Follow by Email

Friday, 25 November 2011

bab 2

Amierul Ashraff termenung sendirian di balkoni biliknya. Sejak dua minggu ni hatinya resah tidak keruan. Baring tak kena, duduk tak kena semua serba tak kena. Masih terngiang-ngiang kata-kata Damia tempoh hari, sampai kini Amierul Ashraff masih berfikir kenapa Damia mengalirkan air mata. Satu lagi kemuskilannya sewaktu majlis kecermelangan Damia marah padanya. Akhirnya Amierul Ashraff membuat keputusan keluar untuk menghirup udara segar di tepi pantai menenangkan fikiran yang tengah berserabut di kala ini.
"Bang jom teman Mia pergi pantai", Damia mengajak Danish menemaninya.
"Ajaklah kawan-kawan kau", Danish membalas.
"Diorang semua ada hal sendiri, Atin pun ikut keluarga dia pergi bercuti.", Damia memuncungkan bibirnya.
"Ha cantik sangatlah buat muka macam tu, dah macam nenek nak beranak je abang tengok", Danish memujuk Damia.
"Ye la siapa la Mia ni, abang memang tak sayangkan Mia", Damia masih lagi dengan rajuknya.
"Ni yang aku lemah ni bab perempuan paling aku tak tahan bab merajuk, kalau merajuk mulalah nak merepek tak tentu pasal, tu baru merajuk kalau memujuk lagi aku tak boleh tahan tengah marah pun boleh sejuk", Danish kalah dengan rajuk adiknya.
"Dah la tunggu sekejap abang tukar baju, apalah dah tua pun nak merajuk lagi", sambung Danish mengetuk kepala adiknya.
Damia yang menjadi pelakon tak diiktiraf melonjak kegembiraan. Jadi jugak lokonannya tadi yang berpura-pura merajuk. Sebenarnya kalau Danish tak teman pun tak apa tapi sengaja dia memaksa kerana sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama abangnya.
Penampilannya sungguh ringkas Damia mengenakan t-shirt berlengan panjang dan jeans hitam. Tudung pula berwarna ungu yang sama dengan warna t-shirtnya. Danish pula memakai seluar pendek dan t-shirt berjenama polo.
"Jom, nah kunci adik bawak la", Danish menyuruh Damia membawa keretanya jenis
Lambhorghini berwarna hitam. Danish tahu sememangnya Damia amat menyukai sport cars.
"Betul ke bang, seronok nye" , Damia kelihatan sungguh teruja.
"Betul la, nampak muka abang ni main-main ke", Danish gembira melihat adiknya gembira. Danish tersenyum melihat gelagat Damia yang menagkap kunci yang dibalingnya.
"Ni yang buat Mia sayang abang ni", Damia mendapatkan abangnya lantas dipeluknya, Danish membalas pelukan adiknya, dalam hatinya berdoa supaya adiknya sentiasa bergembira.
Damia meleraikan pelukannya terus meluru ke kereta dan menghidupkan enjijn kereta. Damia tidak menyedari abangnya sudah berada di sebelah, dia tersengih kepada abangnya. Meluncur laju kereta yang dibawa oleh Damia, kalau macam ni la gayanya boleh ganti Schumacker dah ni.



MEREKA mengambil tempat di bawah pohon yang rendang. Damia berasa tertarik untuk melihat sepasang kekasih yang sedang asyik bercinta. Sekejap lelaki itu mencubit pipi kekasihnya, perempuannya pula menampar lembut lengan lelaki iru, bahagia sungguh saat itu. Tiba-tiba hatinya sebak memikirkan berapa lama lagi dia harus menanti untuk dicintai seseorang. Matanya sudah berkaca-kaca tetapi ditahannya, namun dia tidak kuat akhirnya tumpah juga. Danish yang mendengar esakan halus lalu dia memandang adiknya yang sedang menangis. Danish tetanya-tanya apa yang membuat adiknya sedih.
"Dik, kenapa ni, cerita la dekat abang", lembut suara Danish bertanya kepada adiknya. Damia yang tadinya tertahan-tahan tangisannya terus teresak-esak di bahu abangnya.
Danish memeluk adiknya memberi semangat.
"Mia, janganlah macam ni, abang tahu, adik abang ni kuat, tabah, abang tak tahu apa masalah Mia kalau Mia terus menangis macam ni, cuba adik cerita dekat abang", Danish terus memujuk lalu mengesat air mata adiknya yang mengalir lesu.
"Mia dah tak sanggup bang, Mia terseksa walaupun luarannya Mia nampak seorang yang ceria, riang, sentiasa tersenyum tetapi dalam hati ni Mia sakit bang, Mia tak kuat", balas Damia yang masih lagi teresak-esak.
"Mia pernah suka dekat seorang lelaki ni, masa tu Mia baru berumur 10 tahun, bila Mia pandang wajah dia, terasa lain, wajahnya terus melekat di hati Mia. Masuk umur 11 tahun, Mia sama kelas dengan dia, duduk sebelah dia, Mia seronok sangat masa tu bang, pernah sekali dia nak pinjam pemadam, dia tanya Mia tapi dia terpegang tangan Mia, Mia tarik la balik malu. Naik umur Mia 12 tahun, Mia dah mula pandai merindui dia, semakin lama semakin dalam. Ada satu malam ni, Mia bawak telefon pergi kelas tambahan, dia pegang telefon Mia bang, Mia sempat borak dengan dia. Macam-macam Mia tanya dia, kampung dia, warna kesukaan dia, semua Mia ingat. Masuk sekolah menengah, dia dah tak layan Mia, Mia ada dengar kawan-kawan Mia cakap dia dah ada yang punya, hancur hati Mia bang. Masa kejohanan olahraga kekasih dia datang tunggu dia, Mia nampak diorang bermesra laki tu tarik beg kekasih dia suruh sandar dekat badan dia, saat tu Mia rasa nak meraung je.
Satu hari tu, Mia dapat nombor dia, Mia mintak nombor kekasih dia, tapi dia tak bagi, dia cakap nanti kekasih dia cemburu. Tapi semua kesalahan dia tak memberi kesan apa-apa pun, Mia tetap cintakan dia. Mia cuba jugak lupakan dia tapi tak boleh, sampai sekarang Mia akui Mia masih mencintai dia bang. Abang bayangkan dah tujuh tahun Mia tunggu dia macam orang bodoh, kenapa dia buat Mia macam ni bang, kenapa mesti dia seksa Mia", air mataya tumpah sekali lagi.
Fahamlah  Danish, mengapa adiknya menangis dan persoalan tentang mata adiknya yang bengkak juga sudah terjawab.
"Sabarlah sayang, abang ada, abang sayangkan Mia, abang yakin Mia boleh lalui dugaan ini, abang tahu Mia kuat mungkin ada hikmah di sebalik semua ni", Danish memberi kata-kata semangat kepada Damia. Sekali lagi disekanya air mata Damia yang semakin laju mengalir.
Damia duduk di atas batu di pantai itu. Matanya asyik memandang laut biru yang luas terbentang. Tenang saja rasanya mendengar deruan ombak dengan angin yang menampar lembut pipinya. Dalam hatinya memuji kebesaran yang maha esa menciptakan laut yang boleh menenangkan hati setiap manusia yang melihatnya. Tetapi adakah hatinya boleh setenang air laut?, Damia bertanya kepada dirinya sendiri.
Tiba-tiba dia terpandangkan seorang lelaki yang sedang berjalan di persisiran pantai. Susuk tubuh badannya, cara jalannya, kecerahan kulitnya sama sungguh, tak mungkin ada orang yang sama segala-galanya. Mungkinkah dia? perasaan aku saja ni, desis hatinya.
Amierul Ashraff merasa ada orang sedang memerhatikannya, lantas dia mencari-carinya, alangkah terkejutnya, Damia juga tidak menyangka lelaki itu juga memandangnya. Saat ini mereka bertentang mata. Perasaan sebak mula menyelubungi dirinya. Seakan tidak percaya mereka boleh berjumpa di sini. Pantas Damia melarikan pandangan matanya yang tatakala ini sudah berkaca-kaca. Amierul Ashraff menghampirinya, sebaik sahaja Amierul Ashraff melabuhkan punggungnya di sebelah Damia, pantas Damia bangun tetapi tangannya dipegang oleh Amierul Ashraff.
"Let me go, what do yo want!!?", Damia merengus kasar. Air matanya ditahan agar tidak mengalir saat ini. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki itu.
"Wait, I will let you go if you tell me why you don't like me?", Amierul Ashraff meminta penjelasan.
Dia nak tahu sangat kenapa gadis ini marah sangat kepadanya, sampaikan nak melihat mukanya pun tak sudi.
"No, let me go, please I begging you", Damia masih tidak mahu memberikan penjelasan.
Air mata yang ditahan-tahan mengalir juga. Damia sudah terjelopok di atas  pasir dengan tangisan yang seakan tidak mahu berhenti. Semua mata terarah kepada mereka berdua. Mungkin di fikiran mereka pasangan kekasih sedang bergaduh.
"Hey, I don't know what I've done to you, why are you crying?", sedikit meninggi suaranya.
"You want to know, ok then I will tell you everything", Damia mengalah.
Akhirnya Damia menceritakan segalanya kepada Amierul Ashraff tiada lagi yang perlu dirahsiakan. Lagipun tak ada gunanya dia menyimpan segala-galanya sedangkan semua itu akan menyeksa jiwanya sendiri. Sesekali diseka air matanya yang mengalir lesu, perit sungguh rasanya.
Amierul Ashraff sudah terlopong mendengar cerita mengenai dirinya. Dia cuba mengingati kembali zaman persekolahannya sewaktu dia di sekolah rendah dimana Damia mengatakan bahawa seorang kawannya telah memberitahu kepadanya yang Damia menyukainya. Mindanya berputar ligat mengingati peristiwa tersebut, akhirnya berjaya juga dia mengingatinya. Sungguh dia tidak percaya bahawa yang berada di hadapannya ini adalah Damia yang dulunya badannya sedikit gempal, tetapi kini, badannya kecil tetapi berisi sedikit.
Dia mengakui dulu dia memang memilih perempuan dari segi kecantikkan, baginya kecantikkan adalah segala-galanya. Kedua-duanya diam selepas itu, merah mata Damia kerana menangis sahaja.
Danish tercari-cari di mana adiknya berada, jumpa juga rupanya Damia duduk di atas pasir tetapi yang herannya ada seorang lelaki yang cuba untuk memjelaskan sesuatu, Danish sudah tidak sedap hati. Matanya terarah kepada adiknya yang sesekali menyeka air mata. Danish berlari-lari mendapatkan adiknya.
Memang tepat sangkaanya, mata adiknya merah kerana menangis. Tetapi tidak pula ditanya tentang lelaki itu. Terlalu banyak persoalan yang berada di fikirannya , biarlah adiknya tenang dahulu baru ditanya, jika ditanya sekarang mungkin akan mengundang kesedihan lagi di hati adiknya.
Dirangkul bahu adiknya untuk bangun, wajahnya nampak sungguh sugul dan tidak bermaya. Hidungnya juga kelihatan merah, kepalanya sudah berdenyut-denyut nampaknya migrain dia datang balik lah tu. Doktor memberi nasihat jangan terlalu tertekan nanti akan memberi kesan kepada otak, tetapi semuanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Danish menghantar Damia ke kereta sebelum mendapatkan kembali lelaki tadi.
"Hai, aku Putera Danish Qayyum panggil abang Danish je, abang Damia", Danish menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan.
"Saya Amierul Ashraff panggil acap je, kawan Damia", Amierul Ashraff menyambut huluran Danish.
"Aku tak boleh lama ni, adik aku sakit kepala, sebenarnya banyak yang aku nak tanya kau, ni kad aku, dekat situ ada alamat pejabat dan nombor telefon aku, boleh aku mintak nombor kau", nombor telefon sudah pun bertukar tangan.
"Thanks, ok nanti kita jumpa assalamualaikum", Danish berlalu setelah bersalaman dengan Amierul Ashraff.
"Nak buat apa dia nak jumpa aku, nak belasah aku ke, tapi aku bukan buat apa pun, entah-entah dia bawak geng nak belasah aku, tapi mana boleh sembarangan belasah orang, aku saman dia nanti, muka dia pun serius je seram jugak aku", bisiknya sendirian.
"Buat apa abang layan dia?", Damia bertanya sebaik sahaja Danish masuk ke dalam kereta.
"La abang berkenalan je dengan dia, kan sebagai umat islam kita kena merapatkan hubungan silaturrahim", balas Danish mencuit pipi adiknya.
"Baiklah pak ustaz, bang nanti singgah farmasi tau, Mia nak beli koyok eh correction, Mia beli tapi guna duit abang la, Mia tak bawak purse masa keluar tadi", Damia senyum melentokkan kepalanya di bahu abangnya manja la tu dalam kata sebenarnya nak membodek.
"Dah agak dah, apalah Mia ni, nasib baik abang bawak wallet abang kalau tak ha makanlah penadol dekat rumah tu",Danish mengusik adiknya.
"Alah setakat makan penadol je tak ada hal, lain la kalau suruh makan barbie doll ha yang tu memang jadi hal bagi RM100 pun Mia tak nak", balas Damia bergurau.
Danish tergelak selepas Damia habis bercakap, yang peliknya beria-ia betul dia gelak, mengalahkan orang yang duduk dekat 'Rumah Bahagia' je.
“Abang ni kenapa, macam ada ciri-ciri nak jadi penghuni dekat Tanjung Rambutan je, tak lama lagi kita nak balik kampung, bolehlah daftarkan abang dekat sana”.
Selamba je ayat yang keluar dari mulutnya. Macam nak sangat abang dia jadi penghuni ‘Rumah Bahagia’ tu.
“Mia la ada ke patut nak makan barbie doll tak de kerja dan orang yang suruh makan tu pun mesti wayar dia tercabut tu pasal sengal sikit”, balas Danish.
“Ha I’ve have a good idea, why not kita sama-sama pergi Tanjung Rambutan tu Mia pun selalu sedih kan kalau Mia duduk dekat sana abang gerenti Mia tak sedih lagi, mesti bahagia je”, sambung Danish mengusik Damia. Lepas bercakap je gelak lagi entah apa yang kelakar sangat.
Damia sedikit pun tidak terasa tercuit nak ketawa, abang dia je yang lebih. Damia termenung memandang keluar yang sesak dengan kereta, menyesakkan kepala je, hari-hari sesak. Danish pula pergi membeli koyok untuk adiknya. Dia sudah faham sangat dah, kalau termenung tu jangan harap nak bergerak kalau Tsunami berlaku pun belum tentu dia nak lari.
“Nah” , Danish menghulurkan koyok kepada adiknya.
“Aik, masa bila abang turun pergi beli, ingat ke tak sampai lagi patutlah Mia rasa kereta tak bergerak”, Damia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal ‘blur’ je muka dia. Danish malas nak melayan kerenah adiknya yang kadang-kadang biul pun ada.
Mereka tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya Danish membawa Damia ke satu tempat yang boleh melepaskan segala perasaan di hati ke mana lagi kalau bukan ke pantai tapi bukan pantai yang tadi. Danish sengaja mambawa duit lebih kerana mereka akan bermalam di Port Dickson. Sengaja Danish membawa Damia ke situ kerana tempatnya sungguh damai.
“La kat mana pulak ni, rumah atas air pulak, takkan rumah kita banjir, lepas tu takkan rumah kita mengecil pulak, banyak pulak tu, magic apa pulak abang buat, oh abang ada projek dekat sini, eh tapi setahu Mia syarikat papa bukannya kendalikan rumah atas air macam ni, ish pening la kepala Mia macam ni”, banyak betul ‘pulak’ dia, nampaknya satu kepala la penuh koyok ditampalnya.
“Dah habis dah, berapa lama lagi agaknya kita nak turun, banyak bunyi betul dah-dah jom turun tolong abang angkat barang dekat bonet kereta tu”, suruh Danish.
Dengan rasa terpaksanya Damia turun dan menyambut beg yang dihulurkan oleh abangnya.
“Ish dia ni nak jual beg ke, aku rasa gaji dia dah terlebih dari cukup, takkan nak jual beg pulak”, gumamnya sendirian.
“Apa, abang tak dengar la”, Danish menggoyang-goyangkan cupung telinganya.
“Eh.., tak ada apa-apa lah kereta ni abang tak nak angkat sekali ke”, sindir Damia, geram pun ada.
Habis semua barang dalam kereta dia nak bawak kalau dia yang bawak sorang tak pe la jugak ni dengan aku sekali terlibat berat pulak tu, getus hatinya.
“Dah jom, kita masuk abang dah check in dan ni kunci bilik kita 561”, Damia yang masih dengan muka ‘blur’nya ikut saja apa kata Danish.
“Kita akan bermalam di sini, semua baju Mia ada dalam beg merah jambu tu, patung Mia pun ada dalam tu sekali, Mia tidur atas katil biar abang tidur dekat bawah, no objection”. Memang niatnya nak booking dua bilik tetapi dibatalkannya kerana risaukan keadaan adiknya. Kalau adiknya pengsan dalam bilik tu susah pulak jadi dia ambil satu bilik saja senang lagipun mereka adik beradik tak salah pun.
Damia baru nak buka mulut Danish dah potong
“Pasal mama dengan papa abang dah beritahu diorang tadi”
“Ish bukan tu la, pasal mama, papa tu Mia tak kesah sangat, yang Mia kesah pasal baju semua bila abang kemas, yang ‘kecik’ pun abang kemas jugak ke, dan bila abang letak beg dalam kereta?”, bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Damia.
"Dah habis soalannya okey first bila abang kemas, masa Mia tengah termenung dekat bawah pasal yang 'kecik' pun abang kemas jugak, second, abang masukkan beg dalam kereta masa Mia tengah seronok sangat nak bawak kereta", balas Danish. Susah dapat adik 'blur' macam ni, bisiknya sendirian.
Muka Damia jelas kemerah-merahan malu la tu apa lagi bila yang 'kecik' pun dikemas orang, walaupun abang sendiri tu la suka sangat termenung lepas teruja sangat sampaikan orang buat apa pun tak sedar.
"Dah la kau tak payah malu dengan abang, abang dah tau sangat perangai kau, okey apa aku tolong kemaskan sekurang-kurangnya aku tau jugak nak bagi hadiah apa dekat bini aku nanti", Danish bersuara bila ternampak muka Damia merah.
"Memang patut pun duduk Tanjung Rambutan ada ke nak bagi hadiah dekat bini dia 'benda' tu tah apa-apa tah abang aku ni, patutlah tak ada orang nak dekat dia tak romantik langsung, perempuan mana yang cair bila bagi benda tu, dah sah-sah makan penampar abang aku ni sedih je", Damia berkata sendirian.
"Ish kau ni, kalau bercakap jangan la berbisik-bisik cakap biar terang, baru aku faham ni tak tahu hujung pangkal".
Damia bergegas ke bilik air terasa melekit badannya, kalau dilayan dia pun boleh gila. Pancuran air hujan mendinginkan tubuh badannya. Sesekali dia bernyanyi-nyanyi lagu jiwang. Biasa la dia ni memang minah jiwang sebab tu sentimental sikit.
Semuanya dipakai di dalam bilik air. Mestilah dalam bilik air takkan nak pakai dekat luar pulak kerja gila namanya. Damia memakai pijama berwarna biru muda yang dibawa oleh abangnya.
Selesai mandi, Damia mencampakkan tuala ke muka abangnya yang sedang khusyuk memancing di beranda bilik hotel itu.
"Hoi, kau ni kan pergi la sidai tuala ni yang kau campak dekat aku nak buat apa", baran Danish jadinya.
"Pergi mandi la, dah nak habis waktu asar dah ni", balas Damia yang sudah pun menyarung telekungnya."
Danish mengerling jam tangannya ditepuk dahinya berkali-kali. Tu lah khusyuk sangat memancing tuntutan agama pun sampai terlupa nak di tunaikan.
Damia termenung memandang pemandangan yang sungguh damai. Pandai Danish memilih tempat. Damia teringat kejadian yang berlaku siang tadi. Adakah selepas ini dia akan menerima aku?, Damia bertanya kepada dirinya sendiri.
"Dik, fikirkan apa", Danish duduk bersebelahan adiknya setelah selesai melakukan solat maghrib.
"Abang rasa, patut ke Mia tunggu dia?", Damia meminta pendapat abangnya.
"Abang tak tahu la nak cakap macam mana, kalau Mia tunggu dia pun menyeksakan saja, Mia pun ada migrain kan, abang tak nak Mia sakit sebab terlalu fikirkan sangat hal ni", Danish memberikan pendapatnya.
"Siapa lelaki yang duduk atas batu siang tadi, kenapa Mia menangis masa cakap dengan dia?", Danish bersuara menanyakan tentang perkara yang berlaku siang tadi.
"Lelaki tu lah yang Mia suka, cinta,rindu, Mia menangis sebab Mia tak boleh tahan tengok muka dia, dia suruh Mia cerita kenapa Mia asyik nak jauhkan diri dari dia je, jadi Mia cerita la, mungkin dia lupa kut, sebab masa tu abang tau la kan Mia macam mana", jawab Damia setenang mungkin.
"Baguslah kalau adik dah cerita semua dekat dia, biar dia tahu sikit nak hargai perasaan orang", persoalan tentang adiknya sudah pun terjawab, tinggal dengan lelaki tu saja yang tidak selesai lagi.
Danish tidak suka kalau ada orang yang nak mainkan perasaan adiknya. Patutlah dulu dia sering melihat Damia terperap saja di dalam bilik tapi nasib baik pelajarannya tidak terganggu.Damia sudah pun terlena di bahu abangnya. Dengan penuh berhati-hati Danish mengendong Damia ke atas katil. Diselimutkan Damia hingga ke paras dada. Lena sungguh tidurnya. Moga kebahagiaan menjadi milik kau dik, doa Danish dalam hati.



TERPISAT-PISAT Damia menggosok matanya setelah cahaya matahari menyerobos masuk ke ruang biliknya. Damia mencari-cari Danish tapi tak jumpa. Damia terdengar bunyi air di bilik mandi. Mesti abang ash ni, fikirnya. Lambatnya dia ni mandi, getus hatinya.
"Abang cepatlah Mia nak mandi ni, melekit la badan, cepat la, ish mandi mengalahkan perempuan, cepat sikit lepas tu kita keluar cari sarapan perut Mia dah nyanyi lagu keroncong ni", Damia mengetuk-ngetuk pintu bilik mandi.
"La ingat ke tidur lagi, sekejap la kau ingat perut kau je nyanyi lagu keroncong perut aku ni nyanyi lagu rosak kau tau tak tersekat-sekat dia nyanyi", bergaung suara garau Danish.
"Dah tau macam tu cepat la mandi, abang ash cepat la Mia dah panas ni.
Tak reti sabar betul perempuan ni, kalau nak suruh cepat pun cakap la elok-elok ni tak ketuk pintu macam nak roboh pintu tu.


2 comments:

  1. ok beb bab 2 ni aq rasa ok sikit cuma ada kekeliruan dekat2 nak akhir bab ni tiba2 ada nama fairuz..siapa fairuz? and kalau boleh di awal bab kau kna bagitahu waktu malam atau pagi...contohnya Pagi pagi lagi amirul ashraf sudah termenung sendirian di balkoni biliknya..sebab selalu nya scene ni malam2..sebab ada perkataan baring tak kena..kalau dah pagi nak baring juga ke? so ini opinion aq tok bab ni

    ReplyDelete
  2. erm hehe..
    Fairuz tu Danish.. ak terslh taip nmenyer..

    ReplyDelete