Friday 25 November 2011

bab 5

Mereka sedang menjamu selera, Amierul Ashraff tidak putus-putus memberikan pujian kepada Damia. Damia pula tak sanggup nak menatap wajah Amierul Ashraff, macam mana la dia nanti kalau aku di sana?, rindukah dia padaku?, terlalu banyak persoalan yang bermain di mindanya. Danish melihat adiknya, yang menguis-kuis nasi, tidak di jamahnya walaupun sedikit. Tidak pernah-pernah adiknya berperangai sebegini sebelum ini. Ni mesti terlalu risau tentang Amierul Ashraff.
"Dik tak baik macam tu, rezeki ni, dah la jangan risau sangat semuanya akan okey", tegur Danish perlahan. Dia memberi isyarat mata kepada Fatin supaya memberi semangat kepada Damia, Fatin yang memahami isyarat itu pantas memegang tangan Damia. Yang perempuan sibuk mengemas meja makan dan dapur, yang lelaki pula sedang bersembang di ruang tamu termasuk la Amierul Ashraff.
Damia, Eiqa dan Fatin terus masuk ke dalam bilik, manakala Datin Sofea turut menyertai kaum lelaki yang berada di ruang tamu. Tangan Damia sejuk terkenangkan apa yang akan berlaku di bawah sana. Eiqa dan Fatin yang perasan perubahan wajah Damia menggosok-gosok bahu rakannya itu.
"Mia jangan la macam ni, jangan risau tak jadi apa tu", Eiqa memberi semangat.
"Tau la abang Ash nak cakap apa dengan dia, dengar cakap aku ni, kalau betul-betul dia sayangkan kau, cintakan kau, dia takkan menghalang cita-cita kau", Fatin turut memberi sokongan.
Kata-kata Fatin sama seperti kata-kata Danish kepadanya,memang sehati sejiwa, Damia mendapat sedikit kekuatan setelah mendengar nasihat daripada kawan-kawannya. Damia pandang sepi handsetnya yang berbunyi tanda SMS masuk.

Mia turun sekejap abang nak jumpa sekarang

Itu SMS yang dihantar oleh honeynya, Damia memandang kawan-kawannya, mereka berdua mengangguk, nak saja dia meminta mereka berdua menemaninya menemui Amierul Ashraff tapi bila difikirkan balik, dia mesti berani menghadapi kenyataan.
Damia turun ke ruang tamu, turut diekori oleh Eiqa dan Fatin. Danish menyatakan bahawa Amierul Ashraff menunggunya di taman mini di luar rumah. Lemah longlai Damia menuju ke luar rumah. Damia mencari-cari kelibat Amierul Ashraff, rupanya lelaki itu sedang duduk di kerusi berdekatan dengan air terjun buatan. Damia menarik nafas lalu menghembusnya terasa kesegaran menyedut udara segar hilang sekejap rasa gusarnya.
Amiwrul Ashraff melihat Damia berdiri di sebelahnya, dia menepuk-tepuk kerusi, menyuruh Damia duduk di sebelahnya. Dia sendiri terkejut ketika Danish memberitahunya yang Damia akan ke UK tahun hadapan, patutlah Damia gelisah setiap kali dia menyebut tentang masa depan mereka. Amierul Ashraff mula mengetahui sedikit demi sedikit tentang Damia, rupanya dia seorang yang suka menyimpan dalam hati. Tentang penyakitnya pun Danish beritahu barulah dia tahu, kalau nak harap Damia yang nak bagi tau sendiri sampai bila-bila la dia tak tahu.
"Mia..", panggil Amierul Ashraff memecah kesunyian antara mereka berdua.
Takut rasanya, nak memandang wajah Amierul Ashraff, walaupun dia tahu Amierul Ashraff takkan memarahinya, cuma dia rasa bersalah kerana Amierul Ashraff dapat tahu melalui orang lain bukan dirinya sendiri.
"Abang..", sepatah Damia menjawab, tak sanggup nak meneruskan kata-kata, takut airmatanya akan mengalir, kalau boleh dia tak nak membuat Amierul Ashraff susah hati melihat airmatanya.
"Kenapa Mia tak bagi tau abang yang Mia kena pergi UK", Amierul Ashraff mula bertanya.
"Mia tak nak berjauhan dengan abang, Mia nak batalkan lah pergi sana"
"Sayang dengar sini, abang tak halang Mia capai cita-cita Mia abang pun nak tengok Mia berjaya for your information to, abang pun ada something jugak nak bagi tau Mia ni", berkerut-kerut dahi Damia. Amierul Ashraff menghulurkan sampul surat kepada Damia. Pantas Damia menyambut huluran itu.
Amierul Ashraff tersenyum memandang Damia, sebenarnya dia juga ditawarkan untuk ke sana, tak sangka pula Damia turut dapat tawaran itu. Tiba-tiba terbit satu senyuman yang sempurna di raut wajah Damia.
"Kenapa abang tak bagi tahu Mia awal-awal yang abang pun akan ke sana jugak, Mia ni punyalah runsing sampai pening-pening kepala Mia nak fikir macam mana la nak bagi tau abang", Damia ketawa kecil, hilang sudah segala masalah yang melanda dirinya.
Mereka berjanji akan pergi ke sana bersama-sama selepas mereka bertunang, semua itu adalah rancangan Amierul Ashraff, dia turutkan saja kehendak honeynya, kalau jual mahal dia jugak yang gigit jari nanti. Tak perlulah dia runsing lagi sekarang. Tak lama lagi Amierul Ashraff akan menghantar rombongan untuk meminang Damia. Amirul Ashraff meminta diri untuk pulang kerana hari sudah lewat malam, Datuk Saiful ada mempelawanya tidur saja di rumahnya tetepi ditolak lembut oleh Amierul Ashraff tak manis jika dipandang tetangga.
Damia melangkah masuk ke dalam rumah, tersenyum saja, satu sebab masalahnya sudah pun selesai, keduanya Amierul Ashraff berjanji akan menelefonnya sebaik saja dia sampai di rumah, tak sabar-sabar nak tunggu panggilan daripada buah hatinya. Tu yang senyum memanjang, cepat sungguh berubah moodnya.
"Haih, tadi muka tu monyok saja, nak makan pun tak lalu, nak senyum pun payah, ni lepas jumpa honey dia senyum je", tegur Danish.
Malam ni kawan-kawannya bermalan di rumah Damia, lewat sangat dah nak balik rumah. Lagipun rumah Damia ni dah macam rumah kedua mereka, selalu sangat dah dia orang tidur di sini. Damia merapati abangnya dan mengambil tempat di sebelah abangnya.
"Abang terima kasih tau"
"Abang akan buat apa saja untuk adik abang ni, abang nak adik abang ni senyum je, tak mau sedih-sedih macam tadi monyok je, apa yang Acap cakap tadi?"
"Dia pun dapat tawaran pergi sana jugak, tapi kan bang"
"Kenapa?", Danish menyoal. Apa lagi la masalah dia ni.
"Dia nak bertunang dulu sebelum berangkat", ujar Damia sayu.
"Bertunang je la kenapa Mia tak nak ke?", soal Danish sedikit hairan. Setahunya Damia memang tunggu saat-saat macam ni, tetapi dari segi bunyi nada suaranya macam tak nak pulak.
"Entah la bang, hati Mia ni berbelah bagi, Mia macam tak sedia lagi la bang", Damia menyatakan kegusaran hatinya. Dia tidak menafikan memang saat inilah yang dia nantikan, tetapi entah kenapa dia rasa ragu-ragu nak mengikat hubungan antara dia dan Amirul Ashraff.
"Pulak, cuba Mia cakap betul-betul", Danish kehairanan, susah nak mendalami perasaan adiknya yang seorang ni, orangnya sungguh perahsia.
Damia mengeluh, dia benar-benar tidak bersedia untuk menggalas tanggungjawab, nak berjauhan dengan keluarga pulak, Amirul Ashraff ada menyatakan yang dia tak mahu bertunang lama-lama, takut nanti timbul fitnah pulak.
"Macam ni la mungkin Mia letih sangat kot, adik abang pergi tidur dulu, Atin dengan Eiqa pun dah masuk tidur dah,esok Mia bangun mesti dah elok, dah jangan fikir sangat", suruh Danish.
Damia beruntung dapat keluarga yang penyayang, seorang abang yang amat mengenali dan memahami dirinya. Papa dan mama pun mengambil berat tentangnya walaupun mereka sibuk bekerja. Danish baru nak menapak melangkah ke biliknya, handsetnya berbunyi, tertera nama Amierul Ashraff di kaca telefonnya. Nak apa pulak la bakal adik ipar aku ni telefon malam-malam ni, fikirnya.
"Assalamualaikum", Danish menyapa.
"Waalaikumussalam, abang Mia ada, saya telefon dia tak angkat pun, risau saya tu yang saya telefon abang tu", Amierul Ashraff menyatakan tujuannya menelefon Danish.
Danish mengangguk-angguk mendengar Amierul Ashraff bercakap, macam la Amierul Ashraff boleh nampak yang dia angguk. Danish menepuk dahi, Amierul Ashraff nak menghantar rombongan esok katanya dia tak nak tinggalkan Damia, dia berjanji akan menjaga Damia bila mereka berada di sana nanti. Kalau dah ada ikatan senang sikit.
Danish memikirkan tentang keadaan adiknya, macam mana la keadaan Damia kalau dapat tahu ni, dia juga sedar yang umur adiknya baru nak masuk 20 tahun mana la nak bersedia menggalas tanggunjawab yang berat selama ni pun dia ditanggung oleh Datuk Saiful dan Danish sendiri. Lagipun Damia seorang anak yang manja, tetapi pandai berdikari sendiri, ada satu hari tu, Datuk Saiful pergi oversea, Datin Sofea turut mengikut suaminya, tinggallah Damia dan Danish berdua di rumah itu.
Semua kerja-kerja rumah Damia yang selesaikan, dari mengemas sehinggalah memasak, luar rumah pun dia bersihkan, pokok-pokok bunga kesayangan Datin Sofea turut disiramnya, kerana itulah Danish yakin Damia boleh menggalas tanggungjawab apabila sudah menjadi seorang isteri kelak. Dia juga tidak risau nak melepaskan adiknya kerana dia juga telah menilik perangai bakal adik iparnya, Amierul Ashraff juga seorang yang bertanggungjawab, kerja juga terjamin. Amierul Ashraff bekerja di syarikat milik Datuk Azaham,  ayahnya sendiri kebetulan pula, syarikat papanya juga turut bekerjasama dengan syarikat Datuk Azaham, jadi papanya memang berkawan baik dengan Datuk Azaham, malah Amierul Ashraff juga papanya kenal.
Kerana itu juga Datuk Saiful tidak menghalang hubungan Damia dan Amierul Ashraff, boleh juga mengembangkan perniagaan mereka. Sebaik sahaja sampai di biliknya Damia melihat kawan-kawannya  terbongkang tidur, Damia tidak terus tidur sebaliknya dia melakukan solat tahujjud dan solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk dari yang maha Esa. Selepas itu barulah dia berasa tenang untuk melelapkan mata.
Damia mendengar bunyi bising di ruang tamu rumahnya, dia melihat keluar tingkap banyak sekali barang yang di bawa orang, barang hantaran barangkali, takkan untuk abang Ash kut, fikirnya, mana ada perempuan yang meminang lelaki. Tetapi takkan aku kut, gila ni, desis hatinya. Terdengar suara mamanya memanggilnya turun ke bawah, alangkah terkejutnya apabila melihat Amierul Ashraff dengan keluarganya datang merisiknya. Amierul Ashraff tersengih-sengih memandanya.
"Mia, mia hai, bangun la", Eiqa menggoncang-goncang badannya.
Damia mendengar suara Eiqa memanggi namanya, terus membuka mata, meluru turun ke bawah, dengan kepala dibiarkan tanpa tudung, terlupa sudah yang ada kawan lelakinya di rumah itu. Damia mencari-cari kelibat Amierul Ashraff dan keluarganya, tak jumpa pun, Damia keluar pula tiada juga, hatinya masih tidak puas, lalu dia bertanya kepada Datin Sofea, sia-sia saja dia kena gelaran buang tabiat. Damia mengucapkan syukur kerana semua itu hanyalah mimpi.
"Kau kenapa Mia", tanya Fatin. Terkejut dia mendengar Damia menjerit semalam, Eiqa juga turut terkejut, bila dikejutkan terus dia bangun turun ke bawah tak tahu apa yang dia mimpi malam tadi.
"Ye la Mia, terkejut aku, ingatkan kau histeria, takut aku, apa yang kau mimpi semalam", tanya Eiqa pula.
"Nanti la aku cerita, sebenarnya aku takut nak cerita, jadi kenyataan pulak nanti susah aku", jawab Damia sambil tergelak kecil.
Damia melihat Wan,Zam, dan Aslam, tersenyum melihatnya, terangkat keningnya melihat perangai kawan-kawannya yang agak berlainan itu. Baru dia teringat semasa dia kelam-kabut tadi dia tidak memakai sebarang penutup kelapa, eh silap kepala. Damia meraba-raba kepalanya.
"Mama..!!", Damia menjerit, lalu meluru masuk ke dalam bilik sambil memegang kepalanya. Semasa dia berlari menuju ke dalam bilik dia terlanggar Danish yang hendak turun bersarapan.
"Aduh..!", jatuh terduduk Danish dengan rempuhan Damia. Danish menggosok-gosok punggungnya yang kebas itu, pelik dia melihat adiknya macam dikejar pencuri saja lagaknya. Danish tergelak kecil kelakar pun ada melihat mimik muka Damia tadi. Macam mana la bila dah jadi isteri orang nanti.
Sebut pasal isteri. Danish teringat rombongan Amierul Ashraff akan dihantar hari ini, selesai bersarapan, Danish memberitahu Datin Sofea tentang niat Amierul Ashraff. Damia yang baru selesai mandi, turun ke bawah untuk bersarapan, pasal kejadian tadi dia buat tidak tahu saja, perkara yang tidak disengajakan, pertama kalinya dia menunjukkan rambut kepada lelaki yang bukan mahramnya. Wan, Alsam, dan Zam pandang-pandangnya. Pandang-pandang hati berkenan tidur malam wajah terbayang, renung-renung hati keliru siapakah dihatimu, eh menyanyi lagu Syura pulak. Hehehehe.
"Apa pandang-pandang, nak pandang pergi Selayang Pandang", jerkah Damia, tidak puas hati dengan pandangan kawan-kawannya.
"Wow, ada orang marah la", jawab Wan selamba.
"Relax la Mia kau ni", Zam menenangkan keadaan. Mereka sengaja mahu mengusik Damia, hakikatnya mereka bukan nampak sangat pun rambut Damia tetapi sengaja nak cari modal nak bergaduh.
"Ye la Mia, tak baik marah-marah waktu pagi rezeki tak masuk rumah", Aslam bersuara dengan mulutnya yang penuh dengan makanan, tak senonoh betul perangainya. Siapa yang jadi isterinya memang malang betul.
"Yang kau ni, habiskanlah dulu makanan dalam mulut tu, ni tak menyembur air liur kau tau tak, berbau badan aku yang wangi ni", dalam marah-marah tu sempat lagi bergurau.
"Mia cepat sikit makan, abang nak cakap sesuatu", serius muka Danish.
Danish meletakkan jari telunjuknya di mulut, isyarat supaya kawan-kawan Damia tidak memberitahu tentang rombongan yang Amierul Ashraff cakap padanya semalam. Mereka mengangguk, lalu meneruskan menikmati sarapan seperti tiada apa yang akan berlaku.
"Abang tunggu dekat taman", sambung Danish.
Damia mengangguk, cepat-cepat dia menghabiskan makanan yang tinggal sedikit sahaja lagi. Selepas itu dia cepat-cepat pergi ke taman, takut kalau lambat nanti dimarahi pula, faham sangat dah dengan perangai abangnya yang tidak suka menunggu, sesiapa yang tidak tepati masa habis disemburnya, dengan mak cik cleaner di ofisnya pun turut kena marah. Teringat kejadian yang terjadi semasa dia melawat pejabat papanya, seorang pekerja abangnya lambat ke bilik mesyuarat, yang buat abangnya berang adalah pekerja itu yang memegang semua document penting untuk dibentangkan.
Mak cik cleaner yang sedang membersihkan meja mesyuarat turut dimarahinya, terkebil-kebil mak cik itu, kena sergah, kesian Damia melihat mak cik itu yang tidak tahu apa kesalahan yang dibuatnya sehingga dimarahi. Akhirnya Damia la yang menjadi penasihat tidak bertauliah menasihati abangnya, kesalahan pekerja itu bukanlah besar mana, cuma lambat beberapa minit saja, tetapi kalau dilihat dari segi kemarahan abangnya macamlah pekerjanya membuat kesalahan yang tidak boleh dimaafkan.
Jauh dia mengelamun, cepat-cepat dia pergi kepada abangnya takut dia pulak yang kena nanti. Tersenyum dia melihat abangnya, yang termenung jauh, macam ada masalah besar yang sedang melanda abangnya.
"Ada apa abang nak jumpa Mia ni", Damia menepuk bahu abangya,lalu mengambil tempat disebelah abangya.
Tersentak Danish apabila merasakan ada orang menepuknya, dia memandang sebelahnya lalu tersenyum, Damia rupanya.
"Kalau abang cakap ni, Mia jangan terkejut pulak tau", Danish memberi amaran.
"Abang ni buat Mia takut pula, macam penting sangat kenapa ni bang?", Damia tertanya-tanya, terbit rasa takut di hatinya. Fikirannya mula memikirkan yang bukan-bukan, Adakah berlaku apa-apa yang buruk terhadap Amierul Ashraff?, kemalangankah dia?.
"Acap nak hantar rombongan merisik dan sekalian bertunang", perlahan Danish menuturkan kata-kata.
Walaupun perlahan, Damia masih dapat mendengar dengan jelas butir perkataan yang dicakapkan oleh Danish. Terbuntang matanya mendengar, Damia menggaru-garu kepalanya yang tadinya tidak gatal, tetapi selepas mendengar berita yang mengejutkan itu tiba-tiba saja kepalanya jadi gatal, macam kutu-kutu tengah merayap di kepalanya. Danish melihat gelagat adiknya yang tidak keruan itu, tergaru-garu, setuju atau tidak dia tidak tahu.
"So, what's your answer?", soal Danish.
Abang aku ni nak cakap orang putih pulak, dia tak dengar ke dekat berita suruh memartabatkan bahasa melayu, dia nak jugak cakap bahasa inggeris, aku cakap nanti kalah dia, mesti dia tak faham apa yang aku cakap sebab aku cakap bahasa inggeris baku, apa ingat bahasa melayu saja ke yang baku, bisik hatinya.
"Biarlah dia nak hantar, nak tengok Mia jadi Hulk perempuan buat la", Damia memberi ugutan. Sengaja dia berkata begitu nak melihat reaksi Danish, dia sebenarnya terima jika Amierul Ashraff menghantar rombongannya. Semalam dia sudah fikir masak-semasaknya tinggal nak luruh saja, bila lagi dia nak dapat peluang macam ni, kalau ditolak takut nanti dia yang merana tak sudah UK ke mana dia ke mana, tau-tau masuk UK lain je, Ulu Kinta, tempat orang berbahagia. Hehehe.
Terbeliak mata Danish mendengarnya, jangan la nak buat benda yang memalukan, pening kepalanya dengan Damia ni, dulu beria-ia sangat nak dekat lelaki macam hindustan tu, sekarang ni bila dia dah nak perempuan ni pulak yang tak nak, dia orang ni nak buat cerita hindustan ke apa.
Tergelak Damia melihat muka abangya yang seperti orang hilang kewarasan. Mana mungkin dia akan melakukan perkara seperti itu, yang akan memalukan keluarga, dari kecil lagi dia sudar diajar agar menghormati orang, jika tidak bersetuju dengan pendapat atau apa saja tolaklah dengan baik, dengan budi bahasa la orang akan memandang kita tinggi. Walaupun kita miskin dengan harta tetapi jangan miskin dengan budi bahasa.
Bangsa Malaysia berkhemah tinggi ramah dan mesra elok pekerti yang tiada dibantu yang lemah dilindungi bertinbang rasa hormat menghormati, boleh menyanyi pulak Damia ni, bukan nak pujuk abang dia tu.
"Abang ni tak payah la buat muka macam tu, takkan la Mia nak memalukan keluarga kita, for your information, Mia dah buat keputusan, Mia akan terima dia dengan hati yang terbuka dan ikhlas", cakap kena memartabatkan bahasa melayu, alih-alih dia yang speaking english, apa punya penasihat la tak ada pendirian pendirian langsung.
"Fuhh, lega abang, menakutkan betul", Danish mengurut-urut dadanya.
"Jom, masuk dalam, abang nak bagi baju pertunangan, semalam Acap ada hantar baju, tapi kau dah tidur", Danish menarik tangan Damia masuk ke dalam rumah.
Semalam, sebaik sahaja dia mematikan panggilan dengan Amierul Ashraff, tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi, terjegul muka Amierul Ashraff dengan baju di tangan, dia cakap, mungkin Damia tidak tahu, jadi semuanya telah diuruskan, termasuklah baju yang berwarna kuning lembut itu.
Damia menyambut baju yang diberikan oleh abangnya, Damia tersenyum melihat warna baju itu, warna kegemaran dia, desis hatinya. Mesti dia dapat tengok honeynya memakai baju melayu lengkap bersampin mesti terserlah kekacakannya. Damia bermain-main renda baju itu, orang suruh cuba muat atau tidak dia pergi main-main lagi, terkoyak baju tu nanti, tak jadi bertunang pulak.
"Apa la nak jadi dengan adik aku ni, pergi la cuba baju tu", suruh Danish lagi sekali, apabila suruhannya tidak diendahkan,
"Abang pergi la keluar, macam mana orang nak tukar baju kalau abang ada dalam bilik ni", Damia bercakap tanpa memandang sekeliling.
"Aik aku pulak yang kena keluar, patutnya kau la, ni bilik aku, pergi la masuk bilik kau sendiri", Danish bercekak pinggang. Suka hati saja nak suruh orang keluar, tu la asyik mengelamun saja bilik siapa pun dah tak perasan.
Damia tersengih kepada abangnya,lalu meluru masuk ke dalam biliknya yang hanya bersebelahan dengan bilik Danish. Damia mencuba baju itu, muat-muat dengan badannya, pandai dia ukur badan aku, ujarnya perlahan.
"Ala, tudungnya tak ada la pulak, bukannya dia tidak tahu yang aku ni muslimah", Damia merungut. Muslimah la sangat.
Damia mencari-cari tudung yang bersesuaian dengan baju di dalam almarinya, dia membelek-belek tudung yang ada, nak pakai warna apa ni, fikirnya.
"Abang..!", nyaring suaranya memanggil Danish.
Danish yang sedang minum air di bawah, tersembur sebaik sahaja mendengar suara adiknya, yang tragisnya semburan itu tepat mengenai muka kekasih hatinya, apa lagi membebel la si Fatin tu, tetapi yang disalahkannya adalah Damia yang tak reti nak slow volumenya, sebab Damia la habis mukanya berbau air sirap.
Danish pun bergegas pergi ke bilik adiknya, apa pula la masalah kali ini, sejak Damia mengenali Amierul Ashraff bermacam-macam masalah yang timbul.Yang pasti, semua masalah tu, Damia yang timbulkan sendiri.
"Apa lagi kau ni, kalau Acap dengar ni, sia-sia saja kena reject", Danish merungut sudahlah kena marah dengan buah hati tadi. Damia pula buat hal.
"Nak pakai tudung yang mana ni bang?", Damia meminta pendapat abangnya, semua tudung yang dia ada dilonggokkan di atas katil. Salah satu sebabnya mengapa dia menyuruh Danish memilih tudung untuknya kerana Danish memang pakar bab menyesuaikan warna.
"La yang tu je, panggil la elok-elok", Danish menggeleng-gelengkan kepalanya.
Danish membelek-belek tudung yang ada, pening juga dia nak menyesuaikan tudung dengan baju itu.
"Nah cuba pakai", Danish menghulurkan tudung yang berwarna krim kekuning-kuningan.Damia menyarungkan tudung itu, sesuai sangat, dengan baju itu.
"Cantik tak bang?", Damia bertanya kepada abangnya.
Danish memandang adiknya yang sudah pun lengkap dengan sepersalinan baju pertunangan dan tudungnya. Memang cantik nampak ayu saja, sedih pula rasa hatinya, kerana nak melepaskan adiknya kepada seorang yang lebih berhak.
"Abang kenapa menangis ni?", lembut Damia bertanya sambil memegang tangan abangnya.
"Tak ada apa la, cantik adik abang ni", Danish mengusap-usap pipi adiknya.
Sebelum Danish keluar Damia menyuruh memanggil Fatin dan Eiqa untuk sesi solekan pula, abangnya ada memberitahu yang rombongan itu datang pukul 10.00 pagi, sekarang dah pukul 9.45, bermakna lagi 15 minit dia akan menjadi tunangan orang. Fatin dan Eiqa sibuk menyiapkan Damia, tetapi ala kadar saja kerana Damia tidak mahu lebih sangat bertunang je pun. Terdengar bunyi ketukan pintu bilik, terjegul muka Fasihah. Eiqa menelefon Fasihah pagi tadi memberitahu pertunangan Damia. Apa lagi macam ribut la dia datang.
"Manisnya akak kita ni", ikhlas Fatin memuji.
"Tak payah la kau nak puji aku, tak ada apa yang aku nak bagi, jangan risau kau tetap jadi kakak ipar aku jugak", sempat lagi Damia mengusik Fatin.
"Kau ni Mia tak habis-habis nak usik orang ubah la perangai kau tu, dah nak jadi tunang orang dah", tegur Eiqa sambil membetulkan selendang di kepala Damia.
"Dah siap dah?", Danish bertanya.
"Beres!", Fasihah menjawab.
Dalam keseronokannya Damia berasa berdebar-debar, tak sangka secepat ini dia akan menjadi tunangan kepada orang yang amat dicintainya. Damia teringat tentang mimpinya malam tadi, dia menceritakan kepada Fatin, Fasihah dan Eiqa, ada ke patut mereka gelakkan si Damia ni, kata mereka angau sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
Terdengar orang memberi salam, Damia menjunguk keluar tingkap di biliknya, rombongan Amierul Ashraff sudah sampai, dia mencari-cari kelibat Amierul Ashraff, terlihat dia yang lengkap dengan baju melayu, Damia tersenyum-senyum sendirian, impiannya dulu sudahpun tercapai, Amierul Ashraff melambai-lambainya dan memberikan flying kiss kepadanya, yang itu adalah salah satu perkara yang boleh dikatakan wajib setiap kali berjumpa mesti Amierul Asharff memberikan flying kiss kepada buah hatinya yang seorang ni. Damia menangkapnya dan letakkan di hati, romantis sungguh.
Datin Sofea menyuruhnya duduk di dalam bilik sahaja, kata mama tidak manis kalau perempuan yang dirisik turut bersama. Damia mundar mandir berjalan di dalam biliknya. Pening kepala Eiqa, Fasihah dan Fatin melihatnya. Pintu biliknya terkuak terjegul muka abangnya menyuruhnya bersiap sedia kerana Datin Rose iaitu ibu Amierul Ashraff akan masuk untuk menyarung cincin.
"Oi, cepat duduk elok-elok bakal mak mertua kau nak masuk tu", Eiqa menyuruh Damia duduk di birai katilnya.
Damia duduk dengan sopan dengan wajahnya yang tersenyum, tapi macam mana la dia tahu saiz jari aku ni?, sempat lagi dia berfikir. Beberapa minit menunggu, Datin Rose masuk ke bilik Damia dengan membawa dua bentuk cincin, satu untuk cincin merisik dan lagi satu untuk cincin bertunang. Beberapa saat sahaja dia sah menjadi tunang kepada Amierul Ashraff, perasaannya sekarang sungguh bahagia tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.
"Comel dan manis anak ibu ni", itu kata-kata Datin Rose semasa menyarung cincin di jari manisnya. Kata ibu Amierul Ashraff selepas ini dia kena panggil dengan panggilan ibu, dan sepanjang pertunangan mereka tidak dibenarkan berjumpa selalu takut hilang seri. Damia mengeluh sedikit mahu taknya, nak jumpa pun sekali sekala rindu la nanti.
Damia turun ke bawah untuk melayan bakal mertuanya, sambil-sambil menjeling ke wajah Amierul Ashraff, segak sungguh dia dengan baju melayu yang dipakainya sedondon dengan warna bajunya. Bila matanya bertembung dengan Amierul Ashraff baru nak menggelabah, masalah betul perempuan ni. Amierul Ashraff menghantar pesanan ringkas kepada Damia.

Sayang nampak sweet sangat, jom kita keluar jumpa abang dekat taman tau

Berbunga hati Damia membaca SMS daripada Amierul Ashraff, dengan pantas kakinya menuju ke taman. Terlihat Amierul Ashraff berdiri membelakanginya. Ah, kacaknya la bakal suami aku ni!, tapi memang dari dulu lagi dia kacak, wajahnya ala-ala Christiano Ronaldo gitu. Bila dah suka memang yang manis-manis je keluar dari mulut tu, cuba kalau dah benci tu, orang buat baik pun semuanya nampak salah.
"Ehem!", Damia berdehem.
Amireul Ashraff memandangnya dan menghadiahkannya sebuah senyuman yang paling indah. Kenapa la dia senyum macam tu, gila aku nanti kat sini, habis keayuan aku, bisik hatinya. "Tadi cakap nak jumpa, bila aku dah ada depan mata ni diam pulak", bisiknya sendirian.
"Ha kutuk abang la tu", Amierul Ashraff bersuara. Terkejut Damia.
"Mana ada la,honey Mia nak tanya boleh", Damia mengerdipkan matanya berkali-kali.
"Tak boleh", balas Amierul Ashraff. Dia tersenyum mendengar Damia memanggilnya 'honey'.
"Peduli apa orang nak tanya jugak, macam mana honey tahu saiz jari Mia, baju ni pun muat-muat je".
"Ada la mana boleh bagi tau rahsia", Amierul Ashraff mencuit hidung Damia.
"Ala bagi la tau", Damia merengek-rengek manja.
Amierul Ashraff senang melihat kelakuan Damia seperti itu, setiap kali bersama dengan Damia, dia terasa dirinya dihargai, pertama kali dalam hidupnya dia merasai perasaan sebegini, bahagia yang teramat. Amierul Ashraff melihat cincin di jari manis Damia, sesuai sangat. Sebenarnya, Amierul Ashraff menyuruh Danish yang mengambil contoh baju kurung Damia dan cincin yang sering dipakai oleh Damia.
Amierul Ashraff merenung wajah bakal isterinya itu, bersih wajah itu, bibirnya sederhana nipis, pipinya sedikit tembam, matanya bulat dan mempunyai hidung yang sedikit mancung, mukanya pun ada iras-iras keturunan pakistan comel sungguh wajah itu. Walaupun kulit Damia tidak secerah kulitnya, tetapi tetap kelihatan manis di matanya, dia dapat melihat kebahagiaan di seraut wajah itu, kadang-kadang dia juga terfikir macam mana la cinta Damia terhadapnya utuh walaupun dia tidak melayani gadis itu dahulu. Tidak mungkin tiada lelaki yang mendekati Damia, dengan wajah yang manis ini, lelaki mana pun akan berasa tenang ketika memandang wajah itu.
Entah berapa kali la dia membuat Damia menangis, terluka, tetapi Damia tetap mencintainya, seolah-olah hatinya hanya untuk Amierul Ashraff seorang. Danish pernah berkata padanya sesiapa yang dapat mengetuk kembali pintu hati Damia memang dia akan tabik lelaki tersebut. Damia sanggup berkorban demi melihat dia hidup bahagia sedangkan hidupnya sendiri penuh dengan kelukaan.
"Kenapa honey pandang Mia macam tu", Damia melihat Amierul Ashraff leka memandangnya. Amirul Ashraff meraup mukanya, lalu beristigfar kerana terleka memandang seorang perempuan yang belum sah lagi menjadi miliknya.
"Nothing", ringkas jawapannya, lalu tersenyum, terserlah lesung pipitnya.
Comelnya bila dia senyum, macam mana la aku tak obses dengan dia, tengok rambut dia pun boleh buat aku angau, tidur lena punya, bisik hatinya.
"Mia ni kan, dari hari tu lagi duk cari jerawat batu dekat muka abang, tak jumpa-jumpa lagi ke", seloroh Amierul Ashraff. Damia malu sendiri, dia yang tegur orang pandang dia alih-alih dia yang tak malu pandang muka orang.
Amierul Ashraff mencubit kuat pipi Damia, ada kesan merah di pipinya.
"Sakitlah!", rengus Damia, menggosok-gosok pipinya.
"Siapa suruh muncung sangat, orang usik sikit mulalah nak buat mulut itik tu, abang cubit la pipi tu, kalau nak cium mulut tu nanti lepas nikah hari-hari abang buat", ujar Amirul Ashraff tersenyum nakal memandang Damia.
Damia pula yang meremang bulu roma mendengarnya, boleh tahan gatal jugak bakal laki aku ni, desisnya. Kalau dah lelaki tu lelaki jugak, tak lepas dari kegatalannya. Sedangkan yang pakai serban pun boleh tersasar ni kan lagi orang biasa. Damia tidak bercakap sepatah pun, protes la tu.
"Ala sayang abang ni, merajuk pulak dia, sini abang cium pipi tu mesti tak sakit dah", Amierul Ashraff baru nak mencium pantas tangan Damia melekap di pipinya.
"Ha, tau takut", Amierul Ashraff senyum kemenangan. Tak susah sebenarnya nak pujuk Damia ni, gertak sikit eloklah dia.
Telefonnya berdering lagu 'Hanya Tuhan Yang Tahu', tertera nama abang Mat, abang saudaranya di kampung, barulah Damia teringat yang mereka belum tahu tentang pertunangan dia. Pantas Damia menjawab.
"Assalamualaikum, abang Mat!", ceria suaranya menutup kesalahan.
"Ni nak tutup salah la tu, Acu dah cerita dah, Mia dah bertunang, sampai hati tak bagi tahu abang", sayu suara abang Mat.
"Ala abang janganlah macam ni, Mia minta maaf sangat-sangat", rayu Damia.
"Okey, abang maafkan, tapi Mia kena balik kampung dulu, bawak sekali tunang Damia", abang Mat mengenakan syarat.
"Okey, bang muka tunang Mia dah macam ayam berak kapur dah ni, Mia letak dulu tau, assalamualaikum", tutur Damia lembut.
Amierul Ashraff murung, taulah Damia bahawa tunangnya cemburu.
"Mesranya kan, tunang dekat sebelah pun dah tak sedar dah", sengaja Amierul Ashraff menekankan perkataan tunang itu.
"Tu abang Mat la, abang saudara Mia dekat kampung, Mia memang rapat degan adik beradik sebelah mama, sebelah papa kebanyakkannya semuanya sombong, dia telefon sebab suruh Mia balik kampung bawak honey sekali, lagipun Mia bertunang ni pun tak bagi tau dia orang, terlupa nak bagi tau, abang nak ikut Mia balik kampung tak?", Damia menceritakan sedikit tentang keluarganya, dia tidak mahu berahsia takut akan mengeruhkan lagi keadaan.
"Bagi la tau awal-awal, abang ingat ke siapa la siap ber'abang' lagi, dengan abang dulu asyik awak je dia panggil, bila Mia nak balik kampung?", Amierul Ashraff ketawa kecil.
"Sabtu ni?"
"Okey, kita balik sabtu ni, nanti abang bagi tau ayah yang abang cuti dua minggu", sekali lagi Amierul Ashraff mencuit hidung tunangnya.
Damia mengangguk, mesti mama dah tau ni, fikirnya.
"Yang dekat luar tu dah boleh masuk dah", laung Danish.
Amierul Ashraff dan Damia tersipu-sipu, tak sedar waktu berjalan dengan begitu pantas sekali Amierul Ashraff mengerling jam tangannya sudah menunjukkan pukul 4.30 petang, lama mereka berdua berbual seperti pasangan yang dah bertahun tak berjumpa saja lagaknya. Damia mengajak Amierul Ashraff, dia menyuruh Amierul Ashraff menunaikan solat Asar di rumahnya.
Damia menuju ke biliknya untuk merehatkan badan dan menyegarkan badannya. Amierul Ashraff pula menuju ke bilik solat yang memang tersedia di rumahnya. Damia menguak pintu biliknya pantas matanya nampak katil terus dia melompat di atas katil. Damia merebahkan badannya, lega rasa letih sungguh, lenguh-lenguh rasa kaki dan tangannya. Dia membelek-belek cincin di jari manisnya, cantik, desis hatinya. Damia mencium kedua-dua cincin di jarinya, dan meletakkan di dadanya. Akhirnya dia terlena, tanpa menukar baju.
Amierul Ashraff berpamitan sebelum berangkat pulang, Danish memberitahu Amierul Ashraff yang Damia sudahpun terlena, dia berpesan kepada Danish, jika Damia sudah bangun dia menyuruh Damia menelefonnya. Amierul Ashraff mencium tangan Datin Sofea dan Datuk Saiful sopan. Macam ni la ciri-ciri menantu yang baik.
"Mia,Mia, bangun dah senja ni", Datin Sofea menggerak-gerakkan badan Damia.
  Lena sungguh tidurnya, penat barangkali, sebelum ini mana pernah dia melakukan kerja-kerja semua tu, tidak pernah tetamu datang ke rumahnya dengan jumlah yang ramai, lagipun Datin Sofea yang banyak melakukan kerja rumah berbanding dia, bila buat kerja sikit mulalah nak sakit sana sini, tidur pun tak ingat apa dah, mandi pun tak lagi. Datin Sofea menggeleng-gelengkan kepalanya melihat anaknya yang masih memakai pakaian pertunangannya tadi.
Danish pula cuba untuk menggerakkan Damia, penat sungguh sampai orang gerak pun tak nak bangun dah.
"Hoi, dik bangun lah, senja dah ni", Danish menjerit di telinga Damia.
Terkebil-kebil Damia memandang abangnya, masih lagi mamai
"YA ALLAH, anak dara ni, bangun la!", sedikit keras suara Danish.
Damia bangun dengan matanya yang masih tertutup rapat, lenguh lehernya, nak pusing kiri kana pun tak boleh urat dah bersimpul. Perlahan-lahan Damia membuka mata, dilihat Danish bercekak pinggang memandangnya.
"Ha, bangun pun dah senja dah, tak elok tidur waktu macam ni, ni mesti tak mandi lagi kan?", soal Danish.
Damia menggeleng-geleng dia mahu menyambung kembali tidurnya, pantas tangan Danish menarik tangan Damia. Danish mencempung adiknya lalu dibawa masuk ke dalam bilik air dibukanya air pancut dibiarkan Damia di situ.
"Abang!!", bergema suaranya geram.
Danish berlalu dengan senyuman, padan muka siapa suruh buat aku bengang, bisik hatinya. Habis lencun Damia akibat perbuatan abangnya, terpaksa la dia mandi dengan sempurna, tak jadi nak tidur. Dengan leher yang macam robot, menyirap saja Damia.



"PAPA", Damia merangkul leher Datuk Saiful, nak mengadu la tu.
"Kenapa anak papa ni", lembut Datuk Saiful bertanya.
Damia tidak boleh memandang muka papanya kerana lehernya tidak boleh bergerak sakit betul.
"Kenapa dengan leher ni", Datuk Saiful memegang leher Damia .
"Tak tau la pa, sakit la nak pandang kiri kanan pun tak boleh", Damia merungut.
Danish yang baru selesai menunaikan solat, mengambil tempat di sebelah Datuk Saiful. Dia mengejek-ejek cara Damia bercakap sengaja nak cari bahan nak bergaduh. Kalau tak bergaduh sehari dengan Damia dia tidak senang duduk, bila adiknya ada masalah tau pulak nak cakap baik-baik, tau pulak nak lembutkan suara. Datuk Saiful memandang anak sulungnya lalu menjegilkan mata. Takut pula bila dengan papanya, kalau dengan mamanya macam tak ada apa-apa saja dibuatnya.
"Sini papa tengok", Datuk Saiful memegang leher Damia, tau lah dia yang Damia tersalah bantal. Kata orang dahulu, kalau tersalah bantal, jemur bantal tu tapi tak tau la betul atau tidak.
"Ala sakit sikit nak mengada-ngada", Danish bersuara, cemburu la tu. Damia memang rapat dengan Datul Saiful berbanding dengan dirinya yang lebih rapat dengan Datin Sofea, kalau ada apa-apa mesti dirujuk kepada Datin Sofea dahulu. Tetapi Datin Sofea dan Datuk Saiful tidak pernah membandingkan kedua-dua anak mereka, kasih-sayang yang diberikan sama rata tidak ada yang lebih.
"Danish!!", sedikit keras suara Datuk Saiful menegur Danish. Damia tersengih melihat abangnya, dia mengangkat ibu jari kepada abangnya. Padan muka kan dah kena balasannya, Damia tersenyum puas. Datin Sofea turut menyertai mereka tiga beranak selepas selesai mengemas di dapur. Datin Sofea tidak pernah nak merungut melakukan kerja-kerja rumah, walaupun penat tetapi dia ikhlas melakukan kerja tersebut kerana dia menganggap semua itu adalah tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Datin Sofea menjadi suri rumah, tetapi kalau ada majlis Datuk Saiful turut membawanya bersama, kerana itu semua rakan-rakan Datuk Saiful dia kenal. Datuk Saiful tidak mahu Datin Sofea hilang kepercayaan kerana kerana kepercayaan adalah amat penting dalam alam rumah tangga.
"Apa bising-bising ni, sampai ke dapur boleh dengar", Datin Sofea menepuk paha Danish. Danish mencebik bibirnya.
"Bang, mak suruh kita balik kampung nak tengok si Amierul tu", Datin Sofea memberitahu suaminya Datuk Saiful setelah maknya telefonnya petang tadi, beria-ia benar menyuruhnya balik ke kampung, Datin Sofea tidak berani janji kerana dia harus mendapat jawapan daripada Datuk Saiful dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.
"Bila nak baliknya", balas Datuk Saiful memandang lembut wajah isterinya.
"Sabtu ni, kata Mia Amierul tu pun dah ambil cuti dua minggu lagi, tak apa ke abang dengan Ash tak pergi ofis ni?", terbit wajah ceria Datin Sofea kerana dia sememangnya sudah lama berhajat mahu pulang ke kampung, tetapi meihat kesibukkan Datuk Saiful dibatalkan saja niatnya.
"Kalau setakat dua minggu tak apa, ramai pekerja yang boleh uruskan, tapi kena janji la dua minggu saja, awak tu bukan boleh kalau dah balik tu, suka tangguh", sindir Datuk Saiful. Faham benar dengan perangai isterinya, janji dua minggu bila sampai masanya mulalah nak memujuk nak duduk lagi satu minggu. Damia pun satu kepala dengan mamanya, siap menangis lagi, Datuk Saiful pun turutkan saja kemahuan anak dan isterinya.
Datin Sofea menganggkat tangannya tanda janji, Damia dan Danish melonjak gembira, sudah lama mereka tidak pulang menjenguk nenek mereka di kampung. Danish juga lebih gemar pulang ke kampung sebelah Datin Sofea semua sporting berbanding sebelah Datuk Saiful.
"Aduh!!", Damia mengaduh, memegang lehernya.
Kelihatan merah lehernya, mereka membawa Damia ke klinik, terseliuh barangkali sewaktu melompat tadi. Mereka menaiki kereta Datuk Saiful. Danish memimpin tangan adiknya, Damia asyik memegang lehernya, Datuk Saiful dan Datin Sofea risau melihat keadaan Damia, tidak pernah-pernah mereka melihat Damia sebegini sampai mengalirkan airmata, selalunya kalau sakit sikit-sikit tidak jadi hal kepada Damia. Mereka masuk ke dalam Klinik Umar, klinik yang sering mereka pergi kerana ayah doktor itu dulu adalah kawan kepada Datuk Saiful.
"Selamat petang encik, siapa yang sakit?", tanya jururawat yang bekerja di klinik itu, lembut suaranya.
"Anak saya nama dia Puteri Damia Qaisara", balas Datuk Saiful tergesa-gesa.
"Oh, encik ni Datuk Saiful?", tanya jururawat itu lagi, sememangnya keluarga Datuk Saiful sudah dikenali mereka. Nama Datuk Saiful sering saja disebut cuma orangnya saja yang belum jumpa. Kini Datuk Saiful berada di depan mata, terserlah korporatnya cuma wajah tuanya kelihatan risau.
  Datuk Saiful cuma tersenyum, tetapi wajahnya masih dengan kerisauan, melihat Damia yang tidak lepas memegang lehernya yang sudah pun kebiru-biruan. Memandangkan Datuk Saiful kenalan doktor di situ, Datuk Saiful dibenarkan masuk berjumpa dengan doktor. Damia masuk ke dalam bilik doktor itu, bersama-sama dengan abang, papa dan mamanya. Damia menundukkan wajahnya menitis airmatanya, bukannya dia tidak mahu menganggkat wajahnya tetapi terlampau sakit untuk menggerakkan lehernya.
"Assalamualaikum, uncle, lama tak jumpa uncle sihat", sapa doktor muda itu.
"Waalaikumussalam, Mar uncle sihat Mia ni je yang tak sihat, leher dia tu", Datuk Saiful menyambut huluran tangan Doktor Umar.
Kemudian Doktor Umar bersalam dengan Datin Sofea dan Danish. Terbit kekaguman di hatinya muda-muda lagi dah jadi doktor. Danish tersenyum ketika bersalam dengan doktor itu.
"Dik, lepaskan tangan tu, doktor nak tengok", Danish menarik tangan Damia.
"Teruk juga bila jadi ni?", tanya Doktor Umar, risau dengan kecederaan anak kawan ayahnya. Doktor Umar memandang wajah Damia walaupun tidak jelas tetapi dia seperti pernah melihat wajah ini.
"Kalau tidak silap saya petang tadi la", Dansih mewakilkan Damia menjawab pertanyaan Doktor Umar. Damia tidak boleh bercakap lagi kerana teresak-esak dia menangis sakit sangat la tu. Terhinjut-hinjut badannya, Datin Sofea memeluk bahu anaknya, menenangkan Damia. Doktor Umar meminta izin Datuk Saiful untuk memegang leher Damia, berhati-hati dia memegang, takut terkuat pula dia pegang menjerit Damia nanti. Bagusnya doktor ni, terserlah kesopanannya, desis hati Danish.
Berkerut-kerut dahi Damia menahan sakit apabila dipegang oleh Doktor Umar, terasa nak menjerit saja, tetapi suaranya tersekat di kerongkongnya. Doktor Umar menulis sesuatu di kad laporan Damia, mereka sendiri tidak faham apa yang ditulis oleh Doktor Umar. Selepas itu Doktor Umar memeriksa jantung dan tekanan darah Damia.
"Dia ada migrain ke?", tanya Doktor Umar. Danish mengangguk-angguk, Damia saja yang degil bila disuruh makan ubat dia cakap dah sihat.
"Leher dia ni sebenarnya trseliuh, tu yang lebam tu, teruk juga cederanya, ni mesti terpusing leher ni, migrain dia juga quiet serious, kalau dibiarkan jadi penyakit lain pula, cuba angkat kepala tu boleh tak", lembut suara Doktor Umar memberikan penerangan tentang penyakit Damia.
"Tak tahu pula saya yang Mia ada migrain yang serius, setahu saya Mia cuma ada migrain saja tak sangka la pula serius", Danish terkejut mendengar Doktor Umar bercakap tentang penyakit adiknya, begitu juga dengan Datuk Saiful dan Datin Sofea.
Damia cuba untuk mengangkat kepalanya seperti yang disuruh oleh Doktor Umar, tetapi tidak boleh seperti ada yang menghalang. Kesian Doktor Umar melihat Damia, sampai meleleh airmatanya. Dengan ilmu yang dia ada, Doktor Umar cuba mengurut sedikit leher Damia yang terseliuh itu, uratnya sudah bersimpul, dengan lafaz bismillah, Doktor Umar menekan leher Damia dan memusingkan lehernya.
"Arghh!", terjerit Damia. Berbunyi lehernya. Damia cuba garakkan lehernya ke kiri dan kanan, tidak sakit seperti tadi. Damia mengangkat mukanya, terpandang wajah Doktor Umar, berkerut-kerut dahi Damia cuba mengingati sesuatu, Damia seperti pernah melihat wajah Doktor Umar. Damia tersenyum ke arah Doktor Umar, tetapi senyumannya terasa janggal.
Leka dia memandang Doktor Umar, cuba mengingati wajah itu tetapi gagal. Doktor Umar pula sedang bersembang dengan Datuk Saiful dan Danish, tetapi dari ekor matanya dapat lihat yang Damia memandangnya.

3 comments:

  1. ok bab ni tak banyak salah cuma kau tersalah type jaa..Amiwrul and pendirian pendirian lansung(actually pendirian lansung sahaja)

    ReplyDelete
  2. aihh slaulu wat careless mistake laaa...

    ReplyDelete
  3. hahahaha!!!yup carefully dear :)

    ReplyDelete