengah bayi tidak mempunyai harapan untuk hidup, tetapi kuasa tuhan yang memberikan Damia peluang untuk melihat dunia ini.
Terpisat-pisat Damia bangun, dia menggosok matanya. Damia memandang sebelahnya tiada orang. Mungkin pergi tandas kali, fikirnya. "Argh.., bosan la pulak, tadi lupa nak pesan dekat Acap suruh beli Magazine, yang doktor ni pun, aku bukannya sakit sangat dah boleh balik sebenarnya saja nak suruh aku duduk lama-lama, taulah nak mengorat apa punya doktor la", Damia membebel sendirian, sudahlah tu perasan tak habis-habis. Entah-entah dia yang terpikat tengok doktor tu, maklumlah kebanyakkan doktor semua kacak-kacak.
Nasib la doktor tak ada, kalau tak malu aje. Teruk sungguh perangai perempuan ni.
Semenjak dia menjadi tunangan kepada Amierul Ashraff, makin menjadi-jadi pula gelagatnya, kepala otak pun bukan berapa betul sangat tu. Damia melihat ke arah pintu yang terkuak, dia melihat gerangannya, siapa lagi kalau bukan Mr. A dia tu lah. Mulalah nak sengih macam kambing gurun. Memang patut pun dipanggil seperti itu, mana taknya dari pagi tak mandi-mandi. Damia mengangkat ketiaknya, dibaunya. Perrgh...!, tengit, hangit semua ada. Damia tersengih sendirian. Memang tak senonoh perangai anak dara seorang ni.
Dengan sedaya-upaya Damia tidak mengangkat perfume buatan sendiri, memang tiada jual dimana-mana kedai. Kalau jual pun memang berani jamin semua tak nak beli. Lelong pun orang tak pandang. Damia tersenyum manis semasa Amierul Ashraff duduk dia atas katilnya. Segan pun ada, nak berhadapan dengan Amierul Ashraff dengan keadaannya yang tak siap ni.
Dia ni, masuk-masuk dah bau wangi bilik aku, lepas tu buat muka pulak tu. Dah macam gaya kena tolak cinta pun ada. Pandang aku pun macam orang kebulur, nak cakap aku ni cantik, memang tak la, wangi, lagi la jauh sekali. Jangan-jangan dia nampak rambut aku apa. Damia meraba-raba kepalanya. Ada je tudung aku, apa yang tak kena dengan Cik abang aku ni, buang tabiat apa.
Damia menggoyangkan tangannya di hadapan muka Amierul Ashraff. Tidak berkelip mata Amierul Ashraff. Damia mula kerisauan, dia menyentuh tangannya pula, sejuk. Dia mula rasa tidak sedap hati. Damia turun dari katilnya mahu memanggil doktor, elok dia turun, dia merasa tangannya disentuh. Lututnya sudah menggigil, dia beranikan diri memandang ke belakang. Alangkah leganya melihat seorang manusia yang memegangnya.
Damia melihat Amierul Ashraff sedang menahan gelak. Entah apa yang mencuit sangat hatinya pun tak tahu. Tahulah dia yang Amierul Ashraff sengaja mahu mengusiknya. Amierul Ashraff menyuruhnya duduk kembali. Damia membuat muka tiada perasaan, Amierul Ashraff mencuit hidungnya, tidak sempat Damia mahu menepis, cepat sungguh pergerakan.
"Seronok la kan dapat kenakan orang, tangan tu memang tak reti nak duduk diam-diam kan, menyampah betul", Damia menjeling tajam Amierul Ashraff. Geram rasanya orang ni punya la risau tahap gaban, dia boleh buat main-main.
"Comel la muka dia tadi", Amierul Ashraff tersenyum manis kepada Damia.
"Buat la selalu macam tu, kang tak pasal kena duduk kat hospital ni lama-lama".
"Eh!, tak seronok ke duduk dekat hospital ni, abang dengar Mia cakap tadi doktor nak mengorat Mia, kan seronok tu, mesti doktor tu hensem gile kan", Amierul Ashraff melirik ke arah Damia yang sudah terbeliak matanya.
"Mula la nak merepek tu, mana ada la abang is the perfect men that i have seen in my life". Ayat cover habis.
"Oh, really!", Amierul Ashraff mengangkat keningnya.
Damia mengangguk.
"Prove it".
"Just ask what you want, if I can I will do". Amboi speaking.
"Okey, will you marry me?", Amierul Ashraff melutut dan menghulurkan cincin emas putih.
Damia mengangguk dan menghulurkan tangannya untuk Amierul Ashraff menyarungkan cincinnya. Selesai Amierul Ashraff menyarung cincin, sertitik air mata Damia jatuh, sudah lama dia menanti saat begini. Saat dimana lelaki yang dipujanya selama ini melamarnya. Dia sering ditemani oleh airmata setiap malam hanya kerana seorang lelaki. Kini wajahnya dihiasi dengan senyuman bahagia, dan lelaki yang dipujanya akan menjadi miliknya tidak lama lagi. Sungguh dia benar-benar bahagia.
Amirul Ashraff mengesat airmata Damia dengan jarinya, dia tahu kenapa tunangnya menangis. Amierul Ashraff cuma tersenyum, dia bahagia sekarang, dia amat berharap yang tiada penghalang dalam perhubungan mereka. Dia tidak sabar mahu memperisterikan Damia, dia mahu membahagiakan gadis itu yang selama ini sering bersedih kerananya. Dia mahu menebus kembali semua yang telah dilakukan kepada Damia yang setia menantinya walaupun dia telah berkali-kali melukakan hati gadis yang manis itu.
Damia tidak dapat menahan tangisnya. Dia menangis teresak-esak di bahu Amierul Ashraff, Amierul Ashraff membiarkan Damia melakukan demikian, kalau dengan cara itu Damia boleh tenang, dia biarkan. Amierul Ashraff mengusap kepala Damia, dia tidak tahu bagaimana mahu menenangkan Damia.
"Abang terima kasih sebab sudi terima Mia yang serba kekurangan ni, Mia tak tahu macam mana nak balas budi abang, thank you so much!".
"Please don't say that, abang sepatutnya berterima kasih dekat sayang, selama ni abang buat macam-macam dekat Mia, tapi Mia tetap terima abang", Amierul Ashraff meletakkan jari di mulut Damia.
Dengan beraninya Amierul Ashraff mencium dahi Damia, tanpa diesedarinya setitik airmatanya gugur, dia merasa sebak sangat tatkala mencium dahi Damia. Masa yang sama juga, hatinya merasa tenang dan sejuk saja. Dia sedar sejak dia berkenalan dengan Damia, banyak perubahan yang berlaku kepada dirinya. Entah kenapa bila dengan Damia, dia senang melayan segala kerenah Damia.
"Sayang tidur ye, rehat banyak-banyak, esok nak balik dah kan, tak mau nangis-nangis, nanti bengkak mata tu Pak epul ingat abang belasah Mia pulak". Damia tegelak kecil mendengar ayat di hujung percakapan Amierul Ashraff.
"Abang ada dekat sini tamankan Mia, tidur tau, jangan lupa mimpikan abang". Lagi sekali Amierul Ashraff mencium dahi Damia.
Damia menurut arahan yang diberikan Amierul Ashraff, malam itu dia tidur dengan tenang dengan Amierul Ashraff yang menemaninya di sisi. Moga-moga hubungan mereka akan dirahmati dan diberkati oleh Allah.




"ANAK mama dah balik, masuk-masuk", ujar Datin Sofea. Semasa Danish memberitahu kejadian yang menimpa Damia, teruk Danish dimarahi oleh Datuk Saiful dan Datin Sofea. Sehinggakan Danish mengalirkan airmata kerana rasa bersalahnya. Buat kali pertamanya Danish menangis, kalau tidak mahal benar nak keluarkan airmata dia tu.
Datin Sofea memeluk erat Damia, macam rancangan jejak kasih la pulak. Damia turut membalas pelukan Datin Sofea. Damia sudah pun masuk ke dalam rumah dia mencari-cari abangnya, tidak kelihatan dari tadi. Semua tempat sudah dicarinya, termasuklah dalam bilik toknya.
"Ma, abang Ash mana?", Damia bertanya kepada Datin Sofea.
"Entah, mama pun tak tahu, ada dekat dapur la kot, tak pun dekat reban ayam luar tu", acuh tak acuh aje Datin Sofea menjawab. Mungkin masih marah lagi dengan Danish.
Damia keluar semula mencari abangnya. Amierul Ashraff yang sedang mengambil barang dari bonet kereta tersenyum kearah Damia. Damia tidak perasankan Amierul Ashraff berda disitu, misinya sekarang adalah mencari abang kesayangannya itu. Amierul Ashraff malu sendirian, dia fikir Damia mahu menolongnya, rupanya menonong pergi tempat lain. Tak semena-mena Amierul Ashraff sengih sendirian, entah apalah yang mencuit hatinya sangat.
"Abang...Abang Ash!!", laung Damia kuat.
Tiada sahutan,melilau Damia mencari Danish. Akhir sekali dia pergi ke reban ayam milik toknya. Kelihatan Danish sedang mencangkung melihat anak-anak ayam itu. Damia tersenyum melihat abangnya yang menongkat dagu. Dia tahu abangnya masih rasa bersalah atas apa yang terjadi kepadanya. Damia menepuk bahu abangnya, dan turut menyertai Danish. Damia memberikan senyuman kepada Danish.
"Sampai hati abang tak sambut Mia balik, abang tak suka ke Mia balik ni", Damia pura-pura merajuk.
Danish tidak membalas. Senyap aja, riak wajahnya pun kelihatan sugul.
"Abang jangan macam ni, cerita la dekat Mia kalau abang ada masalah". Damia mengusap bahu Danish.
Sedaya-upaya Danish cuba untuk senyum, dia tidak mahu Damia risau tentang dirinya. Damia tahu senyuman abangnya tidak ikhlas, abangnya berpura-pura kerana tidak mahu dia risau.
"Mia ni siapa pada abang?", Damia bertanya lembut kepada Danish.
"Kenapa Mia tanya macam ni, dah tentu la Mia segala-galanya bagi abang, Mia lah buah hati, kawan,teman, adik abang."
"Kalau macam tu, kenapa abang macam ni, cerita la dekat Mia, Mia tahu abang senyum tadi tak ikhlas langsung, tak nampak manis langsung.", Damia melentokkan kepalanya di bahu Danish.
"Abang rasa bersalah, sebab abang, adik abang ni masuk hospital, teruk abang kena dengan papa, mama, semua salahkan abang, dik", Danish mula buka cerita.
"Abang jangan la rasa macam tu, Mia tak salahkan abang langsung, Mia tahu abang tak ada niat, abang nak bergurau aje", Damia memujuk lembut.
"Tapi, kalau la apa-apa jadi dekat Mia, abang takkan maafkan diri abang sendiri".
"Dah, Mia tak nak dengar abang cakap pasal ni lagi, Mia dah sihatkan ni, tengok ni, nak bergaduh pun dah boleh dah ni", seloroh Damia.
Danish mencubit pipi Damia. Damia sajalah yang memahaminya dan menasihatinya. Bukan boleh merajuk lama-lama dengan Damia ada saja gelagatnya yang menyejukkan hati orang.
"Abang minta maaf sebab tak sambut Mia tadi, abang saja bagi chance dekat Acap tu".
"Ha sebut pasal mat bangla tu terlupa pulak Mia nak bagitau abang". Sesedap rasa aje dia panggil tunang sendiri bangla, kalau Amierul Ashraff dengar tu, merajuk setahun.
"Mat bangla pun tu yang Mia gilakan sangat kan, apa dia cepat la bagitau, kenapa dia buat benda tak senonoh ke dekat Mia", ujar Danish risau.
"Hish!!, abang ni jauh betul meyimpang". Damia menunjuk cincin di jari manisnya.
"Amboi silau mata, dia ke yang bagi, did he propose my little sis", Danish tersengih. Dia tahu Damia tidak suka jika panggil dia budak kecil.
"Hello, I am not a little sis anymore", Damia menjegilkan mata ke arah Danish.
"Biarlah, abang nak panggil apa pun", tak nak kalah jugak.
"Mesti la dia yang bagi, semalam dia melamar Mia, masa tu kan bang Mia ni dah la tak siap, dengan tak mandinya, baju pun cop hospital, tak romantik", sempat lagi dia komplain.
Danish cuma tersenyum, dia tahu Amierul Ashraff boleh membahagiakan Damia. Jarang dia melihat Damia bahagia seperti ini, berseri-seri saja wajahnya dihiasi senyuman manis. Semua kesukaan Damia telah diberitahunya kepada Amierul Ashraff, termasuklah cincin yang terletak di jari Damia. Adiknya itu lebih suka emas putih daripada emas biasa, memang tepat pilihan Amierul Ashraff.
"Dah jom masuk, dah bau ayam dah ni", Danish menarik tangan Damia masuk ke dalam rumah.
Mereka berdua berpimpinan masuk ke dalam rumah, begitulah rapatnya hubungan mereka dua beradik. Walaupun sering bergaduh dan salah faham, tetapi dalam sesuatu hal mereka akan bersatu. Kedengaran suara Amierul Ashraff dan Datuk Saiful sedang rancak berbual. Damia turut menyertai mereka, dia mengajak Danish sekali tetapi abangnya itu masih berjauh hati dengan Datuk Saiful.
"Pa, Mia nak cakap sikit boleh", Damia bertanya lembut. Dia mengambil tempat di sebelah papanya. Amierul Ashraff pula sudah tersengih-sengih, pasti dia fikir Damia ingin memberitahu Datuk Saiful tentang lamarannya kelmarin.
"Apa dia sayang", Datuk Saiful mengusap kepala Damia.
"Papa jangan la marah abang lagi, kesian dia lagipun bukannya salah dia seratus peratus, kalau nak diikutkan Acap ni pun salah juga, Mia tengok abang tu monyok je, semua orang tak pedulikan dia, macam la dia buat salah yang besar sangat sampai tak boleh nak dimaafkan. Pa, sedangkan nabi pun boleh ampunkan umatnya, Allah pun boleh menerima taubat hambanya, inikan lagi kita manusia biasa. Papa maafkanlah abang Ash ye, Mia sendiri pun tak marahkan abang tu."Kata tadi nak cakap sikit aje. Datuk Saiful tersenyum, dia tahu Damia sayang sangat dekat Danish, apa pun kesalahan yang abang dia buat, pasti akan dibelanya.
"Mana ada papa marah dia, dia tu aje yang jauhkan diri, papa nak buat macam mana lagi, pergi la panggil abang kamu tu".
"Betul ke pa?", Damia teruja. Datuk Saiful mengangguk.
Damia bergegas menarik tangan abangnya supaya menyertai mereka. Mulanya Danish menolak, tetapi setelah dipujuk oleh Damia, akhirnya Danish mengalah juga.
"Pandai ye kamu mengadu dekat Mia", Datuk Saiful bersuara sebaik sahaja Danish melabuhkan punggungnya di sebelah Amierul Ashraff.
"Mana ada orang mengadu apa-apa", Danish membela dirinya.
"Papa mana ada marah kamu, kamu yang jauhkan diri dari papa kan", Datuk Saiful melirik ke arah anak lelaki tunggalnya. Dah macam perempuan dah, duduk pun kepit, suara pun lembut aje.
Perlahan-lahan Danish mengangkat kepalanya memandang Datuk Saiful. Datuk Saiful tersenyum memandang Danish, dia memanggil Danish supaya duduk disebelahnya.
"Betul papa tak marah orang", Danish senyum.
Datuk Saiful mengangguk. Pantas Danish memeluk papanya, dia memandang adiknya, Damia tersenyum manis. Damia bersyukur sangat, papa dan abangnya tidak bermasam muka.
"Dah tak mau masam lagi muka tu, Fatin tau ni, lari pulak bakal menantu papa tu nanti."Danish kehairanan, dia memandang sekilas adiknya yang sudah tersengih-sengih, taulah dia pembawa mulut. Memang tak reti nak simpan rahsia langsung. Damia sudah pun berura-ura nak bangun, dia berjalan terjengket-jengket dan cabut....!!.
"Kau sini nak lari mana", Danish mengejar adiknya.
Danish memeluk Damia dari belakang, terkekek-kekek Damia ketawa digeletek Danish, Amierul Ashraff tersenyum melihat kemesraan Damia dan Danish. Bilalah aku boleh geletek dia macam tu, tak sabar betul rasa macam nak nikah esok aje,bisik nafsu lelakinya. Datuk Saiful memandang Amierul Ashraff pelik, matanya tak lepas memandang Damia atas bawah. Taulah dia apa yang berada di fikiran anak muda itu. Datuk Saiful menepuk bahu Amierul Ashraff. Tersentak lamunannya, alamak kantoi la pulak, dia perasan ke aku menelek anak dia. Amierul Ashraff menelan liur.
"Sabar la", Datuk Saiful tersenyum.
"Uncle kita capatkan ajelah pernikahan tu", Datuk Saiful sudah mengagak permintaan itu, dia tidak kisah, tetapi dia takut Damia tidak bersedia lagi, maklumlah umur baru nak masuk 20 tahun.
"Tanya la dia dulu uncle no probelem".
"Dia dah setuju", pantas dia menjawab.
"Express sungguh, nanti la uncle bincang dengan semua dulu".
Amierul Ashraff menarik nafas lega, tidak sabar rasanya nak menunggu tarikh keramat itu. Dia akan berusaha untuk menjadi suami dan bapa yang baik. Dan dia akan membimbing isterinya supaya menjadi isteri yang soleha. Tercungap-cungap Damia masuk ke dalam rumah, Danish pula sudah mengambil tuala nak mandi, satu badan dah berbau.
"Dik jom mandi, badan tu abang rasa dah berdaki, mai sini abang nak gosok", selamba aje. Walaupun masing-masing sudah besar, tetapi mereka masih seperti budak kecil, masih lagi mandi bersama tetapi pintu dibuka.
"Gila la abang ni, macam mana nak mandi, ramai orang la, kalau dekat rumah kita tak apalah, ni Acap pun ada, takkan la nak bagi dia tengok badan Mia pulak.", Damia menampar bahu abangnya.
"Ek, tak boleh la ni, apa salahnya".
"Dah tak payah nak merepek dekat sini, pergi la mandi".
Damia keluar pergi ke rumah Amira, dia mahu membuka tudungnya, di sana line clear, kalau di rumah toknya, Amierul Ashraff suka berkeliaran. Hari ni, panas sungguh kering tekaknya, dia masuk ke dalam rumah Amira setelah memberi salam, terus dia ke dapur mencari air, dah macam rumah sendiri aje.
"Hoi!", sergah Amira dari belakang. Habis tersembur air yang diminum Damia tadi. Dia fikir Amira pergi berdating dengan 'atok'. Damia mengurut dadanya, nasib baik la tak pengsan lagi sekali kalau tak ni 'goal' la jawabnya. Damia menjeling tajam sepupunya itu, dia ni memang nak kena ceramah dengan aku, suka sangat la nak tengok aku ni masuk hospital. Mana tak sukanya, dapat tengok doktor yang kacak hari-hari, siapa pun tak ingat dah. Memang tergugat iman, aku sendiri pun kadang-kadang lupa diri jugak. He...He..He...
"Mengelamun siang-siang hari".
"Sibuk la kau, suka hati aku la, aku ingat kau tak ada dekat rumah, aku bagi salam tak menyahut aku pun masuk aje la, selalunya kau pergi jumpa 'atok' tu, ni apa mimpi duk kat rumah pulak, demam la ni", Damia meletakkan belakang tangannya di dahi Amira.
"Tak demam pun, ke kau dah sangkut dekat doktor yang merawat aku tu",sambungnya lagi.
"Dia mulalah tu nak meraban, tapi kan betul jugak cakap hang, doktor tu kacak betul, lupa sat aku ni tunang orang", Amira tersengih.
"Aku dah agak dah, kau ni bukan boleh percaya sangat, tapi bukan kau aje aku pun tergugat jugak". Damia tersengih. Semalam ayat macam tak nak ingat lelaki lain dah. Ni dia pulak la yang lebih.
"Cakap orang dia pun dua kali lima sepuluh jugak". Akhirnya terburai jugak ketawa mereka. Bila dah gelak tu, tak tau la bila nak berhenti.
Perangai ini ajelah yang Amierul Ashraff tidak tahu lagi, kalau dia tahu ni, mesti lagi pening kepalanya. Kalau dua-dua bersanding satu pelamin, habis la, memang hilang seri pengantinnya. Damia sudah pun membuka tudungnya, malam ini dia akan tidur di rumah Amira kerana dia mahu membasuh rambutnya yang dah berbau masam. Dia tidak betah jika tidak membasuh dua hari rambutnya. Selalunya selang sehari dia akan membasuh rambutnya. Ni gara-gara masuk hospital la ni, habis gatal kulit kepala aku.
Elok dia bersembang dengan Amira, kedengaran bunyi motor, mereka fikir pak ngah Zam yang balik, mereka buat tidak tahu ajelah. Mereka memandang ke belakang.
"Mak......!", serentak mereka berdua menjerit. Mau taknya, bukan pak ngah Zam, tapi 'atok' kesayangan Amira yang datang, sekurang-kurangnya bagi la salam, ni main terjah aje. Kelam kabut Amira masuk ke dalam biliknya untuk mengambil tudung. Damia menyarung tudungnya, nasib baik la dia tidak mencampak tudungnya. Dengan muka tak bersalahnya, 'atok' duduk di tempat Amira tadi.
"Setahu aku la kan, orang islam ni, kalau nak masuk sesuatu tempat kena bagi salam, walaupun rumah sendiri". Ambik kena sebijik!. Pergi belajar kursus bercakap dulu kalau nak lawan cakap dengan tuan Puteri kita ni.
"Mia cakap dengan abang ke?".
Abang!, uwekk, memang tak la aku nak panggil dia ni abang, umur kau tu layak panggil atok aje tau tak, tak ingin aku nak panggil kau abang, dengan tunang kau boleh kau menang dengan aku jangan harap. Lagi satu, aku pun tak taulah dia ni bendul tahap apa, dah sah-sah dia seorang saja ada dengan aku, takkanlah aku ni gila nak cakap dengan peti ais, dia ni tak ada perasaan ke, takkan tak terasa sikit pun.
"Tak la aku cakap dengan helmet kau tu, tak ada function cakap dengan kau, ni kau dengar aku nak cakap, sebagai sesama muslim la kan aku nak nasihat kau ni, lain kali kalau nak masuk rumah ni, bagi salam, paling kurang pun ketuk dulu pintu tu, apa kalau ketuk pintu tu patah ke semua jari-jari kau, Mira cerita dekat aku, kudrat kau kuat sangat, takkan nak ketuk pintu pun tak boleh, tak pasal-pasal kitaorang ni dah tunjuk salah satu aurat kami, dan lagi satu kalau kau nak suruh aku panggil kau abang jangan mimpi la, panggil atok boleh". Fuhh!!.. pedas betul bahasa, depan tunang sendiri, 'kau' pun jarang keluar. Memang panas la telinga abang Wira tu.
Abang Wira tidak terasa hati dengan bahasa Damia, dia sudah biasa kena macam tu, sejak dia kenal dengan Amira dia sudah lali dengan Damia yang tidak pernah suka akan dirinya. Kadang-kadang macam jantan pun ada perangai Damia ni, tapi sesekali tu, macam perempuan melayu terakhir. Dia jadi perempuan melayu terakhir bila dengan Amierul Ashraff aje. Abang Wira dengan Amira bersembang di buaian luar rumah.
"Ha aku nak mandi jangan duk buat benda yang bukan-bukan, aku dapat tau, kau aku sembelih faham atok", sempat lagi tu. Damia baru teringat shampoonya ada di dalam beg. Aduh dah nak kena patah balik pulak, hish malasnya.
Lemah longlai Damia berjalan pergi ke rumah toknya. Cepat-cepat dia mengambil apa yang patut, badannya pun sudah terasa melekit.
"La tak mandi lagi sayang abang ni", tegur Amierul Ashraff.
Alahai, kenapa la jumpa dia dekat sini pulak, kalau dah jumpa dia ni bukan nak reti lepaskan aku, suruh jadi peneman dia nak berborak. Damai memberikan senyuman kepada Amierul Ashraff.
"Ada nampak gaya dah mandi ke, honey malam nanti la kita sembang boleh, orang nak balik dululah". Damia sudah menyarung seliparnya.
"Eh!, nak balik mana ni kan rumah Mia", berkerut dahi Amierul Ashraff.
Ni lagi seorang, aku cakap bengap nanti tunang sendiri, takkan la aku nak dedahkan semuanya nak bagi dia tengok, memang something wrong betul.
"Kakanda ku sayang, adinda nak pergi ke rumah Amira nak mandi dan buat apa yang patut dekat sana, sebabnya kaum Adam tiada di sana, ada faham!", kan dah keluar bahasa ibunda dia.
Amierul Ashraff ketawa kecil, geli hatinya mendengar bahasa yang dipakai Damia, dia tidak sempat cakap apa-apa, Damia sudah berlalu. Biarlah mungkin dia penat tu, pujuk hatinya. Sampai di rumah Amira, Damia menjeling ke arah merpati dua tak berapa nak sejoli tu, sebelum dia meneruskan niatnya untuk membersihkan badan.
Terasa segar seluruh tubuh badannya, selepas mandi. Damai menjenguk sedikit kepalanya keluar, nak memastikan 'atok' dah balik. Fuhh! lega mamat tu dah balik bebas sikit pergerakan aku, tak adalah nak sorok-sorok, memang menyemakkan kepala otak aku betul. Serabut...Serabut. Damia menggelengkan kepalanya. Dia menyikat rambutnya yang sudah paras punggung. Kerana itu dia rimas bila kepalanya ditutup sangat. Damia keluar dari bilik tanpa memakai tudung. Dia memakai baju tidur Spongebob berwarna merah jambu. Comel sungguh.
Damia menghayun perlahan buaian itu, beralun rambutnya ditiup angin. Harum bau rambutnya, tanpa dia sedar Amierul Ashraff sudah berada di belakangnya. Berkocak naluri kelakiannya bila rambut Damia mengenai wajahnya. Acap tak baik kau pandang bukan muhrim kau lama-lama berdosa, bisik hati baiknya. Acap ayam segar dah ada depan mata apa lagi ni la peluangnya, sangkal kata hati jahatnya pula. Mengucap Acap, ingat tuhan. Astagfirullah.... pantas Amierul Ashraff meraup mukanya.
Dia mengambil tempat di sebelah Damia. Apa lagi terkejut kera la minah tu. Dia ni memang betul, berdosa aku asyik bagi dia tengok rambut aku aje, dengan Amira aku pandai nasihat, aku sendiri pun tak betul. Tapi nak buat macam mana, dia ni main datang tak bagi amaran bahaya macam mana aku nak buat, bila nasihat sikit cakap aku tak sayang dia pening betul  la aku macam ni.
"Comel nye dia ni, geram betul la abang tengok", Amierul Ashraff mencubit pipi Damia.
Dia ni memang macam ni nak mengambil hati orang cukup pandai, nak pujuk aku la tu. Tapi kalau dia tak cakap aku ni comel pun aku dah tau yang aku memang comel. Tak semena-mena dia tersengih sendirian. Biasalah day dreaming. "Ni kenapa pulak sengih sorang-sorang, rindu dekat abang ke, kan abang dah ada sini". Ni lagi seorang suka berangan, kenalah perangai diaorang ni. Amierul Ashraff leka memandang wajah Damia. Amierul Ashraff meletakkan kepalanya dibahu Damia. Tersentak Damia dengan kelakuan Amierul Ashraff.
Dia ni kenapa, gatal semacam aje aku tengok, sebelum ni tak ada macam ni pun, tetapi Damia biarkan saja perlakuan Amierul Ashraff itu. Mungkin dia ada masalah, fikir Damia.
"Honey ada masalah ke, cerita la dekat orang?, jangan la macam ni, pendam seorang-seorang", Damia menggosok-gosok kepala Amierul Ashraff.
Ni la yang membuat Amierul Ashraff tidak teragak-agak mengambil Damia sebagai isteri. Damia seorang sahaja la yang memahami dirinya, Damia sering berada di sampingnya di saatnya dilanda keresahan, dan masalah, Damia la yang sentiasa memberinya dorongan dan semangat. Maklumlah bekas Pembimbing Rakan Sebaya sekolah. Amierul Ashraff mendongak memandang Damia dan tersenyum.
"Bila kita nak kahwin?", tercetus soalan itu di bibir Amierul Ashraff.
Damia tergelak kecil, entah kenapa dia terasa lucu benar mendengar soalan itu, dia tidak mengambil serius pun jika hal ini dibangkitkan Amierul Ashraff, kerana Amierul Ashraff suka bermain dengan kata-kata.
"I'm serious!", sedikit tinggi suara Amierul Ashraff. Damia memandang Amierul Ashraff, mencari kebenaran kata-kata Amierul Ashraff di situ. Damia mengusap lembut wajah Amierul Ashraff.
"Macam ni la, malam ni, kita berkumpul berbincang sama-sama, biar papa dengan mama yang buat keputusan, Mia ikut aje, kalau suruh Mia kahwin esok pun Mia setuju ye?, lembut suara Damia bercakap dengan tunangnya.
Amierul Ashraff mengambil tangan Damia dan dibawa ke bibirnya. Terkedu Damia dengan perlakuan Amierul Ashraff itulah kali pertama insan yang bernama lelaki membuat seperti itu. Damia menarik lembut tangannya,tidak manis jika dipandang tetangga. Walaupun mereka sudah bertunang tetapi mereka tetap tidak mempunyai ikatan yang sah.
Amierul Ashraff tidak terasa hati dengan perlakuan Damia, dia sendiri sedar akan ikatan mereka. Hari sudah hampir menginjak ke malam, mereka berdua berjalan seiringan. Damia malas mahu menyarung tudungnya, sudah banyak kali mereka berdua tanpa Damia memakai tudung. Tetapi bukan salahnya, Amierul Ashraff yang suka membuat kejutan. Amierul Ashraff berjemaah bersama-sama keluarganya, dia juga menjadi imam. Asyik Damia mendengar alunan ayat al-quran yang di baca Amierul Ashraff, ternyata merdu suaranya. Sementara menunggu mereka habis solat, Damia dan Amira menyediakan makan malam, yang pastinya semua masakan itu hasil daripada air tangan Damia.
Amirul Ashraff tersenyum ke arah Damia yang sedang menyendukkan nasi ke dalam pinggannya. Merona merah muka Damia bila mata mereka bersatu. Cepat Damia melarikan matanya ke arah lain, tidak sanggup memandang mata Amierul Ashraff lama-lama nanti dia akan jadi ais yang lebur. Amierul Ashraff memerhati segala tingkah laku Damia di meja makan, mula dia makan sampai la dia basuh pinggan. Perlahan saja Damia mengunyah makanan. Amierul Ashraff tersenyum sendirian. Setelah selesai makan, mereka berkumpul di ruang tamu rumah. Damia mengambil tempat di sebelah abangnya.
"Papa nak bincang sikit ni!", Datuk Saiful bersuara memecahkan kesunyian malam.
"Nak bincang apa pa?", soal Danish.
"Pasal adik kamu dengan Amierul ni ha, papa ingat nak cepatkan pernikahan diaorang macam mana kamu semua bersetuju tak?".
Danish dan Amira terkejut dengan keputusan Datuk Saiful. Mereka berdua memandang Amierul Ashraff yang sedang tersengih-sengih. Memang mereka sudah agak ini pasti kerja Amierul Ashraff yang tidak sabar, dulu tak nak sangat, sekarang terhegeh-hegeh pulak. Danish memandang Damia pula.
Damia menjongket bahunya.
Danish menggaru-garu dagunya, dia sebenarnya tidak kesah, janji adiknya bahagia saja, tetapi kalau Damia berkahwin, dia juga kenalah merisik Fatin cepat-cepat kerana mereka mahu mengadakan majlis bersama-sama termasuklah dengan Amira sekali.
"Macam mana, Ash kamu macam mana, bilanya nak merisik Fatin tu?, Mira bila nak suruh hero kamu tu melamar kamu, nanti kita buat tiga sekali baru la bertambah meriah".
Semua sudah terangguk-angguk, tanda setuju. Lega hati Amierul Ashraff dengan penerimaan semua orang. Dia tidak sangka senang sungguh mahu mengambil hati keluarga Damia, dia bersyukur sangat, walaupun dia telah banyak melukakan hati Damia tetapi keluarganya tetap mahu menerima kehadirannya di dalam keluarga itu.
"Papa dengan mama pergi la merisik Fatin lepas kita balik KL nanti, Ash pun dah tak sabar dah ni". Danish tersengih, Damia menampar peha Danish. Beradoi jugak la.
"Mira pulak esok Mira inform dekat dia, tapi conferm dia setuju punya, dia pun dah lama dah ajak kahwin cuma Mira aje nak tunggu Mia ni".
"Senang la kalau macam tu. So, persiapannya dah kena start from now, because majlis nikah dan sanding akan bermula sebulan dari sekarang". Amierul Ashraff mengangkat ibu jarinya.
"Hoooreyyyy!!!!", Amierul Ashraff menjerit, terlupa sudah yang dia berada di rumah orang.
Pipi Damia mula kelihatan merah, dia malu sebenarnya, malu mahu menjadi isteri Amierul Ashraff, sebenarnya dia tidak bersedia lagi mahu berkongsi segala-galanya bersama tunangnya itu. Tetapi dia akan cuba untuk menjadi isteri yang terbaik untuk Amierul Ashraff. Akhirnya setelah sekian lama dan berkat kesabarannya dapat juga dia merasa kasih sayang dan cinta insan yang sangat disayanginya. Dia bahagia hari ini kerana melihat senyuman bahagia Amierul Ashraff, sungguh dia benar-benar bahagia. Lama dia merenung Amierul Ashraff sampaikan tunangya itu melambai-lambai di hadapannya pun tidak berkelip matanya.
"Sayang", fuhh! lembut betul panggilan. Bila dah panggil macam tu baru la nak tersedar gatal betul minah seorang ni. Siapa la yang tak cair bila di panggil sebegitu. Damia membalas senyum Amierul Ashraff.
Amira sudah menarik tangan Damia kerana dia sudah mengantuk. Jarum jam juga sudah mencecah angka sebelas malam. Bila ditinggalkan nanti memang tak balik la budak Damia ni, penakut sangat lagi-lagi bila malam macam ni. Amira pun  tidak tahu apalah yang Damia tunggu lagi, nak bersembang dengan Amierul Ashraff pun esok kan masih ada ni tak, ada telefon pun boleh guna nak call, pelik Amira dengan pasangan ini.
"Dah la tu, esok kita bincang lagi ye kesian abang tengok Mira tu terlentok-lentok dah mengantuk sangat dah tu, dah sampai rumah nanti call abang tau". Pesan macam la rumah tu jauh sebatu padahal sepuluh tapak dah sampai. Risau tak bertempat.
"Jom balik, kecoh la kau ni, aku nak beramah mesra sekejap pun tak boleh", Damia menarik tangan Amira. Sebaik sahaja sampai dirumah terus Damia menelefon tunangnya itu. Tak sabar-sabar dah, macam la esok tak boleh jumpa dah. Memang tidur lena la Tuan Puteri seorang ni, mesti mimpi tengah bernikah. Damia tidur sambil memeluk Mr.Ted kesayangannya itu. Persis seperti keanak-anakkan.




PAGI-PAGI lagi Amira sudah menelefon Abang Wira suruh datang kerumah berjumpa dengannya. Damia yang baru sahaja bangun tidur terkejut melihat Abang Wira sedang bersarapan bersama Amira. Hampeh betul la mamat ni, spoil kan mood aku aje, dah la aku tak mandi lagi ni, apalah masalah dia ni datang rumah orang pagi-pagi buta. Damia mengambil pengepit rambutnya dia rimas jika dilepaskan saja. Baru saja Damia nak menyediakan sarapan telefonnya berbunyi. Apa lagi macam ribut la dia lari masuk ke dalam bilik, tertera la nama Amierul Ashraff di situ.
"Sayang abang ni dah bangun ke?", ceria suara Amierul Ashraff menyapa telinga Damia. Moodnya telah kembali sebaik sahaja mendengar suara Amierul Ashraff.
"Dah baru bangun je bangun, abang dah sarapan ke belum ni?", lembut suara Damia bertanya.
"Belum lagi la sayang..". Amierul Ashraff merengek manja.
"Lagi sepuluh minit abang datang sini tau, Mia buatkan sarapan special for you okey!".
"Okey sekarang jugak abang pergi sana, wait for me, lagi satu abang tau Mia tak mandi lagi kan, abang mandikan nak tak", nakal suaranya.
"Tak payah nak mengada la, dah sah nanti baru boleh nak mandi bersama seharian pun boleh". Damia menekup mulutnya, dia terlepas cakap, ala malunya!!.
"Betul ni, okey I will remember your words until our first night", romantik suara Amierul Ashraff seakan mahu menggoda Damia.
Meremang bulu roma Damia mendengar suara Amierul Ashraff menggoda habis. Damia beristigfar dalam hati, dia akui dia terbuai mendengar suara itu. Damia meminta izin Amierul Ashraff untuk mandi. Damia memakai blouse dan jeans tidak memakai tudung, Amira juga tidak memakai tudung biarlah, lagi sebulan saja lagi mereka akan mendirikan rumah tangga. Damia meletakkan jari telunjuknya di dagu memikirkan apa la yang nak dibuat untuk sarapan tunangnya. Damia membuka peti ais semua ada, dia melihat periuk pulak ada nasi ke tak, okey selesai masalahnya dia akan membuat nasi goreng untuk Amierul Ashraff.
"Kak Mia buat nasi goreng la, angah Kak Mia buat nasi goreng", jerit Syakira adik bongsu Amira. Dia sudah maklum, kalau dia balik kampung aja, tugasnya masak nasi goreng aja untuk Angah dan Syakira, nasib baik la dia masak lebih.
"Pi ambil pinggan, mai kak nak buh nasi goreng, nak banyak mana, kak tak buat banyak sikit aje". Damia meletakkan nasi goreng yang masih panas ke dalam pinggan Syakira.
"Angah nak jugak", Angah menghulurkan pinggannya. Damia tersenyum dia menyedokkan untuk Angah pula, yang tinggal cukup-cukup untuk Amierul Ashraff saja.
"Sedap nya bau, laku nasi goreng sayang abang ni masak, cepat abang pun dah lapar dah ni", Amierul Ashraff duduk bersama-sama dengan Syakira dan Angah. Pandai dia melayan budak-budak tu. Damia membawa nasi goreng bersama dengan air kegemaran Amierul Ashraff milo panas.
Amierul Ashraff memandang Damia, berpeluh muka tunangnya itu. Amierul Ashraff mencapai tisu yang di atas meja, dilapkan muka tunangnya itu, lembut aje, kesian berpeluh-peluh. Damia memgambil tisu dari tangan Amierul Ashraff, berkerut dahi Amierul Ashraff hairan, Damia memberi isyarat mata yang ada budak di situ. Amierul Ashraff mengangguk, pantas tangannya menyuap nasi goreng Damia.
"Masinnya", keluar suara Amierul Ashraff.
"Mana ada, abang ni tipu la, kak Damai masak sedap la!", bantah Syakira.
"Tak pe la Kira, abang ni tak sayang kak Mia, tu yang dia cakap macam tu, kak Mia pun dah rasa sikit tadi, mulut dia tu kut yang masin, cakap kak Mia punya nasi goreng masin pulak, kecik hati kak Mia Kira, sampai hati abang tu cakap macam tu tapi tak betul pun", sedih suara Damia, air matanya bergenang. Penat dia masak semata-mata nak bagi Amierul Ashraff kenyang, bukan nak puji, mengutuk lagi ada.
Damia berlari masuk ke dalam bilik, dia berjauh hati dengan Amierul Ashraff. Laju saja air matanya keluar.
"Abang ni tak baik cakap macam tu, kak Mia masak sedap tau, tengok kak Mia dah nangis, ni semua abang punya pasal, bagi tau Pak Su",  petah Syakira bercakap.
Terkedu Amierul Ashraff, niatnya hanya mahu bergurau, tidak dia nafikan memang masakan Damia sedap tiada kurangnya, tidak tahu pulak Damia terasa hati dengan kata-katanya. Dia masuk ke bilik Damia, mahu memujuk.
  "Sayang abang minta maaf ye, abang nak bergurau aje tak ada niat pun", Amierul Ashraff mengusap bahu Damia.
"Mia dah la jangan macam ni, sumpah abang memang tak ada niat langsung just for joking", beria-ria Amierul Ashraff menyatakan sebenarnya.
"Okey, just forget it, Mia pun tak tau kenapa Mia emosional sangat hari ni, sorry tau, Mia tau abang nak bergurau aje", Damia menatap wajah Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff mengesat air mata Damia yang masih tersisa di pipinya. Damia tersenyum manis ke arah Amierul Ashraff. Dia menarik tangan Amierul Ashraff keluar dari biliknya. Nanti tak pasal-pasal kahwin free aje. Mereka berpegangan tangan keluar dari bilik, erat pegangan tangan Amierul Ashraff memegang tangan Damia, tanda yang Damia hanya milik dia seorang sahaja. Damia pula berasa selamat jika berada di samping Amierul Ashraff. Mereka bercadang mahu ke pekan melihat keperluan perkahwinan mereka.
Damia mahu warna tema perkahwinan mereka warna merah hitam. Konsepnya pula winter dan dalam taman. Sudah lama Damia berangan mahu majlis seperti itu dari dia remaja lagi. Dia benar-benar berharap yang Amierul Ashraff mengambilnya sebagai teman hidupnya dengan ikhlas.
Mereka berempat keluar pergi ke Taiping untuk membeli barang-barang untuk majlis mereka nanti. Amira dan atok tu biasa la berkepit berdua menyampah pulak Damia melihat. Dah la tua tapi selera muda betul kalau tak silapnya jarak umur antara Mira dan tunangnya lebih kurang dalam 14 tahun. Jauh tu macam anak dengan bapak. Tengok macam aku sebaya aje apa tu kata orang 'loving couple'. He..he..he.
Satu-satu kedai Damia masuk tapi satu pun dia tak berkenan. Amierul Ashraff sudah pun kepenatan mengikut Damia. Amierul Ashraff duduk sebentar di bangku yang disediakan di kaki lima itu. Kakinya sudah lenguh-lenguh, Amierul Ashraff mengurut-urut kakinya, sambil memandang Damia yang masih berdiri.
"Yang...., abang penat la jom balik, esok kita sambung cari lagi boleh?".
Peluh sudah membasahi baju Amierul Ashraff. Dari pagi tadi mereka keluar sampai petang ni, satu barang aje yang mereka beli iaitu cincin. Tu pun jenuh si Damia ni memilih, pening Amierul Ashraff. Sepanjang jalan mulut Damia tak berhenti bercakap, terpaksalah Amierul Ashraff menjadi pendengar setia ' radio murai.fm ni.'
Damia memandang Amierul Ashraff. Dia menganbil tempat di sebelah tunangnya itu.
Kesian pula dia melihat Amierul Ashraff berpeluh-peluh. Kalau diikutkan dia masih belum puas meronda, tapi kesian melihat Amierul Ashraff yang sudah kepenatan. Damia memandang Amierul Ashraff lalu tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Amierul Ashraff mengusap lembut pipi Damia sebelum mencubitnya.
"Auwwww....", terjerit Damia. Mula la muncung sedepa dia keluar.
Bukan sengaja Amierul Ashraff mencubit pipi comel Damia itu. Tetapi dia mahu menghilangkan getaran jiwanya, dia terpana melihat Damia senyum sebegitu, terasa mahu saja dia mencium pipi itu. Baru sekarang dia perasan semua tu. Amierul Ashraff mengenyit matanya kepada Damia.
Ish..dia ni main kenyit mata pulak, pandai betul nak memujuk aku, tau saja yang aku ni cepat cair bila dia buat macam tu. Geram pulak aku tengok dia ni, mana la aku tak angau dengan dia ni, dah la hensem, romantik pulak tu. He..he..he.
"Ni kenapa senyum sorang-sorang ni, Mia gile ek..".
"Memang Mia gile pun,  Mia gilekan abang la", Damia mengerdipkan matanya.
Gatal jugak minah ni. Damia senang bila Amierul Ashraff melayannya, dia suka cara Amierul Ashraff mengambil hatinya. Senang cerita, dia suka semua tentang Amierul Ashraff. 'The only man in my life', speaking la pulak.
Mereka berdua beriringan pergi ke restoran tidak jauh dari mereka duduk sebentar tadi. Amierul Ashraff yang mengajak Damia, dia mahu minum air terasa haus pulak tekaknya. Amierul Ashraff dan Damia memesan air limau ais. Salah satu minuman kegemarannya.
"Mia, abang nak tanya sikit boleh?", Amierul Ashraff mamandang Damia yang berada di sebelahnya.
"Sejak bila pulak la abang ni pandai minta kebenaran Mia sebelum bertanya, selalunya main terjah aje". Damia tersenyum.
"Ala, cepat la benda ni serius, sebab tu la abang nk tanya Mia boleh ke tak?".
"Erm...tanya la..". Damia mencicip sedikit minuman yang dihantar oleh pelayan sebentar tadi.
"Mia tak pernah ke putus asa menunggu abang?, sebelum ni betul ke Mia tak ada pakwe?".
Berkerut dahi Damia mendengar soalan Ameirul Ashraff. Tetapi dia mahu berterus-terang dia tidak mahu kerana ni, hubungan mereka jadi masalah.
"Pernah, Mia pernah putus asa tunggu abang macam orang bodoh, padahal abang tak pernah pun ambil peduli walaupun Mia pernah terus-terang dekat abang perasaan Mia dekat abang, Mia ingat lagi masa Mia suruh abang menjauhi Mia sebab Mia nak lupakan abang, sebab kalau abang masih nak berkawan dengan Mia, memang sampai mati pun Mia takkan lupakan abang". Damia berhenti sekejap. Dia melihat Amierul Ashraff sudah muram mukanya.
"Hanya tiga patah perkataan ni abang ucap dekat Mia masa tu, 'ok aku faham', masa tu Mia menangis sepuas-puasnya, Mia sakit hati sangat, Mia ingat abang nak bagi semangat rupanya itu sahaja yang abang cakap dekat Mia, masa tu jugak Mia dah ada seorang yang berjaya buat Mia lupakan abang, tapi tidak berjaya buang sayang Mia pada abang, Mia dengan dia tak lama, lepas tu dia hilangkan diri macam tu aje, sampai sekarang Mia tak dengar kabar berita dari dia, sampai lah abang datang balik dalam hidup Mia, Mia bahagia sangat,"sambung Damia.
"Mia tak rindu ke dekat dia", perlahan suara Amierul Ashraff bertanya.
"Nak buat apa rindu dekat dia, baik rindu dekat abang lagi bagus".
Lega Amierul Ashraff dengan jawapan yang diberikan oleh Damia. Sangkanya Damia masih rindu dan sayang pada kekasih lamanya.
"Mia, abang minta maaf sangat-sangat". Amierul Ashraff mengenggam tangan Damia. Dingin saja tangan itu.
"Sayang, yang tu dah lepas kan, sekarang ni Mia hanya milik abang seorang saja, hati Mia tak boleh bagi dekat orang lain dah". Damia meletakkan tangannya di atas tangan Amierul Ashraff dan dia memberikan senyuman yang manis kepada Amierul Ashraff.
"Terima kasih sayang, abang janji akan bahagiakan Mia dan takkan sekai-kali tinggalkan Mia melainkan maut yang akan memisahkan kita."
Damia mengangguk-angguk bersetuju dengan kata-kata Amirul Ashraff.

2 comments:

  1. sama nama watak dalam citer ria...Damia....hihihihi okla....

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...nice story, tp klo bleh jrakkan antara ayat tu rapat sgt..susah sikit nk bce...hehe..bleh dtg blog sye gak http://dila-lamanhatiku.blogspot.com/

    ReplyDelete