Friday 25 November 2011

bab 4

Aslam, Wan dan Zam termenung mendengar Eiqa, Fasihah dan Fatin menyampaikan cerita Damia yang dianggap mereka tidak masuk akal. Damia tidak sepatutunya menerima kembali Amierul Ashraff dalam hidupnya, dia seharusnya melupakan terus lelaki itu.
"Macam mana boleh jadi macam ni, patutlah semalam aku tengok diorang tu mesra semacam rupanya dah rasmi", Aslam menyatakan ketidakpuasan hatinya.
Yang lain semuanya diam membisu, Eiqa, Fasihah dan Fatin pula tidak menyalahkan Damia seratus-peratus,kerana mereka tahu bagaimana seksanya perasaan Damia, mereka yang menyaksikan segalanya dan merekalah yang memberikan semangat kepada Damia, cuma kawan mereka yang tiga orang tu saja yang menyalahkan Damia, biasalah lelaki ego tak bertempat.
Puas Fatin, Fasihah dan Eiqa menerangkan kepada mereka bertiga, tetapi tetap nak menyalahkan Damia kata mereka, nak jumpa Damia sendiri, mereka tidak akan puas selagi mereka tak dengar sendiri dari mulut Damia sendiri. Aslam, Wan dan Zam segera pergi ke rumah Damia dengan menaiki kereta Zam. Mereka bertujuh semuanya terdiri daripada keluarga yang senang, namun mereka tidak sombong seperti anak-anak orang berada yang lain.
Mereka semua mempunyai kereta sendiri kecuali Damia, katanya Datuk Saiful tidak membenarkan Damia membawa kereta bahaya. Tetapi mereka semua selalu menaiki keretaZam kerana lebih besar sedikit berbanding dengan kereta mereka. Kereta Zam jenis Honda Accord, cantik keretanya, sebab itu kalau nak pergi mana-mana mereka menaiki kereta Zam, senang satu kereta saja.
Minat mereka lebih cenderung kepada kereta dua pintu, hanya Zam saja yang mempunyai kereta empat pintu. Damia yang paling teruk, pantang nampak kereta sport mulalah nak cakap kereta dia perasan betul perempuan tu, tetapi pershabatan mereka kekal sehingga sekarang walaupun ada saja yang tidak kena.
"Korang kalau dah jumpa Mia jangan nak main serang je dia tu, tanya elok-elok", pesan Zam kepada Aslam dan Wan .
Aslam memang terkenal dengan sifat panas barannya, apa yang tidak puas pada  matanya mulalah nak naik angin tak kena tempat, Zam la yang sejukkan balik,dan antara mereka semua Zam la yang paling penyabar dan dialah yang selalu bagi nasihat ala-ala ustaz gitu.
Damia terdengar bunyi enjin kereta, biasa sangat bunyi enjin kereta itu pada pendengaran telinganya, itu macam bunyi kereta Zam ni, bisik hatinya. Damia menyelak langsir menjenguk kereta siapa, barangkali dia yang tersalah dengar. Terlihat Honda Accord di hadapan rumahnya, melihat orang-orang yang keluar dari kereta memang Damia mengenali mereka, siapa lagi kalau bukan hero malaya. Aduh apa yang diorang ni nak, aku kan dah hantar wakil dah, desis hatinya.
Damia mendengar Zam memberi salam, cemas wajahnya, berulang-ulang kali salam diberi tak dijawab jugak. Damia menarik nafas dan menghembusnya dengan kuat, barulah dijawab salam itu. Perlahan-lahan Damia membuka pintu rumahnya, terjegul wajah kawan-kawannya, keruh saja, Damia cuba berlagak tenang di hadapan kawan-kawannya.
"Oh, korang rupanya, masuklah, aku ingat mat salleh mana la yang datang rumah aku ni", seloroh Damia, tersenyum saja.
"Kepala kau la, mat saleh mana la bagi salam, bengong la kau ni", Wan menunjal kepala Damia.
"Wei, kepala jangan main, pak epul yang bayar kau tau tak, senang-senag saja nak tunjal", Damia menumbuk dada Wan yang sasa itu, pak epul yang dikatakan Damia ialah papanya, kawan-kawannya semua panggil pak epul, lagi glamour kata mereka.
"Kau nak biar kami kat luar ni ke, macam kena panggang je rasanya ni", sampuk Aslam mengibas-ngibas tangannya.
"Mia dah ajak dah tadi, korang yang tak nak masuk, nak bergaduh pun sabar-sabar la", ujar Zam menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Cepatlah masuk aku kunci korang dekat luar nanti, kena panggang terus nanti baru tau", ujar Damia, membuka pintu rumahnya luas.
Meluru Aslam dan Wan masuk ke dalam rumah Damia yang tersergam indah itu, Zam jugak yang cool , Damia tergelak melihat teman-temannya berebut tempat duduk, padahal di ruang tamu rumahnya punya banyak sofa. Semuanya boleh duduk, nak cakap tak rasa sejuknya mustahil sangat.
"YA ALLAH, korang ni, cuba la jadi matang untuk sehari boleh tak, pasal tempat duduk pun nak berebut ke, rumah Mia ni, dah terlebih tempat duduk dah pilih saja mana korang nak", Zam bersuara, dia sudah pun duduk, bajunya dibuka panas sangat.
Damia datang barulah dia meletakkan saja baju di atas badannya, bukan aurat pun. Damia membuat minuman kegemaran kawan-kawannya dan dia juga, limau ais. Damia menuang air tersebut, baru saja di tuang masing-masing sudah pun meneguk sampai habis. Semuanya sendawa selesai meneguk air, mereka tersengih ke arah Damia.
"Kau tau tak....", belum sempat Wan menghabiskan ayatnya Damia memotong.
"Tak..", Damia tersengih, nampak lesung pipitnya.
"Memang la kau tak tahu aku belum habis cakap lagi kau dah potong", Wan menarik tudung Damia.
"Gila la kau ni Wan, nak tarik pun perlahan-lahan la, ni tak habis tudung aku ke belakang aku tau la tangan kau tu berketul-ketul kawal la sikit sengal la kau ni", Damia membetul-betulkan tudungnya.
Aslam dan Zam mengeleng-gelengkan kepala mereka, tak boleh nak berjumpa ada saja yang nak digaduhkannya, kadang-kadang sebab semut berjalan pun Wan dan Damia boleh bergaduh pelik perangai diorang ni.
Lupa dah tujuan sebenar mereka datang ke mari, ni semua gara-gara Wan la yang tak reti nak terus-terang, nak mukadimah pun sampai bergaduh apa punya mukadimah la.
"Mia, sebenarnya kitaorang datang ni nak tanya kau pasal Acap tu?", Zam menyatakan tujuan sebenar mereka datang ke sana.
Serta merta berubah riak wajahnya, dah agak dah, tak lain tak bukan mesti pasal hubungannya dengan Amierul Ashraff. Tanpa sedar terbit keluhan di bibirnya. Damia menundukkan wajahnya.
"Oi perempuan kami ni bukannya nak makan kau, cuma nak tanya saja, terangkan la dekat kami betul-betul, kami tak marah kalau kau cakap benda yang betul, kalau itu yang buat kau bahagia kami tak halang", Aslam bersuara, melihat Damia tundukkan wajah seperti orang yang bersalah, terbit kesian melihat kawannya yang sorang ini.
"Cuba kau cakap dekat kami, apa sebenarnya yang berlaku?", Wan pula bersuara, Damia masih diam.
Damia menghembus nafasnya, mengumpul semangat yang ada.
"Baiklah aku cerita dekat korang", akhirnya Damia mengalah.
"Abang Ash yang buat perjumpaan aku dengan dia, aku tak tahu apa-apa pun pasal rancangan abang aku tu, dia merayu-rayu dekat aku, dia cakap dia menyesal dengan apa yang dia buat dekat aku", Damia berhenti sekejap.
"Habis tu kau percaya cakap dia, kau ni cepat cair la", sampuk Wan.
"Sabar la Wan, Mia tak abis cerita lagi kan, kau ni", tegur Zam.
"Mulanya aku tak percaya jugak, tapi, satu malam tu aku terdengar dia menyanyi, aku dapat rasa kekesalan dan keikhlasan nak tebus salah dia dekat aku, pagi tu dia melamar aku jadi teman istimewa dia, siap melutut lagi, aku pun cair la, korang macam tak kenal aku kan, tapi aku memang dapat rasa keikhlasan dia la, aku harap korang sokong aku aja, itu je yang aku minta dari korang", terang Damia.
"Kalau itu yang boleh buat kau bahagia, kitaorang tak halang pun, kalau ada apa-apa call je kami, bila-bila masa kami ada untuk kau, jangan risau tau", Zam menyokong Damia, begitu juga Wan dan Aslam.
"Kalau mamat tu buat kau menangis lagi siap la dia", dalam diam Wan memberi amaran.
"Nama dia Amierul Ashraff la, selamba je kau panggil dia mamat tak baik tau kau ni", Damia membela buah hatinya.
"Bela la, pengarang jantung kau tu", seloroh Aslam pula.
Damia mengajak kawan-kawannya makan malam di rumahnya, kali ini Damia yang masak. Mereka menyatakan persetujuan, lagipun memang dari tadi perut mereka berkeroncong meminta diisi.
Selesai solat, Damia melakukan tugasnya, menunya hari ini, tomyam dan paprik, sayur pula kangkung goreng, desertnya aiskrim yang dibeli oleh mamanya senang. Cekap juga Damia membuat kerja-kerja dapur tidak nampak kekok pun, malah seperti orang yang sudah biasa melakukan kerja dapur saja lagaknya.
Datuk Saiful, Datin Sofea dan Danish sudah kelaparan melihat lauk-lauk yang dimasak oleh Damia, terkejut juga mereka apabila menyatakan dia hendak masak untuk makan malam ternyata masakannya menjadi dari pandangan mata belum rasanya lagi. Aslam, Zam dan Wan pun sudah tehidu bau masakan Damia, tidak disangka-sangka kawan yang disangka mereka buta dapur boleh melakukan kerja-kerja perempuan.
"Jemput-jemput semua", Damia mempelawa keluarga dan kawan-kawannya ke meja makan, semuanya sudah tersedia diatas meja makan.
Damia menyendukkan nasi kepada semua yang ada di situ, semuanya telan air liur  tidak sabar nak menjamahnya.
"Okey, semua boleh makan, sila-sila",  Damia menyuruh mereka makan setelah semuanya sempurna.
Belum sempat Wan nak menyuap nasi ke dalam mulutnya Datuk Saiful terlebih dahulu menyampuk.
"Hai, nanti dulu, baca doa makan dulu, ha Zam baca doa", suruh Datuk Saiful.
Selesai membaca doa, barulah mereka menjamu selera. Berselera sungguh mereka menjamah makanan. Terutama sekali Wan, Aslam dan abangnya sendiri, sampai bertambah-tambah.
Datuk Saiful memuji Damia, dalam diam mempunyai bakat memasak rupanya, Datin Sofea juga tidak sangka anak daranya pandai memasak. Cuma kawan-kawannya saja yang tak habis-habis nak cari pasal.
"Pak epul jangan nak puji sangat Mia ni, nanti senyum sampai ke telinga la dia", usik Aslam.
"Betul pak epul jangan, bukan boleh sangat Mia ni, sampai esok dia senyum, bukan sedap sangat pun masakkan dia", Wan pula, sempat lagi nak mengutuk.
"Banyak la kau tak sedap, yang kau tambah sampai dua kali tu apa cerita", balas Damia.
"Sebab aku lapar la aku tambah dua kali, kau tengok Zam dia tambah sekali saja tu tandanya tak sedap kan Zam?", Wan masih tidak mahu beralah.
"Aku tak campur", balas Zam sambil mengangkat kedua-dua tangannya.
"Wan kalah, Wan kalah", Damia menganggkat ibu jarinya.
"Sudah la korang ni, sebenarnya Mia, Wan ni, ego kau tau, sedap sangat kau masak Mia, kenyang aku", Aslam membela Damia.
"Yess... aku menang, terima kasih Lam, kau memang sahabat aku dunia akhirat", Damia mengenyitkan matanya kapada Aslam.
"Ye la Mia kau menang aku mengaku masakan kau memang begini", Wan menaikkan ibu jarinya.
"Dah habis dah bertekak", Danish pula bersuara.
"Jom dik bertekak dengan abang pula", seloroh Danish.
"Susah betul la bila dikelilingi oleh orang-orang yang baru keluar Tanjung Rambutan ni", balas Damia, macam dah nampak butir-butir nak bertekak ni.
"Termasuk la kau dik, kalau abang tak rancang pertemuan kau dengan dia, mesti kau dulu yang jadi penghuni Tanjung Rambutan tu", balas Danish.
"Siapa 'dia' tu bang", lurus soalannya.
"Buah hati pengarang jantung kau la siapa lagi, buat-buat bodoh pulak dah adik aku sorang ni", Damia menjegilkan matanya ke arah Danish.
"Mak Sofi, Damia ni memang suka balas cakap orang ke?", tanya Aslam kepada Datin Sofea.
"Dia ni memang macam tu kalau dengan abang dia, tapi kalau dengan orang yang tua dari dia pijak semut pun tak mati, tapi Mia memang anak yang baik, tak pernah lagi la kami orang tuanya sakit hati dengan perangai dia", jelas Datin Sofea.
"Anak mama memang baik-baik, abang tu je, menyakitkan hati", Damia merangkul leher Datin Sofea.
"Dah-dah, kamu berdua ni, kalau dibiarkan sampai esok pun tak habis ada saja modalnya nak balas balik", Datin Sofea menegur anak-anaknya.
"Kamu semua ni, tidur la sini nak balik pun dah lewat dah", cadang Datuk Saiful.
Mereka bertiga berpandangan sebelum menyatakan persetujuan.
"Jangan risau, baju-baju, yang dalam-dalam pun abang boleh sponsor, badan korang pun lebih kurang je dengan badan abang kalau nak baju Mia pun kau boleh pakai", sempat lagi Danish bergurau.
"Cantik la bang", serentak mereka jawab.
Bergema rumah banglo itu dengan tawa, kawan-kawan dan abangnya. Suara dah la macam microfon rosak gelak pulak mengalahkan apa-apa tah, tak kawal pulak tu, bisik Damia.
"Sama je la perangai korang ni, tak senonoh betul, nak cerita hal lelaki pun tunggu la orang masuk bilik dulu ke, ni tak bantai je cakap", Damia mencebikkan bibirnya.
"Ala kau ni malu-malu pulak nak dengar", Aslam mengusik.
"Entah kau ni, bukan kau suka ke dengar", Wan tidak ketinggalan.
"Nanti Acap cerita pasal lelaki dekat kau kena dengar jugak kan", Zam pun.
"Cantik la korang, memang sekepala dengan aku", Danish ketawa, kawan-kawannya pun ikut ketawa.
Damia malas nak berlama-lama dekat bawah, sebaliknya Damia bergegas naik ke biliknya. Lega rasanya dapat merehatkan badan di atas katil yang empuk itu. Dia bersyukur sangat kerana Allah memberikan segala-galanya kepada dia sekeluarga, malah dia bersimpati dengan masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Baru saja dia nak melelapkan mata terdengar deringan telefonnya. Siapalah yang kacau malam-malam ni, bisiknya sendirian. Damia tersenyum melihat nombor telefon yang tertera pantas tangannya menekan punat menjawab.
"Assalamualaikum, abang kacau Mia tidur ke?", lembut suara Amierul Ashraff menyapa telinganya.
"Waalaikumussalam, tak la", Damia menjawab, takkan nak cakap ganggu pulak, kecil pulak hati kesayangannya itu. Tapi memang ganggu pun masa orang dah nak tidur baru nak telefon.
"Ye ke ni, abang dengar Mia cakap abang kacau Mia, kalau abang kacau tak pe la nanti-nanti je la abang telefon", Amierul Ashraff menguji Damia, mana ada dia dengar apa-apa pun.
Alamak!!, dia dengar ke, setahu aku cakap dalam hati je, Damia menepuk dahinya.
"Mana ada la abang, orang tengah tunggu abang telefon orang, sehari tak dengar suara abang telefon, tidur orang tak lena" Damia memujuk, manja suaranya.
"Abang tak percaya la", Amierul Ashraff masih lagi dengan ujiannya.
"Tak nak percaya sudah, bye!!", Damia menekan punat end di telefonnya, merajuk la tu.
Tak sampai beberapa minit, Amierul Ashraff menelefonnya kembali, tetapi tidak diangkatnya, dekat lima kali jugak la missed call, sekali lagi deringan telefonnya berbunyi tanda mesej masuk. Damia membaca mesej tersebut.

Mia angkat la telefon, abang minta maaf, abang saja nak uji Mia, angkat ye sayang, kalau Mia sayang abang angkat.

Selesai saja membaca mesej, terus Amierul Ashraff telefon, Damia menjawab.
"Dah la sayang,susah hati abang kalau Mia merajuk macam ni", Amierul Ashraff memujuk.
"Hemm", pendek balasannya.
"Mia say something please!!", Amierul Ashraff masih lagi memujuk.
"Nak orang cakap apa, semua yang orang cakap abang tak nak percaya kan, baik orang tak payah cakap apa-apa senang", Damia masih lagi dengan rajuknya.
"Abang percaya la, jangan la buat abang macam ni, tak pe la, Mia kan tak sayang abang", Amierul Ashraff pula yang merajuk.
Damia cepat-cepat memujuk kembali Amierul Ashraff, tau pun nak mengalah.
"Ish orang suruh dia pujuk, alih-alih dia yang merajuk", Damia memujuk.
Amierul Ashraff diam, tidak berkata-apa, saja nak mendengar Damia memujuknya. Sama saja perangai mereka berdua berdua ni.
"Abang dah la, tak mau la merajuk dah, orang susah hati la abang macam ni", sambung Damia.
"Honey dah la", lagi manja suranya, kalau tak cair lagi tak tau la.
Damia terdengar Amierul Ashraff ketawa di talian, sakit hatinya, punya la sungguh-sungguh dia pujuk, senang-senang je nak ketawa.
"Sedapnya dengar dia panggil honey nak lagi"Amierul Ashraff merengek macam anak kecil.
"Mengada la abang ni, saja tau", muncung mulutnya, macam la Amierul Ashraff nampak mulut dia.
"Betul la, tukar la tak nak la panggil abang dah, panggil honey pulak tau"
"Malas la,tadi tu terkeluar"
"No objection okey full stop, kalau tak abang merajuk lagi", Amierul Ashraff mengugut.
"Apa ni main ugut-ugut pulak", Damia tidak puas hati, menyesal pula dia panggil macam tu tadi.
"I said no objection right", Amierul Ashraff tetap dengan keputusannya.
"Ish, yela", Damia mengalah. Amierul Ashraff tersenyum kemenangan.
"Macam tu la sayang, sayang dia muahh"
Damia sudah tersengih sendirian, Amierul Ashraff memberi ciuman kepadanya. Kalau ada Danish ni, mesti kena punya. Dalam pada itu, dah masuk kali yang ketiga dia menguap, akhirnya dia terlelap, Amierul Ashraff tersenyum sudah pasti Damia dah tidur. Tidurnya pasti ditemani mimpi-mimpi indah.



PAGI, itu Danish tersenyum-senyum memandang adiknya, yang sedang menikmati sarapan bersama kawan-kawannya. Datuk Saiful dan Datin Sofea pagi-pagi lagi sudah keluar, nak pergi kenduri anak kawan mereka katanya.
"Abang Ash ni kenapa, senyum-senyum kambing ni, makan la", Damia menegur perangai abangnya. Pagi-pagi lagi dah buat hal susah betul.
Damia menjeling dengan ekor matanya, terlihat Danish masih memandangnya tersenyum-senyum, naik heran dengan perangai Danish hari ini selalunya nak usik orang je. Kawan-kawannya pun memandang Danish yang tersenyum-senyum ke arah Damia, mereka menaikkan kening mereka, Danish terngguk-angguk.
Selesai makan, Damia meninggalkan meja makan, lalu berlalu ke sinki untuk membasuh pinggan mangkuk. Di rumahnya tiada orang gaji, kata mama lebih berkat kalau buat sendiri. Bagus juga tidak mempunyai orang gaji tak adalah nak risaukan keselamatan rumah, orang gaji sekarang bukan boleh percaya.
Abang dan kawan-kawannya berborak di ruang tamu, sesekali terdengar tawa mereka meletus bergema satu rumah. Entah apa la yang di borakkannya. Damia menatang keluar dulang yang berisi air kopi untuk di jamu kepada mereka.
"Bagus adik abang ni, tak minta pun dah buat air", Danish masih lagi tersenyum-senyum.
"Minum la, Mia tau korang ni dahaga, ye la gelak macam orang fius terbakar mesti kering tekak tu, tapi kan apa yang korang suka hati sangat story la", Damia mencicip airnya.
"Hal lelaki", serentak mereka berempat menjawab.
"Lantak la korang tak nak cerita sudah", Damia bangun dari sofa nak ke biliknya.
"Honey dah la", Danish mengajuk cakap Damia siap dengan gaya gedik lagi.
Damia yang baru nak melangkah anak tangga terpusing badannya mendengar Danish berkata begitu, setahunya, ayat tu dia cakap kepada Amierul Ashraff, hanya Amierul Ashraff saja yang tahu, Damia duduk kembali ke sofa dan duduk di sebelah abangnya. Berkerut-kerut dahi Damia memandang Danish, kecil matanya merenung Danish.
"Abang curi-curi dengar ye orang cakap dengan Acap semalam?", Damia bertanya kepada Danish.
"TER, tak sengaja, abang lalu depan bilik kau, terdengar pulak, apa lagi abang dengar la, amboi lembutnya kau cakap dengan dia, kalau dengan abang kau ni, punya la sedih abang", Danish memberitahu yang sebenarnya.
Semalam semasa dia lalu di depan bilik Damia, dia terdengar perbualan Damia dan buah hati dia tu, punya la lama mereka bersembang, tau-tau Damia dah tidur dah, apa punya makwa la, belum cakap selamat malam lagi dia yang tidur dulu teruk betul perangai.
"No wonder la abang tau, tak baik tau dengar perbualan orang, mangkuk tiga orang ni pun dah tau la ni, tu yang gelak macam nak runtuh bumbung rumah ni"
Aslam, Wan dan Zam tersengih ke arah Damia, Danish yang menceritakan semuanya, kepada mereka, senang hati mereka mendengar cerita Damia ni, Damia pun berseri-seri saja wajahnya, maklumlah darah tengah manis, tengah hangat bercinta.
"Ish tak boleh bagi privasi sikit dekat orang", Damia merungut.
 Danish suka sangat masuk campur hal orang, bukan orang pun adik sendiri jugak memang la kena ambil tau, kalau terjadi sesuatu nanti menyesal tak sudah.
Damia membatalkan niatnya untuk ke bilik, sebaliknya dia turut serta bersama abang dan kawan-kawannya. Seronok pulak berborak dengan kaum Adam ni, kepala semua tak berapa nak betul. Mereka terdengar bunyi deruman kereta, tahu la mereka bahawa kereta itu milik Eiqa.
"Amboi tak bagi salam,terus je masuk, aku ingat minah indon mana la yang masuk rumah aku, mana la tau nak apply jadi orang gaji ke", seloroh Damia.
"Mulut kau ni, aku kepit nanti baru tau", balas Fatin.
"Kami pun kena jugak tapi sedap sikit la mat salleh, tapi memang muka korang macam minah indon pun iras-iras la", Aslam berseloroh.
"Yang tu Fatin sorang aje, awek aku ni bukan ek?", Zam membela Eiqa.
Tersenyum Eiqa mendengar Zam membelanya. Makin geram Atin dibuatnya, mereka ni selalu bergaduh tapi bila bab mengutuk sekepala pulak, tak faham betul. Danish kesian melihat buah hati merangkap kawan adiknya itu kena usik.
"Sudah-sudah la korang ni, diorang ni baru aja sampai, biarlah diorang ni duduk dulu sejukkan badan, lepastu baru la panaskan balik", Danish membela buah hatinya.
"Alah, nak bela buah hati dia la tu, opps terlepas pulak dah, sorry bang", Damia menutup mulutnya, sengaja sebenarnya.
Fatin menjegilkan mata kepada Damia, suka-suka hati aja mulut dia tu nak cakap, tak ada insurans betul, memang la dia ada memendam rasa tapi tak semestinya Danish turut menyukainya. Danish pula tersenyum simpul.
"Betul ke, Atin dengan abang Ash?", Aslam mendapatkan kepastian.
"Betul ke abang Ash?", Zam pula.
Wan sudah terangkat-angkat keningnya, tersenyum-senyum ke arah Fatin yang pipinya sudah merona merah.
"Kejap la nak tanya soalan pun bagi la Atin, Seha dengan Eiqa ni duduk dulu, minum air dulu, kejap aku pergi buat air", Damia berlalu ke dapur.
"Ce cite,ce cite", Wan mengikut gaya percakapan Usop Wilcha pelakon dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Damia tergelak mendengar Wan cakap begitu.
"Cepat la", Aslam tidak sabar nak mendengar cerita.
"Mana ada apa-apa, Mia yang saja mereka-reka cerita", Fatin menjawab setelah meneguk air yang dibuat oleh Damia.
"Sayang ni, kenapa nak sorok-sorok, malu pulak dia nak mengaku", Danish tersengih kepada Fatin.
Fatin sudah kaku, malu tak usah cakap la tinggi banggunan KLCC dah, Fatin bingung dengan statement yang dikeluarkan oleh Danish tadi, kalau masuk Melodi mesti jadi berita PANAS!!. Fikiran Fatin melayang entah ke mana. Dalam pada itu Fatin tersenyum sendirian, entah apa la yang berada dalam bayangannya. Damia mengambil kesempatan mencucuk pinggang Fatin. Zam menjadi jurugambar merakam aksi Fatin dengan menggunakan telefon bimbitnya. Damia mengira satu sampai tiga kemudian..
"Oh aku cinta Putera Danish Qayyum bin Datuk Saiful", Fatin menjerit selepas itu. Damia dan kawan-kawannya ketawa sakan, Damia dan Seha yang paling teruk sampai mengalir air mata mereka. Dahsyat betul latah Fatin, siap sebut nama penuh sekali dengan bin sekali.
"Kantoi!!", serentak Damia dan kawan-kawannya, Zam pula menunjuk-nunjuk telefon bimbitnya tanda semuanya telah disimpan didalam telefonnya. Fatin merengek-rengek meminta rakamannya dipadam.
Danish tersenyum sangkanya dia bertepuk sebelah tangan ternyata cintanya turut dibalas, Fatin sudah tidak tentu arah, malu!!.
"Aku dah terbau nasi minyak dah ni", usik Fasihah.
"Bukan nasi minyak, pelamin pun aku dah nampak ni", Wan tidak ketinggalan.
"Aku dah booking tempat jadi cameraman", Zam juga makin ligat mengusik.
"Apa lagi aku jadi pengapit abang Ash la", Aslam turut sama.
"Aku jadi pengapit Atin la, ok semua dah set, abang apa lagi masuk meminang cepat, Mia tak sabar nak dapat kakak ipar, lepas ni kena panggil kak Atin la kan", Damia tersengih.
"Abang on saja, tanya la bakal kakak ipar kau ni dulu", Danish tersenyum menggoda ke arah Fatin. Fatin menggelabah melihat senyuman itu, sejuk badannya, tetapi dalam hatinya berbunga riang.
"Amacam, Tin", Eiqa bertanya Fatin.
Fatin diam tidak berkata apa-apa.
"Kata orang dulu-dulu, diam tu tanda setuju", Wan bersuara.
Aslam, Zam dan Fasihah bertepuk tangan, Damia juga senang jika Laila yang akan menjadi kakak iparnya. Tiba-tiba mereka semua mendengar orang memberi salam. Damia kenal dengan suara itu, cepat-cepat dia ke pintu untuk melihat siapakah gerangannya. Amierul Ashraff tersenyum memandang wajah manis di hadapannya. Damia pula yang tiba-tiba kaku.
"Siapa yang datang dik, suruhlah dia masuk", laung Danish dari ruang tamu.
Danish kehairanan adiknya tidak menyahut panggilannya,Danish pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku, terbit kerisauan di hatinya kalau-kalau adiknya pengsan, Danish mempercepatkan langkahnya.
"La honey dia rupanya yang datang, abang ingat kan kenapa la tadi tak menyahut abang panggil", Danish melambai-lambai di muka Damia, tidak berkelip matanya memandang Amierul Ashraff. Teruk betul adik aku sorang ni, bisiknya.
Danish mengoncang-goncang bahu Damia, lalu mengajak Amierul Ashraff masuk ke dalam rumah, barulah Damia tersedar dari lamunannya, tetapi Damia membuat muka seperti tiada apa-apa yang berlaku, sebaliknya dia terus bergegas masuk ke biliknya untuk melihat telefon bimbitnya. Terbeliak matanya melihat sepuluh missed call, daripada My Honey siapa lagi kalau bukan Amierul Ashraff, patutlah tiba-tiba terjegul je muka dia depan pintu rumah.
Damia bergegas turun pula ke ruang tamu, kata mama, tak baik tinggalkan tetamu, tetapi bukan itu yang sebenarnya, dia rindu nak tengok muka My Honey dia la apa lagi, padahal baru saja semalam bersembang dalam telefon, tetapi yang menghairankannya bila masa pula perbualannya dengan Amierul Ashraff tamat.
"Kau pergi mana Mia, tinggalkan honey kau sorang-sorang ni", gilirannya pula jadi bahan usikkan.
"Suka aku la nak pergi mana pun, sibuk je korang ni", balas Damia selamba.
"Tak baik kau tau tinggalkan honey kau ni, tengok muka dia kesian betul, sedih betul dapat girlfriend macam ni", Wan mula mengusik.
"Tu la aku pun dah terbau nasi minyak ni", Fatin memulangkan paku buah keras.
"Betul,betul,betul", sambung Aslam.
"Bolehlah buat sekali ni, meriah punya", Zam turut memberi cadangan.
"Aku setuju", jerit Eiqa.
"Ha okeylah tu, Eiqa dengan Zam ni pun dah lama bercinta kan", Damia tersengih.
"Aku dah ajak lama dah, dia ni aje yang asyik menolak", jawab Zam sambil memandang Eiqa yang tidak berperasaan.
"Yang korang ni lebih-lebih kenapa aku muda lagi la, abang Ash yang patut langsung dulu". Sambung Damia.
"Tak pe la, nak buat macam mana dah orang tak sudi orang telefon pun tak reti nak angkat, apalah nasib", nada suara Amierul Ashraff kedengaran sedih.
Damia kelihatan serba salah, tu la bak kata pepatah melayu, terlajak perahu boleh di undur terlajak kata buruk padahnya. Bukannya dia tak nak angkat telefon tetapi telefonnya tertinggal di dalam bilik, memang dia ni jenis yang suka letak telefon dalam bilik, rimas katanya nak pegang saja.
"Tengok Mia apa kau buat dekat honey kau ni, pujuk la balik", Fatin bersuara.
Damia menarik Amierul Ashraff keluar pergi ke taman mini buatan Danish, siap dengan air terjun sekali cantik sangat. Damia menyuruh Amierul Ashraff duduk di kerusi yang telah tersedia. Damia pula melutut memandang Amierul Ashraff.
"Abang, kalau Mia buat abang tersinggung Mia minta maaf", Damia melutut memegang lutut Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff diam, sedikit pun tiada senyuman di wajahnya.
"Abang..", Damia mengoyang-goyangkan lutut Amierul Ashraff.
"Semalam dah janji nak panggil honey ni tiba-tiba panggil abang kenapa?" serius wajahnya memandang Damia.
Aduh! salah lagi, Damia berkata dalam hati, ligat kepalanya memikirkan idea untuk memujuk My Honey nya.
"Honey, Mia minta maaf tau, Mia janji Mia tak buat lagi,dah la tak hensem la honey macam ni, Mia rindu la nak tengok lesung pipit honey, pasal tak angkat telefon tu Mia tertinggal dalam bilik sorry tau, give me a smile please", Damia memegang dagu Amierul Ashraff. Damia memberi senyuman yang paling indah kepada Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff terpujuk dengan pujukan Damia, pandai Damia memujuk, Amierul Ashraff senyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"Kalau Mia buat lagi siap abang mogok tak nak mesej, telefon Mia dah", Amierul Ashraff mengugut Damia.
Damia mengangkat kedua-dua tangannya tanda janji, Damia dan Amierul Ashraff memandang di muka pintu rumah setelah mendengar tepukan rupanya dalam diam abang dan kawan-kawannya mengintai drama dia dan Amierul Ashraff.
"Abang minggu depan saya hantar rombongan, senang sikit nak ikat Mia ni, kalau sekarang nak sentuh pun tak berani, dah ada ikatan nanti senang la nak sentuh dekat mana pun tak apa", Amierul Ashraff mengenyitkan matanya kepada Damia
Damia termenung sendirian setelah semua kawan-kawan dan My honey nya sudah berangkat pulang, sakit pula kepalanya memikirkan masalah yang sedang melanda dirinya.
Danish melihat adiknya memicit-micit kepala, dia menggeleng-gelengkan kepalanya, lalu dia merapati Damia dan merangkul bahu Damia. Damia mendongak lalu tersenyum seadanya, taulah Danish bahawa Damia mempunyai masalah. Danish melabuhkan punggungnya disebelah Damia. Danish mengusap-usap bahu Damia menenangkan adiknya.
"Kenapa ni, Mia ada masalah ke, cerita la dekat abang, abang tengok Mia picit-picit dahi Mia sakit kepala la tu, kongsi la dengan abang masalah Mia, janganlah fikir sorang-sorang".
"Mia tak tau la nak cerita macam mana", Damia memberitahu abangnya.
"Ni mesti pasal honey Mia kan?", Danish meneka, manalah tau kalau-kalau mengena.
Damia mengangguk, ternyata tekaannya tepat, Danish sudah dapat mengagak dah, kalau monyok saja muka adiknya tak lain tak bukan mesti pasal Amierul Ashraff, entah apa pula lah msalahnya kali ini.
"Cerita la mana tau abang boleh tolong", pujuk Danish.
"Abang tau kan Mia dapat tawaran sambung belajar dekat UK". Danish mengangguk.
"Tu la yang jadi masalahnya, macam mana Mia nak bagi tau dekat dia", Damia mengeluh.
"La Mia tak bagi tau lagi ke?", Danish terkejut, sangkanya Damia sudah memberitahu Amierul Ashraff kerana itu dia nak mempercepatkan ikatan antara mereka rupanya Damia belum memberitahu apa-apa lagi.
Damia mengeleng-gelengkan kepalanya, Danish juga turut memicit-micit kepalanya, kalau dekat dia tak kesah sangat ni beribu-ribu kilometer jauhnya. Nak tergelak pun ada melihat Danish, Damia punya masalah dia pulak yang susah hati. Sebab itu Damia amat menyanyangi abangnya yang sorang ni, susah senangnya semuanya mereka dua beradik lalui bersama, mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
"Macam ni la, nanti abang bagi tau dia, kita ajak dia makan malam dekat rumah kita, jumpa mama dengan papa sekali, dengan syarat Mia kena masak malam tu, abang berani jamin dia mesti suka punya, bukan abang nak puji adik sendiri tapi memang Mia masak sedap", Danish memberi cadangan.
"Baiklah, Mia setuju, tapi Mia takut dia sedih la bang, hubungan kami baru saja bermula, Mia dah nak pergi jauh", Damia menyatakan kegusarannya.
"Mia dengar sini, biar abang yang uruskan semuanya, percayalah cakap abang kalau dia sayang Mia dia takkan halang Mia capai cita-cita", Danish memujuk adiknya.
"Dah la senyum sikit", Danish mencubit pipi tembam Damia.
"Terima kasih abang, Mia sayang abang", Damia melentokkan kepalanya di bahu Danish.
"Kasih diterima, abang pun sayang Mia jugak, ingat kalau ada masalah cerita dekat abang jangan simpan sorang-sorang, bukan abang tak tau perangai kau tu suka sangat simpan dalam hati", Danish mengusap-usap kepala Damia.
"Lagi satu, malam nanti bagi tau honey kau esok suruh dia datang rumah kita, makan malam dekat sini", sambung Danish lagi.
Danish heran kenapa adiknya diam saja, dia memandang Damia, rupanya Damia sudah hanyut dibuai mimpi, senang betul lena. Terbit rasa kesian di hatinya, sebagai seorang abang Danish seolah-olah dapat merasai penderitaan adiknya. Spontan tangannya mengusap-usap pipi Damia, sungguh dia amat menyanyangi satu-satunya adik yang dia ada, dia pernah berjanji kepada mama dan papanya bahawa dia akan menjaga adiknya sebaik mungkin, dia tidak akan membiarkan adiknya disakiti orang.
Nampaknya dia sendiri la yang kena beritahu Amierul Ashraff, nak dikejutkan adiknya kesian pula, lena sangat tidurnya. Danish baru gaya-gaya nak mangangkat Damia, terdengar deringan telefon bimbit adiknya berbunyi tertera nama My honey, pantas Danish menjawab panggilan tersebut.
"Hai sayang", ceria suara Amierul Ashraff di talian.
Danish berdehem, menandakan bukan Damia yang menjawab pangilannya. Tersentak Amierul Ashraff mendengar deheman itu, ternyata Danish yang menjawab panggilannya, ke mana pula Damia fikirnya.
"Sayang kau dah tidur, ada dekat sebelah aku ni", Danish memberi jawapan terhadap persoalan yang melanda Amierul Ashraff.
Amierul Ashraff melihat jam, baru menunjukkan pukul 9.30 malam, awalnya Damia tidur.
"Awalnya dia tidur bang?".
"Dia sakit kepala tu yang tidur awal tu"
Terbit kerisauan di hatinya.
"Teruk ke bang", Danish tersenyum mendengar kerisauan Amierul Ashraff, taulah dia bahawa lelaki itu benar-benar mencintai adiknya, senang hatinya jika nak melepaskan Damia kelak.
"Tak, biasalah dia kan ada migrain, selalu dah dia diserang sakit kepala, ni abang nak bagi tau, esok lepas maghrib datang makan malam dekat sini, abang ada hal sikit nak bincang dengan kau"
Amierul Ashraff menyatakan persetujuannya, selepas itu barulah Danish mengangkat adiknya naik ke atas masuk dalam bilik, dengan penuh berhati-hati Danish merebahkan badan adiknya di atas katil, lalu diselimutkan sehingga ke paras dada. Dibiarkan lampu bilik Damia terbuka kerana dia tak suka bila lampu ditutup, biasalah penakut macam ni la jadinya. Orang sergah sikit dah menggigil satu badan.



DAMIA bersiap-siap hendak keluar menemani kawan-kawannya window shopping, bukannya boleh percaya si Damia ni, cakap nak tengok-tengok saja tapi bila dah terpandang ada perkataan SALE mulalah terang matanya, ada saja yang nak diambil, kalau bagi RM100 pun belum tentu cukup, yang tu baru baju belum masuk tengok tas tangan lagi. Nak lagi kalau pergi ke Sogo, memang habislah diborongnya, nasib baiklah Datuk Saiful pemurah, apa saja yang diminta oleh Damia semuanya ditunaikan.
Kadang-kadang, Danish pun bising juga, membazir katanya, tapi apa boleh buat dah memang lumrah seorang wanita memang macam ni,mamanya pun sama, pantang diajak nak ikut saja, papa dan abangnya yang bosan menunggu apabila mereka dua beranak ni shopping, tangan tak reti nak duduk diam nampak yang cantik sikit semua nak beli. Boleh botak kepala Datuk Saiful kalau macam ni, orang cari duit untuk kegunaan masa depan, ni tak sempat nak sampai masa depan dah habis.
"Papa, Mia nak keluar tau, dengan kawan-kawan", Damia merangkul leher Datuk Saiful yang sedang membaca surat khabar Berita Harian.
"Ada duit tak ni", menjadi soalan wajib Datuk Saiful bertanya tentang keewangan Damia, dia sudah masak dengan perangai anak dengan isterinya yang sering kehabisan duit belanja.
Damia tersengih mendengar soalan yang ditanya papanya, kalau macam tu reaksinya, dah tau sangat mesti poket tengah kering. Datuk Saiful mengeluarkan tiga not RM100 dari walletnya dan diberikan kepada Damia.
"Kamu ni nak ke mana, lawa sangat ni", soal Datin Sofea memberikan air kepada Datuk Saiful.
"Window shopping ma dekat Sogo", Datin Sofea sudah teruja, begitulah reaksinya setiap kali menyebut tentang shopping.
"Dah-dah, awak ni Sofi, mana la anak dara awak ni tak ikut perangai awak, pantang dengar nak pergi beli belah mulalah sengih macam kerang busuk, tak ada, awak kena teman abang nanti kita pergi kenduri kawan saya, maksud saya anak dia yang punya kenduri", Datuk Saiful tidak mengizinkan Datin Sofia mengikut Damia.
"Mia jangan lupa beli dekat mama satu tau", sempat lagi Datin Sofea membisik dekat Damia.
"Sofi!!", panggil Datuk Saiful. Damia tersenyum melihat gelagat mamanya.
Terdengar deruman kereta milik Zam, dah tentu kawan lelakinya akan menjadi pembantu memegang barang-barang. Satu hari tu, sampai penuh tangan mereka dengan barang-barang Damia dan dua orang lagi kawannya. Apalah nasib dapat kawan yang kaki shopping.
"Mia pergi dulu tau", ucap Damia setelah menyalami tangan kedua ibu-bapanya.
"Cukup ke duit tu", soal Datuk Saiful.
"Kalau papa nak bagi lagi Mia tak tolak, bak kata orang rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari", pandai menjawab.
Datuk Saiful mengeluarkan lagi dua not RM100 dan diberikan kepada Damia. Damia mengucapkan terima kasih kepada papanya, merdeka la dia, kalau balik tak penuh dua-dua tangan bukan Damia la namanya.
"Amboi, berserinya muka, berapa kau dapat", tanya Zam selaku driver mereka.
Dah faham sangat dah perangai kawannya yang sorang ni, sebab duit saja yang membuat mukanya berseri-seri, kalau tak dapat duitnya pula yang jadi mangsa.
"Aik mana tau ni", balas Damia tersengih.
Kawan-kawannya mencebik bibir, menyampah pun ada. Dah dapat duit tu belanja sorang-sorang pula bukan nak kongsi, teruk perangai perempuan ni, nampak saja lembut,sopan tapi kalau dah tau perangai sebenarnya, mengucap la banyak-banyak.
Sejam sudah sampai Sogo, ramainya manusia, mesti ada jualan murah ni, fikirnya.
Wan, Aslam dan Zam membuat warming up dahulu, melonggarkan otot tangan mereka. Damia, Eiqa dan Fatin sudah pun meluru masuk ke dalam pusat beli-belah itu.Fasihah saja yang tidak mengekori mereka kerana dia sudah ada temu janji dengan kekasihnya. Ternyata betul sangkaannya, ada jualan murah. Wan yang paling kesian dia menjadi pembantu Damia, penuh satu bakul dengan baju-baju yang dipilih oleh Damia. Zam suah semestinya menjadi pembantu Eiqa manakala Aslam menjadi pembantu Fatin. Aslam dan Zam tergelak melihat Wan yang menjadi hamba abdi Damia, ke mana Damia pergi dia ikut saja, nasib baik pakai duit sendiri  eh! silap duit papa dia, kalau pakai duitnya habis la koyak poket. Fatin dan Eiqa pun tidak kurang hebatnya, separuh penuh dah bakul mereka.
"Jom pergi bahagian seluar pula", ajak Damia.
Damia membeli seluar untuk abangnya,honey, papa dan tiga orang kawan lelakinya. Kesian mereka, bawak sahaja barang apa salahnya bagi sedikit habuan.
"Banyaknya seluar kau beli, lelaki punya pulak tu", tanya Wan kehairanan.
"Biarlah la kau sibuk kenapa", Wan malas nak membalas kata-kata Damia.
Selepas itu barulah dibeli untuk dirinya. Selepas itu mereka pergi ke bahagian kasut dan beg tangan. Damia membeli beg tangan untuk mamanya, dan dua pasang kasut untuk dirinya sendiri. Fatin dan Eiqa hanya membeli satu beg tangan dan sepasang kasut. Sebelum terlupa Damia pergi ke bahagian lelaki untuk membeli baju untuk My honeynya, abang dan kawan -kawannya.
Sebelum pulang mereka makan di KFC, kali ini Damia yang belanja. Berselera sungguh mereka makan maklumlah makanan free siapa tak suka. Kemudian barulah mereka pulang ke rumah. Damia mengajak kawan-kawannya makan malam di rumahnya sekali, buat peneman kerana Amierul Ashraff turut menyertai mereka. Damia menghulurkan barang-barang kepada Danish, selamba dia saja, muka Danish bengang.
"Kau ni kan tak habis-habis nak perabis duit papa", marah Danish.
"Mana ada selalu, sekali-sekala saja", jawab Damia, sambil berjalan masuk ke dalam rumah, kawan-kawannya juga ada sekali.
"Nah ni, abang punya", Damia menghulurkan baju dan seluar yang dibelinya tadi, Amierul Ashraff punya dia sudah di balut, dalam kotak lagi.
"Kau ni, aku nak marah pun tak boleh, ada saja perangai kau ni yang buat aku sejuk balik", ujar Danish. Tapi memang kebenaran pun, sesiapa saja yang sedang marah kalau dengan Damia ni mesti boleh sejuk balik. Damia tersenyum manis memandang abangnya. Kawan-kawannya sudah tersandar keletihan, kesian Damia melihatnya.
"Nah, ni untuk Wan, ni untuk Aslam, dan ni untuk Zam, kalau korang tak berkenan maaf la", Damia memberikan kepada kawan-kawannya pula.
"Cantik la Mia, citarasa kau memang gempak", Wan, mengucapakan terima kasih kepada Damia, begitu juga dengan yang lain.
"Yang korang ni pula kenapa, aku beli hadiah dekat hero kita ni sebab dah susah payah jadi pembantu kita, korang kan dah beli cukup la", Damia memujuk Fatin dan Eiqa.
"Ala sayang, tak pe, nanti kita pergi beli, abang belanja", Danish pula memujuk buah hati kesayangannya.
"Tak malu betul abang aku ni, nak bermesra pun sabar-sabar la, tau la dia sayang kawan aku ni separuh mati tak payah la nak tunjuk sangat", omel Damia pelahan.
"Kau cakap pe dik, aku ni kurang dengar pulak".
"Tak ada apa, cuma Atin ni cakap dekat Mia tadi dia sayang dekat abang, dia malu nak cakap dekat abang", Fatin mencubit Damia.
Danish bahagia melihat Fatin, tidak pernah pun terdetik sebelum ni, jatuh cinta  dengan kawan adik sendiri, tapi itulah yang dinamakan takdir yang sudah tertulis sejak azali lagi.
Dia juga senang dengan perangai Fatin yang sopan, tutur katanya pun lebih sopan berbanding dengan adiknya yang main lepas saja cakapnya, pandai memasak, hormat orang tua kira semua ciri-ciri yang dia idamkan semua ada pada Fatin, dan yang paling penting sekali bertudung.
Danish merenung wajah Fatin, nak cakap cantik Eiqa lagi cantik, tapi ada kemanisan di sebalik wajah itu, senyumannya yang menarik hati Danish. Damia melihat abangnya asyik sungguh memandang anak dara orang, Fatin pula sudah tidak senang duduk, dengan pandangan Danish itu boleh cair.
"Sudah-sudah la tu bang, tunggu la dulu", Damia menepuk bahu abangnya sebelum berlalu ke dapur untuk memasak, dia melantik Eiqa dan Fatin menjadi pembantunya.
Berbedar-bedar dia menantikan kedatangan Amierul Ashraff, nasib baik ada kawan-kawan yang tak putus-putus memberi kata semangat. Kalau nak diikutkan nak saja dia membatalkan pemergiannya ke sana, tetapi keputusannya dihalang keras oleh abangnya, tetapi dia juga tak sanggup nak berjauhan dengan Amierul Ashraff.

2 comments:

  1. 1)mereka selalu menaiki kereta Aman(hati-hati dengan kesalahan macam ni-actually zam kan?

    2)kata orang lama-lama(kata orang dulu-dulu)

    3)Ada nama LAila lagi~be careful my dear

    4)ni untuk Alam(ni untuk Aslam)

    ReplyDelete