Monday 28 November 2011

bab 8

"Sayang dah la tu bagilah Mira dulu ek, lepas tu baru sayang pulak yang nyanyi, abang tau suara Mia sedap, abang pun tak sabar nak dengar ni", aduhai lembutnya kata-kata. Seperti biasa Damia dengan senang hati mengalah.  Damia senyum memandang wajah bersih Amierul Ashraff leka dia memandang. Melebih pulak perempuan ni!. Amierul Ashraff membalas senyuman Damia. Apa lagi, makin berbunga la Si Damia ni.
Amira mendendangkan lagu jiwang, slow aje. Biasalah lah jiwa lembut, banyak kenangan akan terimbau kalau dengar lagu-lagu jiwang  ni. Kadang-kadang menangis juga Amira bila mendengar lagu itu, apatah lagi kalau lagu kesukaannya, Damia lagi lah bukan menangis saja siap meraung lagi. Damia menghayati bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh Amira. Penuh makna tersirat dan tersurat di sebalik bait-bait lirik itu.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa


Damia memejamkan matanya, kena sekali lirik lagu itu dengannya. Memang dia memerlukan cinta daripada Amierul Ashraff barulah dia terasa yang dirinya bernyawa. Damia turut bernyanyi kecil lagu itu. Lagu itu juga khas ditujukan kepada Amierul Ashraff. Damia menyuruh Amierul Ashraff menghayati lagu Sedetik Lebih, nyanyian Anuar Zain itu. Kalau dengar penyanyi asal mendendangkan lagu ni, perghhhh!!! memang boleh meleleh air mata...., buka air mata saja, air liur pun boleh meleleh sebab tergoda melihat wajah Anuar Zain yang bukan sahaja tampan malah segak dan maco sangat. Kira lelaki betul la. Amboi melebih pulak dia memuji lelaki lain, tak sedar dah tunang ada dekat sebelah.


Kasihku, ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih.... selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua
Yang dimiliki didunia asal masih
Adanya kamu.

Amierul Ashraff memandang Damia setelah habis lagu itu. Damia mengangguk-anggukkan kepalanya dan tersenyum. Amierul Ashraff berasa sebak bila mengenangkan tulusnya kasih Damia kepadanya. Lirik lagu itu, memberi kesan yang mendalam kepada Amierul Ashraff. Dia rasa bersalah yang amat sangat, pasti Damia akan menangis jika dia dengar lagu ini, lagi kuat dia berazam tidak mahu menyakiti hati Damia lagi.
Damia pula akan menyumbangkan lagu. Dia memang pakar bab-bab sumbangkan lagu ni dah expert dah, tak payah nak pergi kelas vokal segala dah semulajadi. Ceh.... bangga pulak dia ni. Damia mendendangkan lagu daripada penyanyi Elly Mazlein yang bertajuk Bunga Bakawali. Feeling habis!!. Terlentuk-lentuk kepalanya. Mula saja nyanyiannya Amirul Ashraff kagum. Merdu suaranya, dia juga dapat merasai apa yang dinyanyikan oleh Damia.


Di saat ini jiwa merintih
Teringatkanmu wahai kekasih
Setelah lama kita berjumpa
Menatap wajah bertentang mata

Aduh sayang sakitnya hatiku
Bagai dipanah duri sembilu
Apakah dosaku kau buat begitu
Diri terseksa tiap waktu
Aduh sayang...

Bakawali bunga sepi
Ditinggalkan sang kekasih
Bakawali bunga suci
Tak pernah curang dalam cinta
Biarpun hatinya sering saja menangis dan jiwanya terluka

Dulu sendiri kini sendiri
Tiada siapa yang peduli
Dulu menanti kini menanti
Dia yang dipuja-puja tiada disisi

Sesekali aku teringin jua
Untuk merasakan manisnya cinta
Namun mengapa ku tak berdaya menggapainya
Mungkin itu suratan azali.


Sampai mengalir airmata Damia menghayati lagu ini. Dia memandang Amierul Ashraff yang juga turut terusik. Bukan dia bermaksud untuk menyakiti hati tunangnya tetapi lagu ini memang lagu kegemarannya. Dia dapat melihat Amierul Ashraff mengesat air mata. Tersentuh pula hati melihatnya. Damia merapati Amierul Ashraff, dia meletakkan tangannya di paha Amierul Ashraff diusap lembut paha itu. Sebelah lagi tangannya turut mengesat airmata Amierul Ashraff.
"Honey, Mia minta maaf ek, Mia tak berniat pun nak sakitkan hati honey, tapi lagu ni memang lagu favourate Mia, Mia sayang honey sangat-sangat", ucap Damia dengan penuh keihklasan. Tersedu Damia, entah kenapa hatinya begiti terusik tatkala melihat Amierul Ashraff mengalirkan airmata. Dia ikhlas menerima dan menyanyangi lelaki itu. Sungguh dia amat mencintai lelaki yang bernama Amierul Ashraff itu.
Amierul Ashraff tersenyum mendengar ucapan Damia itu. Dia amat mengharap sangat yang Damia benar-benar menjadi jodohnya dan tiada apa-apa yang menjadi penghalang hubungan mereka. Dah jadi drama airmata la pulak. Amira turut mengalirkan airmata tetapi dia control cun kononnyalah. Danish pura-pura tidak memandang drama yang sedang dilakonkan oleh Amirul Ashraff dan Damia. Dia takut dia turut tersentuh. Maklumlah air mata lelaki terlalu mahal untuk dikeluarkan.Ceh.. ayat poyo betul.
"Sudah la tu, kita datang sini nak enjoy bukan nak touching-touching ni, tak rock la", sampuk Amira. Tapi ada kena mengena ke dengan rock!?.
Atas permintaan semua, Danish dipaksa menyumbangkan lima buah lagu. Yang tak tahan tu kelima-lima lagu itu mestilah lagu rock keras. Ni semua kerja Damia la sudahlah abangnya yang mengeluarkan duit, menyumbangkan lagu pun kena juga. Hai...... apalah nasib. Tetapi Danish tidak peduli, dia tidak akan nyanyi lagu yang boleh mengeluarkan halkum itu, dia akan nyanyi lagu slow rock. Tapi tak ada lagi la berita keluar orang nyanyi lagu rock sampai terkeluar halkum. Merepek betul la.
Damia duduk di sebelah Amierul Ashraff. Dia memaut lengan Amierul Ashraff dan melentukkan kepalanya di bahu Amirul Ashraff. Romantiknya!!. Amira turut memandang ke arah pasangan itu, dia bersyukur teramat sangat, akhirnya sepupunya itu bisa meraih bahagia dengan orang yang amat disayanginya. Dia juga amat mengharap agar mereka akan terus berkekalan sehingga ke penghujungnya.
Mereka semua bertepuk tangan setelah Danish berjaya menyumbangkan kelima-lima lagu. Damia paling kuat sekali tepukannya. Kalau Fatin ada bersama habislah Danish kena kutuk habis-habisan. Buah hati belakang kira, yang penting kritik!. Wah...! dah macam ada ciri-ciri nak jadi queen control nampaknya.
"Amacam suara abang ada macam Adam tak?, ke macam Justin Bieber?", Danish tersengih, mengangkat keningnya. Sengaja dia menyebut nama Adam penyanyi pujaan Damia, semua lagu-lagu Adam di hafal. Ada sekali tu sampai pernah berangan nak jadi girlfriend Adam. Memang boleh bagi gelaran Miss Dreaming, sesuai sangat. Sejak jadi tunangan Amirul Ashraff lagi menjadi-jadi penyakitnya. Justin Bieber pula adalah penyanyi yang paling Damia boikot, memang dia tidak suka dengannya. Damia menggelarnya 'bibir' suka-suka dia aje nak bagi nick name dekat orang.
"Macam Adam tu memang bezanya langit dengan bumi tapi kalau dengan 'Si bibir' maybe kut, kalau abang buat konsert macam dia, mesti ramai yang beli ticket sampai sold out la, tapi tak sampai dua lagu abang nyanyi dorang mesti dah balik, nak tau kenapa?", panjang hujahnya. Damia tersengih. Ada la tu idea jahat dia.
"Satu, sebab abang ni kurang sikit. Dari segi rupa tu bolehlah, dari segi perasaan memang tak langsung kosong!, penampilan lagi la. Dua, kalau Atin tau, dah conferm dia pergi serang abang sebab konon-kononnya abang nak buat macam 'bibir', panggil girl naik atas pentas. Tiga, abang kan tak reti langsung menari, setakat pusing-pusing kepala baik tak payah, lepas tu memang kena 'boo' la". Amboi... bukan main lagi dia memberi pendapat yang tidak membina langsung, dah boleh ganti Ogy dah mengkritik orang. Memang pedas, hangat dan panas!!.
Amira menyokong kata-kata Damia. Danish mencebik bibirnya dan dia sekeh kepala Damia, beradui jugak. Tu la abang sendiri pun nak kutuk tak patut. Amirul Ashraff mencuit hidung Damia dan berbisik perlahan. "Nakalnya sayang abang ni", aduh menusuk kalbu
suaranya macam Baim Wong!. Ah!!... sudah keluar pelakon Indonesia pulak, lepas ni tak tau la pelakon mana pula yang keluar. Teruk Damia ni. Boleh dikatakan hampir semua lelaki yang muncul dalam televisyen mesti menjadi pujaannya, semua dia kenal, filem dia orang lagi la siap tengok dekat panggung lagi. Kalau dia tidak puas dibelinya pula DVD nya.
Setelah puas mereka test suara masing-masing , dengan rasa puasnya mereka keluar. Lagi sekali Damia menyapa penyambut tetamu itu. Dia juga turut tersenyum melihat Damia yang riang itu.
"Hai kak, dengar suara katak tak tadi?", usik Damia.
"Suara katak tak ada, tapi akak ada dengar hujan kat luar, siap dengan kilat lagi". Satu kepala juga. Memang kena la mereka berdua. Padahal tidak sampai sehari pun berjumpa tetapi dah boleh bermesra.
"La yeke, tak lain tak bukan ni mesti kerja abang baju biru dengan merah ni, telinga saya pun dah rasa pedih-pedih ni, menanah kut, tak pun berdarah, menangis juga saya tadi dengar dia orang ni nyanyi, kira berjaya la sumbangkan lagu kalau ada anugerah dah tentu menang punya", balas Damia sambil tersengih ke arah abangnya dan Amierul Ashraff. Amira pula ketawa tak ingat dunia dah. Penyambut tetamu itu juga ketawa kecil. Boleh tahan jugak budak ni mengusik orang, bisik hati penyambut tetamu itu.
"Akak penyambut tetamu nama apa, rasa macam tak sedap la pulak nak panggil akak penyambut tetamu, silap-silap boleh jadi penghalau tetamu pulak", ligat Damia mengusik.
"Nama akak Tiara adik boleh panggil akak Ara je, nama adik Mia kan?", Damia mengangguk. Mereka bersalaman sambil tersenyum. Manis budak ni, puji Tiara dalam hati.
"Glamour la nama akak Ara ni, macam Datin Tiara Jacquelina, mesti ayah akak frust ni putus cinta dengan dia sebab tu dia bagi nama akak sama macam Datin Tiara". Suka hati aje Damia ni.
Tiara tergelak mendengar andaian Damia itu. Habis semua keayuannya bila bersama Damia. Tetapi dia senang dengan Damia ni, boleh bawak bicara, tetapi kalau nak serius memang tak boleh la, loyar buruk je lebih. Danish menarik tudung Damia, habis ke belakang tudungnya, Amira juga kena.
"Kau ni dik tak merepek sekali tak boleh ke, pening la kepala Acap ni nak layan kau nanti", ujar Danish.
"Mia kan suka makan kerepek mesti la suka merepek jugak", semua tergaru-garu kepala mendengar Damia bercakap.
"Okey la cik Tiara, adik saya ni terlupa nak makan ubat, sebab tu jadi macam ni", Danish meminta diri dan menarik tangan adiknya. Sempat lagi Damia mengenyit mata kepada Tiara. Damia cuba melepaskan tangannya dari pegangan Danish, tetapi pegangan abangnya itu kuat. Amierul Ashraff tersenyum melihat muncung Damia, tahu lah dia yang Damia sedang marah. Padan muka, Amirul Ashraff berkata dalam hati.
"Lepaslah!", rengus Damia. Danish pura-pura tidak mendengar dengusan Damia. Tangannya masih lagi kuat memegang pergelangan tangan Damia. Muncung Damia sudah panjang sedepa. Kalau Amierul Ashraff yang pegang tu mesti dia suka punya. Tapi jangan harap la Danish nak bagi kebenaran, cukuplah dah lepaskan rindu masa dekat bilik pusat karaoke tadi. Damia masih cuba untuk melepaskan lengannya daripada terus dipegang oleh Danish, tetapi tidak berjaya, Danish buat seperti tiada apa-apa.
Damia memandang Amierul Ashraff pula mahu meminta simpati. Amierul Ashraff pun turut berkomplot dengan Danish, bila Damia memandangnya dia pura-pura memandang tempat lain. Damia menjeling tajam tunangnya. Siap la kau, tak nak tolong ek, tak apa, tau la kau nanti!, bisik hatinya. Apa lagi nak lancarkan perang mogok la tu!.
"Dah la tu abang Ash, kesian yong tengok Mia ni, macam la dia buat salah besar, dia cuma beramah dengan akak Ara je, kan dalam Islam pun suruh tegur menegur sesama muslim", bela Amira sambil tangannya meleraikan pegangan Danish. Kan dah kena ceramah free, Amira dengan Damia memang suka bagi ceramah secara percuma tetapi kadang-kadang ajaran sesat juga.
"Sampai hati abang buat dekat Mia macam ni, apa salah Mia bang", dengan serta merta boleh berlakon drama air mata pulak. Semua mata memandang mereka saat ini. Amira sudah tersenyum-senyum dia sudah masak sangat dengan semua taktik Damia. Amira rasa macam nak ketawa saja melihat muka cuak Danish dan Amierul Ashraff.
"Kalau abang Ash nak hukum dia pun jangan sampai macam ni", Amira pula masuk jadi pelakon pembantu nak menyedapakan cerita. Perhhhh.....siap melutut, terover la pulak Amira ni. Danish dengan Amierul Ashraff adalah mangsanya. Ahak...Ahak.....Ahak, kejam sungguh gelaknya. Siap meleleh air mata Damia dan Amira. Amierul Ashraff yang melihatnya sudah menelan liur, dia cuma boleh tersenyum jika ada yang memandang. Pelakon yang berani mati ni depan public pulak tu.
Pantas Danish melepaskan pegangannya. Damia tersenyum jahat berjaya juga dia mengenakan abangnya. Ini Puteri Damai Qaisara la, di mana ada orang di situ ada kru lukenabeb. Eh... macam tak kena aje?. Amirul Ashraff memegang bahu Damia, kononnya nak bagi semangat la tu. Dengan pantas Damia menepis, tangan Amierul Ashraff. Tak habis lagi la lakonannya.
"Kau jangan pegang aku, kau dah bermesra dengan betina lain sesedap rasa ajinamoto aje kau nak sentuh aku, kau pergi jauh-jauh aku tak nak tengok muka kau lagi faham!", tajam mata Damia memandang Amierul Ashraff yang terkedu itu. Ewah...... nampak real betul lakonannya. Amierul Ashraff sudah tidak keruan, sepanjang masa dia bersama Damia, boleh pulak dituduh dengan 'betina' lain. Danish juga tersentap dengan tuduhan berani adiknya itu. Biar betul adik aku ni, bisiknya.
Pantas Damia menarik tangan Amira pergi bersamanya, dibiarkan kedua-dua lelaki itu tertanya-tanya. Damia dan Amira sudah ketawa dengan kuatnya semasa mereka berada di dalam tandas. Damia tersenyum puas apabila melihat muka Amierul Ashraff dan abangnya merah. Lu sudah kena beb!!. Amira bercadang mahu memberitahu mereka yang sebenarnya, tetapi dihalang oleh Damia. Biar kasi panas dulu!, katanya. Amira cuma menurut saja, okey jugak bebas mereka mahu ke mana-mana.
Melilau Amierul Ashraff dan Danish mencari Damia dan Amira. Di telefon asyik perempuan mesin saja yang cakap, naik jemu dah Danish dengar. Telefon Amira juga sama, mereka sudah hilang punca nak cari di mana lagi. Sudahlah Damia buat hal, serabut kepala Amierul Ashraff. Danish melihat Amierul Ashraff menguak rambutnya beberapa kali, pasti dia sakit hati kerana dituduh melakukan benda yang dia tidak terniat langsung apatah lagi nak melakukannya. Danish menepuk bahu Amierul Ashraff, memang mereka mahu penjelasan daripada dua orang gadis itu.




TERJENGUK-JENGUK kepala Damia dari kedai kasut itu. Mereka bersembunyi di dalam kedai itu, setelah memastikan yang abang dan tunangnya benar-benar telah berputus asa barulah Damia dan Amira keluar untuk menemui mereka. Dengan rasa tidak bersalahnya, selamba badak aje Damia berjumpa Danish setelah membuat perkara yang memalukan. Yang tak tahannya siap boleh tersenyum lagi, memang muka tebal betul. Danish dan Ameirul Ashraff sedikit pun tidak tertarik untuk melihat Damia.
"Abang berdua tau tak yang korang dalam rancangan lu kena beb!", serentak Damia dan Amira bersuara. Kedengaran lagi ketawa mereka, Amierul Ashraff dan Danish mencebik panjang geram pun ada, sesuka limpa aje nak mengenakan orang. Limpa?, orang selalu sangat guna sesuka hati tukar la sikit sesuka limpa kan?. He...He..He.
Danish meluru ke arah Damia dan Amira dengan muka bengis macam bekas banduan pun ada. Sikit pun Damia tidak takut, berani Danish marah dia. Ceh... ayat, macam dia pulak yang paling berkuasa. Pantas tangan Danish mencubit pipi tembam Amira dan Damia, mereka menjerit kesakitan. Berbekas juga kesan cubitan Danish, mereka menggosok-gosok pipi mereka. Memang patut pun kena, baru tau rasa. Giliran Amierul Ashraff pula melepaskan geram. Damia menayang muka manis di hadapan Amierul Ashraff.
"Nak tuduh abang apa lagi", ujar Amierul Ashraff sedikit berkecil hati. Tepat mata Amierul Ashraff memandang mata Damia. Amira sudah pun lari kepada Danish, dia tidak masuk campur. Aduh... mata dia kan macam Tom Cruise, Mision Impposible la pulak, ni yang aku tak boleh ni cair deh!. Sudah Tom Cruise pulak. Damia menelan air liurnya, sampai tak ada air liur dah nak telan. Muka Amierul Ashraff semakin rapat mendekati mukanya. Kang aku menangis betul-betul nanti.
Tidak berkelip mata Damia memandang Amierul Ashraff. Damia mendengar desahan nafas Amierul Ashraff, dia sudah tidak keruan. Teringat impiannya ingin mendengar desahan nafas Amierul Ashraff kini tercapai tetapi dia tidak mahu dalam keadaan yang seperti ini. Darah Damia sudah naik ke muka, malu pun ada. Tau pulak malu, yang dia buat hal tadi tak reti nak malu pulak. Damia masih lagi cuba berlagak tenang walaupun pada hakikatnya jiwa sedang bergelora. Tinggal seinci saja lagi hidung mereka akan bersentuhan. Biasa la hidung masing-masing keturunan Pakistan mesti tinggi punya.
"Honey jauh sikit boleh tak", ketar-ketar suaranya. Tangannya tak payah cakap la dah macam duduk dalam salji aje. Amierul Ashraff tersenyum menggoda  ke arah Damia. Sengaja dia mahu mengenakan Damia kali ini. "Sayang", bisik Amierul Ashraff dengan suaranya yang menggoda.
Peluh sudah memercik di dahinya, berkali-kali di lapnya. Nafasnya juga turun naik macam tak cukup nafas. Tangannya juga sudah terketar-ketar, juga berpeluh. Damia tidak tahu apa yang mahu lakukan saat ini. Jauh la lagi, jangan la macam ni, jerit Damia dalam hati tidak terkeluar pula nak mengeluarkan ayat itu. Segala-galanya seakan tersekat dikerongkongnya. Akhirnya Damia menundukkan wajahnya, memang dia tidak sanggup nak melihat wajah Amierul Ashraff yang menggoda itu. Amierul Ashraff menahan gelak, geli hatinya melihat muka Damia yang sudah semacam itu. Dengan pipi Damia yang sudah merona merah lagilah membuat Amierul Ashraff geram, sudah lama dia mahu mencubit pipi itu.
"Yang, kenapa buat abang macam tu, Mia meragui kasih sayang abang lagi ke?", tanya Amierul Ashraff lagi.
"Ke Mia tak sayang abang?", uji Amierul Ashraff.
Damia sudah serba salah, tidak tahu mahu jawab apa. Yang pastinya dia rasa bersalah sangat kerana menuduh Amierul Ashraff tanpa niat. Dia kembali mengangkat wajahnya dan memandang Amierul Ashraff. Terasa terusik dengan pertanyaan Amierul Ashraff, tak sangka pulak lakonannya pun Amierul Ashraff kecil hati dengannya.
"Lebih baik abang pergi kalau Mia.....", percakapannya terhenti sebaik Damia meletakkan jari telunjuknya di mulut Amierul Ashraff. Dia tidak sanggup nak mendengar ayat yang seterusnya. Air matanya mula mengalir perlahan, tetapi pantas dikesat oleh Amierul Ashraff.
"Please don't say that, trust me, just you in my heart!", ujar Damia. Amierul Ashraff tersenyum. Dia sebenarnya sudah tahu semua itu, cuma sengaja dia mahu mengusik Damia. Dia suka melihat pipi Damia bertukar warna, kemerah-merahan, geram sungguh dia melihatnya.
"Mia tau tak, Mia sekarang dalam rancangan lukenabeb!", berdekah-dekah Amierul Ashraff ketawa. Damia memandang Amierul Ashraff sebal, tidak sangka yang dia akan dipermainkan. Sangatlah sakit hati!. Kira nak balas dendam dekat aku la ni, tak pe, tengoklah apa aku nak buat dekat dia. Tengoklah tu gelak sampai tak ingat apa dah aku bagi backhand sia-sia aje bertabur semua gigi. Danish turut ketawa melihat muka Damia, melucukan betul. Tetapi kesian juga dia melihat adiknya sampai menangis-nangis. Teruk kena dengan Amierul Ashraff.
"Sampai hati awak kan", marah benar. Tiada lagi 'honey' dan 'sayang'. Memang dia benar-benar sakit hati dengan perbuatan Amierul Ashraff. Tekedu Amierul Ashraff mendengarnya. Marah betul ke dia ni, aduh! mampus aku macam ni, sampai panggil aku awak. Macam mana la aku nak pujuk dia ni, boleh gila aku macam ni, kalau tak dengar suara dia.
Damia berlalu dengan perasaan yang sebal,marah, sedih, semuanya bercampur baur. Pertama kali dia dikenakan seperti ini, sampai menangis dibuatnya. Amira turut mengekorinya dari belakang. Laju betul la dia ni jalan, nak tercabut kaki aku ni kejar dia hesy.... . Damia duduk di bangku di Lake Garden Taiping, Amira turut berada di sebelahnya. Dia tahu Damia sedang sedih dan sakit hati, tak henti-henti dia menangis, dia terasa dirinya dipermainkan. Amira menggosok-gosok bahu Damia, menenangkan sepupunya. Dalam dia diam menghantar pesanan ringkas kepada Amierul Ashraff.


Hoi, Acap, Mia tgh menangis ni, aku tk tau ni semua hang punya pasal, ak tk tau la bila dia nk elok balik, kalau dia dh sakit hati memang mkn masa dia nk elok, ni lg dia panggil hang 'awak' silap-silap kalau berperang dgn dia pun belum tentu dia nk mengalah, butang send ditekan.

Tidak sampai dalam beberapa minit ada mesej masuk, sudah tentunya daripada Amierul Ashraff. Amira membaca mesej tersebut.


Mna la ak nk tau dia sakit hati sampai mcm tu sekali, hbis tu ap ak nak wat ni, buntu dah kpala otak ak ni nak pkir, kau tlg la pjuk dia.

Amira membalas.


Ak tk campur, ni hal korang kan, sapa sruh hang cari pasal, tanggung la, better hang mai sini Lake Garden ni lekas, sementara dia tengah sejuk sikit ni, hang pujuk la dia, hang!nak tips ke nak pujuk dia ni.


Okey ak dgn abang Ash pergi sna, ap tipsnya?. Amierul Ashraff membalas.


Hang nyanyi aje dekat dia, mesti dia suka punya ak knl Mia tu.


Orait, tq.


Amira tidak membalas mesej Amierul Ashraff. Membazir kreadit aje, sama aje perangai dengan Damia kedekut betul. Amira terjenguk-jenguk melihat kelibat Amierul Ashraff dan Danish. Heyh... bila la nak sampai ni, bawak kereta macam perempuan, perempuan pun tak bawak kereta macam tu, tengok Mia, perghh... terbaik!. Damia mengajak Amira bermain buaian, kalau dah perangai tu macam budak-budak tu, budak-budak jugak lah. Amira pun layan ajelah, asalkan Damia boleh tersenyum kembali.
Segar saja rasanya, bila mengayun buaian, bayu lembut menyapa pipinya, . Hilang sekejap tekanan yang melanda dirinya bila melihat permandangan yang indah di sekelilingnya.
Kehijauan pohon-pohon segar membuat setiap mata yang memandang tenang sekali. Kerana itu dia amat menyukai keindahan alam ini, menikmati ciptaan Tuhan. Laut, pohon-pohon, awan, langit, semua itu akan membuat hidupnya tenang sekaligus dia akan mengucapkan syukur kerana Tuhan telah meminjamkan setiap manusia alam yang indah ini. Cuma segelintir manusia yang hidup di dunia ini tidak tahu untuk menghargai nikmat ciptaan Tuhan.
Dia berasa bersalah pula kerana membuat Amierul Ashraff begitu. Kalau nak diikutkan salahnya juga kerana mengenakan tunangnya itu. Bila dia dikenakan balik mengamuk marah-marah, kerana terlalu mengikut emosi, dia jadi begitu. Dia harus meminta maaf daripada Amierul Ashraff, dia harap sangat Amierul Ashraff akan memaafkannya.


Aku akan selalu menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu takkan menduakanmu.


Damia terdengar orang bernyanyi di belakangnya, dia amat mengenali suara itu. Lantas dia memusingkan badannya, dia melihat Amierul Ashraff melutut dan menghulurkan bunga kepadanya. Dia berasa terharu, sepatutnya dia yang harus meminta maaf daripada Amierul Ashraff dan sanggup merendahkan egonya sebagai seorang lelaki semata-mata nak mamujuknya. Damia mendapatkan Amierul Ashraff dan meminta maaf, dia sudah kerterlaluan.
"Honey, Mia minta maaf sangat-sangat,  Mia terlampau mengikut emosi, so sorry, please forgive me!?", Damia mendaratkan tangannya di peha Amierul Ashraff. Senang Amierul Ashraff mendengarnya, dia tersenyum dan menyuruh Damia bangun, malu jika dipandang orang. Dia tahu Damia tidak akan merajuk lama dengannya, lembut sebenarnya hati Damia ni. Lega Danish melihat Damia dan Amierul Ashraff sudah berbaik-baik. Amierul Ashraff mengajak Damia duduk di buaian. Amierul Ashraff menyuruh Damia duduk manakala dia akan mengayun buaian.
"Jangan la laju-laju!", jerit Damia. Dia sememangnya kecut perut kalau tinggi-tinggi. Memang sedari kecil lagi dia gayat, takut tinggi, rasa macam nak jatuh aje. Beralun tudungnya ditiup angin petang. Terasa nyaman aje, Damia memejamkan matanya menikmati angin lembut yang menyapa pipinya.
Damia melihat kanak-kanak yang asyik bermain bersama-sama, riang suara mereka. Alangkah seronoknya jika menjadi seperti mereka yang tiada masalah yang mahu difikirkan, di selesaikan, difikiran mereka hanya bebas bermain. Tenang dia melihat wajah kanak-kanak itu suci tiada dosa. Ada yang merengek dekat ibu mereka bila permintaan mereka tidak dipenuhi. Kadang-kadang di terfikir. Perangai aku ni macam budak-budak ke?", Damia bermonolog dalam hati. Dia tersenyum sendiri, tanpa menyedari yang Amierul Ashraff sudah pun bercangkung di hadapannya.
"Senyum kambing ni kenapa, want to share?", Amierul Ashraff menjongketkan keningnya.
"Suka hati aje samakan orang dengan kambing", ujar Damia, sayu suaranya. Mengada-ngada la tu, sengaja nak suruh bakal suami pujuk. Ewah.... terserlah kegatalannya, siap sebut bakal suami lagi tu.
"Mia kita cepatkan tarikh pernikahan kita nak?", cadang Amierul Ashraff.
"Bukan apa, senang abang nak jaga Mia bila dah ada ikatan yang sah nanti, sekarang ni Mia belum sah lagi untuk abang, masih ada batasan di antara kita, nak pegang pun tak boleh. Dah nikah nanti, ada cop halal dah yang membolehkan abang buat sesuka hati abang", menggoda suaranya di hujung percakapannya.
Damia kaku memikirkan cadangan Amierul Ashraff. Damia memandang muka tunangnya yang mengharap. Aku malas nak pandang muka dia sebab ni la, conferm hati aku jadi ais yang sudah mencair. Apa lagi kalau dia senyum macam ni, tak sanggup nak tolak. Tapi tak muda sangat ke aku nak kahwin, teddy bear pun aku peluk lagi, ni kan pulak nak jadi bini orang, nak buang semua Mr. Ted aku tak boleh jugak sebab aku sayang semua tu, dah la semua tu pemberian abang kesayangan aku. Damia berfikir, banyak benda yang dia harus ubah, bukan harus wajib terus!.
Perkara yang paling utama yang dia kena ubah adalah perangainya yang kebudak-budakkan. Tengok sajalah koleksi Mr. Ted dia dengan Miss Bie nya. Dalam almari bersepah patung-patung Barbie tersusun cantik aje, baju-baju, rumah semua ada. Bolehkah aku nak jadi isteri orang nanti?, ibu kepada anak-anak aku nanti?, arghh.. terlalu banyak persoalan yang sedang bermain di fikirannya.
"Tak nak ke?", soal Amierul Ashraff lagi.
"Tapi.."
"Kenapa?", cepat Amierul Ashraff memotong percakapan Damia.
"Honey boleh terima ke perangai orang yang macam budak tak cukup umur ni?", tanya Damia malu-malu.
"Maksud Mia?", soal Amierul Ashraff kembali, sambil ketawa kecil. Geli hati pula dia mendengarnya.
"Yela, orang dengan Mr. Ted tak boleh dipisahkan, Miss Bie pun orang main lagi", ujar Damia perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Amierul Ashraff.
"Mr. Ted dengan Miss Bie tu siapa pulak?", tanya Amierul Ashraff.
"Apalah blur sangat tunang aku ni, aku bagi backhand nanti sia-sia aje", bisik Damia sendirian.
"Mr. Ted tu pakwe Mia, Miss Bie tu adik angkat Mia", sengaja Damia mahu mengusik Amierul Ashraff. Dia mahu bermain teka-teki dengan lelaki itu.
"Cuba cakap betul-betul", tenang suaranya kedengaran di telinga Damia.
"Teddy Bear dengan Barbie la", Damia ketawa kecil.
Amierul Ashraff pura-pura terkejut beruk. Sebenarnya Danish sudah memberitahu segala-galanya tentang Damia, semuanya sudah berada di dalam poketnya. Tetapi Amierul Ashraff tidak kisah dengan semua itu, yang penting dia amat menyanyangi gadis manis di hadapannya ini. Sekali pipi Damia merona merah,macam pakai blusher aje, kali ini Amierul Ashraff tidak dapat menahan rasa geramnya. Pantas tangannya yang kasar itu mencubit pipi montel Damia dengan kuat, lagi merah pipinya.
"Auwwww....!!", terjerit juga Damia. Mana taknya sampai ada kesan cubitan lagi. Amierul Ashraff tersengih ke arah Damia yang sedang menggosok-gosok pipinya, kesian la pulak, nak buat macam mana dah geram sangat. Dia senang dengan perangai Damia persis seperti anak kecil.
"Abang geram sangat tak tahan dibuatnya", ujar Amierul Ashraff dengan senyuman yang manis sekali. Dia turut mengusap pipi Damia. Terasa sejuk sebaik sahaja tangan Amierul Ashraff mendarat di pipinya. Terus hilang semua rasa sakit. Dahsyat!! betul penangan lelaki yang bernama Amierul Ashraff ni.
"Sakit tau tak, tak payah la cubit-cubit sabar la kejap nak pegang-pegang pun, Mia setuju kita cepatkan tarikh pernikahan kita, tapi honey kena janji something boleh?", lembut sungguh nada suaranya.
Aduh, lembutnya suara dia, apa pun aku sanggup berjanji demi dia seorang. Wah!!.... ayat jiwang habis. Mesti geli punya bila dengar. Segera Amierul Ashraff mengangguk, apa pun yang Damia suruh dia berjanji sudah pasti dia akan janji, dia akan menepatinya.
"Honey kena bimbing orang supaya jadi isteri yang baik dan ibu yang baik boleh", Damia tersenyum, menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
"Ibu?", Amierul Ashraff tersenyum menggoda.
"Aduh orang cakap aje, tak ada maksud lain pun, lagipun dalam islam pun seseorang itu berkahwin untuk memperbanyakkan umat Rasulullah dalam dunia ni, lagipun perkahwinan dan pernikahan kan satu ibadah,jugak", kan dah kena ceramah free, daripada seorang ustazah yang tak bertauliah ni. Dapat juga ilmu agama petang yang indah ni, okey la daripada buat kerja tak berfaedah kan?.
"Eh.., abang tak cakap apa pun kan, ha! Mia yang pikir lain ni kan", mula sesi usik-mengusik.
"Mia pikir apa abang nak tau jugak", sambung Amierul Ashraff lagi.
"Gatal!!", jerit Damia. Lengan Amierul Ashraff pula menjadi mangsa cubitan Damia, baik punya kena!!, biru jugak la.
Damia membiarkan Amierul Ashraff yang menyeringai kesakitan. Damia berlari kepada Danish dan Amira. Dari jauh macam sweet couple aje, tapi sayang dua-dua dah ada yang punya, sedangkan yang dah jadi suami isteri pun boleh bercerai, ni kan lagi baru bertunang. Jahat sungguh fikiran, cepat-cepat Damia beristigfar. Hari pun dah nak senja, tuk pernah cakap, 'benda' suka berkeliaran waktu-waktu begini.
Damia mula memandang sekililing, meremang segala bulu yang ada. Damia memang penakut. Eh...! bukan penakut lemah semangat. He..He..He. Lagi laju dia lari, sehinggakan Amierul Ashraff memanggilnya pun dah tak dengar. Parah!!. Dia mencari-cari Danish dan Amira yang sudah hilang dari pandangan mata. Dia orang ni nak buat magic pulak dah senja-senja ni. Damia memandang sekelilingnya, batang hidung Amira dan Danish tidak kelihatan. "Mana diorang ni, ish dah senja ni, buat hal pulak",Damia berkata sendirian.
"HAH!!", Danish menepuk bahu Damia yang sedang berdiri sendirian. Dia sudah nampak Amierul Ashraff sedang mengejar Damia, tetapi pantas dia menarik tangan Amierul Ashraff berlindung di sebalik pokok besar bersama-sama dengan Amira. Sengaja mereka mahu mengenakan Damia yang memang penakut itu.
"Mak!!", pucat muka Damia seperti tiada darah aje. Sampai menangis teresak-esak, ni semua kerja Danish la, dah tau adik dia lemah semangat lagi pergi sergah-sergah. Menggigil badan Damia, sejuk aje, mulutnya pun putih tidak berdarah. Beberapa minit Damia rebah, tidak sedarkan diri, kepalanya terhantuk sedikit pada batu. Danish sudah cuak, tidak sangka yang Damia terkejut sampai macam tu sekali. Amierul Ashraff pula dengan pantas mencempung Damia masuk ke dalam kereta segera dia menyuruh Danish pergi ke hospital.
Danish menyalahkan dirinya sendiri, Damia pengsan pun sebab dirinya yang gatal-gatal buat rancangan yang bukan-bukan. Sudahlah waktu senja pulak tu, memang 'benda' berkeliaran. Teringat kata-kata tuknya, kalau berselisih dengan 'benda' tu pun badan kita akan jadi lemah semacam. Terserlah kerisauan di wajah Danish, sesekali dia melihat Damia di cermin belakang, masih kaku. Amierul Ashraff merenjis-renjis air ke muka Damia, tetapi tiada tindak balas. Sesekali Amierul Ashraff menampar lembut muka Damia tetapi tetap sama keadaannya.




DANISH memanggil jururawat yang sedang bertugas di wad kecemasan itu. Pantas jururawat itu mengambil troli pesakit, Amierul Ashraff membaringkan Damia di atas troli pesakit itu. Damia dimasukkan ke dalam bilik pemeriksaan. Danish dan Amierul Ashraff resah menunggu Damia di luar. Amira diam tidak bersuara sedikit pun, dia juga bersalah kerana menyokong rancangan jahat Danish mahu mengenakan Damia. Berkali-kali Amierul Ashraff meraup wajahnya, tidak dapat nak dibayangkan jika dia tidak dapat berjumpa dengan Damia lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, meluru Danish, Amira dan Amierul Ashraff berjumpa dengan doktor yang merawat Damia.
"Macam mana dengan keadaan adik saya doc?", tanya Danish cemas.
"Encik?"
"Danish", pantas Danish menyambut huluran doktor itu.
"Encik Danish jangan risau, adik encik tidak apa-apa, cuma dia terkejut sahaja, saya dah beri dia ubat tidur dan masukkan air, dia cuma perlukan rehat, saya harap kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi kerana akan memberikan kesan yang buruk kelak", doktor itu menepuk bahu Danish sebelum berlalu.
Terlihat jururawat menolak Damia ke wad biasa. Mereka tidak dibenarkan untuk melawat Damia kerana dia memerlukan rehat yang banyak. Amierul Ashraff pantas pergi ke surau sebaik sahaja mendengar berita yang Damia sihat. Dalam doanya, dia mengucapkan syukur dan berharap agar jodohnya berpanjangan bersama Damia. Amierul Ashraff bertembung dengan Danish semasa hendak keluar dari surau.
"Mia meracau cari kau, pergi la jumpa dia cepat, aku nak solat kejap, nanti aku follow", ujar Danish.
Amierul Ashraff mengangguk pantas kakinya melangkah ke wad Damia. Danish menukarkan Damai ke wad persendirian, dia tidak mahu adiknya diganggu melainkan ahli keluarga. Amierul Ashraff menguak pintu wad itu, terlihat Damia sedang tidur, penat barangkali meracau-racau tadi. Amierul Ashraff duduk di kerusi yang disediakan di sebelah katil Damia.
Amierul Ashraff memegang tangan Damia, di usap tangan itu dan dibawa ke bibirnya. Tanpa sedar setitik air matanya jatuh, melihat Damia sakit, dia turut merasainya juga. Dia mengusap lembut kepala Damia.
"Sayang, bangun, abang datang ni, abang rindu Mia sangat, cepatlah bangun", Amierul Ashraff bisik di telinga Damia.
"Acap....Acap!!", Damia meracau-racau.
"Sayang, ye abang ada dekat sini, buka mata tu, tengok abang ada dekat sini", Amierul Ashraff menggoyangkan tangan Damia.
Pantas Damia membuka mata. Terhambur tangisannya, Amierul Ashraff menyeka air mata Damia dengan tangannya. Dia mengucapkan syukur kerana Damia sudah sedar.
"Abang keluar kejap ye nak panggil doktor, nanti abang masuk balik", Amierul Ashraff bergegas mencari doktor yang merawat Damia.
Doktor itu, memeriksa tekanan darah Damia, kemudian doktor itu tersenyum.
"Dia dah stabil, tekanan darahnya pun elok, lusa dia dah boleh balik, cuma saya nasihatkan, jantung dia lemah, jadi jangan buat dia terkejut lagi, takut dia terus pergi, encik faham kan maksud saya", Amierul Ashraff mengangguk.
"Lusa sayang dah boleh balik dah, abang panggilkan abang Ash tau", Amierul Ashraff bangun dari tempat duduknya tetapi tangannya dipegang oleh Damia.
"Honey, jangan la keluar, teman la Mia takut, tadi Mia mimpi ada 'benda' tu kacau Mia".
Amierul Ashraff kembali duduk. Tidak sampai hati pula dia mahu meninggalkan tunangnya sendirian.
"Mimpi kan mainan tidur aje, jangan fikirkan sangatlah, abang sentiasa ada di sisi Mia", Amierul Ashraff tersenyum melihat tunangnya. Walaupun pucat bibirnya tetapi wajahnya tetap berseri-seri.
Damia berasa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya, dia meraba kepalanya, rasa rambut, bermakna dia tidak memakai tudung. Dia memandang Amierul Ashraff masih lagi tersenyum. Damia meraba lagi sekali kepalanya nak memastikan betul atau tidak. Memang sah la!!, tudungnya tiada, patutlah tunangnya senyum dari tadi. Biarlah malas pulak rasanya nak buka mulut nak tanya.
"Adik abang dah sedar?", terdengar suara Danish yang sudah pun berada di dalam wad itu.
Damia mengangguk lemah, badannya masih lagi dalam keadaan tidak bermaya, lesu saja. Amierul Ashraff bangun untuk memberi ruang kepada Danish pula bersama Damia. Dia sendiri tidak tahu menahu tentang Damia yang lemah semangat, kalau dia tahu tak adalah dia ikut rancangan Danish mahu mengenakan Damia. Alih-alih mereka yang terkena. Danish berjanji kepada dirinya sendiri yang dia tidak akan mengusik adiknya lagi. Sungguh dia benar-benar menyesal buat begitu kepada Damia, tidak dapat dibayangkan jika adiknya sudah tiada lagi.
"Dik, abang minta maaf?", Danish mengenggam tangan Damia.
"Tak apa, lagipun abang bukannya sengaja pun kan, Mia tau, takkan la abang sengaja nak buat Mia terkejut, umur Mia pun panjang lagi kan", Damia turut membalas genggaman tangan Danish.
"Mia jangan cakap macam tu, Mia la satu-satunya  adik yang abang ada, abang sayang Mia tau", Damia tersenyum mendengarnya.
"Mia, hang dah sedar, Alhamdulillah", terjegul muka Amira, meluru dia memeluk sepupunya itu.
"Hoi, sakit la!!", terjerit Damia.
"Hang tak payah nak berlakon la, macam la aku baru kenal kau semalam, kau tu terkejut je bukannya kena tetak ke apa", ujar Amira.
"Eh!!, mana tau ni?", Damia tergelak-gelak.
"Sudah la kau", Amira menunjal kepala Damia.
"Oi, berapa kali aku nak cakap kepala jangan main, pak su Epul kau tu bayar zakat kau tau tak", ujar Damia sambil menggosok-gosok kepalanya.
Danish dengan Amierul Ashraff senang hati melihat Damia sudah tersenyum dan boleh ketawa semula. Yang dia runsing sekarang adalah mahu berhadapan dengan Datuk Saiful dan Datin Sofea. Danish menyuruh Amira menemani Damia, sementara dia dan Amierul Ashraff pulang ke rumah. Kalau tidak disuruh pun sudah tentu Amira akan menemani Damia, sepupu kesayangannya itu. Sayang la sangat.
"Cantik rambut!", ujar Amira sebaik sahaja kelibat Danish dan Amierul Ashraff hilang dari pandangan mata.
Damia tersengih dengan pertanyaan Amira. Bukan pertanyaan, tetapi lebih kepada perli. Sebelum ni, dia yang selalu bagi ceramah free jika melihat Amira tidak memakai tudung jiak berjumpa dengan abang Wira.
"Satu pujian atau hinaan?", Damia mengerdipkan matanya.
Amira malas mahu melayan Damia, sakit-sakit pun kelapa otak tetap mereng. Tak boleh  buat apa dah, kalau perangai memang macam tu sejak azali lagi. Sedap mengata orang, diri sendiri tak nak mengaku pulak. Amira mengupas buah yang dibelinya tadi.
"Nah!", Amira menghulurkan buah epal kepada Damia.
"Aku kan sakit tolong la suapkan apa la kau ni, tu la aku buat spek tak nak, ha jadi macam ni la, apa pun dah tak nampak nampak dah", Damia tersengih melihat muka Amira yang mencuka.
"Apalah malang sangat nasib aku ni dapat sepupu yang mereng macam kau ni, disebabkan aku ni baik aku suapkan lah cepat la bukak mulut kau tu", Amira mengalah.
"Stop!!"
"Apa hal kau ni"
"Hemm, kalau Acap yang suap aku ni kan best, ruginya dia dah balik". Menyirap aje Amira mendengarnya.
Amira menekan punat memanggil. Damia mencebikkan bibirnya melihat Amira.
"Woi, Acap tunang hang ni dah rindu sangat dengan kau ni, meroyan dia dekat sini, hang tak tengok bibirnya lagi, dah boleh ukur dah, buruk betul perangai tunang hang ni". Terbliak mata Damia mendengar Amira menyebut nama Amierul Ahsraff, sangkannya Amira mahu menelefon abang Wira.
"Teruk la kau ni, aku saja aje, yang kau anggap betul-betul tu kenapa masalah la kau ni aduh!!", Damia menepuk dahinya.
Amira tersenyum memandang Damia. Padan muka, tadi nak sangat, sekarang baru tau nak kelam-kabut. Ala tu pun mesti sekejap aje, tunang dia datang nanti mesti control ayu habis. Amira tidak mempedulikan Damia yang sedang merungut, mulut dia terkumat-kamit entah apa yang dia merepek pun tak tau lah. Satu-satu epal masuk ke dalam mulut Amira, Damia yang melihatnya menyirap aje, dirinya macam tidak wujud aje.
"Ha jangan lupa wear your skarf my dear!!", ujar Amira sebelum dia keluar untuk membasuh bekas.
"Pakai bedak sikit dekat muka hang tu dah macam mayat hidup aje aku tengok", sambungnya lagi.
Damia mengambil tudungnya dan menutup kepalanya yang terdedah. Dia mengikut kata Amira, yang menyuruhnya memakai bedak. Mestilah, tunang nak datang mana boleh nak tunjuk muka tak siap. Mesti kena siap segala-galanya. Damia tersenyum sendirian. Bagus juga Mira telefon Acap tadi aku tak puas lagi nak menatap wajah kesayangan hamba tu He..He..He... Ku ingin dirimu turut merasa, rasa rindu tuk menatap matamu. Eh! boleh menyanyi pulak. Damia menyanyi kecil, sementara menunggu kedatangan Amierul Ashraff. Entah apa yang mencuit hatinya, asyik senyum memanjang.

No comments:

Post a Comment