Friday 25 November 2011

bab3

"Eh abang tak kerja ke hari ni?", tanya Damia yang sedang menyuapkan kuih karipap ke dalam mulutnya.
"Kan aku dah cakap aku ambil cuti seminggu, nyanyuk dah ke kau ni", balas Danish selamba.
Meraka berdua sedang menikmati sarapan di kafe hotel itu. Segar rasanya dapat menghirup udara yang segar pagi itu. Burung-burung berkicauan seakan mahu menggembirakan hatinya yang sedang berduka lara. Selesai bersarapan, Damia dan Danish berjalan di gigi pantai sambil melihat pemandangan yang sungguh indah. Cuaca pagi itu baik, langit biru, sang matahari pun tersenyum indah memancarkan cahayanya. Dua beradik itu tidak bersuara masing-masing melayan perasaan sendiri.
"Ehem....", Danish berdehem, mengembalikan Damia ke alam yang nyata. Damia memandang Danish yang berada di sisinya.
"Dik, abang ada sesuatu nak tunjuk dekat adik, tapi Mia kena janji jangan terkejut tau", Danish memula bicara.
"Apanya", balas Damia. Ish buat saspens betul la abang aku ni, nak bagi aku emas ke, seronok jugak sesak-sesak boleh aku jual. Danish sedang menelefon seseorang.
"Kejap lagi 'benda' tu sampai", Danish memberitahu adiknya setelah selesai berbicara di telefon tadi.
Mereka berdua masih menunggu ketibaan 'benda' yang dikatakan oleh Danish tadi. Mereka segera berpaling apabila terdengar bunyi kereta.
"Ha tu dah sampai pun!!", Danish memuncungkan bibirnya ke arah kereta sport berwarna hitam.
Damia tercenggang, kereta siapa pulak ni, takkan abang ash beli nak bagi dekat aku kut, bisik hatinya.
Seorang lelaki melangkah keluar dari kereta tersebut. Gaya pemakaiannya kelihatan bergaya walaupun memakai baju t-shirt dengan kolar yang sengaja dinaikkan, seluar pendek paras lutut dan kaca mata hitam.
Lelaki tersebut membuka kaca matanya, terserlahlah matanya yang berwarna coklat, standard warna mata orang Asia. Damia yang pada mulanya kelihatan tenang, kini sudah gelisah macam cacing kepanasan nak lagi bila melihat lelaki tadi, memang Damia mengakui lelaki itu tadi kacak sejak dulu lagi.
Damia sudah tergaru-tergaru kepalanya yang tidak gatal, cuba untuk kelihatan tenang di hadapan lelaki itu. Tetapi semuanya tidak menjadi, semakin lelaki itu menuju dekat ke arahnya, Damia mengundur ke belakang. Abang Ash ni pun nak buat pertemuan dengan laki ni jugak, aku dah cakap jangan layan, dia layan jugak, bisiknya sendirian.
Damia melangkah setapak demi setapak ke belakang, tanpa disedari, Damia terpijak tongkol kayu lalu bush!!!!, jatuh ke dalam air laut, basah kuyup dia di situ. Damia yang sudah merah  mukanya memegang kedua belah lututnya dengan muka yang ditundukkan.
"Hey bro, takkan tengok je, kau kan nak pujuk dia pergi la tolong, dia pun dah sememangnya gila dekat kau jadi tak ada hal kalau kau pergi tolong dia, dia mesti suka punya, jangan risau aku izinkan, Damia tu lembut orangnya, tapi kadang-kadang je dia berangin satu badan, senang je nak pujuk dia kalau dah tau perangai dia macam mana", panjang lebar Danish memeberi nasihat kepada Amierul Ashraff lelaki yang keluar dari kereta tadi.
Damia terasa bahunya dipegang oleh seseorang tapi dia tidak pasti siapa gerangannya. Abang Ash la ni siapa lagi nak tolong aku kalau bukan dia, fikirnya. Dengan spontannya Damia mendongak ke atas untuk melihat gerangan yang memegang bahunya yang disangkanya Danish. Sebaik sahaja dia mendongak matanya tepat memandang ke wajah Amierul Ashraff, lidahnya tiba-tiba kelu untuk berbicara, matanya seakan tidak mahu terlepas walaupun seketika untuk terus memandang wajah yang sudah lama dirinduinya.
Amierul Ashraff membantu Damia untuk bangun, Damia tidak pula melarang Amierul Ashraff berbuat demkian. Sebaliknya dia membiarkan sahaja semua perbuatan Amierul Ashraff. Amierul Ashraff mengibas-ngibas seluar Damia yang penuh dengan pasir akibat terjatuh tadi. Damia pula tidak sedikit pun mengalih pandangan ke arah lain, taulah pandangan dekat depan dia lagi indah lebih-lebih pulak perempuan ni, Damia....Damia!!!.
"Ehem...., dah jumpa jerawat batu dekat muka saya ni", Amierul Ashraff berseloroh.
Damia tersenyum seadanya lalu menundukkan mukanya. Malu la tu kerana ditangkap melihat muka orang macam nak makan. Damia tersenyum-tersenyum entah apa yang mencuit sangat hatinya dikala ini pun tidak tahu. Damia merasakan satu perasaan yang sukar digambarkan tetapi dia merasakan sungguh bahagia yang menjalar di hatinya. Amierul Ashraff asyik memandang wajah mulus milik Damia di hadapannya. Kenapalah aku buta, tak pernah melihat keiklasannya mencintai aku, luah hati Amierul Ashraff. Terasa menyesal pula kerana membuat gadis ini menderita kerananya.
"Awak, kita jadi kawan nak?", Amierul Ashraff memula bicara setelah kedua-duanya membisu.
Damia kembali mendongak setelah mendengar suara Amierul Ashraff. Damia merasa serba salah, dia tidak pasti nak jawab ke tak nak. Suara hatinya melonjak-lonjak mengatakan nak tetapi akalnya pantas melarang kerana takut dia akan menderita lagi.
"Hem nampaknya awak tak sudi, tak apalah lagipun saya tahu saya yang salah sebab saya awak terluka, saya minta maaf sangat-sangat, harap awak sudi maafkan saya, baiklah saya pergi dulu la", Amierul Ashraff bersuara sekali lagi setelah tidak mendapat jawapan daripada Damia.
"Awak, awak jangan pergi, saya bahagia bila awak ada di sisi saya, saya sudi jadi kawan awak, jangan cakap macam tu sedih saya", terpacul jawapan dari mulutnya setelah Amierul Ashraff berura-ura hendak pergi.
Amierul Ashraff tersenyum mendengar jawapan dari mulut Damia. Lantas dia memusingkan badannya memandang Damia yang kelihatan muram. Amierul Ashraff tahu ni mesti kerana Damia kira dia sudah pergi. "Tu la tadi jual mahal", bisiknya sendirian.
"Awak, sudah jangan sedih-sedih, saya takkan tinggalkan awak, saya dah janji dengan diri saya yang saya takkan buat awak menangis lagi, ni adalah air mata yang terakhir yang mengalir membasahi wajah awak, kita kawan tau", spontan Amierul Ashraff mengesat air mata yang mengalir di pipi Damia
Damia membiarkan Amierul Ashraff mengesat air matanya. Di kala ini Damia memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang kepadanya untuk bersama-sama dengan Amierul Ashraff walaupun atas 'tiket' seorang kawan.
Danish yang dari tadi memerhati gelagat Damia dan Amierul Ashraff, Danish tersenyum melihat kedua-dua seakan malu-malu untuk berbicara. Tetapi dia tabik dengan Amierul Ashraff kerana sanggup memujuk kembali adik kesayangannya itu setelah Danish memberi kata-kata perangsang semalam.



SETELAH memastikan Damia lena tidurnya, perlahan-lahan Danish keluar dari bilik hotel untuk berjumpa dengan Amierul Ashraff. Danish bertemu dengan Amirul Ashraff di lobi hotel. Danish bersalaman dengan Amierul Ashraff.
"Assalamualaikum..., sihat?", Danish memula bicara.
"Waalaikumussalam.., macam ni la", Amierul Ashraff membalas.
"Ada apa-apa yang kau nak jelaskan sebelum aku tanya", tegas nada suara Danish, serius mukanya.
"Errrrr..rr, apa yang abang nak tau dari saya?", Amierul Ashraff menelan air liur, tapi dia masih lagi dapat mengawal kegugupannya.
"Semuanya, tentang hal siang tadi, lepas tu aku nak tau apa sebabnya mata adik aku bengkak", keras suaranya.
"Pasal siang tadi, saya cuma nak minta penjelasan dari dia kenapa dia marah sangat dengan saya, pasal mata dia bengkak tu saya betul-betul tak tahu apa-apa", Amierul Ashraff memberikan penjelasan.
"Kau tak tahu ke, saja buat-buat tak tahu", tepat mata Danish memandang mata Amierul Ashraff.
"Memang saya tak tahu apa-apa bang, betul saya tak buat apa pun dekat Mia", beria-ia Amierul Ashraff menyakinkan yang dirinya tidak menipu.
"Mata kau memang tidak menipu aku percaya, kau nak tau sebabnya mata Mia bengkak", nada suaranya mulai turun, tidak seperti tadi.
Amierul Ashraff mengangguk. Danish menceritakan semuanya satu pun tidak tinggal. Apa yang Damia cerita kepadanya itulah yang diceritakan kepada Amierul Ashraff. Amierul Ashraff menggelengkan kepalanya. Diraup mukanya berkali-kali, tanpa disedari jatuh juga air mata lelakinya. Dia tidak menyangka sebegitu jujurnya perasaan Damia kepadanya.
Tersentak lamunannya apabila Damia menepuk bahunya. Jauh Danish mengelamun. Mereka bertiga beriringan ke satu restoran untuk makan tengah hari. Terbeliak mata Damia mendengar Danish dan Amierul Ashraff memesan makanan. Diorang ni kebulur ke apa macam tak makan setahun je, ngomel Damia dalam hati.
"Banyak nye pesan siapa yang nak makan ni, apalah suka sangat membazir, membazir tu amalam syaitan tau tak, aduh korang ni nak pesan pun ala kadar sudah la cukup untuk tiga orang ni order macam satu hotel ni nak makan, bebel Damia.
Danish tersenyum melihat Damia yang sudah mula becok mulutnya, yang kembali tersenyum, dah mula nak cakap dengan orang. Amierul Ashraff juga senang melihat Damia begitu. Sungguh dia benar-benar menyesal buat gadis yang luhur ini menderita. Dia jugalah yang telah hilangkan senyuman di wajah mulus itu. Dia nekad akan membahagiakan semula hati Damia yang telah lama terluka dengan perbuatannya. Danish dan Amierul Ashraff tersandar kekenyangan, habis semua makanan mereka habiskan, Damia pula cuma makan nasi goreng kampung dengan air limau ais yang dipesannya, tu pun dah tak boleh nak masuk makanan lain. Tersenyum Damia melihat abangnya dan Amierul Ashraff macam ular sawa kenyang mana tak kenyang nya semua makanan diorang habiskan.
"Huh kenyang betul, nak termuntah pun ada ni, kenyang sangat", kata Danish sambil mengusap-ngusap perutnya yang kelihatan sedikit membuncit.
"Betul-betul saya sokong", balas Amierul Ashraff sambil mengangkat tangannya tanda 'surrender' .
"Orang dah cakap dah tadi, degil, padan muka ni la padahnya orang keras kepala, perut tu masing-masing dah buncit, macam bapak orang je, jatuh saham", kata Damia, menggeleng-gelengkan kepalanya. Leka Damia memandang wajah di hadapannya terasa sungguh tenang sekali.
"Awak ni dari tadi duk mencari jerawat kat muka saya ni, tak jumpa-jumpa lagi ke"?,Amierul Ashraff menongkat dagunya sambil memandang wajah Damia.
"Kau ni dik, kalau dah tak sabar sangat kau ajak je la acap ni kahwin dengan kau, habis cerita, tak payah nak lepaskan rindu pandang muka dia ni,takkan lari gunung di kejar dik oi", Danish berseloroh, tersengih-sengih memandang muka adiknya yang sudah kemerahan. mendalam maknanya kata-kata Danish tadi.
"Bagus jugak cadangan abang tadi, hem.. boleh di pertimbangkan ni, umur pun bukan makin muda, ok jugak kahwin muda ni, dapat anak cepat dah tua nanti anak-anak semua dah besar-besar betul tak abang?", Amierul Ashraff mengeyit matanya kepada Danish sengaja nak menyakat Damia.
"Jangan nak merepek la, kena sampuk ke apa tiba-tiba je!!!!", menjeling Damia, langsung keluar dari restoran itu, laju sungguh jalannya.
Amierul Ashraff dan Danish sudah tersenyum-senyum, entah apa lagi la rancangan mereka, ada je nak mengenakan si Damia ni. Damia duduk di tunggul kayu berhampiran dengan hotel yang didudukinya, teringat kenangannya di sekolah dulu.
"Weh, tu kau tengok pasangan kekasih tu, meluat aku, nak bercinta pun tak payah la nak lebih-lebih, umur baru setahun jagung, seluar dalam pun mak yang beli lagi ada hati nak bercinta hem berbulu je mata aku nak tengok!", ngomel Damia geram dengan adegan yang romantik yang sedang dilihatnya.
"Eh kau ni kau meluat ke, kau cemburu tengok buah hati dikepit oleh kekasihnya", Fatin membalas.
"Betul,betul,betul", sambut Eiqa kawan Damia, mereka berenam gelak sakan kecuali Damia masih dengan ketidakpuasan hatinya.
"Hai menung apa tu?", Amierul Ashraff mencuit hidung Damia.
"Awak ni pun sama je macam abang Ash, tak reti bagi salam, terkejut tau tak", balas Damia, terkejut dia, tiba-tiba ada orang mencuit hidungnya.
"Saya duduk dekat sini punya lama, awak yang tak sedar, apa yang awak menungkan tadi?", lembut suara Amierul Ashraff.
Damia cuma menggeleng, lalu memberikan senyuman kepada Amierul Ashraff.
"Awak jom kita jalan-jalan, tak seronok la duduk macam ni je"
Damia bangun nak berjalan tapi pantas dihalang oleh Amierul Ashraff.
"Eh awak nak pergi mana ni?", tanya Amierul Ashraff kehairanan.
"La kan awak cakap nak jalan-jalan, saya bangun la", balas Damia tersenyum melihat kekalutan Amierul Ashraff.
Danish tidak turut serta kerana memberi peluang kepada mereka berdua untuk memperbaiki hubungan yang renggang dulu. Danish beralasan hendak berehat di kamar kerana esok mereka akan pulang kembali ke Kuala Lumpur.
Wajah Damia kelihatan ceria saja, senyuman tidak putus di bibirnya tetapi lidahnya kelu untuk berbicara. Yang pastinya Damia berasa sungguh gembira.
"Awak kenapa seksa diri awak, tunggu saya sebegitu lama, kenapa awak tak buka pintu hati awak untuk orang lain, kenapa perlu saya yang ada di hati awak?", bertalu-talu soalan Amierul Ashraff.
"Awak janganlah perasan tujuh tahun dulu je, sebab masa tu kan saya budak mentah lagi, sekarang mana ada dah", Damia menyembunyikan hakikat yang sebenarnya.
"Awak jangan bohong la, saya dah tahu semuanya, lagipun dari mata awak saya dah boleh nampak cinta awak terhadap saya , sebab itu awak selalu larikan mata awak bila saya pandang mata awak kan?"
Damia cuma menganggukkan saja kepalanya. Damia memang tidak pandai menyembunyikan perasaannya. Jika dia sedang bersedih terserlahlah kesedihan di wajahnya.
"Awak maafkan saya tak?", Amierul Ashraff bertanya lagi.
Damia cuma mengangguk, lidahnya kelu tiba-tiba untuk berbicara.
"Em, kita kawan kan?", sambung Amirul Ashraff.
Damia mengangguk lagi.
Amirul Ashraff mendapat idea untuk mengenakan Damia.
"Awak nak kahwin dengan saya tak?", Amirul Ashraff tersengih.
Damia mengangguk, tapi setelah itu dia menjegilkan mata kepada Amirul Ashraff.
Kena juga perangkapnya nak mengenakan Damia ni.
"Betul ni, nak kahwin dengan saya, kalau saya hantar rombongan nanti awak jangan marah pulak tau", Amirul Ashraff masih lagi mengusik Damia.
"Saya tak marah la, mengamuk je nanti, kalau berani buatlah", Damia bergurau.
"La ingat ke bisu, ada suara rupanya, susah betul nak dengar suara, ada berlian ke dalam mulut awak, tapi okey jugak ada berlian dalam mulut awak, bila berlian tu keluar saya rela tadah tangan saya", semakin galak Amirul Ashraff mengusik.
"Mengada la awak ni, saya bukannya tak nak cakap saya tak tahu nak cakap apa saya guna bahasa tubuh je la", Damia membela dirinya.
Tetapi sebenanya dia senang bila diusik begitu. Tanpa disedari terukir senyuman di bibirnya yang nipis itu.
Amierul Ashraff tertarik dengan senyuman Damia manis sekali, terserlah lesung pipit di sebelah kiri pipi sama seperti lesung pipitnya cuma Damia punya lebih dalam lekuknya. Kenapalah baru sekarang dia perasan semua itu kesian gadis manis di hadapannya itu. Amierul Ashraff mengamati wajah Damia, terbit pula rasa bahagia tatkala melihat wajah itu terasa sungguh tenang dan damai sekali.
Damia menoleh ke arah Amierul Ashraff, sekali lagi mata mereka bertatapan kali ini kedua-dua kaku berdiri, masing tidak melarikan pandangan. Tidak berkelip mata mereka seakan-akan hanyut dalam dunia mereka sendiri.
"Bukk", bola terkena di kepala Damia.
Barulah Amierul Ashraff tersedar dari lamunanya, seorang budak menghampiri mereka.
"Kak saya minta maaf, saya terbaling kuat tadi, terkena akak, saya minta maaf tau", comel suaranya.
"Tak pe, akak okey, nama adik ni siapa?", Damia beramah mesra dengan budak itu.
"Nama saya, Alif, akak?", tanya Alif ramah.
"Nama akak panjang dik adik panggil akak Mia je tau", Damia menghulurkan tangan.
Alif menyambut dan mencium tangan Damia sopan.
"Selamat berkenalan", ucap Damia.
"Yang dekat sebelah akak ni, pakwe akak ke?", merah muka Damia bila ditanya sebegitu.
Belum sempat Damia menjawab Amierul Ashraff pantas menjawab soalan yang tentu sekali bukan ditujukan untuknya.
"Ye abang ni pakwe akak Mia", Amierul Ashraff menggosok-gosok kepala Alif.
"Patut la, abang ni hensem la ada lesung pipit lagi, akak pun sama", puji Alif.
"Alif nak tak jadi adik akak?", Damia mengubah topik lain sebelum keluar bab yang lain.
"Nak, Alif suka sembang dengan akak, akak baik, comel macam Alif", Alif menjawab, teruja.
"Okey Alif jadi adik akak tau, bagi la alamat rumah Alif nanti bila akak ada masa kita pergi jalan-jalan nak?", Damia bertanya, seronok melayan budak itu, walaupun tak sampai sehari kenal tetapi dia senang bercakap dengannya.
"Akak ada kertas tak Alif nak tulis alamat", balas  Alif tersenyum, comel sungguh wajahnya.
"Alif tulis dekat tangan akak ni", Damia menghulurkan tangannya.
Amierul Ashraff tersenyum melihat gelagat Damia yang mudah mesra dengan orang, dari pandangannya, Damia menyukai budak-budak, pandai Damia melayan budak. Comel perlakuannya melayan budak itu, pada perkiraanya Alif baru berumur dalam lingkungan empat tahun, tetapi petah berkata-kata, alamat rumah pun boleh ingat.
"Terima kasih, nanti akak pergi rumah Alif tau", Damia mencubit pipi Alif.
"Sama-sama, akak jom Alif bawak akak jumpa mak Alif", Alif menarik tangan Damia.
"Alif jangan lari sayang jatuh nanti", laung Damia. Damia menaikkan tangannya isyarat kepada Amirul Ashraff supaya menunggunya, Amirul Ashraff membalasnya dengan membuat 'flying kiss' kepada Damia, Damia tersenyum bahagia.
Alif menarik seluar maknya yang sedang berdiri menghadap laut.
"Mak, Alif bawak kak Mia, akak ni baik mak, dia sayang Alif, kak Mia buat Alif jadi adik dia", Alif memperkenalkan Damia kepada emaknya.
Damia tersenyum lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
"Saya Damia, panggil Mia je", Damia mencium tangan emak Alif.
"Panggil mak cik, mak je senang, Alif ada buat apa-apa ke dekat Mia?", tanya mak  kepada Damia, risau jikalau anaknya melakukan sesuatu kepada gadis comel itu.
"Alif main bola terkena kak Mia", Alif menundukkan wajahnya, takut untuk memandang wajah emaknya.
"Tak ada apalah mak sikit je, tak sakit pun, mak jangan la marah dia, biasa la budak-budak", Damia membela Alif. Damia menarik Alif dekat dengannya.
"Alif ni, nasib baik akak ni tak apa-apa, lain kali main bola tu elok-elok", mak menegur Alif.
Alif sudah menyorok dibelakang Damia kerana takut dimarahi emaknya, Damia tersenyum senang melihat Alif, takut sungguh, muram mukanya.
"Alif, dah-dah mak tak marah la, mak tegur je, tak comel la adik akak, kalau muncung macam ni, akak beli ais-krim nak", Damia memujuk Alif, ternyata pujukannya menjadi.
"Nak, jom, cepat la akak", wajah Alif bertukar ceria.
Damia meminta kebenaran daripada mak, setelah diberikan kebenaran barulah Damia membawa Alif membeli ais-krim. Damia membeli ais-krim untuk Amirul Ashraff juga, mereka berjalan menuju ke arah Amirul Ashraff yang sedang setia menunggu.
Alif mengambil tempat di sebelah Amierul Ashraff, yang sedang membuka ais-krim yang diberikan oleh Damia, Alif pula sedang enak menikmati ais-krimnya, comot mulutnya. Damia tergelak kecil melihat wajah Alif. Amierul Ashraff menepuk-tepuk batu menyuruh Damia duduk di sebelahnya. Damia turutkan saja, lebih baik duduk atas batu dari duduk atas riba Amirul Ashraff lagi la.
Damia mengelap mulut Alif yang comot dengan tisu, Damia mencium pipi Alif yang comel itu. Amierul Ashraff melihat perlakuan Damia terhadap Alif, dalam hatinya memuji kelembutan Damia melayan budak-budak, terserlah sifat keibuaannya. Alif tergelak-gelak melihat Amierul Ashraff, Damia turut tergelak kecil, mana tak nya, makan ais-krim pun comot macam budak-budak. Spontan Damia mengelap mulut Amierul Ashraff dengan sapu tangannya lembut sekali sapuannya. Amierul Ashraff menyuakan pipinya kepada Damia.
"Akak jangan cium pipi abang tu, tau akak boleh cium pipi Alif je", Alif merajuk melihat Amierul Ashraff menyuakan pipi menyuruh Damia menciumnya seperti Damia mencium pipi Alif.
"Akak tak cium pun pipi abang tu, nak buat apa, pipi abang tu busuk, pipi Alif wangi, akak suka", Damia memujuk Alif.
"Amboi, sedap je mulut tu cakap pipi orang busuk ye, tak pe, tengok la Mia abang pakai bedak nanti wangi la", Amierul Ashraff membalas.
Terkedu Damia mendengar Amirul Ashraff membahasakan dirinya 'abang', tiada lagi 'saya','awak'.
"Tak boleh, kalau pipi abang wangi pun, Alif tak bagi akak cium pipi abang, akak boleh cium pipi Alif je uwekk!!", Alif menjelirkan lidahnya kepada Amirul Ashraff.
"Alif, tak baik buat macam tu sayang, nanti Allah marah", tegur Damia lembut, mengusap-usap pipi Alif.
Suka benar Damia dengan pipi Alif, bila menyentuhnya terasa lembut saja, gebu pulak tu, rasa macam nak cubit-cubit saja. Saat ini, Damia mengelak matanya dari memandang Amierul Ashraff, dia masih lagi terkejut dengan perubahan Amierul Ashraff, berlainan sekali dengan perangainya sewaktu masih bersekolah dulu. Perangainya yang sekarang terserlah kematangan dan kelembutannya menuturkan kata-kata.
Alif terpujuk dengan kata-kata Damia, Alif meminta maaf dan mencium tangan Amierul Ashraff.
"Alif, akak balik dulu tau, esok kita jumpa lagi ye, kalau adik nak datang bilik akak ni nombornya 561", Damia menunjuk kunci biliknya.
"Ala, Alif nak main dengan akak lagi", muncung bibirnya.
"Dah nak senja la sayang, jom akak hantar adik dekat mak tau", Damia memujuk, Alif tetap tak bergerak.
"Akak dukung nak,mari sini?", Damia mendepangkan tangannya.
Alif mengangguk, berlari ke arah Damia. Alif merangkul leher Damia erat. Damia menyerahkan Alif yang sudah pun terlena kepada emaknya, setelah meminta diri dan menyalami tangan mak angkatnya itu, Damia mendapatkan Amierul Ashraff. Mereka beriringan berjalan menuju ke bilik masing-masing, bilik Amirul Ashraff bersebelahan saja dengan bilik  Damia. Amierul Ashraff bertekad hendak meluahkan perasaanya terhadap Damia. Dia yakin dia telah mula menyukai Damia, dia tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu, melepaskan permata yang paling berharga.
"Dah balik dah?", tanya Danish
Damia cuma menganggguk, terasa pegal-pegal badannya, lemah sangat, Damia terus ke bilik air untuk mandi dan terus bersolat. Lama dia berteleku di sejadah memohon doa dan petunjuk daripada-Nya. Terasa dingin tubuhnya apabila angin malam menyapa tubuhnya, Damia terbuai dengan kedinginan malam sambil melihat bintang-bintang yang berkelipan di langit yang gelap itu.
Hari ini adalah hari yang paling bermakna dan bahagia dalam hidupnya kerana dapat bersama dengan orang yang telah lama dinanti, dirindui. Damia bersyukur sangat kerana diberi peluang bersama-sama dengannya, hati yang dulunya terluka kini telah terubat sedikit demi sedikit dengan kehadiran lelaki yang telah memberi semula cahaya dalam hidupnya yang selama ini penuh dengan kegelapan dan kedukaan.
Damia menikmati permandangan dan keindahan malam di beranda bilik hotelnya. Danish sudah pun dibuai mimpi-mimpi indah. Cuma dia yang tidak bisa melelapkan matanya, teringat-ringat wajah bersih milik Amierul Ashraff yang semakin lama, semakin dalam perasaan rindu rindu padanya.
Amierul Ashraff juga begitu, tidak bisa melelapkan matanya. Amierul Ashraff mengambil gitar yang dibawa ke mana saja dia pergi lalu dipetik tali-tali gitar, sungguh merdu bunyi alunan gitar yang dimainkannya. Amierul Ashraff menyanyi satu lagu yang sesuai dengan suasana malam yang damai dan tenang sekali.

Pertama kali ku bertemu denganmu...
Sayunya hatiku merindui dirimu...
Aku mengharap engkau menerimaku...
Kerna aku bersedia mencintaimu...

Merdu sungguh suaranya. Damia yang terdengar alunan lagu tersebut terbuai, dengan petikan gitar yang sungguh mengasyikkan, lagu tersebut sesuai ditujukan kepada Amierul Ashraff, memang pertama kali Damia melihat wajah Amierul Ashraff terus timbul perasaan sayang kepadanya. Damia tidur dengan ditemani oleh lagu yang dinyanyikan oleh Amierul Ashraff.




PAGI itu Damia dan Danish berkemas untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur, berat rasa hati nak meninggalkan tempat itu, terlalu banyak peristiwa yang berlaku di sini, hubungannya dengan Amierul Ashraff juga semakin hari semakin rapat, hidupnya kini sudah diterangi oleh cahaya yang menyinari kegelapan di hati. Semasa Damia keluar dari biliknya, Amierul Ashraff juga keluar dari biliknya, Damia bertembung dengan Amierul Ashraff, Damia tidak tahu biliknya bersebelahan dengan bilik Amierul Ashraff.
"Awak memang duduk sebelah bilik saya ke?", Damia mendapatkan kepastian.
"Ye la kenapa tak percaya ke" Amierul Ashraff tersenyum. Danish yang mencadangkan supaya Amirul Ashraff duduk di situ.
"Jadi yang menyanyi semalam awak la kan?".
"Ye, abang tujukan lagu tu memang khas untuk Mia, jadi Mia terima tak?", Amierul Ashraff melamar Damia untuk menjadi teman wanitanya.
Sekali lagi Damia terkedu mendengar Amierul Ashraff membahasakan dirinya 'abang', Damia termenung soalan yang ditanya tadi dibiarkan berlalu.
"Mia terima tak ni?", Amierul Ashraff mengulangi soalannya.
"Terima apa?", Damia bertanya kembali.
"Sudi tak Mia jadi teman hidup abang, abang ikhlas nak dekat Mia, abang mengakui kesilapan abang melukakan hati Mia dulu, izinkanlah abang menebus dosa abang dekat Mia, abang buta dulu, mata abang buta dengan kecantikan, sedangkan permata yang sememangnya setia dengan abang, abang biarkan, abang tak pernah lagi jumpa perempuan yang sanggup tunggu lelaki itu dengan tempoh yang begitu lama, sanggup menanggung sakit melihat lelaki yang disayangi dengan perempuan lain, sanggup berkorban demi kebahagiaan lelaki itu, abang minta maaf sangat-sangat", Amierul Ashraff memegang tangan Damia, tumpah air mata lelakinya.
Damia tersentuh dengan pengakuan Amierul Ashraff, siap melutut lagi, Damia memandang abangnya yang mengangguk menyuruhnya terima lamaran Amierul Ashraff, Damia duduk memegang dagu Amierul Ashraff supaya memandangnya. Damia memegang tangan Amierul Ashraff.
"Kenapa awak buat macam ni, saya sedih tau tak", mengalir air jernih membasahi pipinya.
"Abang nak tunjukkan keikhlasan abang dekat Mia, abang takut Mia tak percaya cakap abang", Amierul Ashraff memandang Damia yang sudah basah wajahnya.
"Awak tak perlu buat semua ni, saya percaya awak, selama ni saya bersabar, dan berkat kesabaran saya, awak terima saya, saya bersyukur sangat, awak buat saya menangis tau tak", Damia bergurau di akhir percakapan.
"Terima kasih sayang sebab terima abang, abang janji abang akan sentiasa membahagiakan Mia", Amierul Ashraff gembira.
"Saya tak cakap pun saya terima awak". Amierul Ashraff kembali murung wajahnya. Damia tersenyum melihat wajah kelat Amirul Ashraff, sungguh dia amat merindui wajah itu.
"Buruk la lelaki merajuk, saya terima awak la, dari dulu lagi kalau awak cakap macam ni saya memang terima awak, tiada lelaki lain di hati saya selain awak", Damia memujuk.
Amierul Ashraff tersenyum mendengar jawapan dari mulut Damia, dia kembali menatap mata Damia. Mata itu adalah bukti betapa ikhlasnya perasaan Damia kepadanya. Damia bersyukur sangat kerana semua doanya telah termakbul, dia berharap sangat selepas ini Amierul Ashraff akan menjadi menjadi miliknya selamanya.
"Amboi, abang bagi sikit je peluang, lebih-lebih pulak ye, sabar la acap tak lari ke mana si Mia ni, paling jauh pun dia lari dalam rumah je, kalau tak sabar sangat bawak rombongan cepat,  cepat sikit ikat si Mia ni", Danish bersuara.
Tersengih Amierul Ashraff mendengar tindak balas dari bakal abang iparnya, che wah dah sebut abang ipar dah, tak sabar betul. Damia pula masih lagi malu-malu manja. Geram Amierul Ashraff setiap kali melihat Damia malu pasti pipinya akan merona merah, mahu saja dicubit-cubit pipi itu. Danish tersenyum bahagia tatkala adiknya mencapai kebahagiaan, harap-harap tiada lagi pernderitaan dalam hidupnya.
"Dah-dah, dik jom balik, ala korang ni bukannya tak boleh jumpa dah, kalau dah kemaruk sangat telefon je hari-hari, tak pun pakai je 3G lagi senang muka pun boleh nampak", seloroh Danish.
Amierul Ashraff memandang muka Danish meminta supaya menyuruh Damia balik dengannya.
"Mia, kau nak balik dengan Acap ke abang?", Danish memberi pilihan kepada Damia.
"Mia ikut abang je la, Mia malu la duduk satu kereta dengan dia", Damia berbisik kepada Danish, kalau dicakap kuat nanti takut Amierul Ashraff kecil hati pulak.
"Nak buat macam mana Acap, dia ni nak berkepit dengan aku jugak, ketiak aku ni wangi kut, sebab tu dia ni asyik nak duk bawah ketiak aku je", gurau Danish, mengusik adiknya.
Damia menampar bahu Danish, kalau tak keluar ayat karut dia yang menyakitkan hati tak sah.
"Ha ni lagi satu perangai dia, suka sangat la tampar bahu aku, tau la badan aku ni sasa tak payah la nak tampar-tampar, kalau Acap kena ni, mesti hilang rindu setahun", sambung Danish lagi sambil tergelak-gelak.
"Cakap tadi nak balik kan, ni berdiri lagi dekat sini kenapa, ish menyampah la abang ni", rajuk Damia.
"Alamak adik manis merajuk la", Danish merapati Damia.
Amierul Ashraff menghalang Danish, sebaliknya dia yang merapati Damia, sebelum itu dia meminta kebenaran daripada Danish untuk membawa Damia pulang.
"Sayang, kenapa muncung je ni, abang cium nanti baru tau", Amierul Ashraff memujuk, lembut suaranya.
Damia tersenyum mendengar Amierul Ashraff memujuknya, lembut menusuk kalbu, dalam hatinya melonjak kegembiraan, nasib baik tak terlebih kalau tak habis keayuaannya. Sabarlah wahai diriku, tak lama je lagi. Terasa kembang hatinya setiap kali Amierul Ashraff memujuknya, dengan sekelip mata dia akan terpujuk. Biasalah, kalau dah suka kentut bau telur pun cakap bau minyak wangi Dunhill.
Amierul Ashraff mengajak Damia naik keretanya. Pada mulanya Damia menolak lembut tetapi setelah Amierul Ashraff memujuk barulah Damia menyatakan persetujuannya, Danish memesan kepada Amierul Ashraff supaya menjaga Damia.
Mereka berjalan beriringan ke kereta, Amierul Ashraff membuka pintu kepada Damia, Damia terasa dirinya seperti seorang puteri pula dilayan sebegitu. Amierul Ashraff duduk di tempat pemandu, setelah menghidupkan enjin kereta, Amierul Ashraff memakai cermin mata hitam tanpa bingkai.Damia melihat melalui ekor matanya, terserlah kemachoannya,hatinya berbunga bahagia, kacak sungguh apabila Amierul Ashraff memakai cermin mata. Penampilannya hanyalah baju tanpa lengan berwarna hitam, seluar pendek berwarna putih, cukup untuk menggugat mana-mana gadis yang melihatnya.
Damia yang sememangnya suka melihat lelaki memakai begitu teruja melihat buah hatinya sendiri memakainya, macam tau-tau saja yang dia memang menyukai lelaki berpenampilan sebegitu. Dah mengaku buah hati nampaknya. Meluncur laju kereta yang dibawa oleh Amierul Ashraff.
Kedua-duanya diam membisu, hanya suara radio kedengaran. Damia menundukkan wajahnya, tiada kekuatan untuk memandang Amierul Ashraff yang baru beberapa jam secara rasminya menjadi teman lelakinya. Terasa janggal untuk berbicara, lelaki yang pada mulanya cuma kawan kini menjadi yang istimewa, sekelip mata keadaan berubah. Hidupnya pun akan berubah, pasti setiap malam Amierul Ashraff akan menelefonnya. Tidak sabar rasanya hendak menantikan saat itu. Mendengar Amierul Ashraff memangilnya sayang sungguh kembut sekali.
"Diam je ni kenapa?", Amierul Ashraff memecah kesunyian.
"Tak ada apa la, awak bagi la saya bawak pula kereta ni?", balas cuba untuk beramah.
"Mia nak bawak kereta ni?", Amierul Ashraff tergelak.
"Kenapa awak gelak, kenapa tak percaya ke saya boleh bawak kereta kereta sport ni ke?", Damia sedikit terasa jauh hati apabila Amierul Ashraff ketawakannya.
"Tak adalah, Mia ni lembut je macam tak sesuai nak bawak kereta jenis macam ni", balas Amierul Ashraff dengan sisa tawanya.
Damia sudah menarik muka, merajuk la kononnya, saja la tu nak bagi buah hati pujuk, muncung je mulutnya, Damia kembali menghala pandangannya ke hadapan. Amirul Ashraff memanggilnya pun boleh buat tak tau saja.
"Mia, dah la merajuk tu, tu muncung tu, abang cium betul-betul nanti baru tau", Amierul Ashraff memujuk.
Damia memandang Amierul Ashraff yang seakan-akan hendak menciumnya, pantas dia menekup mulutnya.  Kan dah cakap tadi cair punya perempuan ni, buktinya dah boleh senyum, tadi bukan main lagi panjang muncungnya.
"Ish apa la awak ni, mengada tau", balas Damia menampar lembut pipi Amierul Ashraff.
Amboi dah main tampar-tampar, mula-mula tadi nak buka mulut pun tak berani, ni siap main tampar-tampar lagi. Amierul Ashraff membalas dengan membuat flying kiss kepada Damia. Damia tersenyum bahagia.
"Nama penuh Mia apa?", Amierul Ashraff kembali memberi perhatian terhadap pemanduannya.
"Puteri Damia Qaisara", Damia menjawab.
"Panjangnya, nama tiga perkataan, nama panggilan tiga huruf je".
"Nama abang Ash pun panjang jugak, awak dah tau kan nama dia", Damia bertanya.
"Tu lah, adik dengan abang sama je, nama panjang-panjang, Mia abang nak tanya boleh", lembut suaranya.
"Tanya je la"
"Mia tak marah kan, abang bahasakan diri 'abang', bukan apa, abang selesa guna bahasa ni, kalau boleh Mia abang nak Mia panggil abang jugak, lagi sedap dari panggil awak, boleh kan?", Amierul Ashraff membuat permintaan.
Damia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal,susah nak buat keputusan, dia juga selesa mendengar Amierul Ashraff membahasakan dirinya 'abang', tetepi nak panggil dia belum bersedia. Kalau ditolak takut terasa hati pulak. Lantaklah panggil je la bukan susah sangat, hatinya berkata.
"Jujurnya Mia pun selesa dengar a...abang bahasakan diri macam tu", tergagap-gagap Damia menuturkan kata-kata.
Amierul Ashraff tersenyum melihat jawapan daripada Damia, sejuk hatinya mendengar Damia memanggilnya 'abang'. Amierul Ashraff memandang Damia di sebelahnya, sudah diagak pipi Damia mesti merah, geram sungguh dia melihatnya. Disebalik itu, dia melihat sebutir air jernih mengslir di pipi gadis itu.
Damia pantas menyeka air matanya, dia tidak mahu Amierul Ashraff perasan yang dia sedang menangis. Sebenarnya itu air mata yang gembira, sudah lama dia menanti untuk merasai semua ini, jiwa dan raganya semuanya telah diserahkan kepada pemiliknya, dia sudah menemukan kuncinya kepada hatinya.
"Mia kenapa menangis ni, abang tak suka la tengok Mia macam ni,tak comel la", Amierul Ashraff memujuk.
"Abang, Mia nak ucapkan terima kasih dekat abang sebab sudi terima Mia yang tak seberapa ni, terima kasih sebab bagi peluang dan ruang kepada Mia untuk menapak di hati abang, Mia bahagia sangat bang, hati Mia dah serahkan dekat abang, abang jaga la elok-elok jangan bagi hati tu terluka sekali lagi", mendalam maksudnya.
"Sepatutnya abang yang ucapkan terima kasih dekat Mia sebab sudi terima abang walaupun abang dah lukakan hati Mia, abang janji Mia, abang akan jaga hati Mia sebaik yang boleh kalau boleh abang tak nak tercalar sikit pun", Amierul Ashraff menabur janji.
Mengalir lagi air mata Damia, dia dapat rasa keikhlasan dalam kata-kata Amierul Ashraff. Damia teringat tentang pemergiannya ke luar negara untuk menyambung pembelajarannya, tak sanggup rasanya nak berpisah dengan Amierul Ashraff. Damia hendak memberitahu Amierul Ashraff tetapi tidak sanggup bila memandang wajahnya.
Amierul Ashraff membawa Damia ke suatu tempat. Damia memandang Amierul Ashraff meminta penjelasan sebaliknya Amierul Ashraff tersenyum dan menyuruh Damia keluar dari kereta.
Damia memandang sekeliling, cantik tempat itu, pokok-pokoknya hijau, kedengaran air terjun yang tenang sekali, kelilingnya di penuhi dengan bunga ros berwarna merah. Damia memandang sebelah, ternyata Amierul Ashraff tiada di sebelahnya, melilau matanya mencari Amierul Ashraff. Tiba-tiba terdengar bunyi petikan gitar di belakangnya, dia menoleh belakang, terharu rasanya dalam diam Amierul Ashraff menyediakan meja dan kerusi kecil siap dengan makanan sekali. Amierul Ashraff mengalunkan sebuah lagu.

andainya kau jadi milikku
selalu ku nyanyikan lagu rindu
andaikan kau dan aku bersatu
dunia ini berseri selalu

ku ingin dirimu
dekat di hatiku
berdua kitakan raih bahagia
ku ingin dirimu turut merasa
rasa rindu tuk menatap matamu.

Damia menahan sebak di dada. Merdu sungguh suaranya, Damia tidak menyangka, Amierul Ashraff berbakat dalam nyanyian. Damia berasa dirinya benar-benar dihargai. Amierul Ashraff memang romantis orangnya, dalam sekelip mata, dia boleh menyiapkan segalanya.Damia duduk di kerusi yang telah di siapkan khas untuk yang teristimewa. Amierul Ashraff menyediakan semua makanan itu semasa dia berada di hotel, semuanya di masak di sana, tetapi makanan yang di masak hanyalah salad buah, sandwich, dan air bluebarry hanya itu yang mampu dia lakukan.
Damia menangis kerana dia memang tidak menyangka Amierul Ashraff melakukan semua itu hanya untuk dia. Amierul Ashraff memegang tangan Damia, dicium tangan itu, terasa lembut saja macam tangan bayi saja. Dia memandang tepat kedalam mata Damia.
"Mia suka tak?", Amierul Ashraff menggegam tangan Damia.
Damia cuma mengangguk, tidak mampu untuk bersuara.
"Abang dah fikir panjang dah, minggu depan abang nak meminang, Mia tunggu tau, abang serius ni"
"Mia sentiasa tunggu abang", serak suaranya.
"Terima kasih sayang", Amierul Ashraff mencium tangan Damia.
Amierul Ashraff menyuap salad buah kepada Damia, teragak-agak Damia menyambutnya masih menebal malu dalam dirinya.
"Abang dah la tu, Mia dah kenyang, jom balik la tau"
"Okey, jom kita balik ye, tolong abang kemas ni dulu", Amierul Ashraff tersenyum.
Damia membantu Amierul Ashraff mengemas, cekap Amierul Ashraff membuat kerja, sejuk hati Damia memandangnya. Mereka kembali meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kerana terlampau letih, Damia terlentok di bahu Amierul Ashraff.
Dia memandang Damia yang lena tidurnya, dapat jugak dia melihat Damia dalam tidurnya, comel sungguh wajahnya ketika sedang tidur. Amierul Ashraff membiarkan saja Damia tidur di bahunya sebagai alas, badannya pun tidak kurang sasanya, bolehlah nak buat ganti bantal.
Terasa bosan pula, tiada teman nak berbual, Amierul Ashraff menguatkan suara radio, terdengar lagu kegemarannya di corong radio, terbuai dia mendengar lagu itu.
Tak sampai hati rasanya nak mengejutkan Damia yang sedang lena tidurnya, terbit rasa kesian di hatinya, nak diangkat nanti apa pula kata orang tua Damia. Amirul Ashraff menelefon Danish. Kelam-kabut Danish keluar, setelah diberitahu Amierul Ashraff bahawa adiknya baik punya landing dekat 'bantal'nya.
"Nak buat macam mana ni", mereka berbisik.
"Gerak je, dah lama kan dia tidur dah puas dah", sengaja dikuatkan suaranya.
"Abang gerak la saya tak sampai hati la bang"
"Susah betul orang bercinta ni, nak gerak pun susah ke, ye la aku gerak", Danish mengalah.
"Dik, bangun, dah sampai rumah ni", Danish mengerak-gerakkan bahu adiknya.
"Apalah susah sangat budak ni nak bangun", Danish merungut.
Danish menyuruh Amierul Ashraff pula yang kejutkan adiknya, payah betul, kalau dah tidur tu, rumah kena rompak pun mesti dia tak sedar dah, muak betul Danish dengan perangai adiknya, tak pernah berubah dari kecil sampai dah nak jadi isteri orang pun tak berubah perangainya.
"Mia, bangun, dah sampai rumah ni", lembut sungguh suara, kalau macam ni cara geraknya, alamatnya tak bangun la si Damia ni, suara abangnya yang macam guruh tu pun tidak jaga jugak, ni macam sungai mengalir suaranya lagi la.
"Sayang bangun la", Amierul Ashraff mengusap-ngusap pipi Damia.
Barulah celik matanya, gatal betul perempuan ni, nak kena panggil sayang baru nak bangun, teruk betul perangainya.
"Oi, dah jom masuk rumah, bagi tau mama dengan papa kau gatal, nak kena panggil sayang baru nak bangun", Danish mengusik adiknya.
"Jom, masuk sekali, Mia kenalkan dengan mama, papa", Damia menarik baju Amierul Ashraff masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum", serentak Damia dan Amierul Ashraff memberi salam.
Terkejut Damia melihat semua rakannya ada bersama. Ni mesti abang Ash yang bagi tau ni, aduh apa la aku nak jawab ni, bisik hatinya.
"Waalaikumussalam, masuk la, abang hensem dekat sebelah Mia ni siapa?", Datin Sofea bertanya.
"Awak ni, Sofi tak sabar-sabar, bagi la budak-budak ni duduk dulu, Mia pergi buat air", suruh Datuk Saiful.
Damia mengagguk dan terus ke dapur, Eiqa, Fasihah dan Fatin mengekori Damia ke dapur, mereka mesti mendapatkan penjelasan daripada Damia sendiri.
"Apa kes ni?", tanya Fatin tidak puas hati.
Eiqa mengosok-gosok bahu Fatin, menenangkan hatinya yang panas kala itu, dia sendiri pun sakit hati melihatnya tadi, macam mana senang-senang Damia boleh menerima Amierul Ashraff sedangkan lelaki itu banyak kali membuat hatinya terluka, mereka berdua saksi kepada semua itu.  Lembut sangat hati Damia ni senang-senang saja nak memaafkan orang.
"Apa cerita ni Mia?", tanya Fasihah pula.
Damia membiarkan soalan yang ditanya rakan-rakannya dibawa angin Eiqa, Fasihah dan Fatin masih lagi mengikut kemana saja Damia pergi. Damia mengambil tempat di sebelah Datin Sofea.
"Pakcik, saya ada hajat sebenarnya", Amierul Ashraff memula bicara.
"Mia, Eiqa,Seha dengan Atin pergi naik atas masuk bilik", suruh Datuk Saiful.
Damia dan rakan-rakannya akur dengan suruhan Datuk Saiful, dia juga nak tahu apa yang Amierul Ashraff nak cakap dengan papanya tetapi, papanya tidak bagi pula. Aslam, Wan, Zam dan abangnya saja yang dibenarkan,hal orang lelaki katanya.
"Mia cerita la apa yang berlaku antara kau dengan dia tu", soal Eiqa
Fatin dan Fasihah pula menjadi pemerhati, Damia pula tak ubah seperti pesalah yang kena tahan di bilik tahanan.
"Baiklah aku cerita, tapi korang kena janji dulu jangan marah aku", Damia menghulurkan jari kelingkingnya, Eiqa, Fasihah dan Fatin mengikat janji.
Damia menceritakan semuanya apa yang berlaku di antara Amierul Ashraff dengannya, Fasihah, Eiqa dan Fatin mengangguk-angguk mendengar cerita Damia. Fatin, Fasihah dan Eiqa meminta maaf kerana menuduh tanpa usul periksa. Masalah dengan Fasihah, Eiqa dan Fatin sudah pun selesai, tinggal dengan Aslam, Wan dan Zam lagi yang akan menyerangnya nanti. Damia mewakilkan Eiqa, Fasihah dan Fatin yang memberitahu rakan-rakannya yang lain.

2 comments:

  1. 1)taulah pandangan dekat depan dia lagi indah.lebih pulak perempuan ni(actualy lebih lebih pulak perempuan ni)

    2)Danish yang dari tadi memerhati gelagat Damia dan Ameirul Ashraff.Danish tersenyum(lebih baik tak payah letak noktah dan ulang nama Danish terus ja ~Danish yang dari tadi memerhati gelagat Damia dan Ameirul Ashraff tersenyum)

    3)Alif tak bagi akak cium abang pipi abang(akak cium pipi abang)

    4)"Akak dukung nak.mari sini"(tanda soal~akak dukung nak?)

    5)Danish tersenyum bahagia TAKTALA melihat adiknya mencapai kebahagiaan(kalau ada perkataan taktala melihat baru sesuai aku rasa)

    ReplyDelete